28.1.14
SMALAM seharian aku laki bini ke hulu ke hilir mcm lipas kudong. Aku MC smalam gi jumpa doc kat hospital. Laki aku lak amik cuti. Pagi tu hantar bebudak g skolah dulu, pastu siap2 gi hospital. Nasib baik dapat jumpa doc awal. Tp lama gak la kt dlm bilik tu. Memacam benda yg dicek, diexplain & dibincangkan oleh puan doktor yg cantik & soft spoken itu.. ;) (nnt lain kali kalau2 terbuka hati aku rasa nk kongsi, aku criter lah ye. tp rasanya mcm biarlah dulu. huhuhu)
Lps settle jumpa doktor & amik ubat yg berkotak2 tu (dah rasa mcm farmasi umah aku tu) kami trus balik Rawang kutip Mak Biah. Bawak dia gi bukak acc utk BR1M tu nnt. Aku tak boleh nk updatekan mak punye sbb dia takde acc nombor. Dulu ada, tp skang dah tak aktif. Biasalah, org2 tua ni bank in cara sendiri. hehe...hari2 boleh kira baru dia syiok :P hehe... Pastu gi makan jap, hantar mak balik umah. Dah siap hantar mak balik umah, kami gi skolah BB + Adek pulak. Kutip duit bantuan $100 tu. Tp kali ni tak boleh bawak balik budak. So, kami balik umah jap. Pastu turun balik kluar gi KL. Gi bankkrup. Pastu berlari (tipu) lak gi bank kat Psr Borong. Sila bayangkan time tu dah ujung2 time bank nk tutup. hahaha..jenoh uolls. Tp puas hati la sbb boleh settle banyak benda dalam masa sehari.
Yg syioknye tu tambah lak aku yg tgh tak brape nk stabil ni. Kejap2 telan panadol + ubat thn muntah dgn air 100Plus smp molot aku jadi kebas + pahit. bolehhhhh? boleh aje. Aku rasa mcm aku ni robot lak. Bergantung kt ubat. Lps dlm setengah jam telan ubat, aku ok. Tp 2-3 jam lepas tu aku kiok balik. Hamboi2..ngengada sungguh badan aku ni skang :P
Raya Cina ni kowang lama ke cuti? Opis aku tutup dari Khamis ni smp Rabu depan. Melampau kan? Walhal, amoi tu sorang je yg cina kat opis ni kot. Tp dah bos nk kasi gak kami coti. Apa lagi...mengangkang lah aku kt umah tu nnt. bleh rehat2kan badan smp lobam, lalalalalalalaaaaa....