3.7.14

::DUGAAN D BULAN PUASA::

3.7.14


Masa aku kt opis pepagi smalam, dpt call dari adik aku si Iena. Katanya ada org call dia bagitau yg laki dia xcident. Masa tu faizal on the way gi tmpt keje lps hantar iena ke opis. Giler tak cuak?? bos iena bawak dia dari opis ke tmpt kejadian. Aku lak trus bersiap2 mintak EL dari si amoi trus balik umah. Boleh pulak smalam aku sarong baju kurung ala2 pompuan manes bersopan santun gi opis. Takut nnt tak selesa aku nk kehulu kehilir. Makanya aku balik dulu salin baju kt umah, pastu kutip biah skali. Dia dah meroyan2 kt rumah lps dapat tau menantu dia xcident. Yelah, kesian kt iena...kesian kt faizal. Dia bukannye ada mak pak lagi. Faizal, dibawa ke hospital Sg Buloh. Moh la kita ke sana mak...


sampai2 kat sana tengok AJ dah ada. CT pun ada dtg kendian tu. Yang lain2 nk dtg jugak tp mak tak bagi dulu sbb rasanya faizal tak masuk wad. Dah xray apa bagai, takde tulang yang patah. Tp muka & mulut dia teruk keluar darah. Rupanya dlm mulut dia terkopak gusi & bibir. Masa aku jolok2 tarik keluar lendir darah beku masa tunggu doktor tu tak nampak yg belah dlm. Rupanya belah dalam tu teruk sgt terkopaknya. 


kami kat sana kehulu kehilir ikut arahan doktor. dari emergency ke bilik xray, pastu ke bilik rawatan (cuci luka2 sume) last skali ke klinik bedah mulut. Mulut faizal dijahit luar + dalam. Ngeri gak aku tengok benang berselirat kt dlm mulut dia. 


Syukur takde benda yg lebih buruk jadi..
cedera di muka, tangan kiri kanan bengkak & kuku kaki hampir tercabot

Ceritanya gini..masa dia nk belok ke kiri masuk ke stesyen minyak, dia terlanggar lopak minyak & motor trus tergelincir jatuh ke belah kiri. Dia pulak terjatuh ke belah kanan. Mujurlah time tu bukan kt jalan utama. Yelah, risau kereta yg lalu lalang kan..huhu..

Dah siap semua, aku hantar diaorang balik ke rumah kt Bkt Beruntung. Masa kt rumah muka faizal dah mula membengkak. kesiannye tengok dia :( aku ngan mak berbuka puasa kt sana. Anak2 aku kt umah, abah dia lah yg uruskan. Adek call time berbuka tu nanges sedih sbb sentap tak dpt berbuka puasa dgn aku. Makanya, lepas je berbuka trus aku balik rumah. 

Iena amik cuti terus utk jaga faizal kt rumah. Harap2 iena tabah hadapi dugaan di bulan puasa ni. Kuatkan semangat kau ye na..lebiu!!



5 comments:

nor nazliana said...

kesiannyer...

deaf-angel said...

it could have been much worse ye. Syukurlah walaupun mulut dan muka macam rabak jugak kena. Lagipun lelaki dewasa.

semoga cepat2 sembuh dan hensem sebelum raya menjelang nanti.

Noraini @Nanie said...

AllahuAkbar,
Semoga tabah atas ujian ini.
Banyak2 bersyukur tak ditahan diwad dengan kecederaan yang lebih berat.
Semoga cepat sembuh. Aamiin

Eye_nee said...

Sudah nak jadi kan Ai...semoga suami Iena cepat sembuh..mesti mak biah cuak abis kan...

azlina aliuddin said...

Mekasih sume, terutama to my beloved sista Intan, mak n family yg tolong aritu. Sbb korangla aku kuat tuk harungi dugaan nie..lebiue all sooooo muchhhhhh!

klik klik (^_^)