Ini pun jadi satu masalah jugak ni..nak bagi tajuk entry. ishh, tak kose betul nk mikir tajuk. tibai ajelah..gasak ko situ. haha..
Ok, entry kali ni agak huru hara sebab akak men cecampur je. citer pasal akak masuk kluar wad. duk berulang sampai akak tak ingat dah bila tarikhnye. tp memang sebulan / 2 bulan sekali mesti akak masuk wad. akak penah masuk wad Nefro, O&G, Medical, Jantung, CCU.. & bukan setakat pelbagai jenis wad je akak dah duduk, tp memacam hospital jugak. tempat akak bertapa opkos la Hosp Selayang. HKL & UiTM Medical Centre pun akak masuk gak. haa..nampak tak ketamakkan di situ? muahahaha...
tiap kali akak masuk wad, mesti kaum kerabat akak semua berlonggok. meriah la wad akak buat partu buih kat situ ;P
sedut nyawa
cuci dare kat HD unit spital selayang
ni katil rm3 semalam akak kat wad jantung. walaupun sehari tigahengget je byr, tp selesa gile hokey. makan pun sodap2 kat hosp selayang ni :) masa ni akak warded seminggu kat situ
dah stabil, dorang pindah akak masuk bilik. tp bila dpt bil tetap dicajnye rm3 jugak. wahhh..ini sudah bagusssss
wad jantung
mmg sodap lauk kat spital slayang ni..pelik tul tekak akak ni tau, masa masuk spital berselera pulak makan. hantu apa yg rasuk pun tak tau la. bila balik umah, trus takde selera balik. ko dah kenapa pompuan oiii..aneh!
ko mampu makan nasik spital gini? ada kepala ikan masak asam podeh & ayam goreng berempah siap ulam cili api ;P - ni biah punye keje. mak yg bawakkan lelauk ni sume. makan dengan lauk spital bagi. licin!
sarapan...errr, kuning telo mana? kuning..?
masa kat yellow zone emergency. masa ni BP dah rendah skit tu tau. kalau idak, 223/123. gile tinggi. masa ni akak payah nak bernapas. jantung bengkak & peparu berair. tp bukan sebab terlebih air dlm badan tau. doc kata sebab hyperthyroid akak masa tu tinggi nau, tu yg effect gitu..huhu..
sume duk ngadap akak ratah kepala udang..heh heh
ni masa akak masuk CCU..ish, siyes tau masa akak jatuh sakit tu akak dah tenat kat umah. jenjiran tetangga, adik bradik akak dari 2-2 mak semua dah berkumpul kat umah. baca Yassin bagai. akak dah x sedarkan diri masa tu. jantung akak rasa meletup2. masa sampai kat red zone emergency tu doc kata injap jantung akak dah hampir2 nak pecah. ohohoiii...mujurlah ada lagi nyawa akak. Alhamdullilah..kalau idak, memang takde la akak hapdet lagi blog goblok akak ni. eh!
masa ni pulak akak masuk wad O&G..ntah nape masa tu akak piyed lebih dari sebulan non stop. bukan skit2 punye darah yg kluar tau. banyakkk..sampai hb akak tinggal 6 je. terpaksalah masuk darah masa tu..
ini kat HKL..akak kene buat fistulogram. lebih kurang macam angiogram la. tp utk salur darah fistula kat tangan akak ni (tempat cocok cuci dare). ada saluran yg sempit. 2 tempat doc kene masukkan belon. nasib akak tak brape baik masa operate tu. ubat bius tak brape nak jalan. sumpah sakit nak meninggal rasa! huwaaaaaaaaaa...tobatnye lahai. sakit sesangat. sampai 3 org misi jagakan akak. sorang pegang kaki (sbb kaki akak terangkat2 nk tahan sakit), sorang popok pujuk, sorang lagi tukang lapkan air mata. huhu..sib bek la misi2 semua baik2 belaka. tp tuler, akak duk kat wad pembedahan, wad yg tak diupgrade lagi, umang aiiii...panas bukan men oii. tgh malam aku sengsorang mandi kat bilik air yg scary giler tu. tp masa tu dah tak pedulik dah ada hantu bertenggek ke apa, yg penting aku nak mandi! panas nau wad ni. kipas pusing macam nak tercabut pun tak rasa. berpeloh sakan aku kat situ. bukan takat tgh malam je aku gi bantai mandi, kul 5pg pun sama. siap basuh rambut bagai. haha..lega skit rasa. sib bek la tak lama duk situ..lps operate, rehat jap pastu dah leh balik. pengalaman sungguh la kat sana ;)
sarapan kat HKL.. teringat akak masa rehat skolah tadika dulu..kahhhhh
haiii
lunch..tu ikan kembong ke apa ntah, masak mcm kuah sardin. sedap gak.
minum petang
yg ni pun sodap..nasik hayam
ini kat UiTM Medical Centre, Sg Buloh
akak buat angiogram jantung, ni seminggu sudah :)
eeee..lasak tul la budak ni tau. sekejapan je aku tgk dia dah sarung baju tu. dah la tak boleh duk diam. abis kerusi semua dia panjat, masuk dalam almari bagai. haih la BB..bila la ko nak jadi pompuan ni nak oii.. haha
jangan usik tangan kiri saya! :P
habis lebam2 tangan kanan akak..tak jumpa urat sebab dah mengecut. jarum ni pun doc terpaksa letak kt situ sbb tempat lain tak boleh. bertabah ajelah labu...
mcm baju wad beranak lak..
