21.5.13

::ARNAB MAK DIHANTAR KE RUMAH ANAK YATIM::

21.5.13

Ahad haritu bawak mak gi rumah anak yatim (Rumah Kasih Harmoni) kt Keramat. Mak nak letak arnab2 dia kt sana utk bebudak tu main. Dowang pun mmg tgh nak kumpulkan binatang peliharaan sbb nak buat ala2 mini zoo. Bukan mak dah x sayang dowang, tp mak dah x larat nak jaga. Mak kesian bila terpaksa tinggalkan dowang kt rumah bila mak gi memana. Dowang ni pulak mmg lah comel melampau, tp nakal yang amat!! abis semua nk di kokaknye. hohoho...tinggal lah mak dengan Tipah + Abu je kt rumah tu. Dowang tu takpe, senang nk dibela. Kalau mak balik melaka pun boleh tinggalkan dgn aku. Aku pun ada bela Toti + Sofi kan..boleh dowang berkawan.

Sepanjang jalan dari Rawang ke Keramat mak duk melalak2 terkenangkan nasib arnab2 dia nnt, tp bila lalu balik..duk melalak2 jugak sbb teringatkan anak2 yatim kat sana. Nampak serba sederhana. Tak ramai pun, ada 25 budak je. Sungguh, aku mmg ralat sangat2 sbb tak teringat pun nak belikan bebudak tu ceklat ke..biskut ke. Sebabnya, aku tak pernah nk terbayangkan keadaan dowang kt sana. Biasanya rumah anak yatim ni mcm cukup kelengkapannya. Tp tmpt yg aku pergi ni sangat2 sederhana. Insyaallah, ujung bulan ni nnt nak ke sana lagi. Nak tunaikan janji dgn anak2 kt sana, aku nak bawakkan dowang ceklat ^_____^

Tipah yg sebesar pinggan + Abu
belum smp masa dilepaskan lagi.
bior le dowang ni temankan mak..

kowang jgn tak caye ye, ni le keje bebudak tu. abis semua dowang kunyah. sliper ni pun boleh jadi smp gini hah. isk. walhal mak kasi dowang mkn mewah. Dedak ada, carrot, kangkong..nak jugak dikokaknye benda2 lain..pintu pun! hahaha

putih yg paling manja dgn mak. dia ni bulu kt mata tu pun kene gunting. kalau x, tak nampk mata dia sbb gebu sgt

bubye tomei-tomei

cian mak.....

baik2 semua ustazah kt sni..


seronok bebudak ni dpt rabbits ^______^

'nenek biasa buat mcmni...nnt jaga dowang ye. nenek sayang dgn dowang ni. bla..bla..bla..'
yg best tu ustazah2 yg xcited nk cop arnab memasing :)

bubye...mak nak balik dah ni. duduk sni elok2 ye..
huhu, aku pun sebak tgk mak sedih gitu. tp rasanya rabbits tu pon seronok duk sana dpt main ngan bebudak tu semua..


time balik ni la yg aku rasa ralat sgt, takde bawak apa2 makanan pun utk anak2 kt sni.
duk melambai hantar smp kt pagar :(
Insyaallah, nnt mama dtg lagi bawak ceklat ye sayang..

balik tu kami ke Subang pulak, nak jumpa baby baru adik si kaman.
Siti Ainnur Khalisyah ^____^

on the way balik, harus menyinggah mkn laksa si CT kt Kota Damansara.
mak oiii, berpeluh2 luar dlm..puas dpt makan laksa.
rojak buah dia pun terbaek wokk!



8 comments:

intanazlina said...

kak, kat mana tempat ni?
tergerak hati nak singgah.

A.I said...

Intanazlina,
(eh nama kau ni combination nama akak & adik akak lak. hihihi)

Rumah Kasih Harmoni, No. 1, Jln AU 2A/13, Dato Keramat...

Bibu Wilda said...

heheh lawak mak biah nangis

A.I said...

Bibu,
bukan takat kau, ustazah tu sume duk gelakkan mak tau. dia xplain smbl nangis2, mana nk jelas. smp dowang sume pujuk mak 'takpe, makcik jgn risau...kami semua jaga elok2 nnt rabiits tu' hehe

nome said...

kat mana umah anak yatim tu kak? aku ni dah la hati tisu kalau jmpa anak2 yatim nih...

ct niaga laksa? kat kota damansara lak tu...dekat sgt ngan umah aku nih...kat mana? kat mana? meh nak try..ekeke :D

A.I said...

Nome,
Umah anak yatim tu kt keramat. No. 1, AU 2A/13 (Rumah Kasih Harmoni). Si CT niaga kt tmpt parking taman Riang Ria Kota Damansara. Dlm kul 3 lebih dia dah start niaga. tp time weekend jelah. gi ler terjah. Terjongket bontot kau hirup laksa tu. hehe...

el said...

ai...header tu kan
sape yg tudung hitam wat peace tu..datin biah ke?
mohon pencerahan hahahaha

A.I said...

El,
kahhhhhhhhhhhh..yelah beb. datin biah le tu. meriah sangat kennn? ^____^

klik klik (^_^)