30.6.10

::KEDAI AI::


UPDATED : 29-01-2010
PROMOSI HEBAT!!!



Photobucket

Sila email ke ajcinta@gmail.com maklumat berikut;

(1) Nama Penuh:
(2) No. HP:
(3) Email:

(4) Tinggi:
(5) Berat:
(4) Sertakan gambar penuh terbaru.

Sila letakkan tajuk email
MAKE OVER CATWALK

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 17-Feb-2010. Anda yg terpilih akan diberitahu melalui e-mail / telefon.

Apa tunggu lagi? jom la join... (^_^)




9.2.10

::SIAL PUNYE BAPAK!!::


Bayi lelaki 5 bulan mati dipercayai diliwat


PETALING JAYA 6 Feb. - Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam.

Baru berusia lima bulan, bayi malang yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang.

Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.

Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.

Kata beliau, pasangan itu yang tidak mempunyai anak lain, ditahan sehari selepas kejadian, iaitu pada 1 Februari lalu di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, dipercayai selepas mengkebumikan anak mereka.

Beliau berkata, pasangan itu yang bekerja di bahagian percetakan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Tempoh tahanan reman mereka sepatutnya tamat hari ini. Polis telah memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Februari depan bagi membantu siasatan," jelas beliau.

Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut.





::CELAH KANGKANGKU BASAH::


BARU je sampai opis. Semput aku! nk pitam pon ada gak ni. Berpeloh2 satu badan! huhuhu Lepas hantar laki aku pg tadi, trus berdesup gi HKL. Dgn jem nak mampos kt Jln Kuching tu. Ish, sib bek la aku gi keje tak tempoh jem yg menggila camtu. Sampai je kat HKL, amik tiket..melilau carik tempat parking. NON ADO!! OMG..teruknya HKL ni wei. Aku plak dah lama tak jejak kaki kt situ. Kowang caya tak? 3x aku amik tiket kuar masok, kuar masok HKL tu semata2 nk carik tmpt parking tapi takde?! huhuhu...tobattttttttttt! Kali ke 3 aku pusing tu dpt gak aku park. Tp, umang aiiiiiiiiii....jaoh giler nk menapak gi Jabatan ENT. Sius wei, ngan tak minum apa..rasa betol2 dah nk pitam.


3x aku amik tiket ni..


Sampai je kt Jab ENT, aku tanye akak kat kaunter tu camne caranya nk dptkan rekod2 lama utk doc isi kt form apply kad OKU. Cam biasa la..muka adalah sgt blur. Tp kira baik gak la akak ni nk melayan aku. W/pon sore dia mcm guruh, tp dia layan je..Dia mintak no ic aku + angah utk trace blk record. Nak di pundek eh, pendekkan criter..carik punye carik, TAK JUMPA. Dia mcm tak caya plak yg aku penah bawak Angah kat situ. Alamak kak, takkan la aku nk tipu kau plak. Dari lahir smp le umur 2 thn lebih kt situ. Last2 dia soh aku gi Bhg Audio plak. Sib bek dekat je. Kununnya suh buat appointment baru. Takyah guna rekod yg tak jumpa tu. OK fine. Elok gak kan? So, aku pon gi la sana..

Smp kt bhg audio, dowang kata nk buat appointment boleh, tp makan masa. Paling cepat bleh jmp doc pon 3 bulan!! hulalalalala...Pitam mak! Tp sib bek la misi2 kt situ pon baik2. Dowang kasi aku alamat ke UKM utk buat appointment kt sana. Katanya lagi cepat bleh dapat.

Makanya pergi la aku ke sana. Sib bek la tak jaoh. Kat area Tasik Titiwangsa tu je. Tp sebelom aku menapak balik ke tmpt parking tu, baik aku isi pewot skit dulu...kang, silap aribulan..masok spital tu plak aku. eeeeeeeeee..ngeri!

setapak demi setapak menapak,
penyepak!


nun jaoh dikejauhan cik kia aku!


tmpt ni le yg aku kene carik + pegi


Klinik Audio ni ada kat dlm UKM, Titiwangsa.

Memula dowang berat ati nk kasi date appointment sbb aku xde surat refer. Tp aku criter la kejadian kt HKL tu. Dowang dah tak simpan rekod, camne nk kuarkan surat. Akhirnya dapat gak date dari situ. Tp dowang kata nnt Angah kene jalani prosedur dari awal balik. Eh, takpe. Aku lagi suka sbb dah 5 tahun tak cek hearing dia.

Fuhhhhhhhhhh, puas ati aku!
Makanya, 24hb ni nnt aku laki bini akan amik coti sbb kalau boleh nk uruskan bagi settled apply kad OKU Angah ni..





