9.3.15

::ITU HAK KAMI!!::

9.3.15 

6.3.15 ~ 'Kami tak pernah mintak nak sakit camni. Sakit yg memerlukan banyak perbelanjaan. Kami bukan orang senang. Kami mohon hak kami. Bukannye kami minta duit orang, bukan minta sedekah. Kenapa kami dilayan mcm pengemis? Itu duit hasil bekerja kami sebelum ni. Apa yg susahnya? Ni ada aku sharekan pengalaman sorang patient yg mohon Pengeluaran Hilang Upaya KWSP minggu lepas & arwah telah pun meninggal dunia semalam..Allahukhbar!! Innallilah..Al~Fatihah utk arwah..'

Minggu lepas ada aku tepek kat wall aku pasal rintihan hati Arwah Hayatiyati Tie, (kenalan BFF aku, si linda gebus) pesakit kanser yg meninggal pada 5.3.15, seminggu lps diinterview panel doktor KWSP. Hari yg aku dpt tau cerita pasal arwah tu, aku gi cuci. Kowang bayangkanlah..BP aku trus melambung2 tinggi smp 187 tau! Serabut rasa jiwa raga aku. Selama ni aku malas nk cerita kat sini. Camne layanan doktor2 panel KWSP masa aku gi interview haritu. Siyes aku ckp ye..betol2 mcm  laknat!! molot capoi tak menjaga hati & perasaan kami2 yg sakit ni langsung. Haritu aku dpt interview kt Hosp Ampang. Aku sebenarnya nk buat pengeluaran hilang upaya. Yelah, aku kan dah tak mencarum lagi. Buat apa disimpan duit tu kat situ. Baiklah aku keluarkan masuk dlm bank & yg paling utama, aku nk lunaskan hutang aku & clearkan apa yg patut. Aku dah takde pendapatan tetap. Gaji laki aku pon bukannye banyak. Gaji dia kecik sgt2 tau. Aku nk kowang bayangkan hidup skang ni camne. Bayangkan kami ada 4 org anak yg tgh nak naik. Semuanya masih bersekolah. 

Masa memula aku pegi KWSP tanya & hantar semua dokumen yg dowang nak mcm surat diberhentikan kerja, surat ilat dari socso & report dari doktor Hosp Selayang, pegawai tu ada buat interview kt kaunter & mmg terus diluluskan. Katanya aku memang layak utk memohon pengeluaran hilang upaya tu. So, dia kasi 1 tarikh utk interview kt hosp ampang. Sampai harinya aku pon pegilah ke sana. Rupa aku time tu betol2 mcm mayat idop. Punyelah lama aku tunggu kt sana sebab sengaja sampai awal kononnye takmo susahkan mana2 pihak. Sekali bila dipanggil masuk, rasanya tak sampai pon 3 minit dlm tu...aku dah DIHALAU keluar!! 'dah, awak balik lah. awak boleh kerja lagi ni. setakat sakit buah pinggang je. awak kene ada 2-3 penyakit baru boleh. jangan awak ingat socso dah bagi awak bantuan, KWSP senang2 nak kasi awak duit. boleh balik!' sumpah aku ingat lagi gaya & muka kerek doktor perempuan tu! sampai malam tu aku tak boleh nk lelap mata sebab terbayangkan muka & gaya dia jeling aku! Ya Allah...sungguh aku tak boleh nk hadam kenapa dia layan kami camtu. Bukan aku sorang je yg kene..pesakit lain pon dilayannya sama camtu jugak. Termasuklah yg dah lumpuh separuh badan!

Ok..ok.., kalaulah yg kami pegi tu utk mintak bantuan dari kebajikan ke apa..boleh kot aku terima. Tapi ini tidak! kami bukan mohon bantuan. Kami nak mintak duit kami sendiri. HAK kami! duit hasil kami bekerja sebelum ni. tp kenapa dilayan kami macam pengemis??? Ya Allah...benda tak kene lagi kt batang hidung sendiri..  :( sakit mcm aku yg byk nk kene luang masa kt pusat dialisis tu & bila lps cuci lemah mcm rasa nk mati ni sape yg nk amik bekerja mcm biasa lagi?? company mana? cer bgtau aku :/

Yg aku share luahan kat bawah ni sama2 interview kat tempat aku haritu. Layanan yg dia dapat pon sama. Doktor tu mulut sama kurang ajarnya. Takde adab! walhal arwah ada 3 penyakit. Katanya arwah masih boleh bekerja. Giler!!!! tak masuk akal langsung! akhirnya seminggu lps interview (rayuan) tu, dia meninggal. Arwah umur 39thn, tua setahun je dari aku...

