28.2.10

::ESOK SAMBONG MEMBIZI!::

3 PENGOMEN


meja yg aku tgglkan khamis lepas..
esok nk sambong buat yg ni pulak..
huhuhu


uik!
nape ada kotak mekap kt celah tu?
hhrrmmmm


Jangan kowang x tau ye..
w/pon tgn aku ada 2,
tp sempat je aku tepekkan mekap kt muka org time bz nk mampos kt opis tu!
ala, zura ni pon nk mekap lite2 je katanya.
nak jugak aku mekapkan. nak menyembah Sultan Selangor..
nak suh naik seri muka kununnya. kui kui..

amik kau! aku mekapkan kt dlm bilik server je..
lps tepekkan mekap, trus aku smbg keje..

Mekaseh ye zura (^_^)

zura ni bespren lynnda gebus ;P


ngeeeeeeeee (^_^)


menyambung wat keje kt bilik meeting..


PM pon turun padang gak..
gigih kak lina..


pompuan ni, kepala dh sengal pon sempat je posing.. ;P


aku dh mcm mayat idop.
kepala dah keras!


huhuhu..


ezlie yg baek ati banje mkn pizza..
recharged!


sempat lagi smbl makan, sambil menyelak..
kul 8 mlm baru kami blk..
hohoho






27.2.10

::SEKOR LAGI SETAN JANTAN!!::

22 PENGOMEN
KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.


DI SINI...Ahmad Fikri menunjukkan tempat Syafia Humairah dibelasah sehingga mati.


PILU...ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar
Hospital Kuala Kubu Bharu.


Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.


Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.


Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.


Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.


“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.


“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.


Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.

“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.


“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.


APA NK JADI NGAN ORG SKANG NI??!! PELIK2 JE AKU TENGOK. SANGGUP BUAT BENDA YG BUKAN2 PADA BUDAK YG TAK BERDOSA.


LAKNAT KAU SETAN JANTAN!!! SIALLLL!!!!!!

::DATIN BIAH BERARAK::

6 PENGOMEN
Kt sni mmg tetiap tahun ada perarakan Maulidur Rasul.
Tk penah lak aku sangka thn ni mak aku join sekali.
Yelah, sebelom ni mak kan kat Melaka.
So, dia join kaum ibu kt sana la.
Ni dah kebetulan dia ada kt sni, dia join je sekali.

Maka dengan ini sah lah datin biah dicop sebagai org Rawang.
boleh? ;P


yg tolak anak pon ada..


ha...tu dia!
terkedek2 ngan anak aku, Along.
mak aku steady je..haih, takkan keliling Tmn Tun Teja ni pon tak bleh kan?
sedangkan dari Tesco bleh je jln kaki blk umah!
keh keh keh

Aku ingat, tahun depan nk join gak la berarak.
Angkut skali bebudak ni.
Inysaallah..


cepat biah!
kang tercicir lak kat belakang..


mak + along sama tinggi ;P



tengok dari atas jelah ye bebudak...
(ngan air liur basinye ;P)






26.2.10

::SALAM MAULIDUR RASUL::

0 PENGOMEN

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



25.2.10

::BIZI::

2 PENGOMEN

AKU SANGAT2 BIZI GILER!

BLK NNT BARU AKU BLS KOMEN KOWANG YE..


::SELESAI URUSAN ANGAH::

20 PENGOMEN
SMALAM aku laki bini amik coti bawak nk register Angah masok U (amin :)) ekekekeke, register utk jumpa pakar audio. Aritu kan aku dah buat appointment kat sana. Makanya smalam gi le kami. Kiranya smalam settledkan sume skali. Senang camtu..


tmpt yg dituju..


dh nama pon register, wajib la isi form..


gigih...gigih..


sronok la kt sni..
org tak ramai, parking pon senang gilak.
beza la ngan HKL.
nk carik parking pon mau pitam 4 kali baru dapat!
ngan ramai org lagi..
kat sni mmg best!


sabo ye angah..jap lagi kita buat audio..
suka aku tgk budak kt blakang tu.
tak duk diam, bising molot nenek dia tegor.
ekekekekeke..


bapaknya tasha (^_^)


memacam test yg Angah kene buat smalam.
ada 3 org yg conduct.
1 supervisor + 2 students
tp mmg aku puas ati sgt ngan service dowang..
bagi penerangan pon detail sgt..