8.2.10

::TAG MERABAN::


NAK
jugak kau tag aku kan
Loi? Sib bek la aku TERrajin plak nk jawab. meh layan tag dari mamat kronik ni. (mamat ke?) ;P


1) where is your cell phone?
kat dalam bekas letak pensil meja opis aku ni..



2) relationship?

aku berscandal ngan laki aku je. takde jantan lain yg aku berahi. tahun ni masok 12 tahun dah aku kawen ngan en. kaman azaha.


3) your hair?

Itam ikal mayang


4) work?

jaga document kt opis.



5) your sisters?

ada 1 belah mak biah, lagi 3 belah mak tua



6) your favorite thing?

apa yek? aku suka bila time DAPAT relax tengok tv lelagi chanel AXN + Hallmark.



7) your dream last night?

tak hengat plak aku mimpi apa..rasanya cam takde mimpi kot sbb kepala aku pening. tido mampos!



8) your favorite drink?
ais kosong. heaven!



9) your dream car?

erk...alamak. takde la. kete skang ni pon dah selesa. syukurr...



10) your shoes?

ikut sesedap kaki aku nk sarong. kadang tu pakai sandle RM5 je dtg keje.



11) your fears?

aku mati awal. sbb tak tau camne keadaan laki aku nk handle anak2 + perbelanjaan dowang...huhuhu


12) what do you want to be in 10 years?

seorang yg masih berbuah pinggang (^_^)


13) who did you hang out with last weekend?

ngan adik aku, Iena


14) what are you not good at?

kawal perasaan. aku ni sebenornya cepat marah + cepat kesian. camno tu?



15) one of your wish list items?

telinga Angah + umah teres utk keselesaan anak2 aku..



16) where you grew up?

kat Kg Nakhoda + Selayang


17) last thing you did?

korek idong, pehtu campak taik idong tu kat tong sampah (tp terkena plak kat sandle aku). aiyooo!



18) what are you wearing?

baju cutting ikut body ala ramlah ram kaler tekois + skit labuh kaler itam.


19) what aren’t you wearing?

baju yg lobos2. nnt lagi nampak aku sekeping ;P



20) your pet?

anak2 ayam 4 ekor kt umah. hihihi, takde la. aku takde pet. pepet ade. erk!



21) your computer?

ntah apa brand kat umah tu pon aku tak tau. lalalalalala


22) your life?

kadang hepi + kadang tension. huhuhu



23) missing?

rindu kat arwah baba dgn arwah nenek (jawapan yg sama ngan
ayoi the kroniks)


24) what are you thinking about right now?

nk baring...biasalah aku, petang2 gini adalah time tenat badan + kepala aku..bateri low
:(


25) your car?
cik kia carens



26) your kitchen?

cinonet je...


27) your favorite color?

black + white + ceklat + pastel



28) last time you laughed?
tadi masa hepi dpt makan kepsi free. ngeeeeeee


29) last time you cried?

mlm tadi. tension sbb rasa letih ngan idop. aiyooooo, bleh ke camtu?


30) love?

love ngan laki + anak2 + family + kengkawan


31) so who wants to share their ONEs?? How about?

apa soklan kau ni? tak paham aku!



5 orang yang aku pilih buat tag ini ialah :

ABG LONG

IENA
KAK JIJAH

EMA

ANA (jiran tkt 2)






::ENGAGEMENT UYUN_060110::



~ CINTA ALIAH WEDDING GALLERY ~

Enggagement Uyun

06-01-2010

Bukit Sentosa, Rawang


Makeup by A.I Cinta



Uyun request makeup yg lite + soft.
Walau pon kulit muka Uyun ada sedikit masalah,
tp mudah untuk dimakeover.
Sangat cute!!

Risau sungguh dia takot kalau2 aku takleh nk cover pimples dia tu.
Jangan riso, akan aku mandrem supaya pimples tu 'menyorok'.
menjadi kan? ekekekekekeke...


Tarra!!
trus jadik licin cam telor ayam.
ngeeeeeeeeeee


sweet...





pelamin yg sangat sweet..
sesuai dengan tema ala-ala english garden
backdrop ni Mak Long Uyun yg sponsor.
cantikkan?


kek pon cantik..




DISEBALIK TABIR MAKEOVER UYUN (^_^)


aku? kompom kecoh! kahhhhhh

pestime jumpa. tp mcm dah lama kenal.
agaknya sbb dia + geng dah biasa baca blog aku ni,
so..sume dowang tau. ngeeeeee..

aksi lesbo mengediks


kontrol ayu plak


cute je Uyun ni tau..baik budaknya

(harus kembang bontot kau kan?
musti dak Rina gelakkan kau ;P)


maceh Na, temankan aku (^_^)


my assistants of the day ;P


me + Rina

Rina ni opismate terbaek si uyun.
kecoh sungguh ini fomfuan,
sama je gedik ngan aku, muahahahahaha

sronok dpt jumpa ngan silent readers ni.
Bebek pon dowang kenal ooo..dasyatttttt!