(copy dari FB arwah)

"Arini untuk kali kedua aqu temuduga pengeluaran hilang upaya kwsp..doktor panel kwsp iaitu dr kerajaan dri hospital ampang..aqu seorang penghidap scleoresis pulmonary hipertension..dlm istilah scleoderma..aqu juga ada masaalah jantung..dan yg terbaru aqu menghidap breastkanser stage 3..masa permohonan pertama hilang upaya kwsp aqu di tolak..aqu ada mx penjelasan dri kwsp dan kerana tidak berpuashati dgn penjelasan pihak kwsp yg mengatakan dr panel menyatakan aqu boleh berkerja..satu keputusan yg sgt nonsense...aqu telah buat pengaduan dibiro pengaduan awam atas nama jabatan kesihatan malaysia..aqu dihubungi oleh pihak jabatan kesihatan putrajaya...memang kwsp telah meluluskan permohonan pengeluaran kesihatan aqu..kerana baki akaun aqu yg dh semakin susut utk rawatan..aqu mengambil keputusan utk pengeluaran semua...setelah permohonan ditolak kli pertama..sepatutnya akan mengambil masa selama 6bln utk permohonan semula...tp aqu telah diberi peluang utk permohonan semula tanpa tempoh tersebut atas sakit kanser yg aqu alami..dan hari ini temuduga telah pn dijlnkn seperti yg pertama pernah aqu lalui...prosedur yg sama..tya 3 soalan n suruh blik..n aqu amik keputusan utk tya dr memandangkan dr yg sama pernah interview aqu dlu...soalan aqu ialah mengapa dr tolak permohonan aqu yg pertama dlu...n jawapannya..selagi rawatan belum selesai so belum capai tahap maxima...klu rawatan tu ambil tempuh 10tahun so selagi tulah xboleh access akaun tu...haha..nonsense x...n yg paling suprise dr tu ckp xguna apply 10kli pn..buang masa!!!!nonsense x..seorang dr yg berilmu boleh jawapan pada pesakit yg menghidap pesakit kronik...kenapa?nk tggu mati dlu ke bru boleh access akaun tu...kesian aqu tgk pesakit2 yg xberduit mengharapkan apa yg dye ada..akhirnya keputusan yg dpt amat mengecewakan...wahaila doktor2 yg berilmu..sepatutnya engkorg lebih tahu n memahami...zaman skrg semuanya perlu duit...dan kami bknla sihat sgt..laporan kami pn berbyr..kami bkn org senang...dr gji beribu..klu dr sakit dpt rawatan free...bg pihak kwsp..jgnla menyeksa kami yg lemah ni..bkn byk pn duit kami...pada pihak berwajib..dengarlah rintihan kami yg xberdaya ini..."

FB - Hayatiyati Tie


kebetulan arwah ada tulis yg dia nk viralkan hal ni rupanya...



ye, inilah bentuk sms yg sama aku terima :( trus nanges...



Skang ni aku tengah tunggu kelulusan dari Zakat lak. Dari awal tahun haritu renew permohonan, smp skang tak lulus2 lagi. Jenuh dah call setiap hari tanye. Jawapan yg sama jugak. Masih dlm proses. Makanya sekarang ni setiap minggu aku bayar sendiri duit utk injection & ubat. Seminggu rm120 tau. tu pon tak termasuk kalau ada ubat tambahan mcm iron. Tu kene rm160 pulak. Cash ye kene bayar...tak tau la kalau bagi kowang jumlah tu kecik. Tp bagi aku besar. Cukup besar :(




83 comments:

deaf-angel said...

Aku nak cakap banyak pun aku secara peribadi tak tahu sistem Malaysia macammana hal2 gini.

Tapi Doktor tu mungkin boleh sampaikan maklumat dan arahan kat kau ngan secara lebih sopan dan positif, dan kasi kau alternatif2 lain untuk langkah lanjut.

Tak terkata aku cerita kau pasal Arwah tu. Tapi kau masih hidup, dan hidup harus diteruskan. Semoga kau meet better people masa deal pasal urusan ni.
Dan nak marah hah marah la kat blog, jangan simpan dalam hati.. pressure naik cam kau cakap.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

salam my dear fren..
sy x tau nak ckp apa..sedih sy dr cni..sy phm situasi awak tu..sabar byk2 ya..mudah2an rezki awak dr sumber lain dtg dgn lbi byk..doa2 urg teraniaya ni makbul ..

kehidupan sihat said...

semoga dipermudahkan semuanya..

Eye_nee said...

Lu tabah beb..terus usaha dptkan hak lu..pasti Allah bantu beb..lu jgn putus asa dgr kata2 doctor takdak #akal #hati tu...

Ibu n Abah said...

Semuga ALLAH permudahkan urusan mu Ai. Akak doakan.
Akak faham mengenai segala pembayaran yg harus Ai tanggung jika tidak diberikan bantuan.
Sepatutnya depa lebih celik bila membuat keputusan."

Elyna Hill said...

Salam kak,

Cerita akak ni buat saya teringat kat arwah mak saya. Mak saya ada cancer and memang kos perubatan sangat mahal especially bila kena pergi hospital masuk darah, chemo etc. Masa pergi temuduga kat hospital selayang sama macam situasi akak. Teringat lg muka sedih arwah mak keluar bilik interview ckp tak dpt. Sebak sangat bila teringat balik. Saya harap akak kuat and tabah yer, jgn putus asa :)

A.I said...

Deaf-Angle,
itulah...kita sesama manusia, sebangsa pulak tu. apalah salahnya ckp elok2. kitaorg ni dah le jiwa sensitip. bila dilayan gitu mmg sedih la. tak patut sgt2 :(

CT,
InsyaAllah beb..huhu

kehidupan sihat,
Amin...mekaseh :)

Eye_nee,
ye kak. InsyaAllah...

