30.6.15

::MAMA DPT COTI MASAK BERBUKA::

30.6.15


Makin merepek meraban nampak gayanya tajuk pompuan ni..haha..siyes aku dah tak reti nk bagi tajuk ;P 

Tp mmg betol la..Sabtu haritu aku tak masak pon utk berbuka. Pagi tu je aku masak sambal buat tambah stok sambal yg dah habis. Simpan dalam esbok. Senang bila nk makan, panaskan..campak je binatang apa yg nk dimasak. Takde la tiap kali nk makan sambal, tiap kali tu la aku berperang kat dapor. Nak jadikan rencah buat nasik goreng pon boleh..

Benornya sabtu tu madam (bos kaman) jemput berbuka puasa kat rumah dia. Mmg setiap tahun pon camtu. Dia ada jemput anak2 yatim utk majlis berbuka. Banyak dia suami isteri bagi sumbangan pada diaorg. Aku ngan anak2 pon dapat jugak. hehe..anak2 aku dapat duit raye pertama malam tu. Alhamdullilah, rezeki ^_^


 kitaorg amik port kt sini je..takmo duk dlm khemah. ala2 garden outdoor kononnye. tp kejap je pon. lps berbuka, kami solat & terbongkang dlm bilik rehat abg kaman ;)



sedap2 makanan mlm tu. tp sayang sungguh sbb aku tak dpt nk telan. dapat mkn 2-3 suap je. ntah kenapa la tekak aku ni skang. makin menjadi2 takde selera. huhu

budak ni pulak makin menjadi2 tingginye. melampau la ko long. cukup2 la meninggi tu. ketara bantut mak ko. mak ko ijau. eh!

Wonder Girls  ^_~

aloloooooo...ciannye sume dah tertido ha. ngantok letih la tu..

dah alang2 ada kt kota damansara tu, kami singgah jenjalan cuci mata kt uptown. kowang bayangkanlah dengan berjubahnye aku ni, asyiklah org terpijak2 baju aku. sib bek tak rabak ;P tp kejap je pon kami berjalan tu. lama duk kt tempat mkn je. kehausan tak habis2.. 

sabtu tu pestime kami berbuka kt luar, pestime jugak bersahur kt luar. hehe..tp tetap la takleh aku nk telan apa pun. order megi sup, kaman yg licinkan..

baby2 tua ni langsung takmo bukak mata. time ni dah nak dekat kul 3pagi. rupanya dowang langsung tak sedar berjalan duk kt meja restoren. sbb bila dowang tengok balik gambar ni, dowang terkejut. tanya aku ni kat mana? hahaha...siannye lahai. mmg takkan bersahur lagi kt kedai nampak gayanya ni. selesa & sedap lagi sahur kt rumah sendiri kan? walaupon lauk tu simple je.. ;)..walaupon mama kene bangun kul 3:45 tetiap pagi *_*'





23.6.15

::BUKA POSE POTLUCK::

23.6.15

Sabtu minggu pertama pose haritu memasing serang rumah mak (rawang). Kami berbuka versi potluck. Memasing bawak lauk memasing. Sam & CT je yg tak dpt nk join sebab dowang niaga.. sesekali dapat berlonggok gitu. meriah sesangat. Sementara menunggu waktu berbuka tu kami buat tahlil skit utk arwah abah, nenek, mek & family yg dah takde. Lps berbuka tu gamat rumah mak. Memasing nk bercerita. Pastu terawih. Habis terawih, sambung balik gosip2, makan2. Tengah malam baru reti nak balik rumah. haha...

amik ko! memacam lauk ada. juling bijik mata tak tau nk mkn yg mana dulu.

air pon memacam kaler ha..pilih je yg mana berkenan.



amin YRA..

tido ke ustaz?? ;P

cian ayoi demam...huhu

18.6.15

::SELAMAT BERPUASA::

18.6.15

Selamat Berpuasa...selamat bertarawih, selamat bersahur & selamat berbuka untuk semua dalam masa sebulan ni..


