12.12.13

::IBU TUNGGUL::

12.12.13


Malam tadi dah aku cicirkan laki aku, si Mr. Wonderpet kat but stop Greenwood. Dia balik kampong sengsorang. Jadi ibu tunggul la aku 4-5 hari ni takde beza pun sebenornye. heh heh Nak balik anak branak mmg takde modal langsung la. Aku pun sabtu ni ada keje. Dah alang2 dia nak abiskan cuti, elok la balik kg tu. Bleh tengok abah. Abah skang ni tak brape nak sihat. Dia skang dah balik ke kelantan semula, tak duk kat pahang lagi dah. Aku pun tak pasti apa sakit dia, tp dia tiba2 je jadi mcm lupa ingatan. Tak semua org dia boleh cam skang ni. Apa yg dia buat pun dia dah tak brape ingat.. ntah ler..

Sabtu ni terpaksalah aku campak bebudak tu kat umah si Biah. Aku ada job mekap kat UM. Giler tak? memula aku ingatkan UM tu kat Bangi. Rupanya yg kat Bangi tu UKM. UM kat Bangsar. Choiiii!!! kalau tak, mau porak peranda pengantin aku tu nnt si tukang tepek mekap tak sampai2. Al maklum lah, aku ni mana la penah masuk U. Aku ni tahap2 skolah menengah je. sedeyyyy!

Isnin depan pepagi buta, sampai le laki aku tu kat sini balik. Nak kene usung si Along lak gi spital hari tu nnt. Dia kene wat treatment kat daycare spital selayang. Muka dia ada tumbuh bijik2 mcm ketuat. Tp doc kata tu bukan ketuat, dia kene Pox Virus. Benda tu merebak, so ada lah treatment yg doc nk kene buat bagi benda tu mati. Gitewww...

Ok dah, aku nk sambung buat keje. Udah le aku ni skang tensen giler time balik dari opis. Bila ujan lebat, jalan arah balik ke selayang/rawang tu jadi jem giler! aku ni smp termuntah2 dlm kete (melampau), kaki kejung tu toksah criter la kan.. sampai je rumah dh jadi mcm org OKU dah. aku jln pun cover2 cun. nak jugak la catwalk, padahal betis dah keras mcm batu! haihh....


"A Mum's Got To Do What A Mum's Got To Do"


(bak kata keramat si Deaf-Angle rocker stone. ngeeeee, ai lebiu my fren)





1 comment:

Abil Fikri Ahmad said...

Moga FIL lalink sehat sehat hendaknya..

klik klik (^_^)