Akak,
tuler. Ai rasa tak patut la. nak kata tak cukup syarat, tak jugak sbb dari awal katanya mmg ai layak. tp bila penghujungnya jadi gini pulak.. :(

Elyna Hill,
Salam dik. Allahuakhbar :( boleh akak bayangkan keadaan arwah mak awak tu camne kat dalam. Sedih la..dowang ni takde hati perot langsung.. Al~Fatihah utk arwah makcik :(

Cikja said...

Hari tu aku baca kat fb kak Ai, hari ni baru baca kat belog..adoi sakitnya hati aku kak...

kalau taknak interview pun at least beradab sikit time cakap..demi allah kak ai moga doktor tue, terima balasan sesuai dengan perbuatan dia terhadap kak ai dan pesakit2 yang lain.

Apa kreatiria membolehkan keluar KWSP tue?..sakit kritikal kan? sakit kritikal diorang dah listkan..macam komen saya dalam FB, bila kita sakit kritikal kita perlukan duit semasa rawatan. Saya paham kos perubatan sakit kritikal sangat mahal!

Apa pun kak ai aku doakan Allah murahkan rezeki akak sekeluarga dan mudahkan semua urusan akak.

sweet_saya said...

sayu baca.. sy tak mahu percaya 100%.. sebab banyak lg doc n nurse yg baik2... cuma seorang dua kadang2 kita terkena

cuma sy berkongsi cerita yg sama.. tatkala sakit pinggang sgt masa mengandung.. mintak MC dr doc semasa cek up.. dia kata polisi dia tak bg MC.. Bos saya yg advice utk MC sbb kondisi sy yg x berapa ok.. sy masa tu sedang menunggu hari utk bersalin, sakit belakang sgt.. plus, saya mmg slip disc.. risiko lagi untuk saya drive sendiri ke opis sorang-sorang.. betapa sombong nya saya rasa doc tu.. menempelak sy itu ini.. macam saya sengaja tipu dia utk MC.. Last2 mmg tak dpt MC

A.I said...

sweet-saya,
mmg betol. tak semua doc gitu. yg akak criter ni doc panel yg masa akak interview tu je. Sepanjang akak dpt treatment kt hosp selayang, takde apa pon yg akak tak puas ati. doc & nurse semua baik2 belaka :)

A.I said...

Cik Ja,
iye wei...masalahnya aku dah pegi kwsp tanye semua dulu & dah tunjukkan semua yg dowang nak. pegawai tu sendiri kata aku layak. tp bila gi interview kt hosp panel, jadi gitu lak. oklah..kalau reject pon, tolonglah beradab skit mulut tu. Sama je layanan dia kt patient yg naik kusi roda tau. ada akak tu dia lumpuh dari dada ke bawah. gitu jugak gayanya! kesian giler kot aku tengok...huhu

monstorious wife said...

kak, contact oh media suh diorg viralkan pasal ni. Nanti2 panas la doctor tu. Biasanya benda2 viral ni cpt sikit kerajaan bertindak.
Saya paham keadaan akak dgn anak nak sekolah lagi. Kita x makan xpe, anak2 tu cemana kan kak?

A.I said...

monstorius wife,
tuler. eloknya kene viralkan reramai. aku kene carik patient2 yg senasib fight sesama. tp tuler pulak. ntah bilalah nk dpt buat agaknya..huhu..ye beb, skang ni mikirkan anak2 je. Dowang sume tgh nk membesar :(

thenunu said...

Be strong my friends. Doa.byk byk agar,allah mudahkan ... Be strong ya, saya doakan yg terbaik.utk.awak. Amin

Anonymous said...

tak fair!duit sendiri kan. memang berat sakit ni. muga luahan ni dapat perhatian pihak berkuasa, tolong lah ada ihsan pada yang lalui ujian sakit dan perbelanjaan rawatan. boleh hantar surat complain tak?

ici said...

Buat aduan tentang doktor tersebut!! Saya tak Sure doctor panel tu di bawah jagaan KWSP atau MOH.
http://www.moh.gov.my/index.php/forms/form/2
So sad to hear this, esp kepada yang sangat2 memerlukan.

ici said...

Buat aduan tentang doktor tersebut!! Saya tak Sure doctor panel tu di bawah jagaan KWSP atau MOH.
http://www.moh.gov.my/index.php/forms/form/2
So sad to hear this, esp kepada yang sangat2 memerlukan.

A.I said...

thenunu,
InsyaAllah, Amin. mekaseh :)

Anon,
kan? mmg tak boleh nk hadam apa yg jadi ni tau. mmg ikut logiknya itu duit kita & memang sekarang masa yg sgt2 diperlukan :(

ici,
Mekaseh....

Anonymous said...

Adoi, sedih dgr cerita akak, tu kadang kadang mcm vangang, apa salahnya kluar duit sendiri, kos perubatan bknnya ada org nak tolong kuarkan. Patutnya akak letak je muka doktor tu kat blog akak. Sakit pulak ati mendengarnya .

Anonymous said...

As salam.. sedih aku baca x menahan ni..sebenarnya doktor yang interview hang tu yang sakit.kalau orang normal takkan sampai hati layan orang yang memerlukan sampai macam 2 sekali..Pakkal aku ni tak reti macamana nak sebarkan benda ni aja..ni sikit punya ramai readers xdk ka yang boleh bawa ke tengah kurang2 masuk paper UTUSAN. Zakat pun aku dengar macam2 dah lama..Patutlah rakyat makin dok bangkang kerajaan. Bukan salah kerajaan pun tapi orang yang di beri amanah oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan tugas.

norhanita said...

semoga Allah permudahkan urusan sis. banyakkan membaca Al Quran. insyaAllah lebih tenang

Anonymous said...

rekod masa interview tu...pastu upload...bg femes sikit Dr mulut longkang tu...

aini said...

