28.8.15

::MANJE KEDEDEK::

28.8.15

Berzaman dah aku tak criter pasal GuGuGaGa kat rumah tu kan.. ;)

Aku biasanya bangun kul 4:45. Dah macam nk bersahur gayanya. Aku kene bangun awal sebab kul 5 lagi angah dah kene bangun bersiap gi skolah. Skolah dia yg paling jauh. Dia takmo tukar skolah, lagi pun tahun ni dah UPSR. Anak2 aku ni bersepah sekolahnya. BB & Adek skolah sama tp time pulak lelain. Sorang pagi, sorang petang. Lps angah mandi. along punye turn pulak. lps along, bapaknye pulak. kendian tu baru aku. Sementara nk tunggu turn aku mandi, sempat la aku masak air, buat ais (hobi aku kumpul ais. ko hado?), bagi Toti makan, cuci skit2 jamban. Susunkan baju adek & BB..pastu aku baring ;P

Bila memasing dah bersiap, baru aku kejutkan BB, tu pon lepas sorang2 aku lambai. memula bubye angah. pastu bubye kaman, bubye along..last skali baru aku kejutkan si manje kededek, adek. Korang jangan tak tau ye, baru beberapa bulan ni je aku stop dokong dia. kalau tak, aku kene dokong dia dari katil bawak ke jamban. skang ni aku rasa dia dah nk sama besar ngan aku. semput mak dokong ko nak oii. dah la boleh guna tangan sebelah je. sebelah kiri kan ada fistula. putus lak urat lengan aku kang.

Kalau korang nk tau, Adek & BB mcm baby tua kat rumah tu. Memasing manja. Tp lain2 karektor la. Macam BB, dia lasak gegiler tau. Betol2 macam budak lelaki. Ni tgh tunggu dia piyed je nk tengok berubah ke idak prangai lasak dia tu. Skang ni dah darjah 4. Tp kang kalau bebetol berubah, mau aku rindu nk tengok dia mcm skang. huhuhu..yg adek pulak ala2 diva. cerdik sesangat, poyo kat depan orang..tp manja kededek kedodok dengan aku kt rumah. Si BB yg dah darjah 4 tu baru brenti nyoyot botol susu tau. alaaa..nk heran apa, aku dulu pon brenti nyonyot sama mcm BB..darjah 4. ngeeeee. Skang ni Adek je yg membotol lagi. Tp bukan isi susu, aku bancuhkan milo. takpelah..nyonyot jelah selagi mana nak. Adek minum milo pagi sebelum gi skolah agama & malam nak tido. Tp dia tu reti pulak nk malu. Bila ada kawan2 aku / kengkawan dia dtg rumah, cepat2 dia sorokkan botol susu. hehe..


macam ni le tetiap pagi. aku susunkan baju yg BB & Adek nak pakai. tp aku bukan letak gitu je tau. aku SUSUN ye, ikut aturan kene sarung yg mana dulu. benornya paling atas tu aku letak panties dorang. tp takkan aku nk tayang lak kan ;P kaman ckp nape aku susunkan utk bebudak tu. biar dorang buat sendiri..e'eh...takpelah, kat rumah tu dah takde anak kecik. bior le aku layan dorang macam baby pon. esok lusa bila aku mati, dah tak dpt dorang nk rasa memanja gitu. nanti semua kene buat sendiri. dorang berdua tu, ubat gigi pun aku yg letakkan. macam adek mmg manje melampau. tetiap pagi aku yg mandikan, aku lapkan, aku yg pakaikan baju dia. dah siap, baru dia nyonyot milo ;)

yang ini memang weekdays aku letak kt luar. senang dorang nk bersiap. ubat ketiak, bedak, sikat memasing sume ada dlm bekas ni..weekend baru aku simpan balik dalam bilik. kat ruang tamu aku ada cermin besar aku lekatkan kt dinding. senang..


setiap kali sebelum aku kluar gi memana, mmg aku kene pastikan rumah yg sekangkang monyet aku ni kemas. idak kang, kalau masuk balik tengok tonggang langgang mau kluar saka aku. haha..