(OMG! tangan aku..
itu bukti aku adalah seorang fomfuan yg maha gigih)
lalalalalalalala


harap lps ni dpt la kita laga2 tetek lagi kan?
kau banje aku tau..
;P





MEKASEH atas layanan yg sangat baik dari Uyun + family. Siap tapaukan nasi sbb kami x sempat nk makan kat sana. Nak gi amik Along kt skolah pulak. Semua kengkawan + sedara mara uyun pon baik2 belaka. Mekaseh sesangat sebab bagi akak kepercayaan tepek mekap kat muka kau yg chumel tu..Akak gumbira bila Uyun puas ati ngan mekap tu.

Semoga Uyun + tunang akan kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin + hingga ke hujung nyawa. amin...



Ptg masa aku rehat2 kt umah Iena, dapat sms dari Uyun:


"Kak Ai, tq tau, rmai ckp makeup lawa,
nikah n snding cnfirm amek akak tau, -uyun-"




::SABTU AKU::



PEPAGI buta aku dah terpacak kat umah iena. hohoho...dapat bekpes free oo. Sebanornya hari tu aku ada job mekap. Bangun pagi cam biasa (tipu. lewat skit ;P). Siap2kan brg anak, hantar bebudak kt umah mak dulu. Pehtu hantar laki aku ke tmpt keje dia. Dia kene gi Pengkalan Hulu haritu. Haihhhh..sian dia..

Pehtu berkejar plak gi hantar Along kt skolah. Along ada kursus AJK. Kalau ikot plan, dia la yg kene temankan aku. Tp kene skolah plak. Harus la aku carik pememan aku yg lain. Dek kerana tmpt mekap tu dekat benar ngan umah iena, baik aku ajak dia je kan? Kebetulan plak umah panten (tunang) tu blakang umah dia je. Sangat2 kebetulan...senang keje aku. ekekekekekeke ;P Umah iena ni kat Bukit Sentosa (dkt ngan Bkt beruntung)


suka betol aku ngan deco kt umah iena ni tau..
cantek kan?
na, anak patong tu kau punye ke? ;P


tu dia...


dapat mkn mee goreng sedap.
hohoho, i likeeeeeee..


aku smp tu Dillah tgh sedap tido lagi..
bilik Dillah pon cantek.
tak mcm bilik si Along, dah macam kapal karam!
huh.


"dah..jom kita siap2 nk ikut auntie"





7.2.10

::MEKASEH::


MEKASEH
pada sume pembaca + followers blog sengal aku ni..
aku appreciated sgt ngan kowang.
Kowang le salah satu penceria idop aku..
tak kira lah yg aku kenal ke idak,
aku sayanggggggggggg sgt ngan kowang!!




MEKASEH
jugak pada si silent2 readers..
elehhhh, aku tau ramai yg jadi pembaca senyapkan?
;P
Baca je apa yg aku merepek kat sni. Tp malas nk tinggal komen. Kowang pon aku sayangggggggg sangat.
Mekaseh tau, singgah kt blog aku ni..



AI LEBIU ALLS!!!!




5.2.10

::JALAN-JALAN LEBUR DUWIT::


TAKDE
lebur ponnnn. Ingat nk carik kasut kaler putih. Takde yg berkenan plak. Ada pon, mahaii. ekekekeke. Not in the bajet. So, harus dilupakan dulu. Gi JJ tadi pon kejap je. Tapau, makan kt opis. Lalalalalalala...


tu dia aihhh..mcm blk dari pasar malam!
bergunduh gandah Cik Lynda Gebus ni..


si kudut + si bambam


Lunch aku harini berkisarkan kejepunan.
ekekekekeke..

seaweed ni pedas giler. sedap nk mampos ok!!
harus lepas ni aku beli lg 2-3 peket..hohoho


Tako Tao

amik kau!! 6 bijik skali aku beli.
Chic Ham + Prawn.


