6.4.10

::KUARANTIN @ MELAKA::


DAH
alang2 kene kuarantin aritu, baik aku angkut Datin Biah blk Melaka. Dah rindu sgt dia kt sana. Smp demam2..kali ni mmg dia blk lama sbb awal bulan 5 nnt nk buat kenduri tahlil arwah abah. So, mak tinggal kt sana je. Tp takpe, tak yah riso sbb kat sana sume jiran tetangga baik2 belaka. Betol2 dah mcm sedara. Insyaallah, dowang tengok2kan mak nnt. Lagi pon Abg Usin ada kt sana. Leh la dia singgah2 umah jenguk mak. Ada gak aritu dia ajak mak tinggal skali ngan mak tua aku kt sana. Mak aku mana nak. Dia tak selesa duk kt umah org. Lagi pon byk urusan nk dia buat kt umah tu...bior le. Insyaallah selamat...


Bebek yg behave sepanjang perjalanan blk Melaka Jumaat aritu.
Duk la kau dlm bakol tu bebek wei...


pandai sungguh dia jenguk kepala bila smp kat area melaka ;P


anak bongsu mak.
ngeeeeeeeee


along ponteng skolah!!!


budak x sihat...


sampai je kt umah nenek dia, trus berlakon sihat sbb nk main ;P
tp kejap je. lepas tu meragammmmmmm je. huhuhu


rindu sgt dia ngan kak BB.
dia punye adap enpon tu mcm le ada 3G.
kahhhhhhhhh....
kak BB dia tepon masa ni, on kan speaker.
tu tepon datin biah ;P


yea! dapat lolypop besar dari paksu arul!


maceh paksu arul ;)


wow! GL sapa ni? ;P


nape kau loi?


Hari Sabtu tu besan mak (makpak CT) singgah tengok dia..
jaoh ooo dowang datang dari Perak.
besar ati mak aku terima kunjungan dari dowang :)


jemput makannnnnnnn


sronok kau dpt makan kan imran?


makan ye pakcik :)


laok kampong..sedap!


datin biah sedang diurut oleh besannya..


ringan betol badan mak lepas kene urut tu..


jgn dekat2 sgt ngan aiman adek oooii..
kang menjangkit naya je. isk!


dah rehat2, solat apa bagai..
time to go home.
tp idak le dowang blk perak trus.
dowang nk tido gilir2 kat umah anak2..


sempat lagi petik mangga..ngeeeeee




mlm tu AJ banje makan donut + satay..
maceh a.mie.


donut perisa rimau..
sedap ke loi?



dok diam jap, pehtu nanges, diam, nanges...
meragam je dia.
yelah, tak sihat lagi...
ngan molot sakit..sian dia..






dapnye lemak cili api tulang!


sedap le tido dlm ekon kan dek?


bubye mak...
tinggal elok2 tau. sakit2 ni jgn le merayap gi bndr melaka tu.


bubye loiiiiiiiiii...


sempat je posing kan?


Blk tu jem kat seremban - kl. Dalam kul 7 lebih baru smp umah. Syukur sumenya selamat. Aku pon lega bila tengok umah teratur. Kasot skolah dah berbasoh + tersusun, kain dah dilipat, umah berkemas..sume laki aku yg uruskan. Alhamdullilah dapat laki yg rajin camni. ngeeeeeeee..maceh bang. Lebiu so muchy2. muahhhhhhhhhh....





5.4.10

::ZIARAH KUBUR ABAH::




WOW!! Gi kubur naik grand livina..huk huk.amik berkat AJ oii, Insyaallah, dapat tu nnt (^_^)


Ala...hari dah nk ujan pulak..


" Semoga Dicucuri Rahmat Ke Atas Rohnya"



Rindu sungguh kami ngan Abah :(



Dah 7 bulan berlalu...



Suara Ayoi, seluruh tanah perkuburan tu leh dengar ;)
Boleh je sedekahkan Yasin pada sume umat yg dah meninggal..
semoga sampai kat mereka, Insyaallah..


si sulong + si bongsu ;p


menyusun batu kubur atok dia..


anak manja mak + abah..


Sini le tmpt tinggal kita nnt kan?



kejap je dapat ziarah, sbb ujan dah lebat pulak.
memasing kan demam. payong lak takde...
kami balik dulu ye abah..


Ayoi sambung baca dlm kete :)





nota bontot: aku tak bape leh hapdet kat opis ni. tenet cam haram je...gmbr bebanyak kt melaka takleh kuar. kat umah la aku buat nnt..huhuhu. lagi pon aku x bape nk ada mood ni :(
komen2 kowang sume aku dah baca..tp payah nk reply sbb tenet ni le..nnt dah ok, aku try reply ye. lebiu alls, muahhhhhhhh...







