31.12.08

::DAPAT KAD DARI FIZA BESEN + ILA DEBAB::

1 PENGOMEN
Mekaseh FIZA
Semoga kau akan terus sukses dalam baking membaking ye besen. Anak kita kawen sok, takyah gi tempah kek bagai. Kau leh buat sendiri kek 15 tingkat tu kan?? kan besen kan?? apa2 pon, aku mmg kagum ngan kau. Serba boleh! ai lebiu...

Mekaseh ILA
semoga tahun yg mendatang ni kau dapatkan Izz adik pompuan ye..Aku doakan yg terbaik utk kau bersama somi & family tersayang..ai lebiu!


Dikesempatan ni pon aku nk ucapkan kat kowang sume SELAMAT TAHUN BARU 2009. Semoga tahun yg mendatang ni akan lebih membawa manfaat kepada kehidupan kita. Aku doakan kita semua akan sukses. Moga-moga hidup kita sentiasa diberkati Allah S.W.T. Amin!

~ai lebiu all~

::AKU LETIH NK MAMPOS::

2 PENGOMEN

KELETIHAN YG TAHAP CIPAN DAN AKU NI WEI!!!!!!!!


huhuhu..hampir2 aku nk demam ni. Keras kepala aku. Kowang bayangkan le dari pagi buta td aku hantar laki aku kat tmpt keje, pastu balik beli bekpes..bagi anak2 aku makan. Pastu siap2 dlm kul 9:30 bertolak. bermulalah XPDC aku harini..

Memula aku gi kat nursery, bayar yuran & daftar apa bagai. Stat mgg depan Angah, BB + Ely aku hantar ke nursery ni. Sian gak kat Ema tu. Dia yg jaga Ely dari pas pantang. Terputus kasih sayang dia kat bambam aku tu. Nak buat camne kan? Aku rasa elok aku hantar setempat je anak2 aku. Lagi pon dengar khabarnye dia nk bantu laki dia niaga kat kantin sekolah Along.

Pastu gi pulak ke Tadika Karisma. Angah + BB skolah sini nnt. Kiranya ni 2nd year Angah belajar kat sini. Alhamdullilah, aku mmg puas ati anak aku sekolah kat tadika ni. Ni tadika cina + tamil tp ade silibes Smart Readers tu. Angah mmg dah pandai baca. Pencapaian dia pon bagus kat sini. BB aku masukkan ke class 4 years punye. Yuran bulanan mahal skit dari Angah. Pelik lak aku..tp takpelah..demi anak..huhuhu

Pas settled bayar sume, amik uniform + buku..aku trus vroom ke sekolah Along lak. Beli buku tulis utk dia..

Dari sekolah Along, aku gi Mydin lak. Beli stationeries, stokin, kapor kasot, beg sekolah + seluar tido utk Ely...Giler ramai manusia!!!! masa ni kepala aku dah stat ngeras dah..adoiiiiiiiiii...muka aku dah stat kebas..huhuhu

Pastu aku teruskan lagi jelajah aku ke SAKAN lak. Beli baju skolah Along + towel utk nursery

Then, dlm kul 2ptg camtu..aku sampai kat Giant lak. Ni destinasi terakhir aku harini sebelum aku gi amik laki aku kat tmpt keje dia..kat giant ni aku beli seluar tido tuk Angah + BB, Kasut skolah murah utk anak2 aku, botol susu utk nursery, berus + ubat gigi...

Masa kat Giant tu, kowang bayangkanlah...nk tunggu laki aku abis keje, aku dah nk pitam dah. "batery" aku dah kong! huhuhu..kesian sungguh aku.... :(

Duit habis, tenaga abis...huhuhu...tp demi anak aku SANGGUP!!!


aku dah bersila dah masa ni. aku lepak kat dlm playground giant tu..adoiiiiiiiiiiiiiiiii....

Sampai je umah, aku laki bini ngemas serba skit pastu aku mandi..trus FLET!!! Kejung aku dalam bilik. Ntah bila masa laki aku amik Ely dari si Ema pon aku tak tau. huhuhu..ni pon kepala aku keras lagi ni... :(

K la wei, nnt bila2 aku sambung ye. Esok2 lah aku pi jenguk 'umah' kowang. BUBYE!

::MINIT TERAKHIR SOPIN BARANG SEKOLAH::

10 PENGOMEN


LAST MINUTES SOPIN BARANG KEPERLUAN SEKOLAH ANAK-ANAK!!

Bukak sekolah ni 3 org anak aku sekolah..baru harini aku dapat nk uruskan barang2 sekolah dowang. Tempat sopin biasalah..MYDIN, SAKAN & GIANT. keh keh..sume tempat sopin harga rendah. So, aku amik coti harini nk angkut dowang. Nak settlekan sekali yuran & yuran utk nursery. Oh ye..stat minggu depan, Angah + BB Qitie + Ely duk kt nursery. Senang sume duk 1 tempat yg sama. Along je duk kt umah. Jiran sebelah aku ni leh tengok2kan dia bila balik sekolah nnt.

K lah wei..aku nk siap2 nak gi serang itu MYDIN + SAKAN!! ADIOS!!!

30.12.08

::AKSI JILAT MENJILAT DI TAMAN::

14 PENGOMEN
XTVT kami anak branak di Maal Hijrah. Kami beriadah di Taman Metropolitan, Kepong. Giler ramai manusia! parking sampai membuak2 kat tepi jalan besar tu!! Tp dah rezeki kami agaknye, dpt park kete dekat je ngan pintu masuk. Jom layan gambo!