Licin aku bedal!!
x sampai pon 5 minit aku telan..ohohooo


tak mungkin aku gi JJ tanpa makan epal beso ni.
HARUS!

yang ni berkongsian makan ngan cik lynda gebus (^_^)





::BANJIR::


BALIK
keje petang smalam lebat sungguh ujan! Nak2 lagi kt area Batu Kep nu. Umang aiii..banjir kau! Langsung takleh masuk kat laluan nk gi amik laki aku. Jenuh aku menunggu air surut. Masalahnya, lagi lebat ujan tu turun ade la. huhuhuhu....


air deras ooooo...


lori beso bleh la lalu..
try yg kecik.
smalam lori kecik mati enjin dia sbb lalu ikut banjir tu..


dah macam sungai lak kan?


mmg camni le kalau ujan lebat.
musti aku kene tunggu kt luar ni.
tak bani nk masuk.
buatnye enjin mampos? tak kose mak nyah!


dah berderet2, sume x brani nk tempoh 'sungai' tu..


brani oo van tu..sib bek selamat.


last2 laki aku suh kawan dia hantar ngan lori ikut jalan dlm belah sana..
nk tunggu surut ntah bila..

mau smp ke malam aku duk bertapa kt situ.

hoh!




::LEE MAU::



limau pertama yg aku dapat..manis!
biasa la, supplier la yg bagi.


2nd limau. Mak aiii...godang bona!
Nak sama besar ngan muka aku ni..



Asik dapat limau je...angpau takde ke??






4.2.10

::DAPO BARU DATIN BIAH::



amboi mak skang. dah ada dapor masak.
org tua ni kalau ditanya mmg sumenya takmo.
tp bila dah dibelikan, hepi le dia (^_^)

lemari dapo ni iena yg belikan utk mak.
cantek la wei. minat plak aku sbb nampak 'padat'..
sila belikan utk aku skali


mesin basuh ni pon iena yg bagi.
errrr, mak..mesin ni nk buat basuh baju ke, meja bunga ni??
hhrrrmmm


kalu x silap aku, mesin kt atas esbok ni ayoi yg bagi.
betoi dak loi?
Makin selesa mak duduk kt sni skang ni.
Tp musti la dia rindu gak nk blk umah dia kt Melaka tu.

Rasa2nya raya cina ni dia blk sana la kot.

Dah rindu nk ziarah kubur Abah le tu..huhuhu





::KEBETULAN::


MEMANG
kebetulan sungguh la. Smalam baru je aku kuarkan entry pasal Angah. Blk keje tu Angah tunjuk borang yg cikgu kelas dia suh aku isi. Lor, form maklumat 'kurid' kurang upaya rupanya..Dah le mmg ms on the way nk blk tu aku laki bini ada criter psl nk buat kad OKU utk Angah..hohoho, sangat2 kebetulan.


Dah haplod gambo ni baru aku prasan borang ni
salah eja Kurid, bukan Murid. cait!
Boleh plak aku tulis dlm kurungan - baru hendak memohon. ngeh ngeh.
sebenarnya dulu aku dah penah amik borang JKM.
Untuk apply kad OKU Angah.
Tp ntah kenapa masa tu aku cam rasa x patot aku buatkan Angah kad tu.
Aku takot nnt dia kecik ati pulak ada kad tu.
So, aku buang je borang tu.

Skang ni baru aku tau kelebihan kad tu. Malam tadi ada kawan aku yg prihatin tepon aku. Yong namanya. Dia pon ada anak yg serupa cam Angah. Dia nasihatkan aku apply kad OKU tu + buat pemeriksaan di HUKM sbb kat sana ada pakar ENT. Kalau tingin nk buat tinga pon boleh. Bincang je ngan doktor kat sana dulu. Mekaseh bebanyak tau Yong. Skang ni aku tgh usahakan utk mendapatkan kad tu dulu. Pehtu aku buat appointment ngan ENT kat sana. Tempat yg sama kau bawak Dania.

Doakan sume urusan aku berjalan ngan baek ye kengkawan.


aku sendiri tak tau Angah ni tau ke idak le apa itu OKU (^_^)
tp mmg dia heran la sbb dia sorang je yg dapat borang tu masa kt kelas.

huhuhu



3.2.10

::MAMA, NAK TELINGA..::










ADA KE TELINGA PLASTIK CAMNI KAT MALAYSIA NI?
hrrrrrmmmm





Penah tak bape lama dulu Angah tanye psl telinga dia kt aku. Banyak kali gak. Bebaru ni dia ada dtg kat aku, tp kali ni dia tak tanye..tp bagi statement trus kat aku.


Angah: Mama, Angah rasa Angah nak telinga la...


Mama: (gulp) La..nape pulak? ada org ejek Angah ke?

Angah: Takde. Tp Angah nk telinga besar cam mama tu.

Mama: Lor, mama tengok ok je. Comel je telinga Angah tu. Kan mama dah byk kali ckp, bukan semua org dapat telinga comel camtu. Allah kasi telinga camtu kat Angah sbb Dia sayangggggggg sgt ngan Angah. Tp, kalau Angah nak jugak teilnga besar, jom la kita gi jumpa doktor. Suh doktor jahit telinga besar bagi kat Angah. Nak?