::ADEK DAH OK, BB PULAK!::


SALAM
sume, aku dh slamat smp dari Melaka 3 branak ptg smalam. Adek dah ok sikit. Skang ni dah boleh makan nasik. Sepanjang kat melaka aritu, dia makan bubur nasik je. Tu pon lepas sapu ubat kebas kt mulut dia. Minum susu pon payah. Azab sungguh aku tengok. Skang ni BB pulak demam. huhuhu..aku? aku pening2 lalat lagi ni. Rasanya cam nk demam balik. Haih..nak wat camne. Telan jelah ubt demam tu..


Maceh kat sume kengkawan yg mendoakan aku + family. Mak skang pon dah beransur sihat. Nak2 lagi lepas kene urut ngan besan dia. Sabtu aritu mak + bapak CT datang berjalan ke Melaka. Ringan badan mak lepas kene urut tu. Lega aku..


ni hari pagi Khamis aritu, masa ni molot dia ok lagi, lidah je dah stat luka skit..


makan, tetap makan kan dek?


bergelempangan!


bila bebudak ni blk skolah...
tp memasing behave le sbb aku skali demam.
sib bek la dpt jiran best. tghari tu ema yg turun amik BB kt bawah.


ema siap masakkan lauk lagi...


ikan sumbat + sup kaki :)


ayam ni je aku goreng...


petang dah stat naik bintik2 kat kaki + tangan + molot.. huhuhu..





4.4.10

::AL-FATIHAH BUAT DIN BERAMBOI::

Lepas ni takde dah aku gelak2 cam org giler dlm kete masa nk gi keje :( Patotnya malam ni dia together2 ngan artis2 lain kat Genting tu kan? tapi, ajal dia dah smp. Yg tak sampai, hajat dia nk merasa namanya disebut sebagai calon penerima anugerah mlm ni..macam yg PakNil criter kat blog dia
NI...

Semoga rohnya dicucuri rahmat, amin..



1.4.10

::ELY KENE HFMD::


SIAN
sungguh Ely. Tghari td aku dah prasan ada bintik2 besar naik kat kaki + tangan dia. Aku ingat kene gigit nyamuk. Tak lama pon lepas tu bintik2 tu jd makin banyak + mcm berkudis. Pastu baru aku teringat aritu anak iena, fawza pon kene jangkit virus yg sama. Mmg musim skang ni. Bila Ely kata lidah dia sakit, mmg sah la dia kene Virus tangan, kaki & molot tu (HFMD). Dulu pon dia penah kene gak.


So, ptg tadi gigih la jugak aku mengusung sume anak2 aku gi Klinik Pakar Kanak2 Tan kat Pekan Rawang nu. Ntah apa naseb, ujan lebat lak bila smp depan klinik tu. Payah nk keluar dari kereta sbb angin kuat. Tp smp bila lak nk tunggu kan. So, aku turun..gilir2 aku angkut anak2 aku masok dlm klinik :( dugaan sungguh la. Ngan badan + kepala aku yg sakit ni..huhuhu..nk tunggu laki aku tak sempat sbb dia jauh lagi. Takot klinik tutup.


Bila doc cek, mmg kompom la kene penyakit tu. So, doc kasi le ubat2 yg wajib ely makan kalau nk elak rasa sakit melampau. Nak2 lagi tang molot. Skang ni pon merengek je dia. Nak minum susu pon payah. Tangan + kaki pon takleh terlanggar skit, dah melalak. Yelah, musti dia sakit. Camne nk mkn ubat? telan skit2 le gamaknya. Tu pon smp nk muntah2.. :(


Nak dijadikan criter, mak aku pon sangat2 x sihat. Aku + adik bradik paksa nk bawak dia gi spital, dia takmo. Sanggup aku tgglkan bebudak ni kat ema jap tadi nk bawak mak ke sana. Org tua tu takmo..yg dia nak, BALIK MELAKA. hohoho. Kebetulan pulak Iena tak dpt nk blk kg mmg ni sbb dia ada urusan. AJ pon ada job yg dia kene buat. Tak tentu lagi leh blk. Bila mak tau aku dpt cuti dari doc, mak suggest aku blk esok. Aku suka je
;P takpe, Insyaallah aku akan drive elok2 nnt ye. Maybe Sam + Ayoi smp kt Melaka Sabtu ni..Aku lak bawak Along + Ely je. Yg lain tinggal ngan ema. Tu pon ema mintak biar dia je yg jaga Ely. ish, takpe la. Tak sanggup lak nk pisah ngan dia time2 dia tak sihat ni...

