31.8.10

::MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!::

"1 Malaysia Menjana Transformasi"




30.8.10

::BUDAK NOTTY BERAMBUT KONTOT HILANG!!::



SEMALAM hari paling malang aku. Dah le Sabtu tu gigih masak nasik ayam utk bawak berbuka kt umah beddy (BIL aku). Lepak smp nk pukul 1 pagi. Kul 4:30 dah bangun nk masak utk sahur. Kul 9 lebih pagi Ahad tu dah bersiap2 nk kuar beli baju raya bebudak pulak. Isk, kelitahan tahap gaban aku rasa! Ok, meh sni aku criter kisah smalam tu...

Aku ni gamble je beli baju ngan duit gaji aku. Aku pending dulu duit nk bayar bill2 + hutang2 setempat. huhuhu..Biasanya aku bawak along je beli baju raya bebudak tu. Tp bleh lak smalam gatal gi angkut Angah + BB skali. Memula aku singgah Sakan dulu. Beli jeans bebudak tu kat situ je. Cantik2 + Murah2. Then, kami trus ke JJ. Sampai kt JJ Wangsa Maju dlm kul 11pg. Terkejut tapir aku tengok jem giler nak masok tmpt parking! adoii..aku ingat dtg pepagi ni kurang skit la manusia. Rupanyaaaaaaa.... :(

Dah dpt masok JJ, aku bengang lagik. Mak aiii baju sume cam rupa haram je aku tengok! yg cantek2 sume memahal. Sib bek la dpt baju utk si Adek. Dah le nak bayar tu bukan men panjang Q! Masa tu aku dah rasa cam down giler. Letih, tension. Kuar dah JJ tu aku call Kaman. Dia jaga adek kt umah. Dia suruh aku blk rawang. Carik baju kt Tesco/HariHari aje. So, aku pon blk la ke Rawang. Dah le letih jaga si BB. Galak sangat la dia. Mmg takleh duk dendiam. Dari kt JJ lagi dia dah wat prangai. Nyorok sana, nyorok sni. Pehtu selamba je gi tmpt lain. Jenoh dah aku nk pegang tangan dia. Sampai kt Tesco pon camtu jugak. Ngan aku tension tgk baju2 kat sana ntah rupa apa, ngan nk jaga dia kejap2 dia lesap. Isk. Last2 kt Tesco dapat selai je baju utk Along + kasot. Masa tu aku dah mcm putus harapan la. Apa lah naseb tahun ni, payah sungguh nk beli baju bebudak ni.

Then, aku ke pekan rawang lak. Ke HariHari. Time tu org punyelah ramai. Nak jumpa tmpt parking pon payah. Ngan panas teriknya lagik. Masa aku naik tkt atas HariHari tu aku dah rasa cam nk pitam. Apa punye pesen baju la kt sana. Isk. Sungguh aku rasa cam nk nangis tau :( Sib bek la aku ada jmp 1 pattern baju yg bleh la masok ngan jiwa aku. Last2 Along + Angah + BB sama je pattern bajunya. Dapat la sorang 2 pasang baju. Jadik la. Aku dh tak larat nk gi tmpt lain. Yg BB asyik la men nyorok2 smp ada 1 tahap aku cam konpiden dia ada kt keliling aku. Sebelom tu aku dah marahkan dia suh dia duk dendiam, ikut je aku. Dia buat dekkk je.

