PENAH dulu aku janji nk cerita pasal KEJADIAN BB kan? Pehtu smalam si Bay, tetiba sebut soh aku criter pasal dia. Dah kebetulan camtu, meh la aku criterkan pasal budak ala-ala boboy ni.
Masa memula aku branakkan dia, dari wad lagi org lain ingat dia lelaki. Mmg struktur fizikal dia sebijik lelaki. Bila aku ckp dia ni pompuan musti dowang ckp balik 'ni mesti sebab teringin sgt anak lelaki kan? tu yg kuar cam lelaki' isk. idak le pulak sbb masa aku peknenkan si BB ni ada KES. Makanya hati + perasaan aku lagio cenderung kpd bior le budak ni sihat bila diberanakkan sok. Tak kira la lelaki ke, perempuan ke..
Ok, kesnya camni tau. Mmg sejak lepas aku branakkan along dulu aku makan pil perancang. Ada 1 masa tu, hari tu sepatutnya aku dah piyed. Tp hari ke 4 aku 'cuti' mkn pil tu just kuar stain ceklat je. Sampai le hari ke 7. Sepatutnya esoknya tu aku dah kene sambong makan pil balik. Tp hati rasa x sedap. Mlm hari ke 7 tu Angah (ms tu umur dia setahun lebih) gosok2 pewot aku yg leper tu. Ish. Nape pulak budak ni? Takleh jadi ni.. So, esoknya tu aku gi klinik nk tanye pendapat doktor, harus ke aku teruskan makan pil tu ke idak sbb darah tak turun. Yg turun hanya stain ceklat tu je. Doc tu takde byk ckp trus suh aku wat UPT (urine pregnant test). AYOYO!!! terkesima jap aku. Nape pulak aku kene wat menda alah ni sedangkan aku mmg sentiasa mkn pil perancang dgn tertib. Sekali kauuuuuuuuuu...BUNTING ok! POSITIF! huhuhuhu...trus aku nanges2 kat depan doktor tu. Doktor tu pulak biarkan aku nanges2 dulu baru dia tanye nape. So, aku ckp la sebenornya aku lom ready lagi. Dah la Angah yg special tu baru je setahun 3 bulan masa tu. Aku laki bini kene bagi tumpuan penoh kt Angah. Yelah, kan kowang tau hal Angah?
So, stat dari yg aku tau aku peknen tu, aku sgt2 tension!! smp ada 1 pagi tu masa kt opis, darah turun dari nemen aku mcm air paip!! macam non stop. Ayoyo..trus aku rasa bersalah. Aku ingat anak dlm pewot aku dah merajuk sbb aku tak hepi bila dpt tau kehadiran dia. trus aku nanges2 dlm toilet ingat aku dah gugur. So, aku trus gi klinik, doc scan nnt tgk baby ada lagi ke idak..rupanya aku kene THREATENED ABORTION. Baby dah hampir2 nk kuar. Masa tu baru aku tau baby dah 2 bulan dlm pewot. So, stat dari hari tu la aku mula SAYANG kat baby dlm pewot aku. Aku direfer ke Spital Selayang utk checkup. Sbb aku kene makan ubat kuat rahim smp usia kandungan 4 bln.
Bila dh cukup 4 bulan, aku jumpa pakar. Aku nk tanye pasal baby dlm pewot aku ni condition dia camne. Sbb sepanjang aku peknenkan BB, aku cukup merisau. Pertama sebab aku fobia ngan keadaan Angah. Aku takot BB ni pon akan special cam angah jugak. Smp termimpi2 yg bukan2 :( , 1 lagi aku risau sbb aku kan makan pil perancang masa bb dah ada dlm pewot. So, aku takot kemungkinan utk dia cacat tinggi. Yelah, pil tu kan pil hormon..dah jawapan yg diberi doktor amat2 mengejutkan aku!!
Doktor ckp, dek kerana aku makan pil perancang masa mengandung, kemungkinan utk baby cacat tu mmg takde. TAPI, hormon baby akan bertukar. Sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki, hormon perempuan adalah lebih tinggi. Kalau pompuan yg kuar, hormon kelakian dia akan lebih tinggi. Makanya, itulah yg betol2 berlaku!!
BB dilahirkan dengan selamat + sihat. Cuma keadaan fizikal dia betol2 mcm budak lelaki. Terutama skali tang rupa + rambut + tingkah laku dia. Rambut dia tak memanjang cam budak pompuan lain. Bila panjang, dia akan mengembang ke atas. Perangai dia dari kecik pon cukup beza ngan Along + Angah. Yelah, kompom la kt umah tu sume ada menan pompuan je kan? Dia takmo main! Dia campak sume anak patong, menan masak2. Tp bila nampak helicopter / kereta, melompat2 nak. hohoho...Aku penah belikan dia spender ropol2. Dia lari takmo pakai!! Mmg takmo pakai baju pompuan langsung! Dia nk seluar + tshirt je.
Doc dulu ada pesan kat aku, mmg takde ubat khas utk kanak2 camni. Cuma dari didikan kita je yg boleh ubah kehendak dia. So, aku stat 'ubah' dia masa aku cuti dlm pantang branakkan ely. Sepanjang aku pantang tu aku ajar dia pakai baju pompuan, main sesama ngan dia menan masak2..kira cam aku main ngan minda dia la..Alhamdullilah, ada skit perubahan.
Dan smp skang, dia dah boleh terima yg dia perempuan. Tp ada lagi la unsur2 lelaki dlm diri dia. Cam beg sume nk gmbr2 robot / siperman, selesa ngan tshirt, jam nak yg Ben10, solat takmo pakai telekong. Dia masih pakai songkok. Takpe, tu nnt Insyaallah pelan2 nnt berubah la dia kan?
BB + Ely anak yg paling rapat ngan aku. Agaknya sbb 2-2 tu kasar. So, boleh la ngan aku yg kasar ni. Angah + Along lebih rapat ngan Abah dowang sbb dowang agak lemah lembut. Aku gurau kasar skit dah melalak. Camno tu? ;P
BB ni banyak auta dia tau. Pandai je dia carik 'jalan' nk cairkan hati kita bila nk mintak benda. Pehtu memacam alasan bila kita soh dia kemas menan balik ke, suh simpan blk buku homework. Sakit pewot la, sakit tangan takleh nk kutip menan la..eh, memacam la! Smp aku takleh nk marah dia sbb molot + auta dia yg cerdik tu. ngeeeeeeee...geram ngan prangai dia yg chomel tu.
tengok la budak noty ni...cute! geram aku..

pestime pakai baju gaun. ternganga2 molot. walhal member tgh menahan bengang.
kejap je pon. pastu berguling suh aku bukak baju tu.
2 budak noty ;)
ni gmbr malam tadi..


BB ni pon ikot muka dia sendiri. Mata dia lain dari yg lain.
mcm mata kuyu je kan?
tengok la rambut dia tu. tu dah kira panja ng tau.
sbb dia tak memanjang cam budak pompuan lain.. :)
anak mama :)
sib bek adik bradik dia sume pompuan kan? kalau tak, kompom anak aku jd pengkid. bleh tumbuk paksu arul + paksu aril. Ntah2 masa mak buntingkan dowang, mak pon makan pil perancang gak kot..hhhrmmmmmmm ;P