16.12.13

::MEMACAM ADE::

16.12.13



berangkut aku beli doyan kat pasar malam haritu. 4 bijik, $10hengget je.
makan 4 anak branak smp sendawa, kencing berak pun naik bau doyan. si Adek je yg mmg tak jamah langsung. muka dia ketat memanjang sbb tak suka ngan bau doyan tu..diva sgt kau dek!

view dari beranda dapor umah aku. feeling2 duk kt Cameron hokeyyyyyyy

sabtu haritu aku gi mekap panten sanding kt UM. Selamat gak aku smp ke sana. Mekaseh bebanyak le kat GPS kokak yg dlm kete aku tu. Penyelamat sungguh! aku ada gak standby print peta, tp tak membantu langsung :P

aku pelik tul la, nape la tiap kali aku snap gmbr panten guna camera KIMIe aku..jadi tak nampak bulu mate pelsu dorang. walhal kalau depan2, sah-sah la nampak mata tu ada awning. haihhh.....

yelah...sanding le kau dik. semoga kekal smp ke hujung katil nyawa. amin...
(ni aku mekapkan under job dina halim bridal boutique)

my beloved PA - Along QiQin

pestime aku jumpa org kenduri kawen kat dewan jamu ulam petai. rasa mcm nk kaup bawak balik je. yelah, nk kokak petai makan kat sana rasa macam segan lak. iols kan penyegan uols (sila jgn percaye)

cendol + eskem ceklat = gabungan terbaek ;)

sila lah renjis2 panten, mak handam nk melantak jap

pengapit kipas diri sendiri. kau mampu..???
(sib bek la tmpt tu ada ekon) ish.....

 smalam jiran depan umah ni ajak mkn spegeti kt umah dia. sesambil tu bleh le tengok baby baru. kompom lps ni dak kecik comey lotey ni asyik kene culik je ngan aku. geram tol! rasa mcm nk kokak2 je pipi dia tadi. ngengada lak tu. time angkat elok je lena. baru nk letak dia merengek. manja sungguh! masuk dlm plastik bawak balik umah kang....ha!

Girls day out katenyerrrrrrr....!
walhal gi tesco je, nk beli minyak masak. hahahaha...
angah je takde, mak bawak gi rumah dak ayoi
^____^




*auto publish je sebenornya entry ni. pagi ni usung si along gi hospital selayang buat treatment muka dia. harap2 semuanya berjalan dgn lancar. amin......



13.12.13

::BUKU WARKAH BUAT ISTERI::

13.12.13

YEAY!!! Alhamdullilah, dah siap buku yg Abg Abil tulis pasal kisah hidup dia & arwah Gee. Buku ni kira mcm novel motivasi la. Elok para2 encik suami baca jugak. Boleh korek isi2 dalam tu buat motivasi diri, kisah cinta dia dgn arwah, pengorbanan dia untuk arwah & macam2 lagi ada kt dalam tu. korek, jangan tak korek ye uols. Dari baca buku yg merepek2 tu, baik baca novel 'kisah benar' ni..

Petang semalam Abg Abil datang terjah opis aku kejap. Surprise le kononnye. Syiok betol sbb orgnya sendiri yg bagi buku tu. Ohhhhh...bestnyer!! (sambil mata terkelip2 ke atas). Terasa diri sangat speSial! hahahaha. Mekaseh bebanyak ye lalink. Dah lama tak jumpa dengan DIM duda idaman malaya  ni . Ini kali ke 2 kami berjumpa. Sekali dulu time raya 2 tahun sudah. Kami anak branak datang ziarah arwah Gee, sesambil datang beraya skali kat Seremban tu (ingat lagi anak2 aku kemaruk kaup segala mcm ceklat angkut bawak balik, yg aku lak mkn kuih tart secara gelojoh smp paksa dia topup lagi dlm bekas kuih tu. burok tol perangai)

Wuhuuu...bezanya abg abil sekarang ni dgn 2 tahun yg lepas. Kuwus banyak oooo. Nak sama besar je dgn aku yg dia kata boleh masak sup tulang ni (kuangjaq la kau lalink). Tp mmg nampak beza sungguh la. Skang ni pun Abg Abil aktif buat talk. Eh lalink, boleh je sesambil buat talk tu usung skali buku ni kan? Mesti ramai pompuan sampai bertarik2 rambut berebut nk beli buku ni. Duda Idaman Malaya katanye kennnnnnnn... muahahahaha..