cian along letih.. ;)
errr...sori ye, akak terpaksa komplen kat sini. walaupun ni spital bayar, tp makanan semua tak sedap. siyes akak ckp, lagi selesa wadnye kat spital selayang & makanan pun beza gile. kene upgrade nampaknye tau spital ni. ada ke selimut patient pun bercatu. jenoh mintak haritu..malam baru dpt. tu pun misi tu ckp tak semua patient dpt selimut sbb tak cukup. erk! akak tengok takde ramai pun patient kat situ..teruk nau. masa doc nak masukkan jarum pun, jarumnya takde banyak & kapas yg kering takde. dorang kata sebab hujung tahun, banyak stok yg takde. ehh, boleh gitu pulakkk..
tp yg buat akak lega sebab proses angiogram tu berjalan ngan lancar & akak takde rasa sakit langsung masa buat tu. cuma lepas tu jelah akak susah nak jalan, kaki bengkak. camera masuk ikut pangkal peha ke jantung. huhu..
hoiiii..menambahkan loya aku!
ya amponnnnn..
sama mcm kat hosp selayang wadnye.. :)
hasil angio haritu mcm yg akak criter kat pesbuk la. takde injap yg tersumbat..tp jantung akak lemah, tinggal 23% je fungsinya. doc ckp mmg dah kompom la sebab akak cuci darah. cuci darah tu membebankan jantung akak. fungsi jantung akak ni akan drop..drop..& drop lagi. huhu..tu yg menakutkan akak skang ni. doc nasihatkan suh akak cuci air, tp akak dah pikir habis, akak takmo cuci air. sorry tau..tp akak rasa cuci air sangat2 leceh. banyak benda yg akak kene standby & ubah. pastu pulak, cuci air ni buat sendiri kat umah..4x sehari. akak ni jenis kuat berjimba. lagi tersekat nanti akak nk ke mana2. lagi satu, akak takut infection. bukan apa..akak ada 3-4 org kawan yg cuci air, agak menakutkan tengok keadaan dorang :( so..takpe la kot..akak cuba ikhtiar cara lain. nak carik jalan stabilkan jantung. buat masa skang ni masa cuci darah pam akak paling rendah skali. kurang skit la beban jantung. akak harap2 takde mudarat & akak boleh bertahan. bertahan selagi mampu..ececehhhh..
ok, ni je dulu entry huru hara akak..nnt2 akak hapdet lagi yek. bubyeeee..ai lebiu all!!
9 comments:
Salam..branula kaler pink..menakutkan..saya slalu kuning or biru je.. tak suka bahagian kat pergelangan tu sebab lagi sakit..
Semoga segala urusan akak dipermudahkan..dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.. :)
Ya Allah sihatkan akak ini, mudahkan urusannya dan berikan kekuatan pada dirinya. Semoga akak tabah dan cepat sembuh. Sy pun 2 bulan lepas operate lutut kat hospital uitm tu,sampai sekarang tak boleh jalan lagi. Bertongkat. Hehe
wahhh lama tak update sekali dua post ye, lawa la rumah, maklumlah, kalau kat Singapore, majoriti orang pun duduk rumah flet je. So, tak guna aku tengok rumah orang cantik2 ada halaman semua, tengok rumah kau baru ada idea bernas.
Anyway, kecik hati doktor dan nurse baca post ko.. kompen manjang, lauk tak sedap, wad panas, bilik air ada antu...
Takpelah, komplen2 ni tunjukkan kau masih kuat nak ngomel. Semoga kesihatan baik selalu my fren.
Cikel,
tuler..tp kat situ je yg dpt line. tmpt lain dah lebih 5 kali cocok pun tak dpt. mmg payah letak kat situ. nak gerakkan tangan azab. hehe
Redzuan,
Amin yra..doa yg sama jugak utk ko. akak pun sama jugak, smp skang ni rasa sakit lagi bila berjalan. lebam pun tak hilang lagi. mcm kene dera lak. haha..
Deaf-angle,
Alaa..takpe la aku komplen pon. utk kebaikan jugak..kot boleh dibaikpulih giteww haha..maceh doakan aku :)
salam kak. Tengkiu updet blog ni ha. Saya doakan akak cepat sembuh mcm dulu2.
kak ai...i silent reader u yg terlaluuuuuu lama..
u ni mmg hebatlah...sakit dah teruk sgt dah tu...tapi tulis blog masih huhahuha mcm sakit2 lepas jatuh beskal ja...
i baca u tulis pun mcm nak pecah jantung baca n ngeri mcm diri siri sakit,tapi u tetap dengan penulisan sempoi..menutup segala rasa...haishhhhh
i doakan u kembali sehat
I've been hunting down some respectable stuff on the subject and haven't had any fortunes up until this point, You just got another greatest fan!..Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...
KAMI SANGAT MEMERLUKAN DONOR KIDNEY, DENGAN JUMLAH [$ 800,000USD,] {800,000 USD} HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT. Emel columbiaasiahospital748@yahoo.com} atau WhatsApp kami sekarang, (Whatsapp dia + 1701353-1601) Dr S.K Wangnoo OF HOSPITAL ASIA COLUMBIA ASIA. SAYA ADALAH SPECIALIST DALAM PEMBEDAHAN ORGAN, juga akan membeli dan menjual.TRANSPLANT SETIAP JENIS 0F 0RGAN Kami memerlukan tindak balas segera anda ..
Kidney donor needed urgently, My client is urgently in need of a kidney transplant, If interested to sell contact here on my what'sApp number +4915219253693 Or Email: kidneydeal@gmail.com
Post a Comment