Angah: eeeeeeeee..takmo! hehehehehe...



SUMPAH
tau. Kalau la boleh aku kasi telinga aku ni kat Angah, mmg aku kasi!! Lillah aku tak kesah langsung. Tp boleh ke? huhuhu..Aku ingat nk bawak Angah cek pendengaran dia. Dah lama tak pegi cek. Last dulu masa umur dia 2 thn lebih kt HKL. Masa tu dah kira tamat appointment. Ingat kali ni nk refer ke spital selayang pulak la..



Nak tau lagi criter2 pasal Angah pada entry yg lepas,
bleh klik
SINI & SINI


::KEPINGIN::


BADAN
tak bape sihat sgt. Dari ptg smalam kat opis asik le terbayang2 nk hirup sup. Ingatkan blk tu nnt nk singgah mkn dulu kt kedai bawah umah aku. Skali smp2 tengok kedai tu x bukak pulak. huhuhu...frust gilak!!

Last2 singgah kedai kakak jual ikan tu, beli daging + peparu. Balik umah masak je sendiri. Abis criter! Puas gak makan..hohoho


sop daging keras + paru


buat smbl kicap + rebus telo asin

WALLA!!




2.2.10

::JALAN JALAN CARIK MAKAN @ TESCO::


KEJADIAN
berlaku pada coti Hari Wilayah smalam. Merasa aku jadik suri rumah. Pepagi hantar BB gi skolah ke bawah, tghari amik pulak dia. Tp aku masak simple2 je sbb tak larat malas nak masak. Aku goreng telo mata + singgan ikan je. Mlm tu ajak mak + laki aku gi makan kt tesco. Dh lama tekak aku tingin nk makan sizlling mee kt situ. Tunggu laki aku balik keje, amik mak..trus pegi. AYOH kita!!


model tudung cum model tesco (^_^)


memasing tolak trolley,
walhal bukannye beli apa pon.
ekekekekeke


Along pon nk jugak??
isk kau ni..


Biah ni bukan boleh masok tmpt2 gini.
harus ada je benda yg nk dibelinya.
kui kui kui


"bape hengget ni Long? nenek tak nampak..."

amik kau! dari sni ke ujung tu berderet anak branak aku je.
muahahahahaha..


makan time!

amboi...cucu + nenek tekak omputih ooo.
mak aku ni mmg feberet dia sirloin steak.
mmg kompom dia order ni..
makan mak, makannnnnnnnn


along dah tak pandang kiri kanan..kusyuk sungguh!
tp mmg sedap pon. lembut je daging dia.
tp aku lagi suka mbekkkkkkkk ;P


BB stim mkn nasik ayam +
sizlling mee ni aku yg punye (^_^) sedap!


bagus la tesco ni. Siap ada portion utk kanak2 punye.
RM2.50 je. Yg Angah makan tu utk kanak2 punye.
sangat berbaloi.

sila abaikan si ely yg makan atas meja tu ye.
dia x selesa duk kt kusi baby. dia nk duk bersila.
kejap je dia berlunjur tu, pastu dia bersila la ;P


dah kenyang, main pulak.
sorang 2 token je tau! hohoho


best gak bowling ni.
ngan aku2 skali terjebak.
lalalalalala


tumbuk, tumbuk!!


elehhhhhhh, nenek pon tingin gak tu kan?





::BERPIKNIK KAT SG KEMENSAH::


TAK
aku sangka blakang zoo negara tu ada tmpt berpiknik. Ntah sapa punye blog aku tgk aritu gi berpiknik kt sana. Nampak cam best sbb ada pondok / chalet (cm umah org asli) yg kita bleh sewa. Makanya, aku anak branak, adik bradik, sepupu sepapat..bersepakat le gi sana Ahad aritu. Yg takde Abg Long + AJ je sbb dowang memasing ada family day le...party sex le. Sume kat PD tu. Wei, takyah gi PD. Gi blakang zoo tu lagi best tau. Dah le nyaman, tak rasa panas. Ada tempat nk baring tido apa bagai. Murah, dekat. Pendek kata, BEST GILAK!!! Merasa cam duk kat kg org asli wei. Syiokkkkk...


the foods

pepagi kul 6 aku bagun grg segala mak nenek naget + ayamas + fries + sosej + potong buah + msk nasik putih. Pehtu campor plak ngan yg mak + iena + ct bawak.
penoh meja buffet kami (^_^)


sambal sotong terbaek yg mak masak di donia!!


kari kapla ikan pon ada oooo


makan, makan...makan kau smp lobam!


