16.2.16

::KE PERAK KITA::

16.2.16

6.2 haritu, masa orang lain berasak2 kat jalan nak balik kampung beraya cina, time tu jugak la aku anak branak skali dengan mak & naemah join skali bersumbat kat jalan tu. hehe.. kami ke Beruas, Perak ada kenduri kawen adik si CT. Abg Long pun join skali. Dorang ada sediakan homestay utk kami kat sana ^_^

amik ko. padat kete. hehe

masuk je tol, trus sumbat. jem melekat2! kami benti makan bekpes dulu kat R&R Rawang. Mak ada bawak bekal bagai. aku lak beli nasik lemak & teh tarik. berpiknik la kami anak branak kat tepi longkang tu. syok betol ;P rupanya kat depan lagi tu ada xciden. patut la jem melekat lain mcm. tp lepas kami siap makan tu, jalan dah clear balik. tu pon clearnya smp mana je ntah aku lupa. kejap2 kang sumbat balik..kejap clear, kejap sumbat. haa...gituuu

bihun biah ronggeng yg terpaling sedap di donia!

kami kluar Sungkai, ikut jalan lama. lagi best tengok pemandangan kampung orang. lega skit kepala hotak. dah la aku time tu benornya dah ada rasa2 nak demam. krem otak kalau stay kat highway. baiklah ikut sini je..boleh cecuci mata :)

akhirnya kami selama gak sampai. dlm kul 1 lebih la gitu. sib bek sempat tengok pengantin :) lps makan2, adik aku si Sam (yg kawen ni adik ipo dia la, yg tudung ijo nilopa tu bini dia, ct) hantar kami gi balik homestay rehat2 dulu..

berwefie dengan perantin.
selamat pengantin baru dr. bed! ^_^

mak dengan perantin :)

pelamin cantik..baju cantik..mekap cantik..
semua cantik bed :)

petang tu lepas mandi2 & rehat kat homestay, sam kutip kami bawak gi Teluk Senangin. cantik tul pemandangan kat sni. tp air laut tu mcm keruh skit sebab ombak dtg skali naik dengan pasir. aku ni kan..benornya bukannye berkenan sgt pon dengan laut2 ni. kalau duk tepi tengok pemandangan boleh la. nak mandi tu mmg idak le wei. aku suka gi tempat2 sejuk. Cameron ke..takpon Cameron..pastu Cameron pun boleh (kahhh..takde la tmpt lain) dah itu je tempat yg aku rasa tenang & relax

bebudak sronok la ha...berkubang kat pasir :)

kat homestay tu memang ada makanan dari rumah kenduri, mak ct kirim. tp kami saje la nak merasa jualan kat Pantai Remis tu. makanya merayap le kami memalam gi carik nasik lemak sambal udang..sambal sotong..sambal ikan. perghhhh..mmg thorbaek la. sedap baq hang!

nak jugak pompuan ni tau ;P
ini hari esoknya. ahad tu kenduri belah lelaki pulak. tak jauh sgt pun rumahnya. dlm 20minit gitu..

perantin, mak + ayah perantin, che lem :)

ntah apa la yh abg long borak ngan ongtua tu..

ni baru betol kampong..ke dalam sungguh rumahnya. betol2 kat dalam kawasan kelapa sawit tu..

besan ^_^

naemah jadi pengapit

kepak kepak kebung kebungggg

best betol makan kat sini. layan lak dengan lelauk kampung. ish, mmg best la.
tp yg potongnye, time ni aku dah mula demam :/ 

merecik!

sebelum balik rawang, kami singgah kat Pantai Remis beli ketam fresh..

rambang mata, memacam ada..

balik tu aku mengejung dlm kete. kami singgah makan kat restoren mee udang kt Kuala Selangor aku langsung tak larat nk turun kete. muntah beluek aku kat tepi tu. dah dapat telan panadol baru ok skit. sib bek la ada tapau mee udang utk aku. aku bedal kat rumah je ^_^




4 comments:

deaf-angel said...

terbaik la post ni.
Meriah dan informatif sungguh aktiviti2 korang.
lebihkan sikit gambar2 makanan takpe.

aiezza.sue said...

Pantai remis belah mana ni,detailkan sket bagi alamat ke..hehe
macam best je macam berjualan depan rumah tapi nampak meriah sangat macam-macam ada

A.I said...

deaf-angle,
tu diaaa...ulasan pihak juri. hahaha

aiezza sue,
pegi je area kampung pantai remis tu. betol2 kat tepi jalan. kiri kanan ada jualan. meriah giler :)

Ibu n Abah said...

Assalamualaikum teman dialysis akak apa kabar?
Jaga kesihatan ya...
Dah ok demamnya?

klik klik (^_^)