16.9.13

::JIWANG DLM KEBASAHAN::

16.9.13

Slamat Hari Malaysia Uolls ^___^

Sah la aku skang ni biol dah tak tau nak tulis tajok apa. Die la wei..kadang tu nak tulis apa pun dah tak tau. hohoho..gasak la situ, asalkan jgn berkulat blog aku ni udah.. 

Sabtu malam haritu kami anak branak berarak gi makan kenduri kawen kat Gombak. Jemputan dari jiran aku, adik dia kawen. Tp x dpt nak amik gambar sbb kehujanan. Mekaseh ye Ana..jemput kami. Sedap2 makanan. Rasa mcm nak aku bungkus bawak balik je. heh heh..

Sebelum tu dah berjanji ngan bebudak nak bawak jenjalan kt KL sebenornya. Tp hujan2 tu mana la nak kami angkut. Ingat kan nak lepak2 kt Dataran. Berlecak le jawabnye nnt. Last2 ke Laman Santai je. Tengok org joget2 ngan retis nyanyi. Berpayung le kami anak branak kt sana..



 memula sampai...hujan lebat lagi. tp gigih jugak la tunggu..


 the Bodyguard


 anak branak comot


 Adek je menten cantek...tomey sungguh dodok mama ni.. ^_^


anak2 aku yg lain awal2 dah ke depan ha..


layan lagu jiwang dlm kebasahan - lencun kasut + kain aku. cissss!


 aiyooo...tak bleh tahan dengar sore Aris Ariwatan ni. rasa nak gi pelok je dia kt depan tu!
sedap mendayu-dayu uolls..mmg retis dedulu gak yg mantap kan? lagu pun tak lapok dek zaman. sore menten sedap. best... 

time ni pulak terasa mcm nak meloncat je gi joget2 kt depan tu sekali. 
dasar pompuan over giler ;P



7 comments:

Ibu n Abah said...

Aris ariwatan?
Dia nyanyi lagu 'carpet' tak?

A.I said...

Akak,
Carpet. hahahaha...ada kak. dia nyanyi 4 lagu. sume syahduuuuuuu...

Emy Omar said...

Kak..comel betul Adek tu.Geram tengok dia bertudung tu makin ayu pulak

deaf-angel said...

Sanggup korang eh dalam hujan. Patut ko gi nyanyi, terus hujan stop.

A.I said...

Emy,
Dia mmg suka style ayu2 gitu..remaja lah kononnye ;)

Deaf,
aku pun pikirkan benda yg sama. tp takut tsunami melanda. kahhhhhh

nome said...

walaupun ko ckp ko comot...tp bagi aku, masih terserlah kejelitaan ko tu kak oooiii...tak nampak cam mak dan anak pun...nampak cam adik badik tau! apakah rahsianya? :D

A.I said...

nome,
comot camtu pun jelita kata kau..? kah kah kahhhhhh. bontot ayam rahsianyerrrr ;P

klik klik (^_^)