Allahuakbar sedihnya baca kisah sis. Doc panel tu dh menzalimi org2 yg berhak dpt duit tu. Doa org yg dizalimi ni makbul. Jgn sia2kan doa sis ye. Saya doakan sis dimudahkan urusan & mdapat hak yg sepatutnya. Amin.

Life Story said...

Zalim doktor panel2 kwsp ni rupanye.. jika doktor2 panel tu baca ni.. jangan risau.. seorang doktor pun akan sakit juga. Tuhan xbalas di dunia.. di akhirat ada.. diri doktor x kena.. ahli keluarga masih ada di dunia.. Pihak KWSP sila ambil perhatian. Dah tau mcm ni KWSP rupanye...

A.I said...

KENGKAWAN,
Insyallah..Amin YRA. Mekaseh semua..
Yelah, bukan semua doktor jahat camtu..tp kebetulan utk seisi interview KWSP jadi gitu pulak. Sedih sgt rasanya.. :(

Azira Zirot Ahmad said...

Zalimnye... Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya sis...

Sue-Rya Qistina said...

Allahuakbar. X terucap dgn kata2 dah saya bila baca nukilan hati sis..sumpah sedih yg amat..ditambah pula dgn kejadian yg menimpa arwah..sampai hati mereka layan umat manusia dgn layanan yg kejam..hopefully one day, diorg akan buka mata bila benda yg sama terjadi kpd ahli keluarga mereka. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Adil..Dia akan balas setimpalnya kpd mereka yg menganiaya insan yg lain..saya doakan sis segera sembuh..take care sis..

Rinie Borhan said...

Doc kekadang psiko kan..huh! cam takde perasaan je..kot amanah sangat tengok lah keadaan orang..

Azifa Lurzah said...

geram pulak i baca.. tak tau la camne kalo i di dalam situasi u tu.

glow tcom said...

ya Allah, ni yang kita nampak. orang2 lain yang sush mcm mane diorg nk survive. btol. tu duit kita bukan duit doc tu.. astagfirallahalazim. sedih la dgn sikp maknusia mcm ni. ye dia doc lagi besar dri kita y takde siapa, tpi Allah lagi maha besar.. sis, ni first time sy bce blog akk lepas viral pasal kwsp. satu je kak, yaaa Allah kenpe cun melecun sgt mak budak ni. sorry sgt inspired me! apa rahsia. umur sis berapa? makan product ap cantik mcm ni?? sis please reply my question. thanks.

A.I said...

KENGKAWAN,
memang yg sebenarnya tak terucap dek kata2 tau. tak tau camne nk tulis benornya. benda ni jadi smp rasa fobia. seminggu tu duk terbayang2 keadaan masa kene interview tu sampai rasa nk termuntah tau..huhu..

glow tcom,
hamboiiiiii..bukan men up dia poji2. rabak sluor! hehe. manalah akak ada makan apa2 produk tu dik oii. buah pinggang pon dah jahanam, bukannye ada efek pon. haha.. umur akak dah 38. Sebab akak badan kecik kot. mmg keturunan keding2 ^_^

AisyahYusof said...
This comment has been removed by the author.
AtieAbid said...

Rasa2nya kalo doktor tu tau yg pesakit yg dia rejected tu dah meninggal dunia, dia ada rasa bersalah tak? Yelah memandangkan dia mcm jenis manusia xde perasaan kan. dia nak sekat2 hak org tu pehal ek? Dia dpt ape? Puas hati sbb dpt reject application org yg memerlukan ke? Betul la sis..mmg x dpt hadam apa yg ada dlm otak doktor tu. dlm hidup ni kita x perlukan otak tu bijak pandai sgt smpi jadi doktor mcm dia. Tp dlm hidup ni kita kena ada ehsan sesama manusia.

Anom Keon said...

I dh viralkan ke media..ksian mangsa2..sedih sgt..cuba kalau kena kat ahli keluarga dia..mcmna agaknye..

Siti Hayati S.hamid said...

Be strong sis... Allah akan membalas apa yg doc2 tu buat.. masa mereka pn akan sampai.. tabahla dgn ujian dariNya

Anonymous said...

Ya Allah.. Mmg kejam doktor tu.. Mentang2 la kelulusan permohonan pencarum bergantung kpd penilaian dia, sanggup dia buat mcm ni. Dia sendiri x pernah rasa sakit mcm kita yg sakit ni. Kalau jd kat.keluarga dia sendiri, apa dia rasa. Tak faham la kenapa susah sgt bg pencarum utk keluarkan duit sendiri. Mencarum dah la terpaksa. Bila memerlukan, susah pula nak keluarkan. Nak tunggu umur pencen, masalahnya yg sakit mcm kita ni umur x tentu pnjg pun. Kalau kita meninggal pun, belum tentu ahli keluarga kita dpt keluarkan duit tu. Dh bnyk baca aduan psl pewaris yg x dpt nk keluarkan duit kwsp pencarum slps pencarum meninggal. Yg dh letak penama pun susah nk tuntut duit tu. Moga doc yg zalim tu dan juga org2 kwsp yg menyekat pencarum dan pewaris yg menuntut duit mereka tu semua dpt balasan setimpal. X selamat hidup kalau bersikap zalim pd org yg susah. Tabah ya sis. Sy faham kesusahan sis..sbb sy pun sakit dan x dibenarkan masuk kerja selagi xde sijil 100% sembuh dlm tempoh 2 tahun. Mohon socso dan bantuan pun mcm susah je. Sbb doc yg operate sy sendiri xnak bantu sy langsung. Lps operate, dpt duit, terus menyombong. Jumpa pun xnak.

