15.5.09

::BERITA TERKINI:INFLUENZA A::

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


SITUASI SEMASA INFLUENZA A (H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


15 MEI 2009

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu kes yg dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan POSITIF Influenza A melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009. I

ni merupakan kes pertama influenza A (H1N1) dikesan di Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Merika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada jam 6:45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil.


Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7:15 pagi supaya menghubungi talian 03 - 8881 0200 / 03- 8881 0300 untutk tindakan susulan.


~Ya Allah Ya Tuhanku..mintak kita semua dijauhkan la dari segala penyakit merbahaya ni..AMIN.

12 comments:

  1. ngee..takotnyee..mcm2 penyakit skrg kan??smg dijauhkan la tu smuer..huhuh

    ReplyDelete
  2. alamak

    takutnya

    kena tunggu berita malam ni

    ReplyDelete
  3. adeh..smpai gak penyakit nie kt malaysia..hrummm

    ReplyDelete
  4. Memanglah ai...mintak2 dijauhkan dari penyakit itu.....

    ReplyDelete
  5. fuiyooo mesti student balik cuti summer holiday ni .......

    ReplyDelete
  6. Mintak dijauhkan kita semua siut!!!!!

    Tentang TUDUNG tuh,,,NOTED...bini Gua cakap dia Tungguuuuuuuuuuu!!!

    ReplyDelete
  7. sekejap jek dh sampai sg. buloh...

    ReplyDelete
  8. dh dekat akhir zaman .. mcm2 penyakit dtg

    ReplyDelete
  9. KAK AI.KALO BOLEH..KURANGKAN AKTIVITI LUAR..PAKAI MASK

    ReplyDelete
  10. KAK AI.KALO BOLEH..KURANGKAN AKTIVITI LUAR..PAKAI MASK

    ReplyDelete
  11. penyakit dah menular di Malaysia pula dah..

    moga kita semua terhindar daripada penyakit ni...

    ReplyDelete
  12. huh mmg seremlah....pakat pakai pudah r pas ni

    ReplyDelete

Yuhuuuuuuu...... ^_^