4.8.16
Dah habis mati kutu nak hapdet apa blog goblok aku ni.
Aku macam ni jugak la. rutin seharian uruskan anak2, rumah, gi keje & gi cuci dare. same je setiap hari. tp syukur sebab kiranya dah sebulan lebih la aku bertahan tak serah diri lagi kat spital tu. kalau idak, asyik la kluar masuk wad je keje aku kan. tido malam tu memang dah tak lena sgt skang ni. dah mcm baby lak aku rasa setiap jam mesti terjaga. aku gi kencing la..gi muntah la..kadang terjaga sebab kaki krem.bila agak2 rasa semput, aku bantai je telan ubat2 sakit jantung aku tu. baru boleh lelap mata. kalau tak, memang terkebil2 la bijik mata aku duk kat bucu katil. dah mcm rupa burung hantu dah aku ni. tp takpe, sebab aku boleh qada tido kt opis. siap key in apa yg patut, gi lelap mata jap kat blakang.ngeeeeee..
Start minggu ni aku dah tak kerja hari jumaat dah sebab shif cuci dare aku diawalkan lagi ke pukul 10pg. agak melampaulah kalau aku masuk keje jugak pagi tu. setakat masuk setengah jam je tak panas pun lagi bontot kat kusi dah blah. apa ko ingat ni kompeni apak aku. sebelum ni pun dah syukur sesangat sebab bos tak berkira. Tiap jumaat aku 2 jam je ada kt opis. Gaji dapat penuh. Cukup lah tu..dah la Isnin & Rabu pun aku separuh hari je kat ofis ni. Aku memang bersyukur sesangat, rezeki aku keje kat sini camni. Mana nk dpt company gini. kalau kat tmpt lain memang dah lama aku kene halau..Alhamdullilah.. :)
ini darahku, bukan darahmu
cak!
5 comments:
stay strong 💪💪💪
Assalam Sis..
saya follow blog sis dlm diam..kagum dengan sis...dengan apa yg sis laluii..salute..! semoga sis diberikan kesihatan yang baik.. semoga pahala buat sis yang tabah menghadapi dugaan sakit camni,.,.
insyaallah..amin2
Salam....biasanya berapa kos rawatan dialisis?
lia ummiirfan,
InsyaAllah..maceh :)
Juls,
InsyaAllah..amin yra..maceh bebanyak :)
abdul rahman,
kos utk sekali cuci rm200. seminggu 3x cuci. so seminggu rm600. tp saya socso yg bayar. cuma ubat cocok tambah darah je yg bayar sendiri. sekali cocok rm80. seminggu 4x cocok :(
I think this is a standout amongst the most critical data for me. 192.168.l.254 is a private IP address to login to your Router Admin Control Panel. Visit 192.168.1.254, logging in, now you can setup your Router such as: Security Options, DNS and much more.
Post a Comment