29.8.13
Tajuk poyo giler. Tak reti aku nak tepek tajuk apa. Tu sebenarnya nama aktiviti hari Ahad lepas. 'Alam Ria Pasti Selayang'. heh heh..
Adek masuk pertandingan mengeja & nasyid wakil sekolah dia, Pasti Imtiyaz Kids. Ada 14 sekolah yg bertanding. Tp Adek dpt hadiah Saguhati je...masa mengeja tu dia nervous sgt. Last minit dia pegang tangan aku ckp dia takut. Adoyaiiii dek. Sah2 la kau ni tak ikut mama yg muka tebal ni. Dia takut org tengok dia sorang2 duk menjawab kt depan. Darah gemuruh katenyerrrrrrrrrrrr...
Takpelah Dek, yg penting adek dah cuba..InsyaAllah, ada rezeki nnt kita cuba lagi hokey...
wakil2 Imtiyaz Kids
macam2 pertandingan ada. pertandingan azan pun ada gak..
pom pom girls
bagi kata2 semangat le konon..
time ni Adek ok lagi..
tu dia..bersungguh budak ni bersajak.. :)
ayoyo..! i tell u, ini budak tak padan dgn cinonetnya.
suara & penyampaian sajak dia mmg terbaek! suara lantang sungguh.
mmg patut la dia jadi juara sajak pelajar perempuan ^____^
kecik kecik cili padi!
sebelum nama Adek kene panggil, tangan dia dah sejuk2 pegang aku. dia ckp dia tak nak berdiri kt depan tu. dia takut. huhu..jangan la dek oiii...
nasib baik dia pegi jugak bila dipanggil tu..
'ibu saya rajin memasak'
sian dia...smp 'memasak', dia duk ulang2 'me..me...me..me..'
mmg dia gemuruh sungguh. walhal benda tu boleh aje dia eja.
perkataan2 yg lain dia dpt eja. utk ayat ni je tersekat2.
tp lps habis tu aku suh dia eja memasak, elok je lancar.
huhuhu....takpelah dek, takde rezeki.
lain kali kene blajar buang rasa gemuruh tu ye.
jom kita sama2 nyanyi 'gemuruh jiwaaaaa...harapan membara...'
hahaha
yg nasyid ni ok pulak dia. jelas suara dia nyanyi :P
-sebab ada kawan2 lain skali dgn dia kan. lain la skit keadaan tu..
penyampaian hadiah..
(lupa lak nak amik gambar hadiah piala saguhati Adek tu)
habis je alam ria pasti kat Tasik Puteri tu, berdesup kami anak branak gi Rawang Perdana 2 pulak.
Ada readers jemput open house. harus la aku berarak anak branak gi makan kt sana kan? haha..
Mekaseh ye Ida. Masakan kau semuanya terbaek! sedap2..
kenyang aku anak branak makan kt rumah kau ^_____^
-jangan serik jemput aku lagi tau..
pulunnnnnn.....
Mr. Wonderpet bangun repeat amik makanan utk yg ke 48 kalinya!
muahahahahaha....
amik kau! sekali dgn piuk kau tenggek kt situ. puas makan.
sodap2 belaka..
memacam ada, laksa, mihun sup, lontong, kuah kacang, ketupat homemade, lemang tepi jalan made, rendang hayam..mcm2 lagi lah. best!!
sampai rumah, terbongkang tido keletihan & kekenyangan :P
malam tu aku badan aku tak sihat balik dah...gigil2 sakit seluruh badan (dah rupa mcm menurun jin pun ada)
Makanya, aku tak turun la join jenjiran aku beraya kt padang tu. Laki aku ngan bebudak je yg turun..
Beraye la kowang kat situ, mak kowang nk berkuak lentang atas katil.
mintak nyawaaaaaaaaaaaaa!!
No comments:
Post a Comment