Tp ada kes lawak ok. Aku nk type ni pon sengeh2 bila ingatkan balik. Bilik tu kedap bunyik tau. So, bunyik skit pon boleh dengar kt dlm tu sbb sunyi. Ntah camne la pewot laki aku bleh berbunyik2 pulak masa test tu dijalankan. Giler kuat ok! kejap2 krukkkkkkk..kejap22 krukkkkkk! Aku bantai gelakkan dia. Tiap kali bunyik, tiap kali tu la dia cubit aku. Kontrol malu la tu. kahhhhhhhhhhhhhhhhhhh....yg pelik tu bukannye tak makan, dah siap bekpes. kuikuikui..


dh mcm robocop plak Ngah ;P

Ok, result smalam ada yg best, ada yg tak best.
Yg best sbb dowang ckp tinga kiri pendengaran adalah NORMAL!
Tp belah kanan (yg takde lobang tu), mmg dia takleh dengar.
Masa baby dulu ada gak vibrate, skang ni makin takde.
So, mmg skang ni dia guna sepenohnya pada belah kiri.
Smalam dowang ada ckp pasal alat bantuan belajar.
Tp mahal gilak!
Aku rasa pon buat masa ni Angah masih tak memerlukan alat tu.
Cuma aku ada tanya pasal tinga plastik.
Dowang kata boleh je buat. Kene refer pada Spital.
Dowang boleh buatkan. Tp tulah, kene ada $$$..
Tengok la camne. Aku nk gak tanye yg kt HUKM tu nnt..
huhuhu..

Dah siap dowang isikan borang permohonan kad OKU dlm 4 salinan, kitaorg pon blah selepas mengucapkan ribuan time kaseh
atas service yg best dari dowang..


Kad Appointment.
Lagi 6 bulan gi sana blk..

Dapat kad percuma sbb dowang tau ni utk urusan kad OKU. Kalau ada kad OKU sumenya free je. Masa daftar tu kene gak bayar RM5. Lepas ni takyah bayar dah (^_^)


Angah xcited jumpa sinki budak ;P


apa lah yg hepi sgt kaman tu?
ish..


posing...posing..


angah + mama


ANAK ABAH (^_^)


makan kat giant batu kep je..
sebab dah dekat ngan JKM Gombak.



kebulor ye bang?
patot la cacing meraung2 kat dlm pewot tu tadi ;P


sempat lg angah main..


JKM
Silap time rupanya aku dtg smalam..
ramai giler manusia.
rupanya smalam waktu dowang terima wang sumbangan..
macam2 pesen org ada.
cam sedih je aku tgk dowang :(


Tp sib bek la tak lama aku kt sana.
Sbb borang + salinan surat branak + gambar aku dah siapkan.
So, aku serahkan je borang tu kt kaunter.

Skang ni nk tunggu ujung bulan depan, aku call dowang tanye dah siap blom..
Syukur sumenya berjalan ngan lancar (^_^)


"Angah, dah smp umah.
Bangun, sambung tido kt umah ye cayunk"..





24.2.10

::LEMARI TV KONTROVERSI::