bini tok batin

ni le chalet RM25 tu.
kami sewa 2 ketol.
seketol chalet, seketol lagi pondok RM15
tp disebabkan ada family lain dtg, dia caj lagi RM10.
tp tak kisah la sbb selesa + berbaloi2.
Leh duk smp ke petang..


bebudak ni smp je dah jerit2 nk mandi.
tak makan pon lagi. haihhh..
gi le kowang!!


pondok + chalet yg mcm umah org asli ni le yg kami sewa..


syioknye mkn tepi sungai


mihun cik temah


layan tekak ye pezal?


sronok sungguh bebudak ni..


para bapak2 mithali (^_^)


budak ni takmo renggang lgsg ngan aku.
tak kasi can langsung kt mama nk berendek dlm air tu ye? ish..


kau mandrem apa tu dek?


hepi...hepi..

(ely + bb pakai baju mandi along dulu ;P)


alolooooo...kiutnye kau fawza!


along ngan anis bergayut je..
aku pon join gak kejap.
sakit wei bontot!


model sungai - cik temah


aiman...aiman..
camtu cara kau makan kuih gelang nenek kau ye?


anak daras sunti mak.
kau tak sihat kan Loi?


kau yg tak sihat, biah yg lentok!
ekekekeke..
kowang jgn tak tau, ayoi ni anak bawah ketiak mak.
manja gilos. macam le tu mak dia sorang. huh!
kongsi ok!




ely pon nak jugak.
masa ni pon merengek2 suh aku dtg join skali.
dia tak kasi aku duk sengsorang.
eeee budak ni!


aisha (adik ct) + the geng pon join skali.
meriah!!!

oooo, dia bawak pelancong asing ooooo


ni pelancong dari bukit beruntung,
Fiza NgokNgek namanya.


yg belang tu le Lokman dari Jakarta.
Penah aku tayang gmbr dia masa aku gi sebeday aisha aritu.
ganteng kan? baik plak budaknya...
skang ni dia dah smp pon ke sana blk.
sedih sungguh dia aritu.
nangis2 sayang nk tgglkan kengkawan kt mesia ni..
huhuhu


Yg baju belang tu pulak adik ipar aisha, Hafiz dari Pakistan.
Dia plak 9hb ni balik le..


aiman xcited je lebih,
bawak masuk air kejap je dah takot ;P


alolooooo...sweetnye..


lepak2 dlm chalet




ini budak, tido kejap je.
pehtu meraung nk terjun sungai balik..


dah siap2 nk blk..
dah puas lepak dari pagi buta smp le ke petang banat!


kembo mak + anak


along dah keletihan..ekekekeke


posing dulu bang...


syiok betol la aku skang...dah tembam!!
lalalalalalala


Iena + si chumel Fawza D' Doll + Ely BamBam


Kechentaan aku


"bubye sungaiiiiiiiiiiiiiiiii"

(mmg itu yg ely sebut pon ;P)


kami sewa ni yg kt bawah je..
kat atas ada banyak lagi yg cantek2.
len kali dtg sni nnt nk sewa yg kt atas plak..



BEST!!




1.2.10

::SKODENG::



Aku jumpa gambar ni dlm KIMIe aku. cissssss...
banyak lagi ok! Bukan main kuat skodeng si Kaman ni skang yek.

Kau siap!!!


gambar ni dia amik masa blk dari hantar ikan kat Pengkalan Hulu aritu.

blk lambat skit sbb singgah umah Iena amik mesin basuh + lemari dapo utk mak.
sronok biah, umah dia dah lengkap (^_^)

(sila jgn tenung lelama bantal busuk aku tu. nnt kene badi!)




::MODEL TUDUNG BARU KEDAI AI::





MODEL HANYA DIUPAH DENGAN SUSU SAHAJA.
SANGAT MENGUNTUNGKAN!




30.1.10

::LAOK ORG TAK SIHAT + MALAS::



CEKODOK BILIS BLEND WITHOUT BAWANGS

siap sedia utk dimakan pada jam 8:30pg


SAMBAL CILI API SARDIN MELECET JUBO

siap dimasak pada jam 9:00pg


AYAM GORENG SEGERA AYAMAS

siap digoreng pada jam 9:15pg


Siap!
Nak rehat jap (^_^)




-tghari kang nk kuar gi amik laki aku kt tmpt keje dia yg penoh ngan
warga yg menyambut thaipusam.

achocho!!