norsalihah shaleh said...

eee zalimnya doctor tu.. akak saya doakan Allah permudahkan stiap urusan akak sekeluarga, saya yakin akak seorg yg tabah dan mampu menghadapi ujian ni seb tu Allah pilih akak. bila baca kesah ni betapa berharganya nikmat sihat yg Allah kurniakan.. smoga akak semakin sihat dan sembuh

zinziemeewah

Anonymous said...

Sian plak..sabar yer..u boleh mengadu pada moh..

Anonymous said...

Nape x letak je nama Dr. tu je.

Bru tau spe..

Tak tau la apa tujuan sbnr Dr tu buat cmtu..mebi dia nk kena kt btg hidung dia or family members bru dia ada empathy..

Emm.
Sadis..

Anonymous said...

KWSP hanya mengikut keputusan doktor...kalu sokong dia lulus, doktor tak sokong tak lulus....

Anonymous said...

Ap mslh doc tu sbnar nyw, duit kta sndri kn bukn mnta duit die..klu xbprikmnusiaan sift tu xyh jdi doc,mnyushkn org jer..

Time intrvw tu klu dpt record curi2 bgus jgk, pstu viral kn kt media bru die tw..
Nti bru la semua org ats sbuk nk tolong, yela tmbelng da pechkn...

A.I said...

AtieAbid,
Kompom dia takkan ada perasaan punye. Mesti dia ckp tu sbb dah ajal..ish, sakitnya ati bila terbayang blk keadaan tu.. :/

A.I said...

Anom Keon,
Mekaseh...tuler, tp kalau kene kt keluarga dia sendiri mesti dia trus luluskan. Kompom punye.

A.I said...

Cik Anon,
Betol la tau. Dowang ni ada yg saje amik ringan kita sakit. Takde akal lgsung. Mmg la ajal tu kt tgn Tuhan. Tp mcm kita ni dh boleh agak. Nk smpkan umur smp pencen tu mcm takde la...takkan merasa duit sendiri. Kalau kita mati sok nnt pon takkan mudah2 laki & anak kita nk dpt tuntut. Allah hai.... sedih la : (

A.I said...

KENGKAWAN,
terima kasih ye semua. Yg sebenarnya tak terucap dek kata2 bila benda ni jadi. Tp bila kene kat arwah, rasanya dah tak dpt nk tahan lagi. Geram sungguh!
Tp tuler, aku x tau nama panel doktor haritu. Kalau tau..mmg aku tepek nama dia besar2 kt sini. Huhu...

Anonymous said...

Takziah...semoga tabah dengan ujian Allah.. Setiap manusia diuji dengan pelbagai ujian. Orang yng menganiaya org lain tu akn jmpe di mahkamah Allah

Saudara saya juga mengalami masalah yang sama...but nasib dia baik kerana ada insuran. Duit bulan Rm100 yang dibayar tak sampai sampai RM5000 tapi telah membantu dia membayar beribu2 ringgit pada hospital untuk rawatan. Dan sekarang pihak insuran tanggung segala kos tanpa dia perlu membuat bayaran bulanan.

Anonymous said...

Salam.. saya wartawan dan berminat untuk membuat pendedahan mengenai isu ini mohon hubungi saya di war_isan@yahoo.com...

pihak editorial kami berminat isu ini untuk disebarkan kepada pengetahuan umum..

kerjasama yang diberikan amat dihargai..

terima kasih, bob

rozila said...

Better mana yang masih sihat tu ambik insurans.. skg ni kita kn berdiri ats kaki sendiri.. nak harap kan kerajaan skg ni pn x blh... banyk ketirisan dlm sistem..

sy pun pernah alami terjumpa dr yg mmg sengal mcm tu.. mmg menangis on the spot je dpn dia.. kes nye dulu ni sy mengandung n buat check up.. ms tu dah smpai turn sy mmg dah lewat sbb sgt ramai.. dr yg buat check up ok jer.. dr yg ambik darah tu mmg sgt kurang ajar.. ada patut sy yg tgh sarat ni dia tanya mn glove, mn jarum suntik sambil tengking sy.. sy pun pg ler carikan dia brg2 tu and bg kat dia.. kerja sy ke buat semua tu.. mmg menangis je lah.. dah lah mengandung.. memang sensitif sgt lah kt..

x pelah sabar je kan.. ada hr nnt dpt le balasan tu..

Anonymous said...

nak cuba baca.. tak smpai separuh dah sakit mata..

yani ismail said...

ehhh.... nak keluar duit sendri pun susah ??

