6.10.15

::CAMERON HIGHLANDS (part 2)::

6.10.15 

amik ko gigih smp 2 entry skali ahkak up hari ni. habiskan meriak gambar2 percotian bajet aku ni trus. hehe..


ha..merasa bangun pagi, nampak embun kt kaca :) hotel ni bukannye ada kipas/ekon pun. tp sejuk beku uols. anak branak sarung stokin tido. yg aku lak tido betol2 ngadap balkoni ni..rasa sayang giler nk tido. kejap2 aku bangun berdiri kt sini tengok orang lalu lalang, tengok pemandangan..minum nescafe pepanas..aduh, layan betol la. bet oo minum pepanas gitu, takde pulak melecur lidah aku ni. kagum jap. hehe..

pagi tu kami bersiap2 gi sarapan kat fudkot depan hotel ni. tapi kami tak jalan kaki, bawak kete sebab lepas tu nak ke tempat lain skali..

KEA FARM

(gmbr curik kat gugel sbb masa kt sana x teringat nk amik gambar, sibuk nau pilih sayor)
kalau korang gi sana, baik korang gi pasar Kea Farm ni pepagi. Sebab biasanya kalau hari ahad, tempat ni mmg crowded gegiler. nak parking pun kene jejauh. ni kami gi pagi, aman skit rasa. biah aku tengok, hampir hilang akal nk pilih sayor yg mana nk bawak balik. fresh2 belaka..aku pon geram tengok. kami beli sayor yg 7 bungkus rm10 & wajib beli buah jagung dan jambu kawen ngan epal tu ;)


CACTUS POINT
(free entrance)








beso gabak!


canteknyaaaa!! tp tak brani nk beli sgt sebab bila dia mati nanti aku sedih. yelah, cuaca rawang bukannye sama dengan cuaca kat situ. mesti mati cepat. ni pon aku beli 2 pokok je buat syarat. 1 pokok cactus kecik tu rm2.


long...ko dengan pokok tu serupa ;P

lepas tu kami balik ke hotel, kemas2 & rehat kejap..pastu check out. balik pun kami ikut Simpang Pulai, so..on the way naik balik tu kami singgah tempat lain pulak..

LAVENDER GARDEN
(dewasa: rm6 / kanak2 rm4)






 ko dah kenapa muka gitu bb oii? rosak gambar ;P


 ececehh...menantu hantu + mentua ronggeng

 sukannya daisy kaler ni..lembut je..


 'bunga' dicelah bunga ;)


 eh, mana si bb?




 canteknyaaaa

 aku mmg tak reti la pegang minatang ni..aihh


 sweet je bunga2 ni kan..




  
biah feeling.. :)

AL MASHOOR STRAWBERRY FARM
(self plucking stoberi - sekilo rm40, yang bestnya tempat ni murah, takde mininum..suka hati la ko nk petik brape ketol je pun. anak branak semua boleh masuk skali. tempat ni takde haruk piruk. takyah rebut2 & buah masak cantik)

 sronok sesangat bebudak ni dapat petik sendiri buah stoberi ^_^ aku bagi memasing petik sepeket sorang, baru puas hati..


 pandai bb pilih


 orang yg jaga situ siap bagi kami makan skali kat dlm tu. sambil petik, sambil makan..best giler!


 cak!


biah pon sama gigih petik.. :)


BHARAT CAMERON VALLEY

 dah lama aku berangan nk hirup teh pepanas kat tepi ladang teh gini. Alhamdullilah..merasa jugak haritu. bestnya rasa ^_^ sronok sesangat..


mcm dalam mimpi..

  

gambar last kami kat Cameron..elok ngam2 time kami balik tu, hujan pulak. sib bek tak hujan masa kami jenjalan. bubye Cameron, ada umur & rezeki nanti kami dtg sini lagi. 
InsyaAllah lepas ni dengan anak2 biah pulak. so korang, get ready hokey! ;)



10 comments:

deaf-angel said...

Thorbaik report.
meriah. Kat sana korang mmakan apa eh? Nasik putih ngan strawberri ke

A.I said...

deaf-angle,
repot kata ko ;P
jap aku bayangkan makan nasik berlaukkan stoberi. haha..benornya pagi masa bekpes tu memasing dah bedal nasik lemak. lps tghari mkn roti kt ladang teh. pastu memasing perot dah sebu. mlm tu smp sini baru makan nasik. haa...gitew

wina said...

kak.. al mashyur tu murah eh? nysal x g situ.. kami dlu g petik stoberi kt lavender garden.. petik skit jer sbb mahal.. sje amik mood.. hhihii.. next time nk g lagi bawak si kecik tu lak.. hihi..

surizan abdghani said...

Rindu kt cameron.mcm nk g skrg tp dlm pantang huhu.pas abis pantang kena ajak suami g jugak.terlour dgn big red farm punya waffle dgn stoberi cicah cekelat dia yg sedap gilsss tu.

A.I said...

wina,
murah..sekilo rm40 je. pastu kalau nk petik skit je pon boleh. tak ramai org lak tu..lps ni gi le bawak irfan bambam tu ;)

surizan,
haha....bertabahlah dulu sementara dlm pantang ni. sok2 nanti pegi le ^_^

Juls Julie80 said...

Assalam Sis..salam ziarah..

seronok tgk gmbr2 sis..

tp tak sangka sis dah ade anak dara besar panjang dah..sbb sis nampak cam anak dara..jelesss hoooo tgk sis awet muda..hehehe

A.I said...

Juls Julie80,
Waalaikumsalam. Ngeeeeeeeee...maceh ^_^ (kembang montot ahkak)

Alin Marlini said...

seronoknya dpt petik strawberry...dulu pi tak dpt petik sb belum musim

A.I said...

Alin,
oooo..tak tau pun stoberi ni bermusim. patut la ada yg kata pegi sana tak dpt petik stoberi.

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

klik klik (^_^)