Lepas subuh tadi dah bersiap2 angkut Angah gi HUKM. Senang gi pepagi buta utk elak jem teruk & dpt parking. Aku gi berdua je ngan dia. Ingatkan nak buka benang tadi. Tp ada masalah skit, dipostponed ke hari Khamis lak nnt. Nasib bek la aku masih bercuti. Boleh la aku ke hulu ke hilir uruskan bebudak ni.
Smp je kt Rawang, merata aku jelajah gi beli barang2 skolah bebudak yg 'tercicir'. Jenoh carik uniform pengawas Angah, akhirnya jumpa jugak. Tu pon mahal nk mampos. baju, kain & tudung je dah nk $100! ayoyo...tp disebabkan takde pilihan, kene gak la beli. Dah beli baru dpt tau ada kedai yg jual murah. tp tuler pulak, jauh nun kt pekan Bt 5 ;(
Smp kt umah singgah umah Datin Biah jap mintak dia tlg jahitkan lencana bebudak ni. Ptg baru smp kt umah. Smp skang ni pon aku lom dpt rehatkan diri lagi. Rasa nk tertanggal urat2 badan aku. huhuhu...
Ahad haritu adik bradik aku sume dtg ziarah Angah. Dh mcm open house new year pulak aku rasa. Meriah! hehehe...harini pon ada sepupu & maklang aku dtg jenguk Angah. Murah tol rezeki Angah =)
Esok sebenarnya aku ada appt kt Hosp Selayang. Tp aku terpaksa anjakkan tarikh tu ke hari lain. Esok aku try call sana le. Payah nk adjust timing sbb Adek skolah pagi, BB lak skolah ptg. Kene tgk dowang sbb esok first day dowang skolah. Abg Kaman mmg ada, tp aku lagi puas ati kalau tgk sekali. Makanya nnt appt aku hari Isnin ni nnt pon terganjak skali la tu. Takpe la..bulan dpn pon boleh aje. Ubat pon ada lagi.
Mulai Khamis ni tanggungjawab along bertambah sbb dia kene uruskan Adek gi skolah. Mandi & siapkan Adek. Pastu hantar ke bawah tunggu van dtg amik. Tghari pulak, lps makan kt umah Ema..kene turun tunggu van skolah kt bawah dengan BB =) Tu pon awal2 aku dah warning dia...mulai esok dia boleh layan FB time weeekend je. Merasalah kau! hehe....
K, lah. Utk semua kengkaum ibu...selamat berjuang utk hari esok! Bubyeeeeeeeeeeeeee
4 comments:
Kak ai pun jgn lupa kesihatan diri. Bwk2 la berehat jap kalau dah penat ya.
Kak ai pun jgn lupa kesihatan diri. Bwk2 la berehat jap kalau dah penat ya.
salam AI...uish...lamanya akak tak mai sini..baru baca entry bawah2 tu yg AI tanya ttg plaster tu..hehe...elok ja dah buka..
btw...selamat berkereta baru..tahniah.
camne pun nk tgk ngn mata sendiri kan? aku yg lom hbs pantang ni pun gigih hntr adam register asrama..
Post a Comment