Uncle yg baik hati melayan bebudak main buble besar..

dah ade train kat sini rupanye..

ha!!! nampak dah gigi dia..kahhhhhhhh

Along yg diberi kepercayaan utk main buble uncle tu..SYABAS NAK!
(mama leh tompang main skali..keh keh)

ely yg merajuk aku tak layan dia..aku sibok layan buble ;P

masih merajuk.. syiannye dia

layang-layang

oiiiii...bini sapa ni oiii????!!!

::TENET OPIS AKU GILO::

7 PENGOMEN
ADOIIII...aku takleh nk hapdet le wei! tenet kat opis aku ni mengong. kejap ado, kejap non ado!! Nampaknye, kat umah jelah nnt aku hapdetkan belog aku ni.
Oh ye, utk pengetahuan kowang sume aku adalah tidak berapa sihat dari segi mental & fizikal. Aku mintak kowang doakan aku akan kembali ke keadaan stabil (penah ke otak aku ni stabil???)
K....chow chin chow!!!

AI LEBIU ALL... ;p

29.12.08

::YA RABBI!!! BAPAK TEMBAK ANAK!::

16 PENGOMEN




Banggggggggggg..bila U nak tembak I pulakkkkkkkkkkkkkk? ;P


**************************************



sesambil dowang sibuk menebak kat luar tu, aku buat biskut strawberry tart untuk sarapan. Untuk SARAPAN???!!! ye..sarapan! Dah kowang kat aku pelik, maka pelik lah aku...muahahahahaha

28.12.08

::HAPPY NEW YEAR 1430::

7 PENGOMEN
KEPADA KENGKAWAN YG AKU SAYANG,

::~SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430::~


DOA AKHIR TAHUN

~dibaca selepas solat Asar

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



~DOA AWAL TAHUN~



~dibaca selepas solat Magrib

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

::UMAH FLET MURAH AKU::

12 PENGOMEN

Inilah SYORGA aku anak branak. Walaupon umah aku ni kecik, tp syukur kami anak branak selesa duduk dirumah sendiri. Kiranya cam aku le, kemana pergi pon jamban kt umah gak yg aku selesa jubo aku nak berak. Woi Rina Tembun! umah aku ni bukan KONDO! umah aku FLET KOS RENDAH je..huhuhu..

eh, mari lah..JEMPOT LA MASOK..


THE KITCHEN
~ kabinet putih kt atas tu aku angkut dari opis aku. dah tak guna. tp skang amat2 berguna bagi aku!

****************THE STORE****************

tempat simpan barang2 + beskal + gantung spender

barang2 sekolah anak2 aku

tempat simpan pinggang mangkuk piuk belanga + tempat buat susu

gobok aku yg penoh ngan junk food
(untuk mama adalah lebih-harap maklum)

********************************************

THE RUANG TAMU

THE BILIK AIR
~aku ngan laki aku je mandi kat sini. anak2 aku suke mandi kat jamban sbb lagi luas.

TEMPAT MELANTAK

RUANG REHAT/MAIN

TEMPAT LEPAK TENGOK TV/TIDO

BILIK AKU BERKUBANG NGAN LAKI AKU
~ohhhh...gelap woooo..romantik w/pon disiang hari..APAKAH???

selingan ~ ely kebulur makan kertas! makan nak..makan!!

TEMPAT PALING SELESA AKU BERAK DALAM DONIA

WORK STATION LAKI AKU
~tempat basuh kain


Elehhhhhhhhh…pompuan ni saje je nak amik gambar punye pasal, kemas2kan umah!!!

Alooooooooo!!.umah aku ‘kebiasaannya’ mmg camni le rupa dia. Aku ni mmg takleh nk tengok umah berserabut + kotor. Mau meroyan aku! Lelagi ruang dapor. Umah aku ni kalau kowang masuk mmg jumpa dapor dulu. So, aku akan pastikan dapor aku sentiasa kemas + bersih. Untuk kesedapan mata aku & mata org yg dtg jugak. Sampaikan penah dulu jiran aku tegor aku “hei intan..kau ni tak masak ke? Kemas je dapor gas kau ni”. (oh ye..saya juga dipanggil intan oleh jiran tetangga) Aku mmg takkan biarkan ade pinggan koto kat dlm sinki aku. Ade je, trus basuh. Yelahkan, dapor aku ni mmg betul2 sekangkang kera. Memang masuk trus nampak dapor gas + siniki aku. Kadang tu adalah jugak anak2 aku main kat ruang tamu ni. Tp dah mmg aku didik, pas main kene simpan balik menan tu. Kalau takkkkkkkk…AKU CAMPAK! Tp si BB dah sinonim sgt ngan ugutan aku tu. Sampai ada 1 hari tu dia ngan angah men kat ruang tamu. Pastu aku ckp “ingat tau..pas main simpan balik ok? Kalau tak mama campak sume kat bawah!” . yg angah ni cembeng, aku baru ugut camtu dah nangis. Tp si BB siap sound aku balik “ha..mama. cepat la buang. BB nak tengok. Cepat la mama..” ishhhh…geram tul aku ngan budak sekor ni tau! Hihihi..

Ha..nak tau kat mana ‘stesyen kapal karam' kt dlm umah aku ni? Ni….KAT SINI..


Ha..kat bilik tu je yg aku kasi GREEN LITE utk sepah2 main. Main la kowang sampai lebam kat situ. Nak tempek apa pon kt dinding tu pon tempek la! Bukan bilik mama pon..bilik kowang jugak! muahahahahaha..

OH ye..bukan kat umah aku je camni..kat umah adik bradik aku jugak. Cam umah bujang si kembar AJ + Arul pon sama, tersusun rapi. Sbbnye dari kami kecik mmg mak dah didik kami. W/pon kami adik bradik ramai, umah sentiasa kemas dan bersih. Kiranya kami ni sume menurun dari mak kami sendiri - HARAP MAKLUM ;P

klik klik (^_^)

 

My Life as a Mother and Wife Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei