14.6.13

::GETAH::

14.6.13

INGAT lagi tak kegunaan bullet stapler yg aku tepek kat blog ni haritu? Kalau lupa, bleh tengok kt SINI balik. Kali ni aku nak bagi kowang tengok kegunaan getah rambut pulak...heh heh..


ini jam seploh hengget 
(satu2nya jam yg aku ada skang ni)

ini getah rambut
(amik anak punye)

.........  ^______^

kretip gak pompuan sewel ni...sedey sgt!!!






13.6.13

::JEM::

13.6.13

Keluar je dari rumah dah jem! kau mampu?? mcm ni le keadaan kt area rumah aku tu. Makin lama, makin menjadi2 jemnye. Aku kluar dari tmpt parking kul 7:05, kul 7:45 pun blom sampai ke bawah lagi tau. tu perjalanan yg sepatutnya mkn masa 2-3 minit, tapi jadi dah nak dekat sejam! Aku lak tak reti nk mencilok2 ni..takut kalau bertembung ngan kete lain, mampos aku. hohoho...


terpaksa lari ikut jln taman sbb nak terus masuk line. kalau idak, beruban le tunggu org nak kasi turn masuk kt depan tu..ayoyo


dah 7:45 tp traffic lite kt umah aku tu pun x lepas lagi.
HELP!!!!





12.6.13

::PERBEZAAN BEG KUCING ORG KAYA & MISKIN::

12.6.13



ini beg kucing org kaya

- BoBo, anak susuan si Ayoi :P



ini pula beg kucing orang miskin

kesiannnnnnnnn......

tp kucing org miskin ni dah upgrade skit. dah dipakaikan rantai sama dengan kucing si org kaya tu.
pink lagik! muahahahaha

umah aku skang dah mcm mini zoo. ada sekor meow + 4 ekor kekura.
si godang besar pinggan ni Tipah, mak punye. mak balik melaka, maka ditinggalkan anak dia dgn aku.

dengan bangganya aku mengumumkan bahawa anak aku skang ada 9 org/ekor.
PITAM MAK NYAH!!!!







11.6.13

::BERKUBANG BLAKANG RUMAH::

11.6.13

Cuti skolah bebudak ni aku tak bawak ke mana2 pun. Haritu je gi mandi kt Ulu Yam. Tu pun sbb takde rezeki dowang nak mandi kolam kt selayang tu. Ada timing & kami2 yg tua ni tak boleh nak mandi sbb kene pakai baju mandi tu. Ikutkan nak je aku pakai bikini. Kang mau ada yg pakat lari kluar dari kolam tgk langsuir mana lak yg nak mandi sesama :P

Tp, gambar gi mandi kat Ulu Yam takde. Boleh? hahaha...

Gambar yg aku tepek ni ujung bulan 5 haritu. Balik dari mekap tu x tau nak bawak bebudak ni main kt mana. Bawak jelah kt Templer. Dekat je ngan umah aku. 5 minit je kot dh smp. Ni kira pakej la..bleh main pasir, air & tmn permainan skali. hahaha...senang keje mak kau nak ;)

Best tmpt ni. Tp yg tak bestnya banyak monyet. Habis semua bekalan makanan yg aku bawak dowang curik. hohoho..rezeki kau le monyet...sronok kau dpt mkn grg pisang, kopok lekor, jambu & biskut ye. Beraya sakan kau anak branak..hehe




takyah lah kowang pelik tengok anak aku yg terlebih ni..
mcm biasalah, anak ema anak aku jugak..
- gitew

sedap kowang makan satay dlm sungai ye bebudak ^____^







10.6.13

::KE KOTA DAM::

10.6.13


Ptg smalam abah bebudak ni ada keje skit kt rumah madam. Berangkut le kami anak branak ke sana. Tp kejap je. Dowang nak main kt taman pulak. Sib bek dekat je taman dgn rumah madam...makanya, kami dicicirkan lah ke sana pulak...



syok lepak kt gazebo ni. berangin je rasa..
best la rumah besar2 gini, bleh bina pondok bagai. 
masalahnya rumah aku skang ni pun dah nak sama besar ngan pondok dia.
aiyooo sengkak sgt!


sian...dpt tengok je. nak mandi tak bleh sbb kaman kene cuci kolam tu..






jom la kita gi lepak kt taman pulak...


harta idop + mati aku ^_____^


dah smp kt sni, mmg wajib pekena laksa CT..
meleleh2 peluh celah kangkang mkn laksa dia. 
mmg terbaek!


dapnyeeeeee!
skang ni dah ada rojak buah jugak. 
kowang nak rasa, gi la Taman Riang Ria Kota Damansara tu..
tp dia ada weekend ptg jelah..

loloi (anak susuan AJ) pun nak mkn rojak buah ;)


manja melampau dgn si AJ, jenuh aku pujuk nak dukung dia..
dah belai beria2 baru nak. haihh...diva sungguh kau ye loloi!


BFF mama ^_____^




6.6.13

::MENGEMBEK::

6.6.13

DAH lama aku anak-branak tak mengembek. Kali ni aku x masak kt umah, makan aje kt luar. Mengembek la kowang smp lobam...!



BB paling sempoi, balun je mkn pakai tangan.senang nk kokak tulang.
bun 2 bijik tu pon habis dia mkn. Dah licin pinggan, dia gi round pulak pinggan org lain. smp kluar bunyik sendawa 3-4 kali baru dia brenti makan.
muahahaha..

mama punya harus la ikut tekak langsuir,
sirloin steak medium rare.
mentah berdarah2 lagi hokey.
mak oiii..mmg ikut citarasa tekak sungguh. sodap melampau2..

tp tulah, kalau dah tekak langsuir kampong tu tetap kampong la jugak kannn..
uolls mkn dgn potato, iolls makan dengan nasik ^_______^








3.6.13

::BEBET::

3.6.13

Penyeri rumah aku skang ni..si Bebet. Haritu semalaman hilang x balik rumah. Nanges2 dah bebudak kt rumah tu, adik baru dowang hilang. Sib bek la pandai balik rumah semula..huhu..









kau ni nak main dgn toti ke...kau nak kunyah dia bebet oii? 
kau jgn macam2 ye. nnt mama tarik ekor tu :P


31.5.13

::PEREMPUAN ITU::

31.5.13

Post ni aku share dari blog Aziana Azali 


Apakah keistimewaan perempuan itu? 

Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki KEKUATAN yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN... 
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya... 
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya... 
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. 
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya... 
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya... 
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN... 
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. 
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 

Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana 1 hal. Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...














nota bontot: mcm dah takde idea nak aku criterkan kt blog goblok ni. kalau ada benda yg boleh aku riakkan nnt baru aku criter ngan kowang ye. hohoho...bubye.. ai lebiu all 




27.5.13

23.5.13

::HADIAH KECIL ITEW::

23.5.13

Last minit haritu gi beli hadiah hari guru. Mlm tu pekan Rawang mcm ada karnival. Sume sibuk cari hadiah. hehe...



..yg Along, Angah + BB pilih utk cikgu2 dowang..
(bekas pen)



yg ni pulak dari Adek utk cikgu2 Pasti Imtiyaz Kids
(tupperware tomei + brooch)

Anak2 aku ni semua bersepah2 sekolah. Memasing skolah lain2. Along SMK Rawang, Angah SK Bukit Rawang Jaya, BB SK Tun Teja & Adek Pasti Imtiyaz Kids. Ha, amik kau!




22.5.13

::ANAK BARU AKU::

22.5.13

Ptg kelmarin ada meow dtg umah. W/pon hitam hangit mcm aku, tp comel sgt dia. Muka bulat, bersih & giler manja! Aku suspek dia meow org bela. Byk kali aku kluarkan dia dari umah aku, tp dia tetap masuk. Sronok lak tgk dia main2 ngan kami. Dah dipikir2, takpelah...bela jelah selagi dia nk duk sni. Cerdik sungguh dia tau sbb dia pandai kencing berak kt jamban. Senang nak cuci. Gi keje smalam pun rasa rindu kt dia. Nasib baik blk tu dia ada lagi kt umah. Mlm memula dia dtg tu elok je dia tido kat si Angah. 

