15.12.15

::DECO-DECO BAJET KAK AI::

15.12.15

Haaaa..gitu tajuk criter ko ;)

Su, ini ha yg ko tunggu2 citer pasal dedeco kat penthouse flet kos rendah akak. suke la ko tu kan..hihi..ok2, meh aku nak riak, nak kabokan betapa bebarang murah & yg lama pun masih boleh nampak cantek kalau kita kretip. umah aku ni memang takde langsung penah renovate mcm rumah2 jiran aku kat flet ni. eh...penthouse ni. kiranya kat blok ni umah aku boleh dijadikan rumah contoh la. haha..skit pon tak berusik. mcmana aku masuk tahun 2000 dulu, gitu jugak la rupa dia skang. takde la nak pasang2 tiles ke..nak pecahkan dapor ke..pasang kabinet ke..takde. ni rumah suci murni gitu..dah 15 tahun aku duduk sini. dari takde orang lagi aku dah pindah masuk. dapat lak rumah paling tinggi & hujungggg skali. amik ko, merasa sgt la ala2 duk kt penthouse kenn..

ini le ruang tamu aku.. tak boleh letak byk perabot, kang takde ruang nk berjalan lak. meja kompuer pon dah aku letak kat luar tunggu nk buang je tu. dah berabad umurnya. komputer pulak letak kat rumah mak. 
nampak meja makan kat tepi tu? meja tu dah berpuluh2 tahun umur dia. dari aku skolah lagi dah ada. arwah abah beli kat Singer menawan keluarga bahagiaaaaaaaaaa..(tetiba nyanyi lagu tema) tahan giler kayu tu tau. 
aku ingat nanti nak suh kaman potong kaki dia buat meja tatami. tak yah guna kusi tu. duk atas kusyen je..unik kot kan :)

karpet kelabu itam tu aku beli kat sakan je. beso gitu baru rm120hengget. lembut gebu bebulu tau..tikar getah kat ruang tamu ni pun dah bertahun2 aku guna. aku kutip dari rumah sewa iena dulu. aku kutip masa dia kluar pindah umah sendiri. dari dia campak..baik aku amik.dah la cantik, tebal mcm batu sungai. org tengok pun ingatkan tu tiles, walhal tikar getah je pon ;P 

ada model lak..haha..
meja tv tu benornya dah nk roboh. umur dah lebih 10tahun. speaker kat tepi2 tu lagiiii lama. dah lebih 15 tahun umur dia tau. kipas dinding tu aku beli ntah bulan bila ntah, ada jualan kat Sg Buloh. seketol tu rm39 je. aku beli 2 ketol. seketol lagi gantung kt bilik bebudak ni..elok je pusingnye. tahan pun tahan..
tp yg paling win kat sini..mestila langsir free sponsor dari Globe tu. hehe..trus berubah rupa rumah..nampak terang & luas ^_^

frame gambar kat dinding tu dah 8 tahun umur dia. gambar tu aku print guna kertas A4 je. 
gambar quote tu aku beli kat kaison dlm rm20+..jam dinding tu pulak beli masa angah kecik jalan kedek2 lagi. skang angah dah nk 13tahun dah umur dia..

yg ini ada cerita..jenuh berkurun aku carik. yg ada tulisan kufi ni pun mahei bebenor. last2 aku gugel & print je sendiri. siap! puas hati.. 

frame ni aku letak atas lemari tv. frame ni aku beli kat kedai Eco 2 hengget tu je. so, semua frame tu harga dia hanya rm6. gambar2 dlm tu pun aku printkan aje guna kertas biasa ;)

terselit lagi model si bb noti ni..
cermin ni aku kutip dari butik AJ (mmg feberet aku kutip brg) kahhhh
yg frame kertas atas tu pulak aku beli RM5 je 1 set tu..pastu mcm biasa, aku print sendiri gambar2 kat kertas biasa.

korang caye tak, kat rumah aku ni..hanya ini jelah bunge yg ada. yg lain semua daun! aku tak brape berkenan sgt ngan bebunga. kalau tulip ke..lily ke..aku suka la. tp yg ni saje aku tenggekkan bunge brg seketol dua. bunge ni semua harga dlm rm6 je. aku beli kat kaison. pasu? sila percaya ye...pasu batang kayu tu umur dia dah lebih dari 18tahun tau. aku bawak dari rumah selayang lagi..huhu..pelapik bunge tu pulak benornya pelapik pinggan. aku beli sekeping rm2

frame gambar tu aku baru beli kt ikea haritu..dlm rm14 kot. lupa lak & mcm biasa, gmbr tu aku print sendiri je. jam tu tu pon aku beli kat ikea rm3.90. bunge tu aku tak ingat. berkurun berabad dah tu. hehe..tmpt gantung kunci tu aku beli 15tahun sudah masa memula masuk rumah ni..

