19.7.16

::HOLIDAY ALA2 KAT OBESI::

19.7.16


Hamboiiiii..bukan men lagi ahkak tau. Dalam 2 hari holiday gi Jepun & France. Heybat sangat ni :P

ok la..meh la aku buat review sambil meriak kat korang pasal aku holiday anak branak kat Bukit Tinggi haritu. saje la bawak biah skali. mak tu benornya masih down & stress pasal dia sakit. sian pulak aku tengok. yelah, org tak pernah nk kene telan ubat hari2 kan. Tp aku puas hati bawak dia skali haritu. nampak muka dia berseri2 & nampak sihat sgt dia ^_^ 

Aku ni kalau korang prasan mmg suka tempat2 yg sejuk, nyaman, aman & tenang. kalau bagi aku pilihan nak bercuti kat Langkawi atau Cameron Highlands, dah sah2 la aku pilih Cameron. aku tak suka renyah2 kat laut. kalau setakat layan tengok pemandangan dari pantai tu ok lagi. tp ni kang dengan melekit2nya. anak2 la suka sebab leh main pasir, air laut bagai tu kan. 

Sabtu haritu aku gi Colmar Tropicale, Berjaya Hill, Bukit Tinggi Pahang. Tu diaaa..nama penuh trus. Balik dari melaka haritu aku siap2 booked hotel kat booking.com . bagus tul skang senang nk book ikut web tu sbb dia dah boleh guna nombor debit kad. yelah, aku ni mana la ada credit card. sebelum ni aku book pinjam no kad kedit kawan aku. skang ni dah boleh book sendiri trus. senang..Bukit Tinggi ni dari rumah aku dekat, dalam sejam perjalanan je..dekat2 je ngan Genting kan..bukannye jauh nau. tu yg best tu. takde la banyak masa habis kat tengah jalan..

Sabtu tu kami gerak dalam kul 8pagi. sampai sana kul 9, kami trus jenjalan dulu. time tu best giler sebab tak brape ada org sangat. syok la layan pemandangan. nak masuk ke sana kene bayar tau. korang akan jumpa tempat ala2 tol sebelum masuk tu. dia akan kira brape ramai dlm kete. Dewasa rm13, kanak2 rm8. aku sefamily haritu kene RM76 semuanya. Tp kalau korang duk kt hotel, duit entrance tu korang boleh claim masa check in. Cumanya bagi aku..mcm agak mahal tiket masuk tu. bukannye apa pun, layan amik gambar je kat sana. Dah tu makan & minum kat sana mahal gak. Kiranya bagi aku, kalau setakat sesaje jenjalan macam tak brape nak berbaloi la..

Aku hari tu bawak bekal. Mak masak mihun, aku masak nasik & ayam kicap. Sebelom kami jenjalan tu kami makan dulu. Pastu elok pulak ada lebih nasik & mihun dapat kami ulang makan lps check in. Save dah bajet makan kt situ. hak hak..ikutkan aku, aku takmo bawak bekal. ingatkan kalau dah bercuti tu, bior le betol2 bercuti kan..makan jelah kat restoren. tp yelah pulak, mak kata mcm tak baloi sgt sbb harga melampau mahal & tak kene dengan tekak. bukannye ada nasik campor pun kat atas tu kebanyakan makanan semuanya western. kalau ada nasik2 pun kat cafe hotel jelah..buffet..

Aku duk kat Colmar Tropicale French Theme Resort. Aku amik yg family room. Kat situ korang boleh park kete betol2 kat lift bawah bilik. Memasing dpt private parking. so senang, tak yah nak kene menapak jauh. Kat situ korang boleh pilih macam2 jenis bilik. Nak yg apartment pun ada. bilik yg aku sewa ni, Family room. Ada 2 area dalam tu. Ada 2 katil King, 2 Tv beso gedabak, esbok mini & kettle. bilik airnya pulak ada bathtub. Harga bilik ni semalam RM528 (dah campur tax) Tak ramai yg tau benornya hotel ni ada swimming pool. tp airnya sejuk beku la....hahaha..bergasak gak anak2 aku mandi kat situ. Bila molot memasing dah biru baru naik bilik. pastu sambung lak berkubang dalam bathtub. Gasak korang la nak oiii..asalkan bahagia ^_^


gambar wajib kat pintu gerbang


dah mcm tugu negara ha..tp cantik tul view kat sana..