Sekali tu, aku perasan dia takde kat aku. Aku soh along carik kt tkt atas tu. Kitaorg ni pakat la panggil2 nama dia. Takde jawapan! Alamak! Sah kali ni dia betol2 ilang. Kami ke tkt bawah lak. Dah la masa tu manusia punyelah ramai giler..along dah turun awal2 carik. Aku lak dari tangga tu dah terjerit2 nama dia. 'BB! BB! BB!'. sume pakat tengok aku. Angah lak dah nanges2. Aku trus keluar dari situ. Dari kaki lima tu ramai yg tau aku carik anak sbb dowang kata ada nampak budak lari nanges2 arah lain. Masa tu betol2 aku rasa nk pitam bila dowang kata dia berlari. Aku takot dia dah jaoh benar & aku takot sesangat kot2 ada mat bangla amik anak aku tu. Gigil2 kaki aku berlari arah yg dowang ckp nmpk budak nanges tu. Along dh lari jauh. Aku ke belakang sbb nk pegang angah. Last2 jumpa gak dia kat bangunan sebelah dari HariHari tu. Ada pakcik sekeluarga pegang dia kt situ. Ya Allah...syukur Alhamdullilah!! Teruk dia kene ngan aku smalam. Sebab degil sangat! Mmg sah la lepas ni aku takkan bawak dowang lagi bila beli barang tanpa laki aku. huhuhu...kaget sungguh! Lepas tu baru aku pujuk dia balik. Takot dia demam fobia lak nnt. Adoiiii... Pengalaman sungguh la smalam :(

Pehtu cam pesta la kat HariHari tu. Aku gi sana balik sbb nk bayar baju yg dah aku pilih. Ramai yg tau aku hilang anak. Bila nmpk aku pegang BB sume nampak cam lega. Musti dowang ingat aku x jaga anak. Walhal tangan aku ni 2-2 tangan skali pimpin dowang. Tp takkan la 24jam nk pimpin. Ms memilih tu kene gak la lepaskan. Tp tuler, kalau benda nk jadi..Isk..lps tu sempat sggh Mydin jap carik kasot utk Angah.

Dlm kul 5 aku anak branak baru smp kt umah. Rehat kejap, then trus aku masak utk berbuka. Kepala otak aku dah krem! dah takleh nk berfungsi. Dah le aku tension mikirkan duit, ngan hasil yg beli smalam tak bape nk berkenan ngan jiwa aku. Ngan letihnya lagi. Sib bek la baju kurung bebudak tu mmg dh ada. Aku laki bini pon pakai yg masa gi majlis bertunang AJ aritu je. Gaun2 lak, dah ada kawan aku kasi. Cantek sangat..Mekaseh tau. Aku + anak2 hargai sesangat pemberian tu. Kasut utk BB + Adek pon x yah beli dah.. save bajet kt situ skit. Utk aku + kaman mmg takde apa2. Tak beli apa pon..takpelah, asalkan bebudak tu punye dh lepas...


ni masa kt JJ Wangsa Maju..
haih..baju2 cam haremmmm!


budak rambut kontot.
silap la aku, bleh plak bila tukang gunting tu tanye
nk bg nampak telinga ke idak,
aku gi ckp 'nampak'.
sekali...amik kau! dia tarah baekkk punye!
terkedu aku tengok. Yg BB mmg hepi giler la
dpt rambut cam Ben10 ni.
Isk..


aku paksa dia pakai cekak gi skolah harini.
biar nampak dia tu pompuan.
kalau x, dia mintak nk buat rambut cacak!
OMG!!



(aku tak bape nk ada mood skang ni. harap maklum)



27.8.10

::NUZUL AL~QURAN::



Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir(berperingkat atas sebab penurunannya), pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan Al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum Al-Quran’ (Ilmu-ilmu Al-Quran). Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat Al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”


................................................................



Tapi aku pelik la. Nape ada negeri2 tertentu je yg dpt cuti ye? (dengki sebenornya ni). Yelah, sian kt anak2 aku. Sume cuti skolah harini. Sian Along & Angah tinggal terkonteng2 kat umah tu. Dah le demam lagi. BB + Adek je aku tinggalkan kt umah Ema. Mak lak dh blk Melaka, kalau x bleh aku campak bebudak kt mak datin tu. Yg kaman lg kesian. Tempat keje dia border antara KL/Selangor (Bt Caves). Seberang jalan tmpt keje dia Bt Caves, Selangor. Tp Alamat tmpt keje dia Bt Caves, KL. erk! hhhrrmmm...ntah le. Tp yg pastinya musti harini ramai yg bercuti panjang. Bawak smp ke hari selasa mgg depan kan? Bestnye kowang...

