31.3.14

::ANAK BARU::

31.3.14

SABTU haritu pepagi ada mekap kt Bkt Beruntung, balik dari mekap tu kutip iena & mak gi Selayang anak branak..sepupu aku ada buat majlis tahlil. Dari Selayang berdesup kami gi Kota Damansara tengok anak baru, Amirul Ammar ^_____^

CT (adik ipor aku) dah selamat beranak baby boy. Kali ni dowang laki bini yg bagi sendiri nama baby. Sebelum ni aku bagi, Amirul Aiman. Besar dah anak aku tu, dah tadika. Skang ni dah ada geng kat umah. hehe..

alolooooo...(kontrol je aku time ni) benornya rasa mcm nk je aku kunyah2 si Ammar ni. Geram tengok, kecik!
tomey! eeeeeee...gerammmm

budak siang tido, malam berjage ;)



hoiiiii!! kunyah pipi tu kang :P


sedap mama bedung kan ammar? heh heh...
(biasa kt umah aku tolong bedung teddy bear si adek je) :P




27.3.14

::MEJA MKN cum KEDAI RUNCIT::

27.3.14


CUTI skolah ni anak2 aku duduk sendiri je kt umah. Along pun dah besar, bleh jaga adik2. Pagi mkn je apa yg ada kt umah. Tghari mkn nasik kt umah ema (sebelah umah). Pepagi aku laki bini gi keje sengaja biarkan umah tu bergelap, tak selak pun langsir aku yg tebal kaler itam kelabu tu. Biar bebudak tido puas2. Dah main pun smp tengah malam. Yelah, dah le aku tak bawak gi memana. Biar le dowang main je. Ptg baru kluar main kt depan umah tu dgn kengkawan..



bila time cuti skolah ni, atas meja makan aku tu over meriah la skit dgn memacam makanan. dah mcm rupa kedai runcit. Ni blom tengok dlm esbok aku lagi. Eskem pongpong, ceklat, sumi sume ada. Anak2 aku ni spesis pirahna. Sentiasa kene topup stok makanan kt umah tu. kalau hari skolah biasa pun mmg wajib kene ada biskut + roti. senang dowang nk amik makan dari atas meja tu..

bekas air smurf tu Adek punye. dia sorang je kat rumah tu yg tak minum air sejuk. dia minum air masak mati je. jaga kesihatan sungguh ostajah tu ;)


biskut ABC, kek pisang, kek baulu (dari kenduri kawen), biskut & kopok


dalam bekas penutup merah tu macam2 jenis sweets ada. roti ceklat, twiggies, jem ceklat, roti buku gardenia. ha, roti buku ni mmg kene beli yg panjang. sekali hadap je bebudak ni kendurikan mkn dgn jem ceklat tu. tu sebab hari2 kene restok, nak2 lagi roti :)


depan tv dah mcm taska..tak gulung pun tikar tu, saje aku biarkan..


ni tgh malam tadi. bleh caye tak? tetengah malam main cikgu2. kau mampu??

^________^





25.3.14

::MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI::

25.3.14


24.3.14 ~ setelah 17hari pencarian MH370..

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi. Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. "Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. "Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib. Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang. MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu. "Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu. Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut. "Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya. Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal. "Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya. Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini. 





24.3.14

::JENJALAN KENDURI::

24.3.14


Sabtu haritu kami anak branak skali ngan AJ laki bini gi kenduri kawen kat Klang. Sepupu kaman kawen. Tp kowang takyah harap la nk ada gambar pengantin kt sni. Gambar kami posing2 kt stesen minyak BP je yg ada. hahaha..gmbr pengantin tak dpt nk amik sbb camera tercicir dlm kete. Hujan lak masa kami smp tu, tak dpt nk gi amik camera. Oh ye, kowang jgn pelik la sbb enpon aku takde camera ye uols. Enpon zaman batu je hakak guna skang ni :P


