30.8.13

::MERDEKA!::

30.8.13

Sekarang ni dah tak semeriah dedulu kan? Kalau dulu lagi sebulan nak merdeka, sana sini kita boleh nampak org pacak bendera. Kalau kat kereta/teksi/lori toksah cerita lah. Kadang tu penuh kat atas bumbung dengan bendera. Bangunan pun penuh kibarkan bendera. Skang ni dah takde. Tak meriah pun. Tau2 dah nak smp malam merdeka. Pastu adalah mercun pom pom pom kul 12 nnt. Tu jelah...

Pandai le aku ckp kannn..sendiri pun tak pacak bendera. Mcm kat penthouse flet kos rendah aku ni pun takde nampak bendera. Tahun lepas meriah gak. Bergantung2 bendera sampai ke tempat parking & jalan masuk. Tahun ni takde pun.

Mcm teringin nak gi Putrajaya tengok mercun besor2 malam ni. Tp 'teringin' jelah. Nama nk gi sana mmg tak la kot. Jauh benor...biasa sambut kt padang rumah aje.. 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 56 utk semua rakyat Malaysia (yg rasa2 makhluk asing tu duk jauh dendiam ye..) ^______^




29.8.13

::ALAM RIA PASTI::

29.8.13

Tajuk poyo giler. Tak reti aku nak tepek tajuk apa. Tu sebenarnya nama aktiviti hari Ahad lepas. 'Alam Ria Pasti Selayang'. heh heh.. 

Adek masuk pertandingan mengeja & nasyid wakil sekolah dia, Pasti Imtiyaz Kids. Ada 14 sekolah yg bertanding. Tp Adek dpt hadiah Saguhati je...masa mengeja tu dia nervous sgt. Last minit dia pegang tangan aku ckp dia takut. Adoyaiiii dek. Sah2 la kau ni tak ikut mama yg muka tebal ni. Dia takut org tengok dia sorang2 duk menjawab kt depan. Darah gemuruh katenyerrrrrrrrrrrr...

Takpelah Dek, yg penting adek dah cuba..InsyaAllah, ada rezeki nnt kita cuba lagi hokey...


wakil2 Imtiyaz Kids
macam2 pertandingan ada. pertandingan azan pun ada gak..

pom pom girls


bagi kata2 semangat le konon..

time ni Adek ok lagi..

tu dia..bersungguh budak ni bersajak.. :)

ayoyo..! i tell u, ini budak tak padan dgn cinonetnya.
suara & penyampaian sajak dia mmg terbaek! suara lantang sungguh.
mmg patut la dia jadi juara sajak pelajar perempuan ^____^
kecik kecik cili padi!

sebelum nama Adek kene panggil, tangan dia dah sejuk2 pegang aku. dia ckp dia tak nak berdiri kt depan tu. dia takut. huhu..jangan la dek oiii...
nasib baik dia pegi jugak bila dipanggil tu..

'ibu saya rajin memasak'
sian dia...smp 'memasak', dia duk ulang2 'me..me...me..me..'
mmg dia gemuruh sungguh. walhal benda tu boleh aje dia eja.
perkataan2 yg lain dia dpt eja. utk ayat ni je tersekat2.
tp lps habis tu aku suh dia eja memasak, elok je lancar.
huhuhu....takpelah dek, takde rezeki.
lain kali kene blajar buang rasa gemuruh tu ye.
jom kita sama2 nyanyi 'gemuruh jiwaaaaa...harapan membara...'
hahaha



yg nasyid ni ok pulak dia. jelas suara dia nyanyi :P
-sebab ada kawan2 lain skali dgn dia kan. lain la skit keadaan tu..

penyampaian hadiah..
(lupa lak nak amik gambar hadiah piala saguhati Adek tu)

habis je alam ria pasti kat Tasik Puteri tu, berdesup kami anak branak gi Rawang Perdana 2 pulak.
Ada readers jemput open house. harus la aku berarak anak branak gi makan kt sana kan? haha..
Mekaseh ye Ida. Masakan kau semuanya terbaek! sedap2..
kenyang aku anak branak makan kt rumah kau ^_____^
-jangan serik jemput aku lagi tau..

pulunnnnnn.....

Mr. Wonderpet bangun repeat amik makanan utk yg ke 48 kalinya!
muahahahahaha....

amik kau! sekali dgn piuk kau tenggek kt situ. puas makan.
sodap2 belaka..

memacam ada, laksa, mihun sup, lontong, kuah kacang, ketupat homemade, lemang tepi jalan made, rendang hayam..mcm2 lagi lah. best!!
sampai rumah, terbongkang tido keletihan & kekenyangan :P

malam tu aku badan aku tak sihat balik dah...gigil2 sakit seluruh badan (dah rupa mcm menurun jin pun ada)
Makanya, aku tak turun  la join jenjiran aku beraya kt padang tu. Laki aku ngan bebudak je yg turun..
Beraye la kowang kat situ, mak kowang nk berkuak lentang atas katil.
mintak nyawaaaaaaaaaaaaa!!