Anak2 aku ni takut ngan meow sebenarnya. Tp sayang ngan dia. Pepagi nk gi keje aku sengaja kluarkan meow tu, abis duk nanges anak2 aku sbb dowang ingat aku nk halau kluar. hehe..takut tapi sayang. boleh lak gitu :P

Kami sepakat bagi nama meow tu Bebet. Meow mak dulu nama dia bebek. Kalau kowang ingat, mak mcm org giler sedih bila si bebek mati jatuh dari tkt 9. Tp ni aku tak risau sbb aku tau dia mmg asalnya dah dari flet ni. Dah biasa ngan tmpt tinggi. Meow mak dulu tu baru je nk biasakan diri tinggal kt tmpt tinggi gini, dia tak faham kot. huhuhu....




itam sungguh kau bebet ^______^
tp tomei...manja..



eksen je ni...pastu jerit2 takut..usik pun hujung2 jari je. hehehe..










21.5.13

::ARNAB MAK DIHANTAR KE RUMAH ANAK YATIM::

21.5.13

Ahad haritu bawak mak gi rumah anak yatim (Rumah Kasih Harmoni) kt Keramat. Mak nak letak arnab2 dia kt sana utk bebudak tu main. Dowang pun mmg tgh nak kumpulkan binatang peliharaan sbb nak buat ala2 mini zoo. Bukan mak dah x sayang dowang, tp mak dah x larat nak jaga. Mak kesian bila terpaksa tinggalkan dowang kt rumah bila mak gi memana. Dowang ni pulak mmg lah comel melampau, tp nakal yang amat!! abis semua nk di kokaknye. hohoho...tinggal lah mak dengan Tipah + Abu je kt rumah tu. Dowang tu takpe, senang nk dibela. Kalau mak balik melaka pun boleh tinggalkan dgn aku. Aku pun ada bela Toti + Sofi kan..boleh dowang berkawan.

Sepanjang jalan dari Rawang ke Keramat mak duk melalak2 terkenangkan nasib arnab2 dia nnt, tp bila lalu balik..duk melalak2 jugak sbb teringatkan anak2 yatim kat sana. Nampak serba sederhana. Tak ramai pun, ada 25 budak je. Sungguh, aku mmg ralat sangat2 sbb tak teringat pun nak belikan bebudak tu ceklat ke..biskut ke. Sebabnya, aku tak pernah nk terbayangkan keadaan dowang kt sana. Biasanya rumah anak yatim ni mcm cukup kelengkapannya. Tp tmpt yg aku pergi ni sangat2 sederhana. Insyaallah, ujung bulan ni nnt nak ke sana lagi. Nak tunaikan janji dgn anak2 kt sana, aku nak bawakkan dowang ceklat ^_____^

Tipah yg sebesar pinggan + Abu
belum smp masa dilepaskan lagi.
bior le dowang ni temankan mak..

kowang jgn tak caye ye, ni le keje bebudak tu. abis semua dowang kunyah. sliper ni pun boleh jadi smp gini hah. isk. walhal mak kasi dowang mkn mewah. Dedak ada, carrot, kangkong..nak jugak dikokaknye benda2 lain..pintu pun! hahaha

putih yg paling manja dgn mak. dia ni bulu kt mata tu pun kene gunting. kalau x, tak nampk mata dia sbb gebu sgt

bubye tomei-tomei

cian mak.....

baik2 semua ustazah kt sni..


seronok bebudak ni dpt rabbits ^______^

'nenek biasa buat mcmni...nnt jaga dowang ye. nenek sayang dgn dowang ni. bla..bla..bla..'
yg best tu ustazah2 yg xcited nk cop arnab memasing :)

bubye...mak nak balik dah ni. duduk sni elok2 ye..
huhu, aku pun sebak tgk mak sedih gitu. tp rasanya rabbits tu pon seronok duk sana dpt main ngan bebudak tu semua..


time balik ni la yg aku rasa ralat sgt, takde bawak apa2 makanan pun utk anak2 kt sni.
duk melambai hantar smp kt pagar :(
Insyaallah, nnt mama dtg lagi bawak ceklat ye sayang..

balik tu kami ke Subang pulak, nak jumpa baby baru adik si kaman.
Siti Ainnur Khalisyah ^____^

on the way balik, harus menyinggah mkn laksa si CT kt Kota Damansara.
mak oiii, berpeluh2 luar dlm..puas dpt makan laksa.
rojak buah dia pun terbaek wokk!



klik klik (^_^)