..dah rupa mcm penyampaian anugerah pulekkk


Nak order, kowang klik je gambar ni hokey


WARKAH BUAT ISTERI ~ GEE 
Al~Fatihah
nak baca blog Abg Abil, boleh klik kat SINI




12.12.13

::IBU TUNGGUL::

12.12.13


Malam tadi dah aku cicirkan laki aku, si Mr. Wonderpet kat but stop Greenwood. Dia balik kampong sengsorang. Jadi ibu tunggul la aku 4-5 hari ni takde beza pun sebenornye. heh heh Nak balik anak branak mmg takde modal langsung la. Aku pun sabtu ni ada keje. Dah alang2 dia nak abiskan cuti, elok la balik kg tu. Bleh tengok abah. Abah skang ni tak brape nak sihat. Dia skang dah balik ke kelantan semula, tak duk kat pahang lagi dah. Aku pun tak pasti apa sakit dia, tp dia tiba2 je jadi mcm lupa ingatan. Tak semua org dia boleh cam skang ni. Apa yg dia buat pun dia dah tak brape ingat.. ntah ler..

Sabtu ni terpaksalah aku campak bebudak tu kat umah si Biah. Aku ada job mekap kat UM. Giler tak? memula aku ingatkan UM tu kat Bangi. Rupanya yg kat Bangi tu UKM. UM kat Bangsar. Choiiii!!! kalau tak, mau porak peranda pengantin aku tu nnt si tukang tepek mekap tak sampai2. Al maklum lah, aku ni mana la penah masuk U. Aku ni tahap2 skolah menengah je. sedeyyyy!

Isnin depan pepagi buta, sampai le laki aku tu kat sini balik. Nak kene usung si Along lak gi spital hari tu nnt. Dia kene wat treatment kat daycare spital selayang. Muka dia ada tumbuh bijik2 mcm ketuat. Tp doc kata tu bukan ketuat, dia kene Pox Virus. Benda tu merebak, so ada lah treatment yg doc nk kene buat bagi benda tu mati. Gitewww...

Ok dah, aku nk sambung buat keje. Udah le aku ni skang tensen giler time balik dari opis. Bila ujan lebat, jalan arah balik ke selayang/rawang tu jadi jem giler! aku ni smp termuntah2 dlm kete (melampau), kaki kejung tu toksah criter la kan.. sampai je rumah dh jadi mcm org OKU dah. aku jln pun cover2 cun. nak jugak la catwalk, padahal betis dah keras mcm batu! haihh....


"A Mum's Got To Do What A Mum's Got To Do"


(bak kata keramat si Deaf-Angle rocker stone. ngeeeee, ai lebiu my fren)





11.12.13

::KAKI KAMI::

11.12.13 

(e'eh, cantek la tarikh hari ni. berderet ikut susunan. patut le Cik Ta kawen hari ni yek. heh heh..)




kaki kami anak branak.
main tepek2 inai. al maklum le, semua pun anak dare kat umah tu.. 
aku je dara jadian. keh keh keh

9.12.13

::NON HADO MOOD::

9.12.13




rasa mcm nk terjun jew, rasa mcm nak giler jew..


SIYES aku dah tak tau nk hapdet apa ntah kat sini. Idop aku penoh dengan kejahanaman. enpon jahanam, komputer kat umah jahanam..eh, semua lah! otak pun dah hampir2 nk jahanam ni. Overloaded dah ni. Tak mungkin lah aku beli enpon baru skang ni sbb baik duit tu aku siapkan skolah anak2 aku kan? Komputer tu pun sbb aku mikirkan anak2 aku kt rumah tu le yg aku repair gak. Sib bek la ada job mekap sabtu haritu, duit tu skit aku buat repair komputer. Sian kat bebudak kat rumah..boring. Anak2 aku sume dah ada tu, Along ngan Angah dah balik dari Melaka. 