NonaFauzi said...

sedih dgr luahan kak ai..

x tau nape perkara yang mudah di susah2kan..

x tau nape letak syarat2 yang mengarut

x tau nape mesti ada pengesahan yang gile2 terperinci cam duit tu duit dioarg

xtau nape..kite terpaksa mengemis untuk DUIT KITE SENDIRI.

Ya Allah..sesungguhnya KAU MAHA MENDENGAR DOA2 ORANG2 YANG TERANIAYA..bantulaa mereka..AMIN...

Bidadari gojess said...

Sabar lah sis... setiap kesulitan pasti ada kesenangan. Faiina maal usri yusro.. inna maal usri yusro.... lagi satu sis kena bersyukur..

Sebab kes ni kes aniaya... doa org teraniaya ni xde hijab tau sis... sis banyakkan berdoa sis... jangan lutus harapan dgn rahmat Allah... in shaa Allah..saya doakan sis dan family menemui jalan terbaik dan dapat penyelesaian... Amiinn

Anonymous said...

Salam kak.. Kwsp ke perkeso? Sbb prkara mcm ni brlaku kt ayah sy juga tp utk perkeso.

A.I said...

TERIMA KASIH semua...
Salam, yg akak cerita ni KWSP. Tp sama je pengalaman akk masa diinterview dgn doc panel perkeso. Tak sempat nk buka mulut nk explain apa pun. Mcm2 dikatanya akk ni. Mmg yg tu pon buat akk menangis. Tp akak dpt bantuan dialisis dari perkeso tu. Sama je layanan mulut capoi doc tu pada kami. Yg akak x dpt nk terima ni..dgn KWSP ni kan duit kita..apa yg susahnye? Senang hati dowang aniaya kami ni kot :/

Ummi Hanifah Abd Halim said...

Sedihnya..kenapa dibuat orang yg tgh menanggung sakit mcm tu.. dah la sakit, dapat tekanan lagi

Schuey said...

Buat aduan kepada biro pengaduan awam umno. Cari YB berkenaan, kasi gasak itu doktor sekali dgn kwsp jugak. you can reject all you want but show some respect to another human being. Since she chose to be an asshole, complain kat Pengarah Hospital Ampang.

Anom Keon said...

Saya dah viralkan n report pd yg berkenaan..harap dpt membantu ya..InshaAllah.
http://www.suara.tv/2015/03/13/panel-kwsp-halau-saya-macam-pengemis/#

Anom Keon said...

Saya dah viralkan n report pd yg berkenaan..harap dpt membantu ya..InshaAllah.
http://www.suara.tv/2015/03/13/panel-kwsp-halau-saya-macam-pengemis/#

Anonymous said...

maaf ckp. Ramai org mengeluh tanpa tahu apa sebabnya semua ni berlaku.. Ramai nampak salah doktor tu. Tp doktor tu dpt arahan dr pihak atasan.
Maaf ckp.. Sebenarnya duit yg tuan puan mencarum dlm KWSP dah xde.. Kebanyakannya dipinjamkan kpd kerajaan dll tpt.. KWSP terpaksa mengehadkan pengeluaran yg tidak wajib spt perubatan dll atas sebab duit tabung makin kering.. Duit yg ada ni perlu bg kpd pesara dll individu yg "layak".


Adakah duit org pencen dpt tu adalah merupakan duit yg dicarum sejak dari muda?
jwpnnya mudah. Tidak. Duit yg dikeluarkan tu adalah duit org2 muda yg masih mencarum.. Duit org pencen sbnrnya dah di bg kpd org lain..
Sbb tu pengeluaran perlu dihadkan..

lightofourhope said...

dah tu KWSP kena amanah la..duit tu bukan duit dia, dia sebagai pemegang amanah je.. inilah kalau tak reti guna sistem islam, ada pihak teraniaya.. sakit datang bukan diduga, dah kalau KWSP takde duit sgt maybe first time dtg nak reject tapi kalau dah orang tu terdesak minta dua tiga kali takkan la nak direject jugak,buatlah sesuatu untuk dapatkan balik duit yang kononnya diguna kerajaan tu.. berhati batu sungguh manusia ni. saya bakal doktor dan harapnya doakan saya tak jadi doktor kejam takde perikemanusiaan camtu..

Anonymous said...

http://breastcancer.about.com/od/Stages-of-Breast-Cancer/a/Stage-3-Breast-Cancer.htm

saya bersimpati dengan situasi saudari, sememangnya hendak membesarkan 4 orang anak sendirian memang sgt sukar sebagai single mother yg mempunyai penyakit sendiri.
tetapi untuk pengetahuan semua, pulmonary hypertension dan breast cancer stage 3 bukan terminal diseases (ie penyakit yg tiada harapan lagi kata orang)..survival rate still tinggi untuk stage 3 dengan proper treatment..saya rasa wujudnya peraturan sebegitu sebab memikirkan kemudian hari juga, jika saudari berjaya menghadapi musibah ini (ie cancer free) insyaAllah, bila duit dari KWSP tu mmg benar2 perlu dikeluarkan (usia tua atau terminal disease yg lain yg tiada ubatnya) nanti saudari boleh keluarkan..
saya assume saudari single mother bukan? ada banyak organisasi2 lain (termasuk pelbagai NGO) seperti pertubuhan ibu tunggal (ada byk, negeri dan islam juga ada) yang boleh membantu saudari sebagai rujukan ke badan kebajikan yg lain..saya pernah merujuk banyak pesakit ke badan kebajikan tempatan dan cepat process mereka mendapat bantuan kewangan dari mengharapkan badan besar seperti KWSP dan zakat yang memerlukan process yg sgt lama..
saya harap saudari dapat mengatasi ujian dari Allah ini dengan tabah

-dari doktor prihatin-

Anonymous said...