29.1.10

::THAIPUSAM::



AMIK
kau!! Pagi tadi tak pasal2 2 jam baru smp opis. Merasa mak! hohohoho. Dah le dgn tak tidonya dari malam tadi. Rasa cam nk muntah je dlm kete. Jem giler babi punye wei!! Al-maklum la, esok kat Hari Thaipusam. Tp semalam pon dowang dah stat ramai kt Bt Kep tu. Hari ni lagi le ramai manusia. Dari Selayang jalan dah stuck. Kt Bt Kep ada jalan tutup plak. Makanya harusla kene tempoh gak jem ni.

Tp yg peliknya tu, dah le stat tahun ni KL coti sempena thaipusam. Tp bleh lak jatuh hari Sabtu! Apakah??!! ish...


dari Selayang dah sangkut


harus carik alternatif lain...
jom naik fly overrrrrr


mak aiiiiiii...giler maot punye jem!


merasa la aku jalan koboi ni.
toing2 body cik kia joget dangdut.
ekekekekeke


kuar kt mrr2, still jem jugak.
tp atleast, kami dpt potong jalan smp sni.
hohoho


umang aiiiiiiiiiii


senyuman keliwon yg penoh kepura-puraan

(ntah nape nampak licin plak muka aku. kene pantulan cahaya matahari kot. pada hal muka aku skang ni tgh menggerutu.
tu nnt aku criter kt kowang ye..
sob sob sob :( )


sian laki aku, dh le arini kene gi hantar ikan ke Pengkalan Hulu nu..
lambat plak smp tmpt keje..
huhuhu


aik!! apa la yg kau buat tercegat kt situ kak oooii??
kene badi wel-wel kah?


jaoh ooo dowang jalan kaki


dowang jalan lagi laju dari kete.
amacam??





tutup plak jalan.
kene pusing jauh skit le nk hantar laki aku..

sebelom kawen dulu, cam wajib je aku dtg batu kep time gini.
aku minat tul tengok dowang cocok2 tu.
badan dowang dah masuk setan..
dah tak ingat apa.
Dari kecik aku mmg selalu gi sana time thaipusam ni ngan geng2..
tp dah berbelas tahun tak tengok.
takmo la pegi skang ni.
dah le aku mcm ni. mau ada yg kene sampok plak kang.
lagi pon, kalau aku ajak laki aku pon, kompom dia takmo.
ekekekekeke


esok pagi sure penoh tangga ni wei!


harus ada funfair


tahun ni agak tersusun skit..
sume nampak mcm well organise la,
dari yg dulu tu..
bersepah2 org menjual.
skang ni ada gak, tp dah kurang..



sib bek la balik ni takyah gi amik laki aku dulu.

dia terus blk bawak lori je nnt.

so, senang le aku balik ikut atas mrr2 tu terus..
lalalalalalala



::TOKEI KODI::


BALIK
keje smalam, kami tak terus balik umah. Aku call mak mintak tlg jagakan bebudak tu kat umah jap. Aku ada mission penting nk diuruskan. jeng jeng jengggggg.....



muka sombong si tokei kodi,
memakai spek mata $5 yg dibelinya di Giant Batu Caves
hampir setahun yg lalu


scandal si tokei kodi


Ngeeeeeeee...dah brape bulan aku tak jalankan bisnes jual tudung murah aku kan? Ni aku nk sambung balik perjuangan aku. Masa aku taip ni aku tgh hapdet blog KEDAI aku. Skang ni pon dah pukul 3:55pg. Yes. Kalau aku dah stat jual blk tudung, mmg camni le aku. Berjaga smp ke pagi nk hapdet blog kedai aku tu. huhuhu...Ni pon sebenarnya aku gamble je kuar modal guna $ gaji aku yg tak brapa nk ado tu. Mudah-mudahan dipulangkan balik modal ni. Kalau boleh, bior le dpt untung skit. Makanya, kowang harus membeli tudung ngan aku! muahahahahaha..(eh, boleh ke paksa gitu?? ;P)


bila aku smp je sni, kompom kekecohan melanda!
"dia dah mai dahhhhhhhh"
dowang tau aku ni kaki selongkar.
yelah, harus aku duk bersila kt situ pilih tudung yg elok2 je.
tu dh mmg style aku.
dowang pon dah tau..giler bapak punye detail aku pilih.
kemas la kowang balik! kang takde keje plak kowang kan?
miahahahahahahahaha (tokei kodi gelak setan)


"udah-udah le selongkar tu kak. jenoh saya nk kemas blk ni kang"


pilih pilih pilih


lalalalalalalalalalaa


try kau kira, cukup tak 48 kodi???
(melampau, ngalahkan nak niaga kt psr mlm plak kau pompuan!
verangan lebey..)

so, kengkawan..sila la memborong kat kedai saya ye..
murah2 aje (^_^) - edisi mempromot diri sendiri