27.8.13

::MAK SAKIT, ANAK PONTENG::

27.8.13

Rasa mcm dah lama blog goblok ni tak berupdate. Aku yg dari minggu lepas x sihat, sampai le harini..badan tak brape nak larat lagi. Mood pun ke laut. Ntah bila la nak sihatnya aku pun tak tau. Ada yg kene buang keje ni nnt. Pakat la jilat dinding anak branak bila kebulur sok. hahaha..

si BB smalam buat perangai. Dengki tengok Adek ngan aku ada kt rumah, nangis sungguh2 takmo gi skolah. Adek mmg skolah cuti sbb sabtu haritu Pasti ada buat pertandingan memacam kt Tasik Puteri. Tu nnt2 la aku criter yek. Dek aku takde mood nak pujuk / nak marah, aku biorkan jelah dia memonteng smalam. Tak kose nak layan. Aduhai la anak...

sanggup dia duk intai kawan2 dia kt skolah agama berhimpun. isk..


23.8.13

::$ RAYE::

23.8.13

XTVT rutin bebudak lepas raye. Tp aku rasa tetiap hari pun buat. Mengira duit. hehehe...kejap2 mengira, kejap2 mengira. Ngalahkan ribu2. Yelah, mestilah dowang sronok tengok hasil kutipan kan? Tp tahun ni hasil agak kureng, tak mcm tahun2 sebelum ni. Tp takpelah, rezeki wooo. Cita2 anak2 aku ni tinggi. Duit raye ni dowang nak gi Kidzania. Hamboiiii..kowang lepaslah masuk. Mak pak kowang ni camno? huhu...tunggu ye anak2..bebila nanti mama bawak gi sana..




angah asyik le duk ngungkit, mama ngan abah tak kasi dowang duit raye pun. 
hehehe..


kayo...kayo...

siap ada guard benggali jaga hokeyyy...tak bleh nak samun :P





21.8.13

::MACAM-MACAM ADO::

21.8.13

Layankan aje lah...tuan punye blog goblok tgh tak brape sihat ala2 nk putus nyawa kaedahnye. Dah 2 hari mc duk tertonggeng kt rumah..huhu


Puncak Titiwangsa - on the way balik kg beraye haritu

suka sangat2 tengok pemandangan ni..

sejuk ngalahkan Cameron Highlands

terjumpa bontot kat param kg gunung, harus borong uolls.. 

gaya org tengah dilamun cinta - tido pun genggam enpon. kau mampu??

balik dari KB jumpa mek baru, singgah rantau panjang kejar 'lokcing'
rezeki kami haritu. ngam2 je kami smp. kalau tak, meroyan tak dpt mkn minatang ni.
dowang ni niaga smp maghrib je. 

huwaaaaaaa....sedapnye.
cicah lak ngan sos pedas. terjongket bontot.

bubye kampongggggggg - raye ke 3 nak balik rawang dah..

kereta bertukar jadi bilik tido..heh heh


on the way balik - lebuhraya timur barat
dah mcm kat alam bunian lak

anak2 comel mama. hihi

raye ke 4 bawak dowang gi tengok wayang criter Despicable Me.
kiut + lawak benor criter tu..

3 anak dara pungutan..hahaha
Along + Tia -anak sulong CT + Anis



-giler tenuk sungguh la keyboard aku ni. jenuh aku nak taip. yg tanda2 seru 1 line kat atas ni tak boleh nak guna. aku nak buat tanda dlm kurungan pun tak bleh, nak buat smiley tak bleh, nak letak tanda seruan tak bleh.. Ayoyo...sangkak sangat..


19.8.13

::KENE SERANG::

19.8.13


Dari hari balik dari kg haritu mcm tak rehat2 aku. Dengan sibuk duk merayap gi beraya rumah sedara mara, adik bradik semua. Ha...smalam turn rumah aku lak diserang balas! hahaha...adik bradik, kaum kerabats kaman semua dtg sekali harung. Jgn ada jenjiran yg sentap ingat aku buat open house udah...meriah ngalahkan buat rumah terbuka raye lah. Walhal aku masak mee kicap je pun. 9 peket mee habis licin uolls! bukti mee kicap aku tu sedap. ngeeeeeee....





mak bawak puding jagung




pisss

sempat lagi si sam tune kan gitar kapok aku tu..heh..

lepak2 kat luar...si CT tu mabuk, bunting :)

'beraya' dengan ema jap..

makan...makan...


ntah apalah yg mak gebang tu..semua duk melangut tengok dia ;)


paksu kaman..


Beddy, adik kaman..


ni le satu-satunya jiran yg beraya kt umah aku skali smalam,
Ana Fadly & family ^____^
maknya dari kuale kangsor pun ada..ramah, meriah!


sian kau fadly, makan dlm gelap.. ;)

lampu pun ala2 pub. malap je ha..
lampu rosak uolls! hehe..

Mekaseh pada semua yg datang serang rumah smalam ye..lps ni nak sambung carik rumah mangsa beraya balik. hehehe...


klik klik (^_^)