Mcm biasalah, time2 cuti skolah ni anak2 aku mana ada aku penah nk dpt bawak gi holiday sana sini. Sian tol. Habis2 pun berkubang mandi kat sungai jelah. Dah musim ujan lak skang ni. Bahaya. Aku tak boleh nk mikir apa2 lagi skang ni. Kepala hotak aku duk tumpukan skolah bebudak tu je. Minggu depan la kot baru dpt nk beli skit2. Kowang bayangkanlah, 4 org semuanya skolah. Tp sib bek la along & angah keperluannya tak brape sgt. Cuma nk ganti kasut ngan kain skolah je. Tp BB ngan Adek kene sediakan utk 2 sesi skolah skali. Sek Agama & Sek Kebangsaaan. Tau la BB camne kan? Lasak. Semuanya dah habis lunyai. Nak kene beli buku skolah dowang jugak.. ok, Fokus..Fokus.. Harap2 badan aku kuat, sihat nk buat job mekap yg ada. InsyaAllah, ada rezeki utk anak2 kat rumah tu ^______^

Ok dah...bubyeeeeeeee





6.12.13

::BANJIR::

6.12.13



..kesian kan? aku duk mikir kesian kat budak2 kecik, org2 tua. mesti dowang tak selesa. dah habis banjir nnt mau kene kerah tenaga nk mengemas bagai pulak. huhuhu.. skang ni pulak musim org kawen. camne la nak buat kenduri dlm keadaan camtu kan? 

aku teringat gak kat kucing2, ayam itek semua tu. mesti banyak yg mati. kereta / motor banyak yg rosak. alahaiiii, tak dapat nk bayangkan rasa tu camne. tengok kat tv & gambar2 pun dah rasa mcm...ntah la. org kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..kesian sgt :(
















4.12.13

::LESEN KAPAL TOBANG::

4.11.13

Giler tak? dah 3 minggu aku bawak kete dgn lesen mati? Mmg memula tu aku lupa sungguh tarikh mati lesen tu ikut tarikh bestday. Dah seminggu lepas tu baru teringat, tu pun bila baca status kawan kt pesbuk criter pasal renew lesen. Dah le sekarang ni kalau lepas dari tarikh mati, kene idopkan 2 tahun minimun terus. 

Dah alang2, aku gi renew kat JPJ je. Buat yg bergambar punye. Aku gi pepagi tadi dari kul 8 - 10, siap trus amik kad lesen tu. Sib bek tak lama sgt menunggu. Aku usung skali si linda gebu buat peneman. Kalau nk gi JPJ elok la gi awal2 pagi, kalau tengahari aku tak tau la camne gayanya. Sepenuh2 manusia! Sib bek la JPJ ni sebelah opis aku je. Senang skit keje..

Buat kad lesen baru ni rm60 je. Kalau kat pejabat pos tak boleh buat yg bergambar. Yg biasa punye pun aku tanye haritu utk 2 tahun rm62. 

Kalau kowang nk buat kat JPJ Wangsa Maju ni, kowang boleh bawak gambar sendiri. Tp aku tak tau. Makanya terpaksalah aku tadah muka bayar akak tu snap gambar aku. rm10 utk 4 keping gambar yg rupa mcm....errr...mcm....ntah :P sekali pandang, macam rupa mak biah pun ada. Kan ke elok kalau diletaknye camera 360 ker....365 ker...cantek skit muka bleh edit bagi rupa ala2 ayu raudhah kan? hek hek hek..



Udah le gambar snap lain macam, bila dah siap scan kat lesen jadi melebar lak muka aku. Ayoyo, ni kalau gi imigresen mau kene soal siasat ni. Gambar IC lagi hauk! betol2 mcm rupa bibik Nepal uols. hahaha...eh, gasak lah. Yg penting aku hado. kau hado????

lalalalalalalalala.... 
(ehtetiba nk meriak, kau ape hal pompuan?)



dah, tu je. bubyeeeeeee, sayang kowang!!