KEDAI AI




28.1.10

::NOTE DARI ANGAH::



cute je kan? (^_^)

Yang lawaknya tu perkataan 'Dua' tu ntah nape dia tulis asing. ekekekekeke..
ni note yg kedua dia penah buat utk reminder sejak skolah rendah ni.
Aritu dia bagi aku kertas tulis
'mama cikgu nak gambar angah 4 keping'
Mmg aku ada pesan ngan dia. Apa je yg cikgu pesan,
tulis dlm kertas / buku conteng.
Nnt smp umah takut terlupa pulak kan..


tak yah bazir duit angkut anak gi foto zoom tu.
aku amik sendiri gambar dia kat depan pintu jamban,
edit skit, pehtu print je kt opis.
abis criter!


memperguna pakai kertas gambar yg
HP kasi free ms beli catridge printer opis.
hohoho


jadi le tu...





::SAMA JE::


KOWANG nk sangat tengok mayat, nnt aku tepek gmbr mayat bebanyak kt sni. Mau???
;P


Smalam cam yg aku rancang tu jugak le. Smp kt spital dlm kul 7 lebih, carik port baik punye park kete. Naik gi cafe dulu, makan nasik goreng pehtu beli paper, masok kete balik. Tp tak duk depan. Aku lepak kt seat blakang. Turunkan tingkap skit, baca paper baru bobom. Tp harus le aku alarmkan enpon aku. Kalu tak mau terlajak aku tido. Naya je.


lepak2 baca paper dulu


dlm kul 8 lebih, parking dah penoh!
meroyan sungguh la spital selayang ni.
ramai sgt yg berpenyakit kot ;P


yg park camtu pon ada..
konon tak tarik handbreak le.
depan aku ni pon ada sebijik, tp sipi2 je.
kiranya bleh la aku keluar himpit2.
tak kose aku nk tolak2 kete org. huh!


tembam dah pp aku kan??
hohoho, aku adalah sgt gumbira sbb berat aku dah naik.
Aritu 43kg je, smalam aku timbang dah naik 46kg.

LALALALALALALALA...


Aku tido smp kul 9:40, tepek2 bedak skit baru naik.
Dah register apa sume, ngam2 je aku smp kat klinik pakar tu kol 10:15.
tunggu kejap, trus doc panggil (^_^)


OK, smalam aku dpt jumpa ngan Dr yg cantik comel, Dr. Linda. Cam biasa gak result aku tak bape nk cantek. Protein dlm urine aku turun skit je 3+ (max 4+). Doc smalam bgtau aku yg sakit aku ni mmg TAK MUNGKIN akan sembuh. Sakit igA ni tak ada banyak cara treatment. Cuma skang ni doc hanya nk monitor je. Mmg buah pinggang aku dah rosak, tp masih boleh berfungsi. Jd skang ni mmg tak memerlukan aku berdialisis. Cuma doc ckp smalam, dialisis tu mmg akan aku hadapi. tp lom tiba masanya je lagi. Hrrmmmmm..kene bersedia dari skang ni. hohohoho..

Selsema aku yg dah berbulan2 tak elok ni pon dia tukarkan bg ubat lain. Dia try kasi ubat elergic. Doc ckp sepatutnya progress rosak aku lambat lepas makan steroid dulu tu. Masalahnya ubat tu sendiri tak memberi kesan kat buah pinggang aku. Still tahap protein kuar tu banyak. Tp syukur sgt le sbb doc kata masih bleh berfungsi. Jgn mengandung sudah. Sbb dia ckp mengandung adalah salah satu punca buah pinggang aku akan rosak teruk, dah kebarangkalian utk dialisis adalah amat tinggi (ayat doktor
;P).

Kan dah aku ckp, benda yg sama je bila aku jumpa doktor. Just dowang nk monitor & tentukan ubat apa yg aku kene continue makan. Cam skang ni ada 6 jenis ubat aku kene telan. Ubat darah tinggi je 3 bijik! ada ubat kolestrol, ubt kencing, ubat elergic, tramadol (utk tahan sakit bg aku lalok
;P). Meriah ubat aku kan? dulu lagi dasyat ooo...sejenis kene makan 12bijik sekali gus! masa tu ada 5 jenis ubat yg aku kena telan tetiap hari. HOHOHO..meriah noks!

Mekaseh utk kengkawan yg mendoakan aku.
Kalian la salah satu PENYERI HIDOP aku.


AI LEBIU ALL




27.1.10

::MAYAT::


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?


Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...






::CURANG::



Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik? ?!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.... .begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah. ". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak........ ..dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..... .....segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"








*esok le aku hapdet psl spital arini ye. malas plak rasa nk mengarang. ngeh ngeh.