26.8.10

::NASIK AYAM STIM SEMPOI::

AKU masok opis harini kul 12 lebih. Angkut Angah skali. Pagi td gigih la anak branak, laki bini gi klinik $1 kat pekan rawang cek demam angah. Dah 2 hari dia demam panas. Buat blood test tadi. Syukurlah takde virus yg bukan2 dlm badan dia. Demam biasa je. Tp silap la tadi, sepatotnya aku bleh cek HB aku skali. Yelah, dah nk sebulan aku turun darah (piyed) tak benti2 lagi ni. Takot la kurang darah lak sbb skang ni mmg kerap rasa nk pitam. Isk, mcmana la bleh tak teringat lak tadi..

Ha..akhirnya smalam dpt aku mkn nasik ayam aku. Pestime buat ayam stim, mmg menjadi. W/pon dpt perap kejap je..tp rasa sedap tu smp ke tulang! (bukan aku ckp, laki aku yg ckp) hehe..siap ucap trima kaseh sbb aku masakkan nasik ayam sedap smalam. Walhal, aku sendiri yg tingin nk makan nasik ayam wat sendiri. Puas ati nk rasa camne. Dah le buatnya pon sempoi gilak. Meh aku ajar kowang camne nk wat. Dulu penah gak aku bg resipi, tp bi resipi lain lak..lg sempoi dari yg dulu tu..



memula sekali, kowang kene masak sop dulu.
masak cam biasalah,
bwg besar hiris + bwg putih ketok + halia ketok
sos pati ayam (kiub ayam pon boleh) + garam + perasa + daun sop

reneh skali ngan ayam yg nk kowang goreng/stim smp separoh masak,
pehtu angkat ayam tu.


nasik masak cam biasa,
cuma air tu kowang gantikan ngan kuah sop ayam tadi.
masokkan skali halia 3 hiris + serbuk kunyit skit
+ campakkan skali 1 sudu besar buttercup

masa mendidih, kacau skit nasik tu.
masa dah nk masak pon kacau gak tau.
mcm aku, aku guna beras biasa..
bila dah 'keep warm' tu beras mcm tak bape nk msk lg.
so, kalau kowang kene camtu jgn panik k.
kowang amik plastik, alaskan atas nasik (bawak penutup),
pehtu tutup la piuk nasik tu.
biarkan keep warm smp nasik tu betol2 masak.
(paham ke kowang ni? ;P)


utk ayam pulak, perap masa masih panas.
bahan perapan tu boleh jd cepat sebati ngan ayam.

tumbuk bwg putih + halia + sos tiram perap ayam
biarkan kejap. Lepas tu
ikot suka ati kowang nk goreng boleh, nak stimkan pon boleh.


sos pati ayam


utk sos smalam aku guna yg botol ni je.
aiyooo..x sedap. manis! huhuhu...

kalau kowang nk buat sendiri,
cili hidup + cili api + bwg putih + sos cili,
jkowang blend je ngan air masak, dah jadi :)


gigih!
sup tu saje aku letak tulang2..sedap ratah.


salad


aku punyeeeeee (^_^)


lalalalalaa


nacik ayam mama cedap!!





25.8.10

::DUGAAN SMALAM::

SMALAM beria la aku laki bini singgah Giant beli bahan2 nk wat nasik ayam. Cuaca panas membahang smalam kan? Aku naik moto tu rasa cam terbakar kaki. huhuhu. Kaman mmg mengaku lah smalam x tahan dia ngan cuaca. dia lagi la teruk. Bawak lori takde ekon. Byk tmpt nk kene hantar. Dah tu kene mengangkut ikan/ayam/beras berguni2 sensorang :(

Smp je kat area umah, aku dah rasa badan aku weak sesangat. Time tu dah pukul 6:30. Adoiii, takleh jadi ni. Dah le badan rasa mcm nk demam balik. Trus ckp ngan kaman mmg aku x larat langsung nk masak. So, aku singgah kedai makan..order makanan utk berbuka. Makanya smalam kami anak branak berbuka kt kedai aje. Blk umah mandi dulu, amik bebudak tu trus gi kedai makan. Ala, kedai kt area umah aku tu jugak. Berdepan ngan surau. Senang nk solat lps berbuka tu.