3.12.13

::HAI-HAI, BYE-BYE::

3.12.13



Hai kawan-kawannnnnnnnnnnnnnn 





Bye kawan-kawannnnnnnnnnnnnnn












tak tau nk hapdet apa, kbai

27.11.13

::Wordless Wednesday::

27.11.13



m . e . n . t . a . l  +  f . i . z . i . k . a . l



26.11.13

::TAK STABIL::

26.11.13





..Sepi hati terjadi lagi, Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir, di bibir saja
 Aku ini yang bisa mengerti, walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku, biarkan saja, Biar saja hanya ku yang tahu
 Sejarah cinta dan hidupku, penuh duri dan banyak ranjau 
Butuh kesabaran yang penuh, untuk tetap ku berdiri 
 ada saatnya ku bicara, bila hatiku telah bulat 
Sepanjang ku bisa atasi semua, aku tetap diam..




Ok, cerita takde kene mengena ngan lagu sedey kt atas ni ye. saje je aku tepek bagi feeling2 kowang baca blog ni mcm baca novel. walhal...yang hado! 

Kat umah aku skang ni kurang sorang umat. Angah dah aku lantingkan kat melaka. Aku hantar dia skali ngan mak & anak iena Sabtu malam haritu. Esok lusa nak lanting si Along lak ke rumah CT/Sam. Sbb senang nnt AJ nk kutip dia bawak balik melaka ujung minggu ni. Tak yah la susah2 nnt si AJ tu nk dtg rawang. Rumah dia ngan rumah Sam dekat je. Makanya ujung minggu ni tinggal BB & Adek jelah nnt ngan aku. 

Aku ni sebenornye tak brape nak sihat sgt skang ni. (saje nak ngengade mengadu domba ngan kowang) Takde selera nk makan (elok gak, slim skit pewot mak ni nyah hey!), kepala rasa berpusing2 asyik nk termuntah beluwek je keje aku. Ha...kowang jgn nk macam2 ye. Jangan nk propa sangat hokey. Takde maknenya aku bunting. Pewot aku dah tak boleh nk proses budak. Kat mana lak nak aku letakkan budak dlm pewot ni. hohoho..ni semua aku rasa sebab efek masalah dalaman & luaran aku kot. Mental & fizikal tak brape nk stabil. Gitewwwwwwwwwww...

dah tak tau lak camne nk tulis penutup...ish

K,bai!! (pinjam sat ayat kau ye el :P)









22.11.13

::ENPON AKU :( ::

22.11.13


KOWANG ingat lagi tak dgn enpon aku NI? dah berkurun aku guna enpon ni. Tu pun masa tu aku beli ngan adik ipar aku sbb dia tukar enpon baru. Sayang giler aku ngan enpon ni. Enpon aku ni kat rumah mmg main campak2 je. Anak2 pun tompang men skali. Si Along pun sebelum ada enpon skang dia menompang berwassap kengkawan dia guna enpon ni. Mmg le enpon aku ni asyik kejunggggggg je. Kadang tu gelap tetiba. Yg paling melampau, selalu je application dlm tu ilang. Masuk akal tak kalau SMS pun tak wujud dlm enpon aku ni secara tetiba? kene shutdownkan dia dulu, on balik baru ada semula. hohoho...gitu kaedahnye.

Penah jugak enpon aku ni tak boleh senang2 nk on. Nak intai2 pesbuk ke, nak wassap ke..melainkan bila ada sms masuk, baru screen dia boleh on. (kalau kowang tak boleh nk bayangkan aku tak paksa) hahaha. Geng2 aku tau la camne gayanya enpon aku time tu. Siap paksa suh dowang sms sbb aku nk bukak tengok fesbuk! giler sakai tol kau pompuan. Sedey sgt idop kau!!!

Tapi kannnnnnnnnnnn...sekarang ni kannnnnnnnnnn...enpon kesayangan aku ni dah rosak. dalam erti kata lain dah jahanam al qatam!!! dah tak boleh nk guna langsung. Tak yah kowang nk tau nape. Ada lah tragedi yg terjadi itu hari. HUwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! apa lah naseb aku ni. Nak borak ngan geng group BFF aku pun dah tak boleh. Kalau nk beli baru sekarang ni, mmg tak lah. Duit makan anak branak pun yang hado je. Nak buat persiapan bebudak skolah lagi. Ni mau aku berlari2 anak gi berhutang ngan Kot Maut CourtsMammoth ni nnt. Amik enpon canggih2 trus. heh heh heh....(sengeh mcm rupa syaitonnnn)

Maka dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa enpon saya dah SEMINGGU jahanam sepenohnye. segala aktiviti berwasap dihentikan serta merta. Saya hanya menggunakan enpon cabok lama yg ada kt umah. Yang hanya boleh sms & call sahaja. Sekian, Harap maklum.



