4.2.14
SEMINGGU cuti ni mmg agak thrill bagi aku. Cuti dlm ketidaksihatan. boleh? hehe.. dpt bawak bebudak ni gi jenjalan kt Berjaya Times Square je Sabtu haritu. Jadik le. Sronok dowang. Tp aku lak yg kejung berjalan. Muka tetap kontrol cun hokey. Walhal, badan dah mintak nyawa. haha.. merasa la aku minggu ni jadi ibu suri rumah. Hantar anak2 g skolah, balik umah trus masak nasik. Bebudak tu balik transit bagi makan + siapkan2 nk ke sek kebangsaan pulak. Hantar kat bawah, tunggu van skolah dtg kutip. Pastu baru aku bleh golek2 tergolek :P
Nak update ni pun aku malas giler sebenornya. Pesbuk pun sama. Benda lain aku takde. Al maklumlah, enpon aku bukannye mcm enpon kowang. Enpon aku zaman batu spesis penyendal pintu. Boleh sms + call je. Jadi, kalau nk online..aku kene duk ngadap pc dlm bilik along ni. huhuhu...(menyedih sgt idop kau ni ai. ish..) Esok nk bawak Angah gi check up telinga dia kt HUKM. Nasib baek aku dlm coti lagi. Khamis nnt baru masuk keje.
Ni Khamis lepas sebelum cuti raye cina, sek agama BB + Adek menyambut Maulidur Rasul. Berarak la bebudak tu kat sepanjang jalan bawah ni. Semua kiut2 aku tengok. Bersemangat lak tu. Kalah time kami mak pak yg berarak haritu. Suara memasing kuat, dari mula.. smp la masuk kawasan skolah balik. Good :)
..dari beranda dapur umah penthouse aku fletkosrendah
sronok aku tengok bebudak ni. memasing semangat berselawat
^____^
4 comments:
Assalamualaikum ai, syukur bebanyak ada gak penthouse, kita orang ni, menyewa rumah kecik dari dulu sampai la ni, sebab tak mampu. Nanti ada pulak yang komen, syukur lah masih boleh menyewa rumah, kita orang ni duduk menumpang rumah atas belas ehsan orang....huhuhu ...camno tu...;) take care ai.
Anon,
Waalaikumsalam..
Hidop mmg gitu kan? kene sentiasa pikir 'kalau aku susah, mesti ada org lain yg lebih susah. kalau aku sakit, ada org lain yg lebih sakit'. sememangnye kita kene bersyukur dengan apa yg ada ^_____^ mekaseh..
Hoi Kawan!!
satu aku perasan, penuh kehijauan ye area rumah kau?
Maknanya korang sedut udara bersih dan nyaman.
Susah nak dapat tu.
Eh? apsal budak2 berbaris maulud ko kat atas flet tangkap gambo?
bukan ke ko patut baris kat depan ngan cikgu besar tu, angkat sepanduk ke, bendera ke..
deaf-angle,
Ohoiiiiiii my fren ^____^
mmg kawasan umah aku ni ALA-ALA Cameron Highlands. sila kagom. heh heh..
kau jgn tak tau, kau ingat aku kt atas ni amik gambar je ke? aku berselawat skali ngan dowang guna pembesar suara yg bentuk kon tu tau(ntah apa namanye ntah) :P lagi meriah aku kt atas ni. hahahaha...
Post a Comment