7.4.14

::GIGI BONGSU si BONGSU::

6.4.14


Adek: 'huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'

Mama: nape dek?

Adek: gigi adek yg goyang2 tu dah patah

Mama: sakit ke?

Adek: huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tak sakit pun.

Mama: dah tu nape nangis lak ni? (bukan nanges, tp kau melalak nak oii)

Adek: Adek sayang kt dia. Kesian dia ma...dia yang bagi adek gigit makanan. dia yang bagi adek makan...

Mama: ???? (kau kesian kt gigi tu rupanye dek..)


Melampau lak aku rase. kesian kt gigi. hahahaha...

Kalau kowang nak tau, keluarga aku ni lain macam skit peliknya. Ni sume menurun dari mak aku, datin biah. Dia ni giler sayang semua barang2 dia. Kene paham ye, barang2!! semua!! contoh lah, penah masa kami gi holiday kt PD, dia ada bawak pisau. Masa time nk balik tu boleh pulak tak jumpa pisau dia. jenuh dah punggah balik beg2 kami carik kot2 tersalah letak ke apa. tapi takjumpa. kowang caye tak? mak nangis hokeyyyy. 'alahai pisau, mak sayang kau. takpe ye, kalau ada org lain duduk kt sini nnt, dowang jumpa..dowang akan amik kau, guna kau elok2' - bolehhhh? hahaha..tp elok nak kluar dari hotel tu, mak round lagi skali kt dapor, dpt balik pisau tu. terselit ntah celah mana. hamboiii, nangis jugak. tp nangis kegumbiraan. Tp yg aku criter ni skit je tau. mak ni dgn kain burok dia pun dia sayang.

Aku pun menurun gak perangai mak. sampai rasa sayang giler kalau nak buang apa2 barang yg dah tak boleh pakai. rasa mcm benda tu ada sentimental value. rasa mcm barang2 tu ada perasaan. tp skang aku rasa dah kurang skit kot sbb bila aku mengemas stor ke, aku rasa serabut giler. yg mana langsung tak boleh guna dah, aku buang je. kalau x, stor umah aku ni penoh dgn barang2! omputih tengok, mesti ingat aku ni pompuan 'hoarders'. sume barang sayang, sume pun nk simpan.

Sifat aku yg menurun dari mak, menurun pulak kt si Adek. Tp adek ni agak melampau la. Penah haritu bekas kaler pensel dia yg kotak tu dah koyak. so, aku gantikan letak kaler2 dia tu dlm bekas pensel. Aku suh la dia buang kotak kaler tu. aku tengok molot dia dah cebek, mata berair. Aku paksa gak buang. Dia pun letak la kotak tu dlm tong sampah. Tup2 aku dengar dia ckp sambil pandang dlm tong sampah 'kotak elok2 tau. adek sayang, tapi mama suruh buang sebab dah koyak. bye bye kotak...bye bye....' - nangis. kau mampu?? dulu pun penah camtu. lagi teruk. aku mengemas barang2 menan bebudak ni. yg mana dah patah2, koyak2, aku buang la dlm 1 plastik sampah besar. lama dia duk bertenggong hadap barang2 tu nangis2 ucap bye-bye. huhuhu...adek...adek....


mak oiii, serompong kapal kau nak. ni dia tak tau aku nk tepek gambar kat blog. kalau dia tau, takdenye dia kasi aku amik gambar gini..

 rezeki adek, kali pertama gigi susu dia luruh tak nampak rongak.
sebabnye, masa gigi tu goyang2 aku mmg dah nampak ada gigi baru yg tumbuh kt blakang gigi goyang tu. so, bila gigi tu tanggal, trus nampak gigi yg kat blakang.
takde la nampak adek rongak. ntah mcmana la nnt kalau dia rongak sok, jenoh la aku nk pujuk budak diva divogi tu :P

 trus carikkan dia bekas comel nk simpan gigi

alahaiiii, gigi kau besar tungau je dek. hahahaha
mmg dalam family, gigi dia la yg paling kecik. org len sume gigi besar kapak ^_____^


6 comments:

deaf-angel said...

ko tak bilang dia ke?
taruk bawah katil sebelum tido, besok pagi bangun ada duit.

bilang dia Tooth fairy yang kasi
(ko la yang kena jadi tooth fairy malam2 buta)

Bilang dia cepat,
kayo adek!! haha.

A.I said...

deaf-angle,
eh, ada mcm tu ye? ala...aku baru tau ni. comelnye idea tu. yg aku tau, dedulu masa aku kecik..mak suh campak gigi tu atas bumbung. kononnye boleh jadi cerdik :P

FARYN said...

AHAHAHHHAHAHAHA... dahla baca entry ni masa tgh makan nasik..sib baik tak tersembur gelak...

Ibu n Abah said...

Ekkekeekkeke
Suka kisah datin biah...
Bagus juga maknanya datin biah menghargai barang2nya walaupun lama.....
Adek sama dgn Aisyah part simpan gigi dalam bekas...
Bukan sebab aisyah sedih nak pisah dgn giginya.. Saja dia suka2 nak simpan.

A.I said...

Faryn,
kennnnnn...melampau tau si adek tu :P

Akak,
Ni baru skit kak. mak tu apa benda yg dia guna sume dia sayang. siap sebut diri tu 'mak' dgn brg2 dia. hahahaha....

ieda abdullah said...

wahh...drama juga rupanya adik ni...hehehe

klik klik (^_^)