OMD! sopan giler kot aku pakai gini. lain mcm lak rasanya. Ayu sgt la konon..puihhh!baju ni aku beli pakai masa si AJ kawen, 3 tahun sudah. Rasanya baru 3 kali kot aku sarong baju ni.
Dan....ini le satu2nye tudung halfmoon yg aku ada. Ni pun si naemah yg bagi :) siap ada bunge2 atas kepala. aku pun tak caye aku boleh sarung tudung yg ada sekilo bunga kt atas tu. Tp sib bek la cantek. hahaha, yelah biasa aku ni kan simple giler2 punye. Bila pakai yg berbunga2 bagai ni lain macam. rasa mcm dlm hati ada taman. Giteww....(tetiba cara jalan aku yg mengengkang2 tu bertukar jd jalan yg penoh kesopanan dan kesusilaan)


Akhirnye!!! mama lagi tinggi dari kau Long. muahahahahaha
(pakai kasot 6inci tinggi) :P


diva divana laki bini


..dgn Abg Jebatku cayunk. auwww!


angah pun dah besar..dah mula mintak pakaikan eyeliner bagai ^___^


kekalutan & kehuruharaan yg melanda pada hari kejadian.
hanya kami2 je yg tau kenapa. muahahahaha...

ok dah, bubye  ^_______^




21.3.14

::POMPUAN ITU UNIK::

21.3.14

Pompuan..kalau dlm bahasa manisnye, WANITA ^____^




"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?" 

Jawapan Ustaz : "BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah SWT." 

Kerana isteri, rezekimu bertambah. 
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu. 
Kerana isteri, makan pakai mu dijaga. 
Kerana isteri, tenang hati mu. 
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu. 
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya. 

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pngorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, ianya besar bagi dirinya. 
Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. 

renungan sepintas lalu... Mengapa WANITA sering menangis? 

Jawab Tuhan : Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi. WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru..










20.3.14

::PT3::

20.3.14

Haritu tetiba dpt berita MOE tangguhkan dulu PBS. Ada benda yg nk diubah. Walhal time tu betul2 lepas aku laki bini gi skolah along dengar taklimat pasal PBS & PPMR. Aku memula tu agak konpius dgn penerangan yg cikgu2 bagi. Tp akhir2 waktu taklimat tu ada sorang cikgu yg baru balik dari kursus PBS ni bagi keterangan. haaaa..time tu lah baru aku paham. Rasa lega skit di situ. Tp elok lps tu dpt tau pulak yg PBS ni ditangguhkan. 1 April ni nnt baru ada balik. Aku tengok, bagus gak apa yg dowang ubah tu. Kesian kt cikgu2 sebelum ni. Katanya benda tu nk kene buat online. Tau2 jelah kan, brape ramai cikgu yg ada kat muka bumi Malaysia ni? Memasing kene berebut nk isi, sah2 la hang. dah tu kene lak berjaga kul 2-3 pagi nk dptkan online secara aman. Kesian sgt..So, skang kementerian dah ubah jadi offline. jadi, kuranglah bebanan cikgu2 ^_____^

Dari PMR tukar jadi PPMR. Skang tukar lagi nama, exam utk form 3 yg mula dari tahun ni dipanggil dgn nama PT3 (dah mcm nama robot. hehe..) Pentaksiran Tingkatan 3.

Aku sendiri pun tak tau camne nk criter apa yg aku rasa bila ada anak yg tahun ni ada exam beso gini. Rasa nebes tu dh tentu lah ada kan. Tp aku tak letak harapan tinggi kat Along. Sbb aku tau tahap dia camne, apa yg dia minat. Cuma skang ni kami laki bini bagi semangat je kt dia. Bulan dpn baru dia start tuisyen. Dia mintak nk blajar Sains & Math. Sekolah dia pun ada buat kelas tambahan. Tp tulah, usaha jelah sedaya mana. Along ni tingin nk masuk Vokasional. Tu yg aku bagi semangat kt dia. Nak masuk sana pun nk kene ada result exam yg elok. Bukannye senang2 gitu je. InsyaAllah, Mama doakan yg terbaik utk Along ^_____^






19.3.14

::ARJUNA BETA (WW)::

19.3.14

Arjuna Beta by fynn jamal

   

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur 
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur 

nyamanlah arjuna beta 
mimpikan yang indah saja 
nanti bila kau buka mata 
semua tak serupa 

kan ada satu ketika 
kau tak tahu mana nak pergi 
jalan betul, anakanda, 
tak jelas mata
ambil yang sarat duri 

hiduplah arjuna beta 
biarkan jasad yang luka 
selama tuhanmu ada 
takkan engkau tercela 

ngeri tak terbayang mata 
bonda takkan ada sentiasa 
nanti moga kau tak lupa 
bonda memujukmu, anakanda 




*apalah perasaan mak bapak 2 orang budak yg hilang kt Gunung tapi bila jumpa dah meninggal dunia tu kan :(  Al~Fatihah ..