Blk je umah, trus aku kejung. Mmg dah tak larat lgsung badan. Kaman pon suh aku rehat je dlm bilik. Ntah pukul bape la anak2 aku tido mlm td pon aku x tau. huhuhu..sedar2 kul 2 pg, tengok meow gomok tu dah ada kt sebelah aku. Kul 4:30pg gagahkan jugak diri masak nasik goreng udang utk sahur. Sib bek la Kaman dah siap masak nasik malam td. Bahan2 nk masak nasik ayam tu akan aku uruskan harini. Balik umah nnt trus berperang kt dapor. Tp nasik ayam ni simple je. Aku nak try wat ayam stim lak kali ni. Harap2 blk kang adalah tenaga utk aku masak.

Sian Angah, harini dia x skolah sbb demam. Berjangkit dari aku la tu kot..huhu





24.8.10

::UMAH ORG SELANGOR::

DAH nama pon dibranakkan kat Kg. Nakhoda, Bt Kep kan? makanya, umah pon nk gak la berkonsepkan negeri Selangor. haha...walhal sebenornya ada kes. Cat tak cukup. Guna belen cat dapor yg datin biah kasi aritu je. Padan muka, takmo beli cat lain punye pasal..tak cukup nk cat depan. kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...



wow...tonggeng baek punye.
bulan pose ni bangggggg..


oooo...gigih nk cat rupanya


ewahhh...terserlah ketelitian dia ;P
(guna berus lukisan along tu. haha)


jeng jeng jeng
dah bertukar kaler dinding aku.
tu bukan merah tau.
tu sebenarnya merah batu bata sama ngan kaler kt dapor.
lps ni kene gak beli cat,
nak cat pintu kaler putih susu
(bingkai gambar tu pon nnt aku catkan skali)

-org dah doa bukak pose, time tu la aku sibok amik gmbr.
pehtu lari lintang pukang amik air, minum bukak pose :P


ha, amik kau!
berbalak kaler umah aku.
wakakakakakaka


patotnya area ni yg gelap, bukan kt tmpt makan tu.
ala..lantak la labuuuuuuu!

(nk gak bgtau kowang, langsir yg belah atas tu datin biah punye.
dah lebih 12thn umur dia tau. tahan lama kan?
yg maroon tu aku beli kat nagoya. semeter $2. haha)





::KEK CEKLAT KUKUS ITAM LENGIT::

GIGIH aku hari Ahad tu kukus kek ceklat. Tingin sangat nk makan. Memula tu ingat nk masak kek batik sbb si along tetiap hari beli kek batik mkn ms berbuka. Sepotong $2, mahal lak aku rasa. Baik buat sendiri, puas makan. Tp bila tnye bebudak tu nk mkn kek batik ke, kek ceklat..dowang kata kek ceklat. YES! hahaha...aku pon bleh makan gak.

Kali ni aku ikot resipi baru. Selama ni aku wat yg simple punye, kaler pon ceklat. Yg ni aku jmp resipi kek jd itam. Ha..ini le yg sebenornya aku nak. Pahit2, kurang manis gitu. Adoi...sedapnya!!



