28.6.16
Haaa...tajuk ko tak beringat ;P
yelah pulak, dalam sebulan sampai 3 kali berulang masuk wad. ko dah kenapa pompuan? sib bek la tak beraye kat spital. awal bulan 5 masa hari ibu tu aku dah masuk wad. sebabnya peparu aku berkuman & berair. boleh lak doc fitnah kata aku terlebih minum. sampai hati doc fitnah saya tau. saya tak minum lebih pun. lagi pulak saya ni masih kencing macam biasa, lebat lagi hokey. tak macam pesakit buah pinggang yg dah dialisis, ramai yg dah kurang sesangat kencing & sebab itulah air bertakung dlm badan. aku sendiri pelik, camne peparu aku boleh berair. biasanya pun bila gi cuci darah takde la naik banyak pun berat aku. biasa mmg bawah dari 1kg. sampaikan aku selalu jadi bahan kt centre tu bila kengkawan berlawak suh aku balik je sbb tak naik byk.
lps aku kluar wad, seminggu lps tu benda yg sama jadi balik. aku tak dpt tido malam sebab tak boleh baring. sesak nafas. bila baring lagi la rasa putus nafas tu. so, aku serah diri balik kat spital. masa tu 30/5. benda yg sama jugak doc ckp. peparu aku berair & doc kluarkan air tu dari badan aku. 4 hari aku duk wad. tp tulah, tak disangka2 mak pun jatuh sakit masa tu. dia sebelum tu sibuk sgt jaga aku, hari masakkan lauk, hantar ke rumah..elok hari aku discaj, mak pulak masuk spital. aku tingkat 10, mak tingkat 5 (wad kardio) jantung mak tak stabil & doc detect mak ada kencing manis. Ya Allah, mak trus bertukar tau. dari pompuan tua yg kelakar jadi seorang yg sensitip yg amat. menangis aje dia...risau bukan kepalang kami adik bradik, mungkin sebab mak tak pernah sakit gitu. tak pernah masuk wad melainkan nk beranak. tup2 ada penyakit & kene makan banyak2 ubat. emosi dia trus down. sedihnya aku tengok mak gitu :( skang ni mak dah kene cocok insulin..tp Alhamdullilah mak dah beransur ok. baru 2-3 hari ni mak ceria balik. mak dah ketawa mengilai balik. syukur..lega kami adik bradik..
kali ke 3 aku masuk wad pun sama (12/6) 2 hari aku langsung tak dpt tido & baring. aku sesak nafas & dada aku sakit. macam biasa, aku gi emergency, dorang trus tolak ke zon kuning. trus masuk ubat & oksigen. x-ray & benda yg sama jugak, peparu aku penuh dengan kuman. tp kali ni lagi teruk sebab doc detect jantung aku bengkak. kali ni aku tak dimasukkan ke wad medical yg penoh dengan patient koma ala2 icu tu. tp kali ni aku masuk wad yg sama dengan mak masuk sebelum tu, wad kardio, utk pesakit jantung.
masa kat sana jugak la aku dpt tau yg ada saluran jantung aku tersumbat. pam pun tak banyak, 40% je..seminggu aku kat wad. cuci pun kat spital ajelah. tp yg buat aku puas hati kali ni, doc pakar dari spital uitm sahkan yg semua penyakit aku ni datang dari penyakit hyperthyroid aku, jantung sentiasa berdebar laju membuatkan kuman merebak. kuman tu attack peparu & peparu jadi berair. haaaa..baru la aku puas hati, sebab aku pelik sesangat sebelom ni mana dtgnya air. darah tinggi aku sebelom ni pun boleh capai 214 tau. skang dah ok, tp berat aku banyak sgt susut. skang dry weight aku 41kg-42kh je. oh maiii..jerangkung sgt hokeyyyyy
Jantung aku lak doc referkan ke Hosp Serdang. jauh nau nau, tp kene harung gak ke sana sebab aku ni takde insuran. ada je spital pakar jantung yg dekat macam kat Hosp UITM & IJN, tp semua tu spital berbayar. kalau setakat jumpa doc & amik ubat je InsyaAllah boleh lagi aku tanggung. tp doc risau kot nanti ada procedure yg aku kene buat, jenoh la nk bayar berbelas2 ribu katanya. so, takpe la..bertabah ajelah aku Q dengan pesakit2 lain ke Hosp Serdang nu...huhu..
hye doc, i'm coming back ;P
30.5.16
gi je emergency, masuk bilik misi cek tekanan darah tu trus dorang bawak masuk zon kuning. masa tu BP aku 204/120 tak silap..tinggi nau. jantung pon laju sesangat..