HTC Wildfire dlm kenangan
(nk carik cover pun payah sbb jarang org guna. sebut je nama, amoi2 tu geleng2 kepala. hehehe)

walaupun dah tak berguna lagi, tp enpon ni tetap tido skali ngan aku. aku letak dia kat tempat yg biasa aku letak time aku tido (kat kepala katil). Aku bab2 ni mmg touching skit. aku takkan buang. Sama mcm camera aku, KIMI dulu tu. Aku bungkus simpan elok2 letak dlm laci. sentimental value. yelah, aku ni spesis yg susah nak dapat beli apa2 pun barang sendiri. mmg aku hargai sungguh apa pun yg aku ada. huhuhu...idop mak sedey sgt nyah hey!! sob sob sob.... -_____-'


Aku yg sebenornya tak kisah sgt pun ngan enpon sbb aku bukannye spesis yg gilerkan gajet. Asalkan boleh sms & call pun dah ok bagi aku. Tp masalahnya skang ni, aku skang guna line Digi skali ngan line tenet. Yg tenet tu, guna ke tak guna ke..kene byr gak $40 minimum. Kalau nk tukar ke prepaid balik, aku kene gi Berjaya Times Square sana. Tak boleh nk buat kt area Selayang ni. Aku dah tanye haritu. So, skang ni aku kerugian di situ :(



19.11.13

::MASA UNTUK BERUBAH!::

19.11.13

TAJUK poyo giler. Macam nk ubah pendirian idop je gayanye. 

Sabtu haritu si dedek dodok nande aku tu paksa kami laki bini ubah rumah. Dia ada ternampak gambar rumah kami dulu tvnye letak kat tmpt lain, kusi kt tmpt lain. Yelah, kalau kowang ingat lagi, kedudukan perabot antik umah aku skang ni  kan adik2 aku yg buat. Skali ngan cat apa bagai. Pastu buat surprise giler2 kt aku yg ala-ala Deco Bersama Eric. Tp time tu deco bersama anak-anak biah la ^____^ ha...sejak dari haritu aku tak penah lagi ubah decoration yg dowang tungkus lumus buatkan utk aku. Skang ni bebudak kt umah ni dah membesar, bleh la ubah balik. Tp idak le bulat2 aku ubah yg mcm dulu tu. Cuma kat tingkap tu je. Tp ntah nape, rasa lapang sungguh penthouse aku ni. sampai adek kata rase mcm kat hotel. hamboi kau dek....melampau tau.



- sebelom -

sila jgn memperkotak katekkan tv zaman batu aku tu ye. Lama tol dia bertahan. Dah berbelas tahun pon elok lagi kluor gambar + bunyiknye. Selamat pun ye jugak. Kalau pencuri masok, mmg menanges la dia tengok tv aku ni. Tak daya dia nk angkut :P


- selepas -


kerusi ijau tu aku kutip dari opis. daripada bos aku nk buang/simpan kt stor bagi jembalang duduk, baik aku kutip bawak balik rumah. hohoho


kowang jgn tertipu tau..yg batu2 kt lantai tu bukannye tiles, tp tikar getah yg aku kutip dari rumah lama si iena. sayang oooo, dah le 3D. bleh rasa lekuk2 bila pijak. aku bab mengutip benda yg org dah tak guna mmg kegemaran sungguh. hehehe. Yelah, selagi bleh guna...kita guna la kannnn

ruang makan kononnye. kat area ni jugak la skang ni memalam bentang toto. berguling anak branak kt situ.
eh, kowang jgn tak caye ye..meja makan tu umur dia dah lebih 30tahun tau. Dari si AJ + Ayoi tu kecik berak dlm sluar lagi mak biah dah beli meja ni. Tahan lama sungguh. Brand 'SINGER' menawan keluarga bahagiaaaaaaaaaaaaaaaaa...gitew.