bilik yg kat dapur ni mmg aku buat store. al maklumlah rumah sekangkang tapir. mana lak nk sumbat bebarang semua kan? tp aku ni beruntung sebab duduk kt tingkat paling atas, so, belah atas kat bumbung tu aku boleh sumbat brg2 yg tak pakai. banyak giler pinggan, mangkuk..cawan semua kt atas loteng tu. ni semua sebab masa mak & abah pindah dari selayang ke melaka dulu, dorang tinggalkan semua barang kat aku. aku lak sayang giler nk buang. so, letak jelah kat loteng :)

dalam store ni la letak buku bebudak ni. lemari buku sorang 1. senang, memasing barang tak bercampur. 

ini benornya lemari buku. tp aku beli utk buat simpan stok barang umah. lemari ni aku beli kat khemah yg jual perabot memurah kat batu caves. lega bijik mata aku tengok barang dah elok tersusun kat dalam tu. kalau tak sebelum ni aku sumbat dlm gobok yg dah nk roboh je. dah aku buang gobok tu. ntah brape kali ntah penutup dia tercabot timpa jari kaki aku. nk terkencing aku sakit tau tak. roboh sgt dah..umur gobok yg aku buang tu pon dah lebih 10tahun..

 aku tak gantung kain kat sini tau. tu utk kain2 yg kene angkat dari luar kalau tak sempat nk kering, baru gantung kt dlm store ni. aku gantung kain basuh kt luar rumah..memang ada tmpt utk gantung baju kt situ

 sedih tengok sinki aku kan? berbelas tahun, gitu jugak la rupa dia. tingin sesangat nk buat sinki macam jenjiran lain. asalkan bertutup kat bawah tu pon jadi la..tengok la camne, InsyaAllah tahun depan kalau ada duit jatuh dari langit nnt aku buat. keh keh..

langsir tu bukannye kain langsir tau..tu benornya pelapik meja. aku adjust jadi langsir. beli kat kedai Eco. 2 keping tu baru rm4. hehe...

ingat tak aku citer pasal lemari itam ni? ni aku buat utk anak2 aku letak beg skolah & barang2 yg nak bawa ke skolah. meja ni wujud dari zaman aku skolah dedulu kala lagi tau. asalnya kaler rotan, tp arwah abah cat kaler itam :) kukuh lagi tu. nostalgia sgt brg2 kat dlm rumah aku ni. huhu..



ini hari tu ada org komen kt ig ingat yg bawah tu tiles. hihi..bukan ye dik. tu benornya besi jugak. rezeki aku orang yg buat grill ni buatkan elok gitu. biasanya aku tengok kt tingkat lain semua yg kat bawah tu diletaknye grill yg lelobang. skali aku punye dia pasang yg gini. haaa..elok sesangat le tu. takde la aku susah nk tepek tikar getah ke..tepek plywood ke apa. 

dedaun aku tu aku beli kt ikea, sebekas rm3.90 je. pasu tu pulak aku beli kat kedai Eco. eh, aku rasa aku dah boleh jadi duta Eco la wei ;P 4 ketol pasu tu baru rm8. pinggan mangkuk yg anak branak aku guna pon aku beli kt kedai Eco rm2 tu. elok cantik nampak sedondon je semua. yg penting corak daun hijo hokeyyy...beli pinggan, mangkuk, cawan & mangkuk lauk semua haritu tak sampai pun rm50. bila makan nampak cantik je pinggan semua sama. tp pinggan aku je lain. aku tetap guna pinggan busuk aku yg mcm pinggan org dedulu kala yg corak bunge kangsung tu. baru la ada selera skit aku nk makan :)

ok, siap dah aku riakkan pasal deco2 bajet rumah flet kos rendah aku ni. bior le rumah tu kecik / beso mana pun. yg penting kita ada tempat berlindung anak branak. mcm aku ni Alhamdullilah, Tuhan dah atur cantik idop aku. masa dah jatuh sakit ni & kerja pun ala2 secara harem aje, tp lega skit sebab rumah dah tak payah nak bayar. dah lama aku settlekan sebelum aku sakit teruk dulu. sekarang nak maintainkan & nak besarkan anak2 je selagi aku ada nyawa ni ...





15 comments:

Juls Julie80 said...