 ❤ Happy Ramadhan Al Mubarak ❤


::BABY IRFAN::

18.6.15

Kami ada babyyyyyyy!! yeayyyy. baby boy lak tu..hehe..tp benornya ni anak jiran aku. Ema yg jaga makan anak2 aku tu baru asuh baby ni. Baby ni rumahnya sebelah rumah ema je. Ha, senang aku culik bawak balik rumah. Gumbiranya rasa hati. Irfan, nama baby ni. Baiknye lahai..senang betol nk jaga. Tp ni dah start puasa ni susah skit la aku nk culik. Mesti mak dia balik awal... ;P

Wina...kalau ko nk gi dating ngan laki ko nnt, cicirkan je Irfan kat umah aku tau. Mama intan dia boleh jagakan :)


alololohhhhh....

senangnye dia tido

abah...buatkan irfan susu ;)

 nyot..nyot..nyottt


 mmg kene hurung ajelah dia kt umah tu. masing2 geram

 teman abah kaman solat

^______^




17.6.15

::INSTA WW_2::





Mimi Si ekor Gebu Gebas
rezeki. tak pegi event pon dapat menda ni. maceh linda, maceh habang am






16.6.15

::KALI KE-100::

16.6.15



15.6.15

Cocok untuk kali yg ke 100 smalam ^_^

kebetulan boleh pulak smalam tak naik langsung berat. makin menurun pulak sekilo lebih. makanya smalam takde la tarik air. cuci darah & masukkan ubat aje. aku skang payah nk mkn. takde selera langsung. kene tunggu betol2 rasa kebulur baru boleh telan. kalau dipaksa, mmg aku muntah balik..



Minggu ni bebudak dah start skolah. start balik la kehuru haraan aku kt umah tu pepagi. aku lak mmg dari mgg lps dah mula bangun sediakan sahur. Along & angah ganti pose. Tp dowang takmo mkn nasik. aku buatkan scramble egg mkn ngan roti je. pastu bancuhkan milo. 

Aku tak dpt nk bayangkan betol2 lagi camne la pose ni nnt. Plan tu mmg la dah ada. Tp tak tau la boleh ikut ke idak. Ni kan tahun pertama aku sambut pose dengan berdialisis. Isnin, rabu & jumaat aku habis dialisis dlm lebih kurang kul 7:30 gitu. Sah2 la dah lps waktu berbuka. Aku ingat nnt nk masak terus apa2 lauk waktu pagi sebelum sahur tu. waktu berbuka nnt boleh laki aku panaskan aje. Mujurlah anak2 burung & bapak burung kt rumah tu mkn tak berkira. Kami ni mkn satu lauk je pon dah cukup sesgt. Kalau2 ada hari yg aku tak larat, sahur tu aku gorengkan aje nasik. waktu berbuka, beli jelah nasi ayam ke apa. Ni mcm kes tahun lepas la. Time tu memanjang je aku tak sihat, mmg gitu le kami. Kalau tak, kaman goreng2kan je telor ke..ayam ke..daging ke.. boleh aje. 

Aku mcm biasalah, bulan pose aku bangun paling lewat pon kul 4. Siapkan bahan2 nk masak tu belah malam, pepagi tu nnt leburkan aje. Kul 4:45 boleh dah kejutkan dowang bangun sahur & pastu terus siap2 gi skolah.

Harap2 aku ok la nanti ni. Pestime katanye kan...


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan uols ^_______^





12.6.15

::ALLERGY::

12.6.15

Bangun pagi Rabu haritu merah kt idong aku makin menjadi2 lak. Bengkak merah dah mcm idong badut. Pastu ada mcm bijik2 merebak smp ke pipi kiri. Ptg tu balik dari cuci dare, aku tengok bijik2 tu makin menjadi2 pulak. Merebak smp ke pipi kiri & kanan. Kat lengan aku pun naik gak bijik2 gatal tu.

Tetengah malam tu tak tahan lak aku. Makin teruk. Muka aku mcm kene kaligata tu. bengkak2 merah. Riso lak aku. Last2 menyerah diri gak gi klinik. Aku ingat kene hama ke apa. Tp doc kata sebab alergik. Ntah alergik apa pon aku tak tau la. Aku mkn mcm biasa je. Takde yg aneh2 pon. Doc lak tak berani nk enjet aku sebab aku dialisis. So, dia bagi makan ubat je dulu dengan krim anti funggal. Sampai je rumah trus aku telan ubat2 tu. Sapu krim kat lengan & idong skit. Benornya memula tu aku sapu gak kt muka. tp lps tengok kat tangan jadi merah2 gelap lps sapu, aku lap balik muka dgn kain. Tinggal kat idong je sbb masa tu situ paling teruk. Ni..amik ko. tempat lain dah ok, tp idong jadi berbekas itam sbb melecet. Krim tu kuat sgt kot kan..tp takpe la..bercorak skit idong aku ni. macam meow. hehe...

time ni idong & pipi kiri dah naik bijik2 merah gatal tu..

habis 2 belah tangan aku pon kene. yg tak menahan tu bijik2 tu naik sampai kt tempat cocok jarum dialisis. risau aku...

Alhamdullilah, harini dah ok. tinggal kesan2 bintik merah aje kt tangan. yg kat muka pon dah ok. idong ajelah yg hitam bekas melecur tu.. :)


klik klik (^_^)