menahan cahaya matahari..tp tak panas, dingin je..
biah kat blakang mesti pikir tak habis2 pompuan amik gambo :P




tuan tanah

kitaorg naik shuttle ni gi kampong jepun. free je.
amboiii bang, bukan men speed, kona baring ko bawak minatang ni. aku dah la gayat. rasa mcm nk jerit suruh slow je :P


tu diaaaaaa..dah sampai kat sana kene mendaki pulakkkk.
sumpah memang aku merangkak tau kat sini. gasak ko la orang nk tengok aku pon. kahhhhhhh


jalan naik memang mendaki ye kawan2..ko tengok warga2 tua tu dah tercicir kat belakang. muahahaha..
si biah & si kaman dah tak larat nak menapak. tp aku gigih jugak sebab aku dtg sini memang nak sgt2 gi kampung jepun ni. semangat lain macam la. esoknye tu rasakan ko, betis mengeras. pitam sakit oiii


sewa kimono siap hokeyyy..tercapai impian ahkak. hehe..nak gi jepun tak dpt, gi sini pun dah habis hati rasa. best giler!

sewa kimono RM20 sorang. ada time limit ye. 10 minit kat luar & 10 minit kat dalam rumah utk amik gambar. ehhhh..aku pedulik hape, aku pakai kimono tu lebih setengah jam. tp elok pulak org tu tak marah ke apa. siap layan amikkan gambar lagi. hehe..




Ohaiyogozaimas!

mak..intan dah jadi org jepun mak..jepun kelam & berhijab kata ko

ececehhh...tp terompahnye manaaaa??
berkaki ayam je aku sbb dorang sediakan selipar biasa je. baik tak yah. choi sgt.


behind the scene :P
ko nak terbang ke mana tu pompuan??






iraisamasek..




feeling nau 3 branak nih




dara pingitan..


kawaiii


pengawal keselamatan kami..






tunggu sape tu biah?


sume terjebak. haha..



Biah Ronggeng in France



tengok pompuan tu feeling sgt nak amik gambo kan..

sekali bontot aku kene sudu dengan angsa tu..choi sangat! aku sembelih ko masak rendang kang padan muka. kahhhhhhhh


aku check in awal, kul 1 lebih gitu. disebabkan kami dah puas berjalan, kami relax2 je lepas tu. syok betol sebab rasa masa tu lambat je. mmg relax sesangat :)
sronok aku tengok mak. tak sudah2 sebut best duduk kat situ..ucap tq kat aku toksah ckp la. berulang2 kali. hihi..bilik pun selesa sgt mak kata. tak rasa langsung kami kat m'sia. betol2 feeling kat obersi sungguh ni ^_^


kalau anak2 aku ni duk la berulang turun gi kedai & gerai2 kat bawah tu. beli eskem..gasak le korang nak oii. tp kalau korang nak tau eskem biasa yg rege rm1, kat sini boleh jadi smp rm5 tau. haha..rege lain2 ikut kedai kat sana.

berkubang la korang sampai beku..hehe

hirup kopi panas sambil layan pemandangan..tengok org lalu lalang kat bawah :)


malam tu kami layan piza pulak. restoren ni betol2 mengadap bilik kami. beria mak makan. tp aku mcm biasalah, tak boleh nak telan. dah la rasa tak kene dengan tekak. biasakan makan piza pasar malam / pizza hut je. yg ni betol2 italian punye. jenoh tahan muntah. ish..tp anak2 aku makan beria, aku ok je. makan la nak..mama suka je tengok korang makan :)


amik angin malam





ada show tau kat sana..dorang ikut time yg dah disediakan..




bestnya telan kabus malam ;)


ini esoknya, hari ahad. pepagi lagi kami dah turun nak gi b'fast


buffet breakfast..
mcm aku sewa bilik utk 4 dewasa, dpt la free 4 dewasa makan. so, aku hanya bayar utk 3 kanak2 je. RM66 semuanya. tp yg sadis tu, adek makan telor mata & tembikai je. telan ailio mak ko dek. haha..


teringat lak kopi dia..sedapnye..


masa ni dah check out. ni kan luar lobi hotel..





kemain ko biah..haha..dah macam menunggu prince charming ;P


bubye Colmar...


5 comments:

Cici said...

cantiknya pakai kimono :D dah boleh jadi jepun dah tu >,<

Ibu n Abah said...

Bestnyer...
Gambar2 dah cukup menggambarkan percutian yg amat HEBAT....

Kami nak cuba lagi lah pi sana
Dah pergi 12tahun lepas...
Budak3 kecik lagi... Depa tak ingat pun...

A.I said...

Mommy Cici,
Berangan je kononnye ada kt jepun..hehe

Akak,
memang akak kene pergi lagi tu. best kak ^_^

Blogger said...

There is a chance you're eligible for a complimentary $250 Pizza Hut Gift Card.

Susan said...

Keep up the excellent piece of work, I read few posts on this internet site and I conceive that your web site is rattling interesting and has got lots of superb information. Celebrity net worth is a celebrity finance outlet that offers a comprehensive database of celebrity net worth's in the world.

klik klik (^_^)