17.3.14

::HARI KE 9::

17.3.14

..hari yg ke ~ 9





13.3.14

::BERGOTONG ROWONG::

13.3.14

Ntah. Dah takde idea nk letak tajuk apa. Hentam jelah nyah hey..

Ahad haritu blok penthouse aku ni ada buat gotong royong. Kami2 kat sni mmg rajin2 belaka. Ni bukan gotong royong kt bawah je. Semua tingkat! dowang akan round tengok kot2 ada barang yg dah tak guna utk dibuang, dowang akan tolong kutip & buangkan. Pastu cat pintu & dinding lif semua tingkat. Ni sume hasil usaha AJK & penduduk sendiri :) bagus kami kan? heh heh..

Tp aku tak brape bagus hari tu sbb time dowang gigih buat keje, aku & anak2 lari gi umah mak. Alaaaa..boleh je sbb aku kan tak brape sihat lagi time tu (alasan) Laki aku kan ada. Dia pun gigih gak masa gotong royong tu ;) so, aku turun tu jalan laju2 lari masuk kete. Sah2 la kene 'bahan' dgn dowang kt bawah tu kenn. gasak le. aku sengeh je kat dowang. jalan sambil usung sup ayam sepiuk beso + bekas air. Kami adik bradik lepak2 kt umah mak sambil bermakan-makanan. gitewww..(sambil memasing jadi CSI nk investigate mana hilangnye MH370. huhu)


yg kat bawah ni dowang tgh tambah cat tmpt parking

kete bomba kecik tu guna nk sedut air tembak cuci longkang dari sungai bawah tu :)

suasana meja di rumah datin biah
(bi rumah rawang, bukan rumah melaka. harap maklum)

sup hayam yg aku masak lepas subuh. hehe..
aku saje tambahkan kaki & tengkuk ayam skali. licin uols!

pembukak selera

terbaek dari CT. ikan talapia berlada + petai..
nanges makan! sodap mak eyh

ikan kicap + asam pedas tetel mak masak

nampak mcm aman je kan..? walhalllllll!
memasing nak berckp, memasing nk jadi FBI, CSI..kalau panggil wartawan astro awani, kompom org tu nanges nak layan anak branak biah. hehe. dari pagi bawak la ke petang, tak abis2 cerita pasal pesawat MH370. terasa hiba sungguh :( 

Hope something miracle happen. Semoga semuanya dipermudahkan & selamat, InsyaAllah..






11.3.14

::MELAYAN BABY TUA::

11.3.14


Minggu lepas dari Selasa - Jumaat aku MC, duk membongkang kt umah. Merasalah jadi part time housewife. Eh, idak le housewife sangat pun sbb anak2 aku sume makan kt umah sebelah, umah si ema. Aku tak larat nk masak (malas pun ye jugak) huhuhu. Si ema yg masakkan nasik goreng meletop bontot utk aku. Mak pun ada gak dtg jenguk & bawak lauk. Best tol jadi org sakit ni. Org layan mcm tuan puteri (puteri le sangatttt) puihhhh!

Dah alang2 aku ada kt umah, aku layankan ajelah baby2 tua aku tu. Si BB + Adek. Biasanya dowang transit kt umah ema. Ni dowang tau aku ada kt umah, ngengadalah dowang nk mandi/tukar baju kt umah tu je...



biasanya time aku keje, pepagi kul 7 tu aku dah turun skali ngan BB + Adek.
Aku lintaskan dowang gi skolah agama. Skolah ni kat depan umah aku je..tp disebabkan minggu lepas aku sakit tenat (poyo), tak larat aku nk turun menapak ke bawah, aku monitor je dowang dari atas. Aku biarkan dowang turun lewat skit bagi ada ramai org lain lintas jalan tu skali..


kul 11 dowang balik..