2 hari pertama tu aku masuk wad medical tkt 9. mmg org2 kat situ tau la wad tu camne. semuanya kritikal. malam pertama tu aje 2 org pesakit meninggal depan mata aku. sama row dengan aku lak tu. huhu..2 hari lps tu aku dipindahkan naik tkt 10. aduhai, barulah rasa lega skit. kalau tak, makin sesak napas aku tengok org meninggal gitu..
masa ni mak dah rasa tak sihat..kesian mak :(
ko hado duk kat wad makan gini?? ni mak la punye keje ni. dia bawak lauk sedap2. tp best makan masa ni sbb masa kat spital selera makan aku mcm hantu raya. efek ubat2 yg dia enjet masuk kot kan. tp bila kluar wad, merundum balik selera aku. tengok org makan pun aku loya. payah tul la. nak makan ubat, terpaksa la aku telan je nasik kosong / roti / biskut utk lapik perut..
sumpah sedih sangat hati bila tengok mak sakit gini. tak pernah tengok dia sakit :(
bila mak dah stabil baru dpt duk bilik. selesa skit dia..tu pon beria dia mintak nak balik..masa mak kat hosp ayoi & iena yg gegilir jaga mak siang malam. adik2 lain pun sama. abg long pun hampir setiap hari dtg dari nilai. aku dpt tengok mak sekali je sbb aku pun belom sihat lagi. sedih sgt rasa sebab masa aku sakit mak beria jaga aku, tp bila mak sakit..aku takde daya nak jaga dia :(
12.6.16
serah diri lagi kat spital..kali ni masuk wad kardio pulak. berganti dengan mak. mak discaj, aku masuk.hehe..
awal pagi ahad tu masuk wad, malam tu trus doc order suh cuci dare. nak kluarkan semua air yg ada. ubat kluar air pon ada dia cocok kat line. asyiklah terkencingggg je aku. dah la aku mmg ratu kencing, tambah lagi..setiap jam aku kencing. kering oi air dlm badan..5kg berat aku turun masuk wad kali ni..
memula duk kat depan misi..mcm mak jugak, bila dah stabil, dorang tolak masuk bilik.
wad kardio ni lain skit dari wad lain. bila waktu melawat pun setiap patient hanya boleh 2 org je sekali melawat. yelah, reramai kang huru hara pulak kan. ini wad sakit jantung. ada pulak yg kejung nnt..
hari ke 2 dpt masuk bilik 4 org..selesa skit..
sini le aku duk berkampong seminggu kat sana..
kipas tu wad yg punye. aku ni tak tau la spesis apa, duk dlm ekon pun berpeloh sakan bila tido. saka sgt tau..
ini ubat sekali aku makan..tghari dpt lagi, malam pun ada..kenyang ubat aku skang ni.
ada sekali tu masa cuci dare, dada aku sakitttt sesangat. balik wad, doc trus buat ecg. lps buat ecg tu memasing jadi kelam kabut. sister dtg balikl kt katil aku trus pacak injection kat perut, mak oiii..sakit gilers. tanjat gegirl tau. misi lagi sorang masukkan ubat bawah lidah aku & lepas tu banyak ubat kaler pink2 yg aku kene telan. rupanya masa tu jantung aku sangat2 tak stabil. ayoyo..scary.. :/
sarapan diet utk pesakit dialisis bersaka..
eh..kuning telo mana..kuning??
nasib la masa ni mak tak sihat lagi. jadi, takdelah lelaok yg sedap2. telan ajelah apa yg spital bagi. macam biasalah, masa aku kat wad, selera aku macam hantu raye. habis nasik aku bedal. muahahahaha...
masok darah pulak...
kenangan cuci kat spital..masa ni kul 5:15 pagi..oh men *_*'
Alhamdullilah skang ni aku dah beransur sihat. cuma nak tunggu appt dengan pakar jantung kt Hosp Serdang ajelah. ubat pulak makin bertambah. ada 18 jenis ubat & berpuluh2 bijik yg aku kene telan dlm sehari. siyes mmg pening kepala aku lps telan semua ubat2 tu. sampaikan lidah jadi kebas & tekak pahit. makin teruk selera makan aku. aku makan bila betol2 lapar & masa cuci dare je, sbb masa tu je rasa kebulor dtg. sebelom makan ubat, aku lapik perut dengan roti/biskut dulu. lama aku duk kat umah ni, mc sampai hujung bulan & aku trus sambung cuti..lps raye baru aku masuk keje balik. tapi takpelah, at least aku masih bernafas, ,masih dpt bersama dengan anak2 aku..
TQ sesangat pada korang yang mendoakan kesihatan aku masa aku sakit teruk haritu. nak reply satu2 kat fb tu mmg tak dpt la. aku pon tak tau, nape masa aku sakit teruk..enpon pon aku tak boleh nak tengok. bukak kejap rasa nak muntah. gitewwww...mekaseh ye korang..
.. ai lebiu all ..