Mmg ramai doktor yg baik...dan ramai juga doctor yg kejamm serta berbahasa kasar tanpa memikirkan situasi dan perasaan pesakit...awak bersabarlah banyak2... sedih sgt saya baca kisah ni...

Duit kwsp adalah duit kita sendiri..tetapi tidak dibenarkan ambil walaupun keadaan amat2 memerlukannya..sepatutnya duit itu berhak dipulangkan kepada tuannya kerana demi melangsungkan kehidupan harian dan penyakit yg d alami...tapi kenapa begitu sukar utk dikeluarkan??? Soalan ni hanya pihak kerajaan yg tau.. dan doctor yg d arahkan tu saje yg tau... dan sekiranya memang doctor tu yg sengaja tidak mau luluskan... tak mustahil doctor tu akan mendapat balasan dari tuhan atas apa yg d lakukan..doa org teraniya tu makbul...

Sabar byk2 berdoa pd Allah semoga segalanya dipermudahkan... in shaa Allah...

Anonymous said...

Kata je acc kedua utk perubatan.. tp kl dah kritikal dan cacat kekal pon x lepas nak kluarkan apatah lagi yg biasa.. term dorg sgt menyusahkan.. nti bila dah meninggal plak duit tu akan direct ke amanah raya.. nak dpt pon kena tgu lama.. kl ada pewaris senangla sket kl x der kelabu mata la.. kl ada org dlm or org dlm tu berpangkat tgi.. ermm senang je dpt.. tabah la yea.. sedih sebak geram suma ada bila bc crita n.. biar lah Allah yg membalasnya.. dr yg atas smpi la yg bwh.. dunia mereka terlepas akhirat kelak trima la segala balasan.. nasihat sy satu je bg yg masih sihat ambik la kad perubatan sekurang2nya jika kita sakit nti kita boleh pilih hospital mana kita nak warded,bill ditanggung sepenuhnya dan simpanan kita x terusik.. nak ambik kad perubatan pon pilih la yg terbaik dan dijamin senang utk claim.. ambik yg ada pakej seumur hidup dan bkn renewal... insyaallah.

Anonymous said...

Asslm..
Secara jujur sy pun nk cerita pengalaman lebih kurang 4-5 bln lepas.. tp cite agak lari sikit. Cuma it's about KWSP. Suami sy ada buat pengeluaran dr akaun ke2 utk ansuran rumah dgn hong leong. Seminggu kemudian kami dpt penyata pemotongan utk tempoh 2 thn telah dibuat oleh kwsp. Stlh urusan selesai..pihak hongleong telah hubungi semula suami. Pihak bank kata sepatutnya kami blh dptkn duit tu masuk trus ke acc peribadi atau lumsum.. pegawai bank tersebut mengeluh dan memberitahu suami katanya "susahlah klu kwsp direct byr pd kami sbb selalunya mesti lewat transaksinya, u nk tau x..KWSP skrg dh nk bankrup, dh xde duit!" Terkejut suami dgr.. bygkn caruman setiap bulan yg sbnyk itu pun xcukup.. kemana perginya duit tu semua.. jd berdasarkan cerita2 di atas sy kira ianya agak berkaitan dgn cerita pegawai bank yg hubungi suami sy. Mungkin jg doctor yg bertugas terpaksa menolak semua permohonan atas arahan pihak atasan. Wallahualam..

Anonymous said...

Salam..sy juga mengalami cite yg sama...Ini cerita benar pd yg mengalami...suami sy dh meninggal.

A.I said...

-dari doktor prihatin-,
nampaknya doktor tak baca betol2 apa yg saya cerita pada entry ni. saya masih bersuami.Dan saya ialah pesakit buah pinggang & sedang menjalani rawatan dialisis. Penyakit saya ni boleh sembuh ke? doktor sendiri pun tau penyakit ni takkan sembuh kan?
yang pesakit cancer tu bukan saya, tp kenalan saya. sebab arwah la saya bangkit utk ceritakan hal ni. pengalaman kami sama. ok, katakanlah betol yg kami ni tak cukup syarat..tp LAYANAN tu. ADAB di mana? Kalau cakap dengan beradab & bagitau kami kenapa kami tak layak, InsyaAllah mungkin kami dapat terima.
Harap doktor dah faham cerita sebenar. minta doktor baca semula entry saya ni.. TQ

Anonymous said...

Salam, next time sis try rekod,amik gambar n cara Dr yg biadab tu..repot kwsp,repot KKM viral kt fb n semua site.. tunjuk muka dia...bukan kita nk malukan kan dia tp kalo xda adab itu ubat dia...

Anonymous said...

Salam kak ai.. Betul.. Hairan juga bila pemahaman doktor prihatin ni sgt lari dr cerita asal, bilamana cerita yg direct to the point pun xdpt difahami dengan mudah..

Ape2 pun diharap kak ai tabah n kuatkan smgt..moga Allah permudahkan urusan kak ai & rakan2 yg lain..

ieta mat sa'ad said...