ruang menonton tv.
wahhhhhhh..feeling duk kt bang low cost ko pompuan :P
siap ada ruang2 bagaiiiii


umah toti ngan sofi je takde renovate.
duk la kowang kt situ ye nak. time ni aku lepaskan dowang men kat dlm bilik air. 


besar pinggan dah kau toti. mau sekilo lebih berat kau ni. si sofi je yg tak beso2. asyik kene tindih je time tido ngan si toti dlm bilik tido dowang tu. sampaikan kulit dia pun jadi leper...sian..


keh keh keh...lari kedek2 nak masok umah balik. takmo amik gambar.
mama geget bontot kau tu kang, ha. gerammm!


ngengada anak2 bongsu aku ni. tak mcm kekura lain. tido masuk bilik. terpaksa lah aku beli bekas sambal blacan yg biasa ada kt kedai mkn tu buat bilik tido dowang ni. Dah 2 kali beli. Dulu kecik, makin lama makin besor. Dulu ingat tak lagi? aku letak bekas tmpt letak garam je bagi dowang tido dlm tu. Aku rasa lepas ni aku kene letak pasu bunga beso tu le kat dlm ni baru dia selesa. melampau tol mak kau ni toti sofi oiii...




18.11.13

::OTAK KOBAU::

18.11.13

RAYA aji haritu kan aku x balik kampong si kaman. Makanya tak merasalah aku nk bertukar jadi hantu raye versi jembalang tanah kokak isi pewot lembu. Kempunan aku di situ. Tp dah mmg rezeki aku kot. Masa aku hantar Abe balik ke kampong tu, abg kama (biras aku). Masakkan otak + kaki kerbau. Va Va Va...terbaek uols! alaaaaa..kowang jgn riso le, bukannye aku selalu dpt mkn gitu. Setahun sekali jewwwww

kepala hotak kerbau masak lomak cili hapi

(dah kene kokak) kaki kerbau masak sop

berulamkan petai ngan terung bakar. terung fresh baru petik ni. manesss

timun goreng ngan telo. kau mampu?
tak terpikir lak aku timun bleh goreng sama mcm kita goreng kobis.. :P


16.11.13

::NOW U SEE, NOW U DON'T::

16.11.13

now u see

(2 set nasik hayam penyet + sepinggan tempe)



now u don't!

kejadian semasa 2 ekor jembalang kebuloq balik dari spital. licin uols ^______^


15.11.13

::JOM KE MICF::



Event Malaysian Islamic Children's Fair (MICF) ni bermula dari 22hb sampai le 24hb November ni kat SACC. jom kita gi reramai ^______^




Kat sana nnt Pretty Princess Zara pun ada. Kowang ingat tak, sebelom raye haritu anak2 aku ada menggayakan tudung2 comel dari Pretty Princess Zara NI? Ha, dowang ni pun ada kat sana nnt. Kowang boleh carik kat booth no. 16. 

22hb tu nnt Pretty Princess Zara ada buat fashion show kul 5 ptg. Boleh la kowang tengok koleksi pakaian, tudung & eksesori kanak2 yg model2 kecik comel tu peragakan nnt. Belon free pun ada gak kat booth tu nnt. huhu...bestnya dpt pegang belon. bleh feeling2 kiut :P 

Ha....lagi satu, yg bestnya..dalam setiap pembelian. kowang akan dpt free gift tau. best giler uols!

Kat MICF ni memacam benda ada. Ada jualan produk utk education, ada mini zoo, ada bouncy castle, ada demo masakan, ada jualan barang2 back to school, ada pertandingan style up tudung utk remaja..eh, memacam la lagi. Kalau anak2 ada teddy bear pon boleh bawak sbb kat sana nnt ada Teddy Bear Hospital. Doktor boleh cek teddy bear tu nnt. hehehehe...ni kalau aku angkut teddy bear aku, mau pitam doc tu nk cek sekor2. Eh, bukan anak2 aku punye ye...aku punye sendiri. anak2 aku tak hingin pun nk men teddy bear. mama dowang yg over . teddy bear masa umur aku 12 tahun pun ada lagik ^_____^

So, ape lagi? jom kita angkut anak2 gi serbu children fair ni. Ayoh kiter!!!









klik klik (^_^)