16.3.15
Baru sekejap tadi aku dapat panggilan dari Pihak Hospital Ampang. Katanya kes ni dah dapat perhatian dari pihak atasan dan dowang sedang menyiasat. dowang akan beritahu apa2 pada aku nanti. Alhamdullilah..
Aku bersyukur & rasa puas hati sangat2 bila kes ni dah diviralkan. Terima kasih banyak2 pada semua yg sama2 membantu, menyokong & mendoakan. Bukannya aku nk carik nama ke apa. Tp aku nk org tau cerita sebenar yang dihadapi oleh pesakit2 mcm kami ni. Sebab apa yg aku ceritakan tu bukan terjadi pada aku sorang, tp ramai lagi yg senasib & ramai jugak yg sampai dah tak bernyawa..
Tapi mcm biasalah, bila benda ni diviralkan dah tentu ada yg menyokong, ada jugak yang salah faham, yang buat2 tak paham pon ada jugak. Yelah, bila cerita disampaikan dari 1 pihak ke 1 pihak, kengkadang cerita tu akan jadi lain skit. Tp takpelah, sebab yg tak berapa nk faham tu kita abaikan jelah sebab mungkin dia tak tau cerita sebenar. Aku ada terbaca beberapa komen yg mengatakan mungkin masalah tidak diluluskan KWSP tu datangnya dari aku. Yg tak cukup dokumen katanya..hamboiii. Tu sebab baca dulu blog ni. Dari entry ITU HAK KAMI!! Kat situ kan aku dah ceritakan yg sebelum aku submit, pegawai KWSP dah semak dulu semua dokumen2 tu & dah disahkan LENGKAP malah dah diluluskan pon masa kt kaunter tu. Meh aku ulang lagi apa yg aku submit skali dgn borang Pengeluaran Kurang Upaya tu - Surat diberhentikan kerja, Rekod Kesihatan dari Doktor Hospital Selayang (yg dah disahkan pun aku hilang upaya) & Surat Ilat dari Perkeso. Pegawai tu sendiri yg kata aku layak utk buat pengeluaran. Tp kene lalui dulu pemeriksaan dari doktor panel kat Hospital Ampang. Ha...masalahnya dtg masa pemeriksaan tulah. nk periksa apanya? sentuh aku pon tidak. Dijelingnya lagi ada. 2 minit je aku & pesakit2 lain duduk kt dlm bilik tu kemudian kami dihalau balik. Ha...itu cerita sebenarnya..
Kerana kes Arwah Hayatiyati Tie haritu lah aku bangkit nk ketengahkan kes ni. Rasa marah meluap2 sebab rasanya tak adil doktor tu layan kami camtu. Biadab sgt caranya...kalau nk tolak pon, terangkanlah elok2 pada kami. Kami bukannye nk mengemis duit dia / keluarga dia. Kami minta hak kami je..tu pon susah?
mekaseh ceera & mekaseh semua yg dah viralkan kes ni. yg ni trus link ke blog. so, mmg tau cerita sebenar la..
ok..ini mmg tak boleh blah. siyes aku tak tau nk nanges ke, nak gelak. 'prihatin' la sgt doktor ni. dah melencong ke lain ceritanya. walhal baca dari blog ni sendiri. komen pon kat entry itu hak kami. see? nampak sgt tak amik berat sungguh. camne cerita aku boleh jadi camni? bila masa lak aku ibu tunggal? bila masa lak aku yg sakit cancer? oh my...! mintak doktor tolong baca balik entry tu betol2 ye.. hehe
Alhamdullilah, ada sorang MUA ni forwardkan ke KWSP & pihak mereka dah reply. Apa2 nanti aku update dengan kowang kt sini ye.. :)
yang ni dari portal SuaraTV. ada tulisan kt dalam tu tak berapa tepat skit. yang pasal aku kat pintu lagi dah kene halau. dah la nampak nazak sungguh gambar aku ni. hehe..yelah, time tu hari ke 2 aku cuci darah kt hospital. Sebab gambar ni jugaklah ada masa tulis komen sebut aku 'makcik'. haha, merasa dah aku jadi makcik. walhal dah tulis umur kat artikel tu. ke..mmg bila dah 38 ni dah taraf2 makcik? oh mai! takpe..takpe..makcik redha nak..hahaha..
Artikel ni keluar kat website VIRALIYAT.NET jugak..
kat page Kapten Norudin pun ada..
ha..yg ni senang org nk faham...trus dia share dari link blog aku ^_^
Tapi apa2 pon, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua. Hanya Tuhan je yg dapat membalas jasa baik kowang. Lepas ni kalau ada apa2 cerita dari pihak KWSP, aku akan update kt sini & FB. InsyaAllah. Semoga semua diberkati Allah hendaknya. Ai Lebiu All! muahhhhhhhhhhhh..
16 comments:
Alahmdulillah .... semuga ade positif maklum balas & tindakan dr pihak terbabit . AMinnnnn
www.cintaaliah.com
semoga dipermudahkan urusan...aminnn... :)
Bla kita nak mnta dktr kluar repot..kita kna byr 80rgt kat hospital tu...ada ka dktr jd mls or bengang nak bt krja lain sbb x xtra payment kpd mereka yg mnbt xtra job tu...
Assalamualaikum kak, semoga dipermudahkan segalanya. memang marah bila baca hak kita tak diberikan sewajarnya sedangkan kita dah tak mampu nak kerja.. semoga pihak2 yang berwajib sedar akan masalah ini.
Assalamualaikum Kak. Saya Yasmin.
Saya cadangkan akak try minum air alkali. Cuba akak search tentang Kangen Water. Ada protokol untuk minum. InsyaAllah sembuh. InsyaAllah.
moga dipermudahkan urusanmu Ai.
be strong ye
Keep strong...Pasti ada Jalan beb...
kebaikan menulis untuk dapatkan hak dan ramai yang membantu demi kebenaran. awak berjaya bukan hanya untuk diri awak tapi juga ramai yang lain yang tiada upaya nak menulis. semuga kesehatan awak juga akan semakin baik.
KENGKAWAN,
Alhamdullilah...terima kasih semua.
Cik Anon,
InsyaAllah..semoga ada jalan untuk semua yg memerlukan jugak :)
Alhamdulillah..harap2 tak senyap ja lepas ni. Semoga pihak berkenaan benar2 menjalankan siasatan.Semoga segala urusan AI dipermudahkan insyaALLAH.
Alhamdulillah Kak,
Saya dh ckp dh benda2 viral ni mmg cepat la diorg cr solution. Doctor tu pon dh panas je.. Harap2 lps ni xde lg kes2 doctor gila kuasa begitu.
Cik Anon,
Amin. Ituler...jangan lepas ni pihak tu senyap pulak. tp ai dah ada nombor phone & nama org yg incharge tu. apa2 boleh refer balik :)
monstorious wife,
kan, dia rasa dia ada power. boleh aniaya org sesuka hati dia je. tp skang dia takde kt sni. dia kt oversea. so, kene tunggu minggu dpn baru tau apa2 dari hosp ampang tu..
Salam Kak.. Semoga Allah permudahkan segala usaha kakak. I feel you.
Nudabuffy,
salam :) InsyaAllah. nasib & rezeki kita dah tertulis camni kan..redha aje lah..huhu
Assalam sis,
lawak laaaa hat doktot tu tuleh
pa pun congrtaz sis sebab berani & berjaya tuntu hak sis :)
Dapat surat minta maap tak dari doktor pompuan tu? ke pihak spital buat senyap je? Kalau kita ni tak cukup syarat sekalipun, doktor tu kena terangkan baik-baik, bukannya jeling-jeling dan tak profesional.
Post a Comment