Assalam Sis..

sama la kita..tak lama lagi pindah duduk rumah sendiri..kecik jugak..

tp jauh dalam sudut hati, kecik2 pun bersyukur sangat2... rumah sendiri..dari bayar sewa RM850 kat org,..baik la bayar rm700 utk umah sendiri..ape2 hal, kita x kene halau sbb nyewa rumah orang.. zaman skrg ni nak cari rumah ikut nafsu mmg x mampu..mahal giler2...nak bayo pakai ape? so duduk la ikut kemampuan poket sendiri.. kecik2 pun janji hati senang..

biar la deko bajet2 pun..janji tu la syurga kita,.

semoga sis dikurniakan kesihatan yang baik... amin2..


julie, putrajaya,.

Anonymous said...

Alahai kak cantik dan kemas je rumah kak Ai..maklumkan penghuninya semuanya anak2 dara.Seronok tengok.Takpe la kak yang penting ada tempat berlindungkan..rumah akak tu mahal dah nilainya tu penuh sentimental value barang2 didalamnya

nayfatimahrasyid said...

comel dan kemas jew ;) suka tengokk
untunglah dah tak ader utang ngan bank ... saya ader lagi 28 tahun huhuhuhuhuuunak ngadap bank

lieyalatif said...

kemas dan cantik jek kak...

ala tak kisah le besar ke kecik kak...tu rezeki masing2...yg penting kite bahagia....kite happy....kite selesa.,....yeayyy hidup kak ai!! (eh tetibe heheeheh)

A.I said...

Juls Julie,
amin yra. betol..rezeki kita dpt rumah sendiri kan? kalau beli skang ni mahal gegiler semua harga. umah akak ni dulu harga dia 35k je tau. bulanan rm350. tp kalau skang ni mmg takde dah harga gitu. mana nak dpt 3 bilik & 2 bilik air.. syukur rezeki. kecik2 pun rumah kita sendiri kan :)

Emy,
tuler tu..banyak brg sentimental value dlm rumah ni. sayang nk buang. selagi boleh guna, akk guna :)

Jemah,
maceh2 ^_^

nayfatimah rasyid,
takpe..pelan2 kayuh. hihi..kita dulu buat 10tahun je. tu pun cepatkan byr habis. kluarkan dari akaun 2 kwsp. bior selesai cepat. ha..sib bek sempat. hehe..

lieya,
aku benornya adore butol ngan rumah ko. best giler. bilik anak2 pon selesa & cantik je. duk berangan jelah aku dpt duk umah mcm ko tu. hihi..tp tuler, Alhamdullilah, apa yg ada skang ni pun dah syukur. idop kak ai!!! kahhhhhhhhhhhh

Hayati Ghazali said...

besar ke kecik sesebuah rumah tu tak penting..yang penting kemas dan bersih macam rumah awak ni....yang penting penghuni kat dalam tu hepi forever :-)

A.I said...

Hayati Ghazali,
hehe...ye betol, maceh ^_^

Anonymous said...

Nak cantik, frame jangan gantung terlalu tinggi macam tu. turun kat sikit serata dgn mata kita lepas tu jangan pisahkan frame jauh2. cubalah

Unknown said...

You want money....register your self in link below
http://theyouthjob.com/?ref=183474

Chekgu Azrine said...

kecik2 pun kemas dan cantik...suka tengok

mimi said...

kemas dan comel... banyak sentimental value, tu yg best tu hehe first time komen sini, hai kak ai :)

A.I said...

Anon,
ooo...ye ke? haa..nanti adjust balik. maceh tau.. :)

Chekgu Azrine,
maceh cikgu :)

Syamimi Fatin,
hehe..haiiiiiiiiiiii ^_^

Suri said...

Biar kecil asalkn isi dlmnya bahagia kn kak hihi.sy 27tahun.masih dlm mencari rumah lg.asal suami tunjuk rumah yg dia berkenan kt mudah.com mesti sy tgk tgk dapur dia dulu.mmg impian sy nk dapur besar.rumah sewa skrg ni pun dapur mmg besar.ank dh 2 ni kena la ada rumah sendiri.dok berangan ngn suami nk deco cenggitu cenggini hihi

eynda said...

Cantik...kemas... kreatif... rumah besar ke kecik ke janji kita bersama orang2 tersayang... cantik langsir globe tu :-)

Anonymous said...

awak sangat berseni pandai menghias, menjaga barang lama, sangat kemas dan teratur, tak nampak sempit walau ruang kecil. dan pandai mencari dan menggunakan barangan yang tinggi nilai, tanpa tinggi kos.
syabas. contoh teladan yang baik.

klik klik (^_^)