13.3.14

::BERGOTONG ROWONG::

13.3.14

Ntah. Dah takde idea nk letak tajuk apa. Hentam jelah nyah hey..

Ahad haritu blok penthouse aku ni ada buat gotong royong. Kami2 kat sni mmg rajin2 belaka. Ni bukan gotong royong kt bawah je. Semua tingkat! dowang akan round tengok kot2 ada barang yg dah tak guna utk dibuang, dowang akan tolong kutip & buangkan. Pastu cat pintu & dinding lif semua tingkat. Ni sume hasil usaha AJK & penduduk sendiri :) bagus kami kan? heh heh..

Tp aku tak brape bagus hari tu sbb time dowang gigih buat keje, aku & anak2 lari gi umah mak. Alaaaa..boleh je sbb aku kan tak brape sihat lagi time tu (alasan) Laki aku kan ada. Dia pun gigih gak masa gotong royong tu ;) so, aku turun tu jalan laju2 lari masuk kete. Sah2 la kene 'bahan' dgn dowang kt bawah tu kenn. gasak le. aku sengeh je kat dowang. jalan sambil usung sup ayam sepiuk beso + bekas air. Kami adik bradik lepak2 kt umah mak sambil bermakan-makanan. gitewww..(sambil memasing jadi CSI nk investigate mana hilangnye MH370. huhu)


yg kat bawah ni dowang tgh tambah cat tmpt parking

kete bomba kecik tu guna nk sedut air tembak cuci longkang dari sungai bawah tu :)

suasana meja di rumah datin biah
(bi rumah rawang, bukan rumah melaka. harap maklum)

sup hayam yg aku masak lepas subuh. hehe..
aku saje tambahkan kaki & tengkuk ayam skali. licin uols!

pembukak selera

terbaek dari CT. ikan talapia berlada + petai..
nanges makan! sodap mak eyh

ikan kicap + asam pedas tetel mak masak

nampak mcm aman je kan..? walhalllllll!
memasing nak berckp, memasing nk jadi FBI, CSI..kalau panggil wartawan astro awani, kompom org tu nanges nak layan anak branak biah. hehe. dari pagi bawak la ke petang, tak abis2 cerita pasal pesawat MH370. terasa hiba sungguh :( 

Hope something miracle happen. Semoga semuanya dipermudahkan & selamat, InsyaAllah..






4 comments:

Kniedaz said...

ui..ui..sedapnya makanan tu semua...nangis aku tengok T_T

Eye_nee said...

Beb makBiah bukan tinggal bersamaan kedengaan kejiranan kengkauan ker??...bukan bwh 2 tingkat dari umah ko ker??..ker akk yg salah tafsir..almaklumlah sejak MH370 ni tak jumpa...mulut berckp lain...kepala ingat lain..hati duk tempat lain....

deaf-angel said...

wahh meriah makanan..

nanti ko dah sihat nanti ko sorang la gantung pakai tali cat luar blok.

A.I said...

Kniedaz,
ha..sila nanges meraung semua ye. hahahaha..

Eye-nee,
kakakku sayang..biah duduk kat blok lain. kalau jln menapak dlm 10mnt - 15mnt gak la baru smp. tp kawasan yg sama. pasal kepala dah tune ke lain tu takpe kak, aku paham. sbb aku pun camtu gak skang ni. ngeeeee

deaf-angle,
memula aku baca tadi, aku ingatkan kau suh aku gantong diri :P almaklumlah, keadaan semasa kt sni skang menjejaskan perjalanan otak kami. agak tak brape stabil. haha..

klik klik (^_^)