27.1.16

::BERAYE THAIPUSAM KAT MELAKA::

26.1.16

Mesti ramai yg rasa smalam mcm hari isnin kannn.. ;) dah smalam cuti thaipusam katanyer. aku pun hari sabtu haritu balik melaka. mak ada kat sana dah sebulan lebih. kiranya kami ni balik nak kutip mak la. hehe. best giler kot sebab semua ada. betol2 rasa mcm beraye. meriah! mcm biasa la..kemeriahan tu mcm nak tercabot bumbung rumah. memasing nak bercerita, memasing nk bergosip, memasing nk buat lawak, gelak mcm nk terburai isi perot. dah le semua suara mcm hali lintar. terkejut beruk agaknye jiran baru mak kt sebelah tu. baru tau anak2 biah keturunan jembalang! haha...

aku tido berlempar je kat depan reramai dengan bebudak. tp awal2 dah cop tido atas kusi. syiok betol bangun pagi tgk pemandangan gini..

bebudak ni lepas solat subuh, trus on game.

syorga betol kalau kat melaka ni..celik je mata terhidang dah memacam. mak tu sama spesis mcm aku jugak. jenis masak awal & tak suka org tolong kt dapor. tp aku ni amik kesempatan la bila kat sana. masa tu la boleh mengangkang. kat umah sendiri terkangkang2 memacam nk kene buat. time ni jelah dpt memanja ngan biah ronggeng tu. 

lps makan tu sib bek la tak terbalik dulang. kami main game bebisik. mak jadi leader. awalnya sebut 4 barang yg nk kene beli kt pasar. sampai kt aku yg terakhir kene bisik ni barang2 tu tinggal 1 je..dah tu lawak lak tu..'telo 2 kilo' apakahhh? haaa ko, kecoh tul rumah. memasing mengilai mcm nk terkeluar isi perot.

ish...bila masa la anak2 dare ni membesar. iena...ct.. anak2 kita dah besar weiiii!
masa ni si AJ usung dorang bawak gi MPO. tak jauh pun, blakang rumah je. hehe..tp tak kose aku nk ikut. kepanasan melampau kat sana..

tiada dusta di antara kita ;)
lauk simple gini pun dah cukup buatkan aku jejilat pinggan...merecik! 

..bila ratu keliwon membancuh sos bbq ;P

bebudak layan movie..

huru hara sungguh la haiii...haha
mengembek memasing mlm tu. sebesen terak kambeng ha..

kita bako! kita bako!


salad telo sang ratu keliwon

amik ko! memacam minatang ada. bergaduh la ko dalam pewot.

bekpes di pagi isnin. mee goreng biah ronggeng yg terbest in the world.

ini ntah bila masa la bebudak ni amik henpon mama berwefie.. ^_^

loloi sronok mandi. fefeeling kt sunway lagoon sgt ko kannn..

singgah kubur abah sebelum gerak balik..
rindu sesangat aku kat abah :(

Al~Fatihah

2 comments:

deaf-angel said...

Suka aku tengok foto2 makanan tu semua. Happening.

Unknown said...

Assalam. Sama lah kita.. bila berkumpul je makan.. bila makan je maknanya berkumpul.. hehe

klik klik (^_^)