So, apa2 pon kowang doakan mak + anak aku sihat k. Esok pagi aku nk bertolak balik melaka. Hari Ahad baru blk sni. Laki ngan anak2 aku yg lain x ikot pon..k, bubye sume. Lebiu alls!








::BORONG SLIPAR::


SMALAM
aku gi keje bawak kete. Driver sendiri. Sbb tghari tu ada tmpt lain nk aku tuju. Tup2 time blk tu bengang tul aku!! Dari mrr2 dah stat jem menggila. Adoiiiii...pelik tol aku tau. Bila naik moto takde pulak jem. Bila aku drive..adoiiii!! Tp semalam mmg giler arrr. Tak tau nape. Kowang bayangkan la, kul 7:30 br aku smp umah! APAKAH??? Biasa kul 6:15 dah smp (naik moto la)..huhuhu


Sampai je kt bawah, aku soh laki + anak2 aku turun. Nak gi hntr ubat kt umah mak. Mak pon sakit tu. Demam + sakit blakang. huhuhu..sian biah. Kalau ptg ni melarat lg sakit dia, aku ingat nk bawak dia gi klinik.
Aku kt umah skang ni pon tak bape sihat. Nasib baik la aku ada jiran baik giler. Ema la yg turun gi amik BB kt bawah. Siap dia masakkan lauk utk aku + anak2. huhuhu...terharunya aku. Laki aku lak harini kene hantar ayam ikan ke pengkalan hulu, perak. Lambat la dia smp mlm kang :(

Ni mlm tadi la. Lps hantar ubat kt mak..trus gi Sakan. Beli comforter utk bebudak ni. Yg dulu tu dah nipis. Kiranya yg ni lapikkan belah atas. Dowang kan suka tido kat hall. Ha..amik la kau. Pehtu singgah lak tesco. Mmg nk belikan bebudak ni slipar. Dah daif benor slipar memasing. Sian aku tengok. Ngalahkan BERSAMAMU pulak dah..Pehtu ingatkan nk mkn kat sana je. Tup2 time tu pulak la nasik ayam tgh nk masak. Isk..last2 kami makan kat kwsn umah ni je. Kedai makan feberet aku, D'Kayangan tu...


ha..pilih-pilih..


camni le gayanya bila anak ramai..
memacam citarasa..


Biasa aku beli yg $5 je. kali ni dowang nk slipar yg tapak tgg tu,
kecuali angah.
dapat le sepasang $15. Macam mahal je kan? bukan $10 je ke sepasang?
hhhrrrmmmmmm


memasing rambang mata...
BB je senang, ntah dari mana dia amik, trus bg kat aku.
pastu dia blah tengok video upin ipin kt luar ;P


try...


sume dpat slipar baru..lalalalala


along ngan aku dah sama size,
aku amik slipar lama dia tu je...


sempoi je BB kan? ;)


tingginye slipar adek...


ha! sib bek tak tergolek kau dek!


org2 gedik yg demam


demam ke camni?




jgn tak caye k, ni tido sungguh..
bangun ngah, nasik dh smp..


makannnnn
aku nak tapaukan mak, dia takmo pulak.
takde selera katanya :(




dah siap, jom la blk. mama dah tak larat. huhuhu





::HARI BODOH!!::



"KAK NGAH, A.MI KENE TRANSFER GI PAHANG BULAN 6 NI"


- Pepagi lagi aku dah dapat sms dari
AJ. Nak terkencing aku terkejut!! Dia mmg keje ngan gomen (KKM). Harus la ada posting2 ni kan? trus kepala hotak aku mikirkan bisnes andam kami NI. Ayoyo!! maot aku kalau aku urus sengsorang. Camno? dah le buat masa ni ramai giler client dah closed deal. Dah amik pakej ngan kami.

Ngigil2 aku on YM. Aku kat umah ni. Domam skali ngan Ely si kucing gomok tu. Dah smp rasa nk pitam aku tau.
Lepas aku balas sms dia, "hoh??!! bior betoi?". Aku terus on YM. Senang skit nk criter kt situ (tak bazir duit enpon aku). Sekali dia balas "APRIL FOOL!!!!!"

SETAN KAU!!! HARAM JADAH!!
aku dah nk pitam2 kat umah ni berpusing kepala hotak mikir memacam, rupanya kau kenekan aku???? cesssss!
Yg tak boleh blah tu, sanggup dia sms client2 kitaorg kata dia terpaksa cancelkan urusan wedding dowang. GILO! mau ada yg meroyan. kahhhhhhhhhhhhh...adoi, tak sangka aku kene april fool. Aku pon lupa wei..tak ingat langsung harini HARI APRIL BODO. miahahahahahahaha







klik klik (^_^)