4 org assistant aku..
gilir2 kacau sbb tangan aku x kuat lg,
kang jadi kek krem plak ;P


tarrraaaa!!
cantek itam legam kan? aku suka!


kowang jgn pelik mana ilangnya kulit kek aku ni..
si Adek punye keje la.
Dia takmo mkn kek, dia nk kulit je..
isk budak ni..


gebu sama cam bakar je kan?


tu diaaaa!!!
nyum nyum nyum


Meh sni aku tepekkan resipi kot2 la kowang pon nk buat nnt. Resipi ni aku copy dari My Resipi

Bahan-bahan

* 1 cawan gula perang
* 1 cawan susu segar perisa coklat
* 1 cawan minyak
* 3/4 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan susu pekat manis (kalau nk manis, tambah la susu lg)
* 1 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 3 biji telur

Cara-cara

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil (aku x tutup ngan aluminium foil ni pon, ok je...) dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan (aku kukus 40mnt je..try cucuk ngan pisau tgk dh masak lom)
7. Angkat dan sejukkan.


Ha...senang je kan? aku buat 2x ganda adunan, so dpt la 3 loyang..sebenornya 4 loyang pon boleh dpt, tp aku dh malas nk tunggu. loyang yg ke 3 tu jadi tinggi cam gunung berapi nk meletop sbb over loaded. keh keh




23.8.10

::BUKAK POSE @ UMAH CIK TEMAH::

DALAM demam2 tu pon gigih gak gi bukak pose kt umah CT hari sabtu tu. Tp aku rasa elok gak camni. Gi sana, makan je. Aku lak mmg mak + ct dah bagi larangan keras tak payah nk masak apa2. Tp idak le aku dtg berlenggang kangkong aje. Aku bawak buah tembikai + betik yg kaman angkut dari tmpt keje dia. Ayoi + iena tak dpt nk join kali ni sbb memasing ada hal. Yg iena berbuka ngan family laki dia, ayoi lak x larat nk merangkak gi umah cik temah tu sbb keadaan dia yg agak tenat & kritikal. huhuhu...sian kau Loi.. Tp abg long + family dpt join kali ni. Lagi pon senang dia nk angkut mak balik Melaka trus. Ha, mak aku skang dh takde kt rawang. Datin Biah dah blk Melaka. "sian abah kau, dia 'balik' umah tgk takde sapa pon kt sana", katanya :( - Al-Fatihah. Aku rasa sok lusa musti datin tu gigih wat kuih raya. Kowang x yah risau kt datin biah tu. Dia kt sana x sunyi pon. Jiran tetangga ramai yg temankan dia. Kan aku pernah criter aritu, jenjiran kt sana sume baik2 belaka :)



get ready nk bertolak ke kotadam ;)
along direct dari umah mak,
aku kutip kendian..


2 budak noti!


pesen rambut terkini.
sisirkan jambul ke tepi untuk mendapatkan efek CANTEK.
dia takmo jd comel, dia nk cantek.
cerdik molot cam org tua!! geram!!


ISK ISK ISK


buffet ramadhan @ hotel cik temah


santai2 sementara nk nunggu waktu berbuka


AJ + adik2 cik temah


ngan shafiq, anak abg long..


fomfuan ijau kt tengah tu, aku x kenal sape.. ;P



dah boleh agak sape punye ni kannnn?


kekenyangan kau!


Sesama gigih hapdet FB,
ngeh ngeh


"mama, adek nak ni! mama beli ye", "nak kaler pink tau mama"

"ye ye ye ye ye ye yelahhhhhh tu" ;P


kami lambat berambus dari umah CT sbb nunggukan pak imam ni tengok bola.
haihhhh..


bebudak ni, kalau men mmg tak hengat donia!
masok dlm kete sume pengsan..





::BABY TUA YANG GOMOK::

kat umah aku ada baby..
siap keluarkan balik gek gek si Along punye dulu
(turun temurun ni tau..elok lagi)


ha...ni la baby tu!!
(dia yg mintak aku kuarkan blk benda ni..isk)


ngeeeeeeeee (^_^)


Angah ngan rela hati ayunkan sampai adek dia terlelap.
pelik aku, tak lenguh lak kaki dia ;P


lena sungguh dia tido..
(mengada2 meow gomok ni tau)





kengkawan, aku dah ok skit. dah masok opis pon ni.
mekaseh atas doa2 kowang tu ye.
lebiu alls..



klik klik (^_^)