yg 2 org budak bawak beg merah kt blakang tu le BB & Adek


time ni BB tak pegang tgn adek sbb kat tgn memasing ada satay ikan.
haihh..sempat lagi membeli :P


sampai kt umah, trus mandi & tukar baju. dek kerana aku ada ni, ngengada la dowang mintak nk menetek. eh, membotol :P ha, minum la anak2. buat pengetahuan kowang, si BB ni dah darjah 3. Tp dia takmo minum susu dlm cawan. kalau aku buat dlm cawan mmg tak abis la dia minum. Gasak le, nyonyot jelah botol tu. tak salah pun. mama dulu darjah 4 pun nyonyot botol lagi. heh heh heh ^________^ comel aku kannnnnn?


ni saparoh dari beg2 skolah yg ada. tu tak termasuk angah + along punye lagi. bersusun uols!


ok, dah siap mandi, salin baju skolah kebangsaan, dah siap membotol & makan kt umah ema, maka dowang turun ke bawah balik, tunggu van sekolah lak. 


balik dari skolah kebangsaan, mandi, amik air smayang. sementara nk tunggu solat Maghrib & nak gi mengaji, membotol lagi. hahaha.. dlm kul 8:45mlm dowang balik umah, suapkan dowang makan & sesapa yg ada homework memasing siapkan & susun buku memasing. Dah siap sume baru bobom. Sebelom tido tu, nyonyot sebotol lagi susu ;) Angah aku bancuhkan dlm cawan. dia minum pagi sebelum gi skolah.

oh ye, sebelum ni anak2 aku minum susu ceklat Dutch Lady, pastu tukar susu ceklat brand Tesco. Skang lagi menjimat, minum susu ceklat 1 Malaysia. Murah, Sedap & Berkhasiat. Gitewwwwwww ;P


bear besar + kecik belah kiri tu BB punye (bobo + adik bobo), yg belah kanan adek punye (bebear + sully + sally). ni tak campor lagi ngan bantal busuk memasing. takde semua ni, mmg tak tido le bebudak tu. haih la anak..
baby2 tua saya ^_____^





#PrayForMH370



9.3.14

::MH370::

9.3.12


SMALAM kita semua dikejutkan dgn berita kapal terbang MAS kita 'hilang'. Aku sebenarnya dapat tau lewat sbb pagi tu berarak anak branak kluar gi carik lauk + memacam brg skolah bebudak. Bila smp umah dlm kul 12 tu baru dpt tau berita ni. Tak tau nk ckp apa, mmg macam2 dlm kepala otak mikir pasal insiden ni. Yg aku tak bleh blah tu, benda2 mengarut yg org post kat wall FB. Merepek!! bangang sgt sape2 yg buat spekulasi / post gambar2 fake kt situ. Rasa mcm nk je aku carutkan. Nak2 lagi boleh lak timbulkan pasal politik apa bagai. Kehanjengan apakah???!! eeeeee..sakit hati aku.

Memang aku tak senang duduk smalam. TV aku on aje Astro Awani. Hibanya rasa. Malam tadi pun tak lena langsung aku tido. Aku terlelap dpn tv dlm kul 1 lebih, kul 3 terjaga balik pastu susah nk lelap. Bila on tv, dpt tau masih belum jumpa apa2. Ni kita yg takde apa hubungan dgn mangsa2 kt dlm flight tu pun dah terasa sgt2 hiba, apa ntah lagi family members kan? :( 

Abg Long aku keje MAS, bahagian QA. Aku sesaja risik ngan dia pasal ni, dia pun tak dpt nk bgtau apa2 lagi. Aku adik bradik sebenarnya asal & membesar dgn 'MAS'. Arwah abah aku berpuluh tahun keje dgn MAS. Masa kecik2 dulu aku selalu ikut dia gi hotel2 conduct interview utk pramugari/pramugara. Kakak2 (anak mak pertama - aku ada 2 mak, abah kawen 2) & abang aku semua keje dgn MAS. 

Apa2 pun, takyah la kita memandai2 nk buat spekulasi & nk tunjukkan kebanggangan dgn post gambar2 fake kt memana. Kesian kt family dowang. Kita tunggu je apa2 dari pihak yg berkuasa. Doa semoga semua dipermudahkan olehNya..amin..




*terharu banyak negara yg sama2 membantu dlm misi mencari MH370




6.3.14

::RUMAH BARU TOTI + SOFI::

6.3.14

Dah 3 hari aku duk bertapa kat umah ni. Doc bagi cuti soh aku membongkangkan diri kt atas katil. hehe..demam yg berminggu2 haritu pun aku rasa tak seteruk sakit aku skang ni. Rasa mcm mereput abis tulang2. eh, tapi larat lak kau duduk menaip ye pompuan..musykil sungguh ni ;P

Gigih la nk criter pasal anak2 bongsu manje aku ni. Si Toti + Sofi dah duk kt tmpt lain. Dah tak duduk dlm akuarium. Yelah, dh makin membesar. Aku tengok pasu tmpt tido dowang tu pun mcm muat2 toti je. Sian aku tengok dowang. So, Skang ni aku letakkan dowang dlm jamban je. Jamban umah aku ni jenis bertingkat. Aku letakkan dowang kt bawah la. Kalau kt belah atas kang ada yg terjun masuk lobang jamban lak nnt. Jamban rumah aku jenis menyangkong punye, bukan yg duduk. eh, ni nak criter pasal jamban ke..pasal bebudak ni? konpius jap nyah heyy!

kretip tak mak uols?
stool tu buat bilik tido dowang. dowang ni mmg mengada2 skit. dari kecik sebesar duit 50sen lagi dah mmg tido dlm bekas. yg tray ada isi air tu tmpt dowang berendam + makan. Dowang pandai panjat benda tu.

toti....sofi...meh kluar makan. 

toti yg gomok godang!

senang nk cuci bekas ni. campak je air tu dlm lobang jamban, pastu ganti yg baru. kalau dulu gigih la aku laki bini nk tukar2 air dlm akuarium dowang. dah le besar..berat lak tu

makanan asasi dowang. tp skang ni dowang demand. mkn dedak ni skit je. dowang akan makan banyak bila aku bagi sosej, fishball, ikan. smalam lagi le, laki aku bagi dowang makan telor dadar. pun bedal gak. pastu berak bukan main besar taiknye :P

dowang ni bukan berkurung je dlm jamban. aku bawak gak dowang main kt luar. abis dia masuk bawah lemari bagai.. pastu kluar bawak abuk2 skali. elok gak tu. senang, takyah mama vacuum ;)



3.3.14

::BERENDAM DGN GENG LESBO::

3.3.14

1.3 Sabtu haritu aku ngan geng2 lesbo mommies berpiknik kat Kemensah. Lama giler dah tak ke sana. Nampak mcm dah usang je tmpt tu. Air pun dah tak brape nak jernih. ke, sebab musim kemarau skang ni..tak tau le aku. Tp yg penting haritu kami giler2 punye hepi dpt piknik skali ^____^

Memasing bawak makanan. ala2 potluck. kami ada masak BBQ skali. terbaek sedapnye. Kali ni kami takde la smp tak makan macam biasa gi gathering tu. Sambil berendam, sambil tu aku usung makanan bagi 'anak2 hayam' aku yg dah terlebih umur tu mkn dlm sungai. Kat Teratak Angah ni best sbb ada bahagian utk bebudak. Cetek je air. So, takde la merisau bebudak tu main air. Kita tengok2kan je dari atas. Bleh mak2 tenang dgn aktiviti bergosip gosip. gitewwww..




prepare nk membako hayam + kambeng






cep wonderpet + cep jinis ^___^


membako sambil melayan perasaan


terbaek hoiiii!


dapnyerrr!








Diva Divana in the pondok


tersepit mak nyah heyyy!


fish spa katenyer. tp mmg betol pun. berebut2 ikan2 tu geget2 kaki kitaorg.
kenyang kau ikan!


kami ada bodyguard. superman terkiut in the world.
kau hade??




mcm tak caye je. dulu bebudak ni sama2 duk dlm pewot.
skang dah membesar, memasing dah skolah pun.
dah 7 tahun berlalu :)


dah mcm kedai runcit




ai lebiu all ^____^




mr wonderpet menurun jin dlm air. 
kecut la bang oiiii! ke, dah rompong kene geget ikan?
muahahahaha...


klik klik (^_^)