6.8.15

::PATAH HATI...eh, PATAH KAKI::

6.8.15

24.7 Jumaat malam sabtu tu aku eksiden. benda yang tak dijangka2 langsung nak jadi time tu. Aku baru lps mekapkan pengantin nikah. time tu baru lps hujan, aku on the way nk balik la. nak kata aku kepeningan sbb ptg tu cuci darah pun tak jugak. takde pulak aku rasa tak sihat sesangat badan. tp aku kompom sebab jalan tu licin & aku brek mengejut. Citernya camni..jalan kat Bndr Tasik Puteri tu aku tak biasa. Laluan lps selekoh tu ada menurun bukit. masa menurun tu aku terkejut tengok ada bumper. So, aku brek kuat..jalan lak kan licin. kete aku lari ke kiri. Masa tu hanya aku ngan along je yg ada. korang bayangkan kalau aku trus je ikut kereta tu ke kiri..mau terlanggar tembok belah along. huiii...takmo la aku tengok anak cedera, aku elok. so, aku pon pusing stereng ke kanan..haaaa...dengan brek tak makannye, berpusing ala2 drift la kete aku! tulah sebabnya bila eksiden orang selalu sebut HILANG KAWALAN (takkan hilang pedoman lak kan) mmg tak boleh kawal langsung stereng time tu. Aku pusing ke kiri, dia hayun ke kanan. Yg along dah terjerit2 melolong2 panik. Sampai la kereta melompat kat divider. Tp jgn korang bayangkan aku melompat arah depan ye...tp aku lompat arah belakang hokeyy. haaa...ko mampu? fast & furious pon kalah...!

Masa melambung tu aku kompom2 kete akan terbalik. masa tu semua benda jadi mcm slow motion sebab aku fikirkan along. mmg la kami pakai seat belt. tp kalau dah terbalik, aku takut along tercampak / terhentak. dah nama pon 'mak' kan...aku sempat pelok dia sebelah tangan, sebelah tangan lagi pegang stereng. Ajaib sesangat masa landing tu kete aku tak terbalik, tp berpusing je skali kat jalan sebelah. Mujur jugak kereta yg datang dari arah tu semua jarak agak jauh skit dari kete aku yg dah melintang kat jalan tu & dorang sempat brek. Syukur sesangat aku tak terlanggar sesapa. Org yg naik motor ke..ish, kalau la aku terlanggar orang, tambah lak masalah lain...

Alhamdullilah, aku & along selamat takde cedera apa2. cuma along jelah..trauma sesangat smp bila orang dah ramai yg datang tolong kami pun dia tak brenti nanges lagi..lps dari tu, along ada tanye kat aku..camne mama boleh tak panik. huhu..camne mama nak panik nak oiii..aku ni pikirkan anak je. aku takmo tengok anak aku cedera berdarah2 tp aku kang elok je. takmo...takmo...

 ini le jalannye..aku dari arah belah kanan tu menurun..berpusing2 tercampak smp ke sebelah..


ahkak langgar nok! ;P sori papan tanda..sampai tombang ko.
tp aku langgar ni dari arah bontot tau. bukan dari depan.

nampak tak yg kat tetengah jalan tu? pelepah pokok apa ntah ada abg tu letakkan. buat halangan jgn bagi org redah rempuh kete aku yg dah melintang kat situ. nak amik triangle kat blakang kete dah tak boleh bukak sebab dah kemek habis. bumper pon tanggal & yang paling teruk, tayar blakang belah kiri aku patah. tercabot tapi tak tanggal dari besi. tayar tu jadi melintang. huh.

Tp aku kagum dengan abang yg buat halang tu. dia lah yg jaga aku anak branak masa kt sana sementara nk tunggu kaman & towing jiran aku sampai. dia risau orang tipu kami je. yelah, dalam ramai2 yg membantu tu ramai yg nk amik kesempatan. tengok kami perempuan, memandai2 nk angkat kete la..nak bawak gi balai la. tp benornya dorang tu semua org tarik kete (towing). byk gak group towing singgah amik gambar kete aku tanpa kebenaran. tp lps abg tu jaga, keadaan ok skit. abg tu yg tolong ckp ngan dorang yg kami dah ada towing sendiri. Jalan tu diorang kata mmg kawasan kemalangan. last eksiden bulan puasa haritu, meninggal tau. dah ramai yg meninggal eksiden kat situ. huhu..Syukurlah kami ok..kalau tak, bukan mati sebab aku sakit. tp sebab ni. ish...mintak dijauhkan la..

Tulerkan, nama pun kemalangan. berhati2 camne pon kalau benda nk jadi..jadi jugak. yang penting malam tu mujurlah kami anak branak pakai seat belt. kalau tak, dah tercampak2 kami dalam kete tu. almaklumlah, memasing badan kepeng ;P so moral of the story is..pakailah seatbelt ^_^

Semoga kita semua dijauhkan dari mala petaka & kejadian yang tak diingini..amin YRA



*kete aku skang dlm workshop lagi. minggu pertama tu aku gi cuci darah guna kete jiran aku. skang ni pinjam kete si AJ pulak...mekaseh ye pada semua yg membantu..






2 comments:

deaf-angel said...

Syukur lah selamat tanpa apa2 kecederaan atau lebih teruk dari tu.

Dulu2 kat tv kalau hari raya nanti mesti keluar iklan Jamal Abdillah ngan Raja Ema. Iklan Proton tu...

Rizziela said...

Syukur sesangat... menitis air mata sy baca....

Semoga ALlah permudahkan segala urusan kak Aii

klik klik (^_^)