 dapor aku pun sama..aku tak boleh tengok kalau ada pinggan mangkuk cawan yg tak bertangkop. biasanya malam lagi dah siap kemas, kiranya aku celik mata tengok dapor gini dah. terlohong je bawah sinki aku. jangan tak tau, aku rasa rumah aku ni lah satu2nya rumah yg tak berenovate kat flet tu. kiranya boleh dijadikan rumah contoh la. haha..jenjiran aku rumah sume cantik2 dah renovate. aku ni, grill pun takde kat beranda tu tau. huhuhu..sadis!

area ni (tepi dapur laluan pintu keluar) memang tak dpt nk tolong la. asalkan kemas skit udah. sebab sni la tempat letak semua kasut skolah, beg skolah, barang2 yg nk kene bawak gi skolah. Beg duit blanje pun letak kt situ. so, potensi utk tertinggal barang tu sgt2 lah kurang sebab dekat dengan pintu keluar :)

daif bebenor nih..haihhh..dah terabak habis tikar getah. esok2 le aku gantikan. idak kang, mau ada yg tersadung jatuh tertonggeng ni nnt..

Setiap pagi bila semua dah kluar gi skolah, yg bapaknye gi keje..aku hantarkan adek gi sekolah agama. Depan rumah ni aje. tp sebab kene melintas jalan, aku hantarkan ajelah. bila time balik ada guard jaga lalulintas, takde la aku riso benor. tp disebabkan adek ni manje kededek, kene la hantar dia sampai dalam kelas. sangkutkan beg kat kerusi. salam, cium2, pepelok baru aku blah. 

eh, lupa lak aku nak snap gambar kelas skolah agama dia..elok bersih kemas tersusun barang2. Bebudak tu pun takde la punggah2. Memasing baik sangat. Tak kira la lelaki ke perempuan, sapa yg dah sampai dulu semua elok duduk kt tempat memasing. Sape yg sampai dulu, memasing gi lemari kt belakang amik buku, Quran..Ada yang baca Quran, ada yang baca hadis2. Walhal time tu awal lagi. Boleh je memain macam bebudak lain. tp budak kelas adek ni semua bagus2 belaka. Syukurlah, adek masih kelas pertama kat sekolah agama & sekolah kebangsaaan. Harapnya sampai bebila pon maintain la gitu. Aku suka tengok kawan2 dia..tp memang kene fight sesungguh sebab semua pun cerdik. macam adek tu aku tengok result semua A, ingatkan dapat la no. 5 ke bawah..skali..tak dapeknya. Dpt nombor belas2 jugak sebab peratus memasing rapat2. tp takpelah, nande kededek mama kene usaha lagi la gitu..

Gitu le gayanya nk melayan anak bongsu yg ala2 baby tua tu bersiap gi skolah. Tp memang aku bersyukur sebab walaupun keadaan aku dah mcm ni skang, tp anak2 semua dah faham. Memasing dah tau tugas memasing. Macam along & angah dah cukup besar nak tolong lipat kain, kemas rumah... Kaman pun memang dari dulu lagi rutin amik kontrak cucikan kain baju & sidai. So, ringan skit la aku. Balik cuci darah memang aku terbongkang je dlm bilik. Dah tak ingat dunia..haha..

mama + adek nande kededek


Ok uols, Selamat bercuti & Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 58 ^_^






24.8.15

::CUCI DARAH PUTIHKAN KULIT?::

24.8.15 

Jumaat lepas aku ada hapdet status kat pesbuk pasal ada org tanye hal cuci darah yg aku tengah buat ni. sebelum ni mmg ramai jugak yg tanye2 sebab tak faham, ramai yg konpius apa tu cuci darah (dialysis) yg sebenornya. Paling ramai org ingat cuci darah tu guna darah orang lain. Tp aku explain la benornya langsung tak guna darah orang lain pon. Guna darah sendiri je. Kami ni darah memang senang kurang, tp utk tambah darah, kami mmg ada injection. Tak masuk darah lain. Kalau korang nk tau detail lagi korang kebek2 la cerita pasal cuci dare aku kat link 'Cuci Dare (Dialisis)' yang ada kat belah kanan ni. Kot2 la korang dah terlepas pandang nk baca kan..

Tp minggu lps ada sorang pompuan tanye aku kat ig. Dia ingat yg aku buat cuci darah ni adalah proses rawatan kecantikan nk bagi kulit putih. Tersedak kejap aku tau. haha..tak pernah umur aku dengar cuci darah boleh jadi putih. boleh cantek lak tu. hamboiiii..aku dah nk setahun cuci, takde pulak kulit aku memutih. Tp cantek tu adalah skit. kahhhhhhhh.. tp siyes la wei, sumpah aku tak penah dengar lagi pasal kaedah kecantikan yg kene cuci darah tu. Biasanya yg aku tau, nk cantik mcm retis..cocok vitamin je. So, aku bgtau la betol2 kt pompuan tu yg aku buat cuci darah ni bukan sebab nk jadi putih ke apa..tp sebab buah pinggang aku dah jahanam. So proses tu utk penyambung hayat aku..giteww...

Dalam reramai yg komen kat pesbuk aku time tu ada sorang kawan aku bagitau rupanya mmg rawatan kecantikan tu ada. Wujud! oh maiiii... gigihnya dari badan elok sihat walafiat nk mencuci2 darah bagai. ayoyo.. & katanya lagi biasa yg buat rawatan tu adalah dari golongan kekaya sebab mahal kedaung regenya. Kiranya sape yg nk cantik, buat la cuci darah tu selagi tak putus duit, tp mcm aku cuci darah selagi tak putus nyawa ;P 

Ni tadi baru teringat nk gugel carik pasal rawatan tu. Mak oiiii, tanjat gigirl! memang sah2 ada. Ozone Therapy namanya. Caj utk sepakej RM8k lebih (10 kali). Tangan dicocok kiri & kanan dalam masa 2 jam. huhuhu....kita yg terpaksa cuci ni rasa mcm nk putus harapan bosan, dorang pulak buat secara rela sebab nk cantik. Katanya kaedah tu lps darah dicuci, dorang dicocok masuk ubat glutathione (ubat putih). E'ehhhhhh..nak beli la, suh misi aku cocokkan. hehe..bleh putih mcm adira. Kami ni benornya kulit bukannya boleh jadi putih pon, makin melebam adalah ;P

Yelah kan, tapi ikut hak masing2 lah..rasa mampu & ada keinginan nk cantek, putih, awet muda..buat jelah. Bagus jugak org tu tanye aku, kalau tak sampai ke sudah aku takkan pernah terfikir ada benda2 camtu. Kalau korang nak tau pasal Ozone Therapy tu boleh bukak blog NI. aku baca kat situ le tadi.. ^_^


20.8.15

::PROMOSI GILER-GILER!::

20.8.15

PROMOSI KEBABOM AJ CINTA ALIAH KEMBALI LAGI!!!

Dapatkan Pakej Perkahwinan Lengkap Anda Sekarang..

~ Pelaminan Utama ( Rumah @ Khemah )

~ Pintu gerbang utama & Tiang laluan x 4

~ Busana Persandingan L&P ( Koleksi AJCA )

~ Make up oleh AJCA untuk majlis Sanding

Semua ini hanya RM 2000 !!! 

* Untuk 5 Tempahan Terawal Sahaja
* Majlis luar KL , tambahan kos pengangkutan & penginapan jika perlu




Haaa..ko! sampai terjulur keluar gambar nak pomot bisnes. haha..



19.8.15

::INSTA_WW7::

19.8.15










momoi blanje







13.8.15

::BERAYE DENGAN MAK HAYAMS::

13.8.15

Gitew tajok ko pompuan ;P

Sejak lepas raya ni, tetiap minggu memang tak lekat kt umah. ke sana ke mari beraye kat rumah orang. giler sengkak perut anak branak mkn. biasanya hujung minggu baru beria berasap dapor umah aku, tp dah berapa minggu ni bau masak pun takde. Kalau hari2 biasa tu adalah, mcm biasa..kalau hari biasa aku gegoreng telor, gorang ayam..goreng daging je utk mkn malam. siang, anak2 aku mkn kt umah ema (jiran sebelah). Ni tetiap minggu kami makan sesedap sesaje. hihi..gi beraye guna kete orang pun jadik jer. haha..gasak ko.

Tahun ni aku banyak beraye dengan geng2 besprenforeva aku je. ni kiranya boleh buat hashtag la #besprenforevatilldie. Yg geng2 lain tu jangan la kecik ati tau. sebab biasanya kalau ada buat apa2 gathering, muka2 ni je yg ada. Sama la dengan gathering yg dibuat hujung tahun ni nanti. Dah invite semua, tp yg kompom tak ramai. kami2 ni je jugak.. tp apa pun, aku sayang semua. kita semua rapat mcm adik bradik lain makpak. kannn...lebiu all hokey!

ini gambar paling win, paling kiut. (walaupun aku nampak dahi je. choiii)
tompang GoPro bibu. nak beli sendiri tu smp kiamat pon tak la kot ;P

masa ni beraya kat rumah bibu
biasalah enpon murah kedaung aku ni, kejap blur..kejap gelap..kejap terang..
asalkan nampak muka udah.

(ok, ni gambar curik ;P)
lepas kami beraya kt rumah bibu, memasing ontok2 nk dtg beraye kt rumah aku lak. angkut segala macam makanan dari rumah bibu, sambung makan kat rumah aku lak. rumah aku tu ada sekut raye dengan air je. haa...ko mampu nak angkut makanan dari rumah orang bawak sambung beraya kat rumah ko pulak? kak ai je yg mampu! muahahahaha

 
e'eh..tersesat lak gambar aku dengan sepupu sepapat belah selayang.. ^_^

biasalahhhh...mak2 yg over, walaupon kejadian ni menyambut sebeday anak ;P

adegan ala2 viral kak mah ;P masa ni aku tengah sarungkan sandal utk kesayangan aku ni. kaki dia sakit. korang jangan tak tau ye, kami ni dah berkawan 9 tahun. tp lepas aku sakit, tetiba dia pulak ngikut. skang ni kami sama2 buat dialisis. kiranya kami ni bff cuci dare la. ada hasgtag jugak tau #bffcucidaretilldie. gitewwwww...

makan..makan...borak...borak..
masa ni kat rumah ila :)


ni kat rumah ayien pulak. dia masa nasik hayam. sedap baq hang. bak kata kawan rock ketum aku kat Singapore nu..THORBAEK! (hai deaf angle) ^_~

cak!

ko mampu gi beraye umah orang, lps kenyang bebaring gini? ;P


12.8.15

::PUAS HATI::

12.8.15

Giler sakai sgt dah rasanya nih. hahaha..siyes wei, aku bukan main2 tau. dari tadi aku duk ngadap draf blog ni tak tau nk tulis apa. aku pandang ko, ko pandang aku. gitu gaya aku tadi ;P  nasib baik tetiba aku teringat ada benda yg boleh aku riakkan kat sini. haaaaa..tetiba kluar gambar mentol kat atas kepala aku. lalalala...

Yelah, skang ni kan aku takde kete. Ada ni pun buat berulang gi cuci dare pinjam kete si AJ. Bestday adek jatuh raye ke 4 haritu. Pepotong kek pun kat kelate aje (tu pon sib bek ada jumpa kedai kek yg bukak). Adek mintak hadiah set playdoh & Al Quran terjemahan. Dia kan mmg rajin baca2 gitu. Terkasima gak memula tu bila dia mintak Quran tu. Yelah, kalau kakaknya punye bestday ada mintak menan la..alat tulis la..beskal la..tp tiba yg bongsu ni nk Quran pulak. Sejuk pewot mama ko nak. hehe..

Sebelum guna kete AJ ni, aku dpt pinjam kete jiran aku. Chairman penthouse/ketua kampong kami. Dah alang2 dpt guna kete tu, aku bawak la bebudak ni gi open house & sekali gi carik hadiah si adek. kira macam kambing terlepas dari kandang la kami time tu. haha..habis hati dapat keluar jenjalan. So, aku bawak bebudak gi Toys R Us kat OneUtama. Senang kat situ kan macam2 ada. Kalau gi tesco ke apa, tak banyak pilihan..

Aku cerita skali kat anak2, masa mama kekecik dulu arwah atok selalu bawak mama gi beli menan kat Toys R Us ni. Time tu tak silap aku kat ampang kan.. skang ni kat memana pun dah ada. Tp yang takdenye duwit mama ko jelah. hahaha..nasib korang la dpt mak pak yg tak berapa nk hado ni nak oiii..Tp Alhamdullilah, rezeki tu sentiasa ada. lagi2 utk anak2..gitu...tersyahdu lak jap.

 ha...pilih dek..pilih..
adek amik set playdoh eskem..angah pun beli, dia amik set cup cakes. tp angah guna duit dia sendiri le.
bb cerdik. dia guna duit raye dia skit pastu mintak aku tambah separuh beli LIFE. omak aii..mahal rupanya life tu kan. tp takpelah, dari duk ralit main game enpon, baik korang main ramai2 menan2 gini. mama pun boleh join. macam life tu aku dah permanent jadi kerani bank ;P


mama siap mintak staff situ balutkan. walhal anak dah pilih sendiri ;P saje la nk bagi fefeeling tu hadiah sebeday ^_^


beso dah angah ;) bulan depan nk UPSR dah..tp relax je dia. mak ko yg gabra lebih.
mak ko ijo ;P


yg si tua bangka ni pun sibuk men kusi pusing2 ni. memasing takmo bangun2 dah. sampai aku ngan kaman carik tempat nk duduk la tunggu bebudak ni main gegolek gitu. aku dapat merasa kejap je sebab time tu aku pakai dress. mau terangkat kain mak ko! 

Skang ni tinggal Quran yg ada terjemahan bahasa melayu tu je yg belum jumpa lagi. Sabar ye dek, jumpa nanti mama belikan. janji nih :)



6.8.15

::PATAH HATI...eh, PATAH KAKI::

6.8.15

24.7 Jumaat malam sabtu tu aku eksiden. benda yang tak dijangka2 langsung nak jadi time tu. Aku baru lps mekapkan pengantin nikah. time tu baru lps hujan, aku on the way nk balik la. nak kata aku kepeningan sbb ptg tu cuci darah pun tak jugak. takde pulak aku rasa tak sihat sesangat badan. tp aku kompom sebab jalan tu licin & aku brek mengejut. Citernya camni..jalan kat Bndr Tasik Puteri tu aku tak biasa. Laluan lps selekoh tu ada menurun bukit. masa menurun tu aku terkejut tengok ada bumper. So, aku brek kuat..jalan lak kan licin. kete aku lari ke kiri. Masa tu hanya aku ngan along je yg ada. korang bayangkan kalau aku trus je ikut kereta tu ke kiri..mau terlanggar tembok belah along. huiii...takmo la aku tengok anak cedera, aku elok. so, aku pon pusing stereng ke kanan..haaaa...dengan brek tak makannye, berpusing ala2 drift la kete aku! tulah sebabnya bila eksiden orang selalu sebut HILANG KAWALAN (takkan hilang pedoman lak kan) mmg tak boleh kawal langsung stereng time tu. Aku pusing ke kiri, dia hayun ke kanan. Yg along dah terjerit2 melolong2 panik. Sampai la kereta melompat kat divider. Tp jgn korang bayangkan aku melompat arah depan ye...tp aku lompat arah belakang hokeyy. haaa...ko mampu? fast & furious pon kalah...!

Masa melambung tu aku kompom2 kete akan terbalik. masa tu semua benda jadi mcm slow motion sebab aku fikirkan along. mmg la kami pakai seat belt. tp kalau dah terbalik, aku takut along tercampak / terhentak. dah nama pon 'mak' kan...aku sempat pelok dia sebelah tangan, sebelah tangan lagi pegang stereng. Ajaib sesangat masa landing tu kete aku tak terbalik, tp berpusing je skali kat jalan sebelah. Mujur jugak kereta yg datang dari arah tu semua jarak agak jauh skit dari kete aku yg dah melintang kat jalan tu & dorang sempat brek. Syukur sesangat aku tak terlanggar sesapa. Org yg naik motor ke..ish, kalau la aku terlanggar orang, tambah lak masalah lain...

Alhamdullilah, aku & along selamat takde cedera apa2. cuma along jelah..trauma sesangat smp bila orang dah ramai yg datang tolong kami pun dia tak brenti nanges lagi..lps dari tu, along ada tanye kat aku..camne mama boleh tak panik. huhu..camne mama nak panik nak oiii..aku ni pikirkan anak je. aku takmo tengok anak aku cedera berdarah2 tp aku kang elok je. takmo...takmo...

 ini le jalannye..aku dari arah belah kanan tu menurun..berpusing2 tercampak smp ke sebelah..


ahkak langgar nok! ;P sori papan tanda..sampai tombang ko.
tp aku langgar ni dari arah bontot tau. bukan dari depan.

nampak tak yg kat tetengah jalan tu? pelepah pokok apa ntah ada abg tu letakkan. buat halangan jgn bagi org redah rempuh kete aku yg dah melintang kat situ. nak amik triangle kat blakang kete dah tak boleh bukak sebab dah kemek habis. bumper pon tanggal & yang paling teruk, tayar blakang belah kiri aku patah. tercabot tapi tak tanggal dari besi. tayar tu jadi melintang. huh.

Tp aku kagum dengan abang yg buat halang tu. dia lah yg jaga aku anak branak masa kt sana sementara nk tunggu kaman & towing jiran aku sampai. dia risau orang tipu kami je. yelah, dalam ramai2 yg membantu tu ramai yg nk amik kesempatan. tengok kami perempuan, memandai2 nk angkat kete la..nak bawak gi balai la. tp benornya dorang tu semua org tarik kete (towing). byk gak group towing singgah amik gambar kete aku tanpa kebenaran. tp lps abg tu jaga, keadaan ok skit. abg tu yg tolong ckp ngan dorang yg kami dah ada towing sendiri. Jalan tu diorang kata mmg kawasan kemalangan. last eksiden bulan puasa haritu, meninggal tau. dah ramai yg meninggal eksiden kat situ. huhu..Syukurlah kami ok..kalau tak, bukan mati sebab aku sakit. tp sebab ni. ish...mintak dijauhkan la..

Tulerkan, nama pun kemalangan. berhati2 camne pon kalau benda nk jadi..jadi jugak. yang penting malam tu mujurlah kami anak branak pakai seat belt. kalau tak, dah tercampak2 kami dalam kete tu. almaklumlah, memasing badan kepeng ;P so moral of the story is..pakailah seatbelt ^_^

Semoga kita semua dijauhkan dari mala petaka & kejadian yang tak diingini..amin YRA



*kete aku skang dlm workshop lagi. minggu pertama tu aku gi cuci darah guna kete jiran aku. skang ni pinjam kete si AJ pulak...mekaseh ye pada semua yg membantu..






5.8.15

::INSTA_WW6::




 




 








 

 



setelah pending berminggu2, akhirnya dpt gak keluar beli hadiah adek ;)
habis hati dah tu..hehe

beraye dengan geng stooges besprenforeva




 


Punyelah pemalas tapir nak crop..habis bulat2 aku tepek kat sini. ponnnnn..gasak ko situ! ;P


klik klik (^_^)