22 PENGOMEN

KOWANG musti biasa dengar criter kat K4/Tesco/Giant tag barang rege lain, bila punch nk bayar rege lain. Penah kan? Ha...tuler yg terjadi kat kami masa beli lemari TV mak Ahad aritu! Rege tag RM108, bila punch jadi RM139! Sib bek la laki aku prasan. Ate giler? banyak beza tu. Memula aku ok lagi..tp bila suruh dowang gi cek, bleh plak budak runner tu ckp betol la rege punch tu. Amboiiii...trus naik darah aku kt situ. Mmg aku point jari aku kt muka dia ckp dia sebenarnya malas nk buat keje. Malas nk cek. ha..amik, sume manager dtg kt aku. Last2 dowang gi cek, mmg betol rege RM108 tu. So, dowang mintak aku gi kat kaunter pelanggan utk refund. WHAT?? NO!! dowang dah buat mistake nak suh kita lak berjalan gi amik duit. Aku suh dowang yg gi sana amikkan duit tu. Yelah, kita kan customer. So, amik masa la kat situ. Sbb manager tu ckp customer sendiri yg kene pegi & aku tetap ngan pendirian aku. Tp bila dah lama sgt, laki aku suh aku bertenang + sesama gi amik refund tu. TAPI dengan syarat, TAKMO isi apa2 borang pon! Sbb nk amik refund kita kene isi borang. hohoho..dowang punye silap, kita plak yg nk susah2kan diri isi borang bagai? GO TO HELL!! Masa aku smp kt customer services tu dah ada org K4 yg tgh isikan borang. Ha...elok! Dia tanye nama laki aku pon, abg kaman ckp tak payah nk tulis nama2. Bagi je duit! ha..amik kau! Laki aku pon dah naik sheikh. Ok, dah settle dpt duit tu sume, ada guard plak tahan nk cek barang kononnya. Bleh plak dia suh kami sorong blk trolly tu gi kat cashier tu td, cop kat sana!!! Kowang rasa aku gi tak? TIDAK ok! AKU HALAU GUARD TU, trus ajak mak + iena sefamily + laki aku blah. Balik gitu je! Mampos kau la! Nyusahkan customer..giler! So, kengkawan sume. Berhati2 lah semasa membeli. Kene tengok betol2 cashier tu punch rege betoi ke idak. duit oiii, duit.

Huiiii...dasyat tol aura lemari TV yg Iena belikan utk mak tu. ekekekekeke..baru Datin Biah tau betapa tegasnya anak dara dia ni. (dara tu! ;P). Dia ckp ngan Iena, elok la aku ada, fight for customer right kt situ. Kalau tak, mau menjadi2 dowang buat mistake. Aku rasa ramai lagi yg kene sama ngan aku. Ntah2 silap aribulan tak prasan pon yg dowang bayar tu lebih dari apa yg sepatotnya. huhuhu..

Ok, dah settle menghuru-harakan K4 tu. Kami pon bertolak la balik. Nauzubillah, punya beratlah kayu lemari tu. Penyek2 tayar cik kia. Sian dia, lebih muatan..Masa smp kt umah mak dah malam. Mak tak kasi kitaorg pasang sebenornya sbb esoknya tu kan nk keje. Tp dah alang2 ada 2 menantu macho2 tu, gigih pasang malam tu jugak. Mak punye pasal, takpe..ngeeeeeeeeeeee..


memasing gigih pasang 'LEGO'


sampai tertonggeng Along ;P


Ely dah ngantok..
beso kan tv mak?
brand Sharp, flet screen.
Maceh kat AJ sbb belikan utk mak.
Lps ni bleh la beli utk aku plak.
sian kak ngah kau ni.
TV kat umah tu dah berbelas tahun!
sian kannnnn? ;P


Ya Rabbi!!
mampos aku lepas ni kene kutuk.
Nguap tak agak2!!
ZZZZZzzzzzzzzz

(sila jgn mencontohi ini pompuan, setan byk masok ikot molot!)


setelah berhempas pulas berjam-jam,
akhirnya siap gak.
dah cantik umah mak.
gigih datin biah cat umah.
ish ish ish..


terduduk kau ye pezal? ;P


port baru bebek (^_^)


gigih setting channel.
lepas ni CT nak belikan mak decoder astro.
pakai kad astro yg kt melaka tu je..
boleh kan?


Balik dari umah mak memasing dah sangap.
Mana taknya? kuar dari awal pagi smp tgh malam.

sempat gak la singgah gerai burger..
smp kat umah, ada rezeki menunggu rupanya.

Ema blanja kami makan kepsi.

dia dh siap tapaukan utk kami anak branak.

sian dia tunggu kami blk smp tgh malam..





klik klik (^_^)

 

My Life as a Mother and Wife Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei