30.12.11

::CORAT CORET @ MELAKA::


Aku bertolak blk Melaka haritu pepagi buta Jumaat. Mekapkan pengantin belah ptg. Jauh skit la dari Alor Gajah. Kat Tengkera sana. Tp sementara menunggu gi mekap tu bleh la rehat2 dulu. Tp mak bukannya memanjang ada kt umah sbb dia menyibokkan diri kt umah kenduri jiran blakang umah dia. Client Cinta kali ni anak jiran blakang umah datin biah sebenornya. Aku uruskan belah pompuan. AJ lak urus pasang pelamin apa bagai kt belah lelaki. AJ pon mekapkan jugak pengantin time bersanding belah lelaki kt Alor Gajah. Nak tengok bleh klik kt SINI.


toti + sofi duk dlm bekas kecik..sian kt dowang tau sbb ms kat sana haritu mcm takut2 je. agaknya dia tgk umah tu lain dari umah dia kot. so, dia tak selesa..

abu + tipah - AJ punye

lawatan wajib - ziarah kubur abah

tlg jagakan anak sedara pengantin lelaki. domok dia kan? gerammmmmm!

balik dari Tengkera, singgah dusun mkn doyan.
$_____$"
 tp sodap melampau2

rasa mcm nk petik je doyan ni..

sesi bergosip! muahahahaha....over sungguh!

bersiap lawa2 gi kenduri kawen blakang umah ;)

family si Iena

lps 2 hari bertungkus lumus mekap kt belah pengantin pompuan, time kenduri pengantin lelaki aku jd tetamu. heybat sungguh rasanya ^_____^ makan, makan, makannnnn


ayam pusing + pewot nangka + petai tempoyak + gulai kambing = TERBAEK!

anak dara + mak2 dara

Diva Kelemak Perdana


cukik anak sedara belah pengantin pompuan lak. rasa mcm takmo pulangkan kt mak dia je. baik sungguh si aiman ni tau. sengeh je dia. dia bangun tido je trus sengeh. adoiiiii...x tahan!


tengok mcmana dia sengeh tu. ala2 gatal je kan? hehe...cerdik!
 Kami blk ptg ahad tu jugak sbb abg kaman kene keje mlm tu. Amik bos & family dia yg baru blk dari bercuti kt airport...





29.12.11

::DAH SELAMAT::


Alhamdullilah selamat dah procedure 1st stage utk Angah smalam. Jenoh gak la menunggu sbb kesian tgk Angah lapar. Dia kan kene puasa. Turn dia tghari sbb doc dulukan lg 2 budak kecik. Lagi pon procedure Angah smalam paling lama sbb dia kene tepek 3 tapak skru skali. Lama gak dia kt dlm OT. Dlm 3 jam. Pastu nak tunggu dia sedar pon lama. Memula sedar tu trus aku suapkan dia bubur nasi. Tp tgh2 mkn tu bleh lak dia terlentok tido. Kesan bius tu byk lg dlm badan dia kot. Dh petang baru dia sedar betol. Byk gak dia mkn smalam. Kebulur benar nampak gayanya sbb x mkn dari pagi. Air pon x boleh nk minum. 

Blk umah smalam dia mcm biasa je. Siap bleh update FB lagik ;) tetiba aku nk pitam tgk dia melompat2 dpn tv!!! smalam tu kesan ubat bius / tahan sakit byk lagi. Aku dh kabokan kt dia jgn galak sgt sbb takut sakit nnt. Tup2 mlm td dia dh dpt rasa sakit tu skit. Bangun pagi ni merengek. Dia dh mula rasa sakit. Sib bek la adik2 dia sume mak tlg jaga. Aman skit le rumah ni. Takut Angah rimas. Tp ptg kang kutip blk bebudak tu dari umah mak. Esok pagi bleh dowang duk kt umah Ema pulak.. 




Angah yang cool ^ . ^
tp meleleh gak air mata dia kt dlm OT tu. sib bek la abah dia bleh temankan smp dia tertido..
dia sebenarnya risau. takut masa doc drill tengkorak, terkena otak (aku pon takut gak sebenornya). aku ckp ngan dia jgn risau. doc tu tau buat keje dia. doc takkan sesaja nk cederakan pesakit ;)
Dr. Kaman Azaha in action

Anak Abah

masa ni dah sedar sepenohnya =)

masuk je umah, update status FB dulu ye. ini adalah penting! hehe..

chatting ngan paksu AJ pulak..

mlm td dia dh dpt rasa skit2 sakit tu..

pagi ni (29.12.11) dia dah mula rasa sakit. merengek je dia :(


Esok balutan kepala dia tu aku kene bukakan sendiri. Minggu dpn gi hosp buka jahitan kulit kepala lak. Minggu seterusnya tu kene gi jumpa ngan Prof Asma (yg buat procedure ni). Insyallah bulan 3 nnt ada 2nd stage procedure lak utk letak sound processor. Rasanya dlm bulan 6 nnt dpt le telinga palsu dia tu kot. Sebelom tu dia akan dpt alat pendengaran BAHA tu dulu. Tak sabar rasanya nk tgk dia puas ati dpt telinga & dengar cam kita2 ni ^  .  ^


27.12.11

::KITA DOA SESAMA YE::


BANYAK yg aku nk criter sebenarnya kt sni. Tp aku xde masa nk update. Aku blk dari Melaka Ahad haritu. Takde celebrate birthday Along pon. Dia lahir 25/12. Aku arrangekan utk dia celebrate ngan kwn2 rapat dia kt KFC je. Potong kek kt sana. Aku hantar & ambil. Sronok le bebudak tu bergedik2 kt sana tanpa aku ;P Harini pulak pepagi lagi aku dh ke SMK Rawang temankan Along orientasi. Ayoyo, mcm tak caye je aku ada anak yg bersekolah menengah...huhu

Tghari smp ke ptg td pulak aku mengemas umah. Buang bersih abuk2 yg ada. Mop dari dlm bilik ke ruang tamu smp ke dapor. Licin bersih aku kerjakan. Ni sume sbb nk elakkan Angah dari terkena jangkitan kuman bila dia blk umh ni nnt. Letih bukan kepalang tp puas ati sgt bila umah bersih. 

Skang ni ada gak rasa risau pembedahan Angah esok. Doc nk masukkan pin/skru kt tengkorak Angah. Benda tu kene drill ke tulang kepala. Memacam benda dlm kepala otak aku ni. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar & selamat. Semoga lps ni Angah gembira dpt dengar dgn jelas. Nak2 lagi bila dpt telinga. Mesti dia hepi =)

Mlm ni hntr bebudak kt umah mak. Esok dlm kul 6 lebih dh nk bertolak ke HUKM. Kul 730pg dah nk kene ada kt sana. Jap lagi nk suapkan Angah nasi byk2 sbb dia kene puasa start tgh mlm ni.

Kita sama2 doakan Angah selamat ye...TQ semua =)

22.12.11

::COTI PANJANG::


Lepas subuh sok aku anak branak bertolak g melaka. Minggu ni ada job makeup kt sana. Anak jiran blakang umah mak kawen amik pakej ngan AJ. Aku tukang mekapnya. Sok ptg makeup belah pompuan kt Tengkera, mlm tu ada majlis berinai pulak. Sabtu tu baru majlis sanding belah pompuan. Ahad tu baru sanding belah lelaki kt Alor Gajah (blakang umah mak).

Memula tu ingat nk blk tgh mlm ni tp mcm terkejar2 lak sbb abg kaman kene tlg AJ angkat pelamin dulu. Makanya, sok pepagi buta le baru bertolak. Tu pon x lama duk kt sana. Tghari Ahad tu dh kene blk sni sbb laki aku kene gi amik bos anak branak kt airport. Frust agaknya si Along kalau tau x buat bestday party dia kt Melaka. Birthday dia Xmas ni. Tp nk buat camne? mmg kene blk sni awal..

Harini aku last keje la gamaknya. 2 minggu lagi baru aku masuk keje balik. Sib bek la bos bagi cuti ihsan kat aku. Kalau x, mau kejung tolak gaji. Ni yg sayang sgt2 kt bos ni. hehe..Minggu depan aku kene settlekan SEMUA hal2 sekolah bebudak, pastu kene jaga Angah elok2 kt umah. Semoga semuanya berjalan ngan lancar, amin..

::SEBEDAY PARTY ANIS::


Birthday party anak adik aku si Sam + CT ni hari Ahad haritu. Dah makin besar si Anis. Cerdik ooo Anis ni. Haritu dia dpt anugerah pelajar cemerlang sekolah & anugerah mata pelajaran tertinggi :) Tahniah Anis..

semua dok ngadap si Aiman main game

budak tomei, muiz :)

mcm2 makanan ada. semua pon sodap!!




x pedulikan party, ralit main game ;)

birthday girl 

meriah!!


Adek sentap makanan masuk kertas & rambut kene buih. haha..


mak hayam kertu + anak hayam loloi





bukak hadiah time!


tingin nk anak kembar ke bang? ;)


21.12.11

::CAHAYA 2012 KATANYA::


"MEMACAM DUGAAN AKHIR TAHUN 2011 NI. TP SYUKUR ALHAMDULLILAH, DAH NAMPAK CAHAYA TERANG UTK TAHUN 2012 NNT ^_______^ TERIMA KASIH ALLAH, TERIMA KASIH ADIK BRADIK, TERIMA KASIH KAUM KERABAT & TERIMA KASIH SAHABAT2"
- tetiba status fb aku feeling2 kannnn? hehehe...
smalam mmg hari suwey aku. bak kata AKAK, sehari dlm 365 hari ;P dari pagi memacam benda yg tak kene jd kt aku. tetiba nk tghari semalam bertimpa malang nasib aku. mmg berat giler dugaan tu. sori, mmg tak bleh nk criter kt sni. smp aku rasa mmg dh putus harap. tp syukur Alhamdullilah, pagi ni semuanya dah selesai. lega sangat2 rasanya. TERIMA KASIH SEMUA! ai lebiu alls!
 

20.12.11

::SELASA YANG MALANG::


Sunyinya opis...kawan2 aku dh start cuti minggu ni. Aku lak non ado cuti. Licin lecat dah ;P Nak jaga angah ni nnt pon nk mintak cuti ihsan je. Sayang nk tolak cuti thn depan. Kalau x dpt ihsan dari bos, terpaksa le aku cuti tanpa gaji. Surat dah siap buat, tp bos besar x msk opis lak. hhrrmmmm...

Kabel kimie tertinggal kt umah. Kalau x, bleh aku hapdet gambar2 masa bestday Anis (anak adik aku) Ahad haritu. Esok le baru aku tepek kt sni ;)

Harini mmg hari MALANG aku le gamaknya. Pepagi lagi Cik Kia dah buat hal. Tayar blakang dia terjerit2 kluarkan bunyi bising. Ntah nape. Yg sebenarnya dah bunyi dari Sabtu tu lagi, tp pagi td makin kut lak bunyi dia. Jln blk kang brek tak makan udah. Mampos aku ;P Bila dah smp, turun je dari kete..baru je jalan 3-4 tapak, tali kasut lak tercabut!! aduyaiiii...sakit jiwa aku. isk. Last2 aku bukak je kasut, jln ngan kaki ayam smp opis. Kepala dah berangan nk b'fast cicah kek yg aku beli kt petronas tadi ngan white coffee panas kt opis. Bila aku tekan mesin air tu, dia kluarkan air panas putih je. Damn!!! kopi dah abis. Aku alih lak kt sebelah kanan, try tekan cappuccino lak. pon sama. AIR KOSONG panas je yg kluar!! -___________-" sib bek la dlm esbok opis ni ada belen susu ceklat haritu. Cicah jelah kek ngan air ceklat sejuk.

Pastu terasa nk kencing lak. Masuk le jamban. Alamak!!! Piyed pulakkkkkkk....mengagau aku carik pad. Yelah, pepagi buta tadi mana ada org len kat opis ni. Aku sorang je yg smp awal. Pompuan yg ada kt opis skang ni pon aku & amoi je. Yg lain cuti. Punggah punye punggah, sib bek ada jumpa sekeping. Kalau x, mmg terpaksa le aku kluar turun gi beli kt petronas nu. huhuhu... Dah jmp tu, masuk blk jamban sbb nk lekat kt spender. Angkat je baju...BEDEPEK!!! enpon aku jatuh kt lantai jamban. Abis terbukak. Ayoyo, time tu rasa mcm nk nangis je. Apa la malang nasib aku harini. Isk...sib bek la bila pasang blk, ok. 

Lps ni x tau lak apa. Jgn le jadi yg bukan2 lagi. Mau aku meraung nnt! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa....


-ptg ni sarung slipar jamban je blk umah ;(

19.12.11

::ANGAH + TELINGA TETIKNYE::

Sebelom g Zoo rabu lps tu, pepagi buta lagi kami anak branak berarak ke HUKM. Alhamdullilah, lps dlm 2 thn usaha Angah dah hampir2 nk dpt merasa ada sepasang telinga. Bonus utk dia, x lama lagi dia akan dpt mendengar dgn lebih jelas & kuat ^_____^.

Sebelom masuk jumpa ngan Prof Asma (doktor yg akan operate Angah), aku tgk si angah dok ralit gentel2 telinga kecik dia. Bila aku tanye apesal dia buat camtu, dia ckp "Angah rasa angah sayang la dgn tinga kecik ni Ma. Dia lembut je...Angah sayang". Ha..sudah! camno lak ni. Tp tuler, mmg rezeki Angah sbb Prof tu kata takde masalah kalau tak buang tinga kecik tu. Biorkan je dia kt situ. tak ganggu pon telinga besar yg bakal dia dpt tu nnt =) sronok bila Angah tau tinga tu tak perlu dibuang.

28.12.11 ni doc akan pasangkan dulu 3 skru kt tulang tengkorak dia. 1 untuk alat pendengaran BAHA (Bone Anchored Hearing Aid), 2 lagi utk telinga palsu Vistafix. Rupanya Angah adalah org ke 3 yg buat vistafix tu dlm Malaysia ni. Memula ni doc akan bukak kulit tepi kepala angah utk masukkan pin/skru tu pastu tutup balik ngan kulit dia. Lps 3 bln (lps skru tu dah sebati ngan tulang) kulit kepala tu akan dia bukak ngam2 je keliling skru tu tadi & doc akan letak sound processor skali . Lps dah sembuh tu baru le boleh guna Baha & telinga =) Harap2nya semuanya berjalan ngan lancar le nnt, Insyaallah...



penoh kusi ngan bebudak. anak2 sape la tu kannnnnn?

smp tertido kau kaman!

tinga kecik kesayangan angah ^_____^

sewel!

sempat lagi bebudak ni men kt area daycare..

rindu plak kt anak dara ni. skang ni dia ada kt Melaka temankan datin biah...huhu


klik klik (^_^)