As salam. Puan better buat surat report kpd yg berkaitan. Sy pernah alami diherdik oleh doktor di HKL. Saya faham rasanya bagaimana. Moga semua urusan Puan dipermudahkan ya

Anonymous said...

duit kwsp bila FELDA nak boleh bg macam tu je.tapi bila empuan wang nak guna bukan main payah nak bagi.
KWSP hanya pemegang amanah pencarum sahaja.dan sy sebagai pencarum tidak halalkan penyalahgunaa wang hasil titik peluh saya
jgn ingat dunia ini selamanya.kat sana menjawab la kt yg Maha Esa.
puan,moga tabah.moga Allah memudahkan segala urusan puan.

anna hashim said...

selama ni silent reader je, tapi kalini ya allah gugur airmata baca entry ni, diharapkan sis tabah dlm menghadapi ujian tuhan.. adik saya keje ngan Socso..nanti saya nk tanya procedure sebenarnya yg diaorg buat kt perkeso tu....huhuhuhhuuu

Ida said...

Salam Sis. Baguslah share cerita mcm ni.. Dah viral nanti biar jadi pengajaran supaya lebih beradab dan menjaga hati patient. Maybe dia tgh PMS ��

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis,
iols baru baca
sob3
akak tabah yer

Anonymous said...

Ya Allah berat dugaan akk.. tp sy suka tgok akk.n family mcm x de masalah.. tp hnye tuhan & akk je yg taw mcm mne kan.. sy bekerja di kkm sy akn cuba beri pd pihak atasan.. maaf terlambat baca..

Mama Kembar 3 said...

sedih bila hak sendiri dinafikan. moga u terus tabah hadapinya. Moga Allah permudahkan segala urusan u lepas ni, InsyaAllah

Hasraheezam Hashikin said...

Kwsp pegang amanah duit rakyat yg bekerja tapi kalu boleh dikeluarkan oleh kerajaan sesuka hati dan membazir ...teruk la kita..doktor yg tak pandai jaga hayi orang nasibnya akan dtg juga...sebsb dosa dgn manusia akan Allah hitung jua....

Anonymous said...

Nk keluarkan duit sendiri pun cm pengemis..segala mak nenek medical report nak...ingat nk ambik report2 tu free...kos transport...masa menunggu...semua tu bg panel kwsp kecik punya hal..tapi kita yg menanggung kena bercatu nk dptkan segala document yg kwsp nk....

Noor Noor said...

Stupid punya doctor....apa nak jadi zaman sekarang pergi hospital kerajaan atau separuh kerajaan tiada doctor atau misi yg melayan pesakit ikhlas dgn kerjaya yg mereka pegang......sy pun tak faham kenapa mereka ingin jadi doctor mahupun misi sdgkan dalam diri mereka tiada sifat2 murni yg sepatutnya mereka sempurnakan.......dan kwsp pun 1 hal juga jgnlah meremehkan lagi org yg hilang upaya untuk keluarkan rm kami sendiri.........kat dunia ni mgkn boleh terlepas tapi mati nanti akn dipersoalkan amanah2 yg kamu pegang tu betul ke tdk jalan nya....

Afiq Hamid said...

Nak report dgn sape??
Klw saya jd fmly arwah, memang kena saman doktor dan kwsp.
Biar jadi pengajaran dan mereka ubah polisi kwsp.

Anonymous said...

Sabarla kak cuba benda ni jadi kat family diorg apa diorg rasa?saya cukup tak faham apa masalah diorg..macam kes abah saya pergi jumpa jemaah doktor untuk claim pencen ilat socso baru2 ni boleh doktor kata abah saya boleh bekerja.speechless.saya tak dapat bygkan apa dalam fikiran diorang..jantung abah sy skarang dah masuk implant dan abah sy tak mampu untuk membuat kerja berat.Nak minta bantuan pun susah.

Anonymous said...

MMg macam ni la nasib org susah.. korang kalo masih sihat ni menyimpan la semampu korang.. kalo dah sakit, byknye nak kena pakai duit.. macam sy, mohon ilat dari bln 4 sampai sekarang duit blm dpt lg walau pun dah lulus bln 9 ari tu, Tiap masa nak kena telefon merayu2 untuk duit sndiri.. Malunye allah je yg tau. Staf perkeso ada yg ok n ada yg sombong, yg sombong tu yela, masih sihat n senang walaupun gaji dibayar untuk bg service kat orang.. Jabatan kebajikan masyarakat plak, kita mohon kad oku dah 2 bulan xsiap2 lg, bila call dia ckp pegawai tu pergi kursus, nnti dia call kita blk n sampai sekarang xde khabar berita.. Hmmm.. Nape la ada manusia yg sanggup buat org susah mcm ni..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya orang Sabah & sedang menjalani rawatan dialisis untuk sakit buah pinggang. Permohonan pengeluaran kurang upaya KWSP saya dengan mudah saja diluluskan DR panel KWSP tanpa kerumitan walau tak ada 2 atau 3 penyakit lain. Agaknya lain orang (doktor) lain keputusan pemerhatian.

Anonymous said...

Doc tu firaun moden. Kt tpt keja sya ada byk yg cmtu. Pantang pegang jawatan ckit. Mula la nk aniaya org bawahan.

klik klik (^_^)