21.1.15

::SOFI - MENUNGGU HARI::

21.1.15

AKU bukannya nak mendoakan anak aku yg sekor ni pendek umur. Tp kowang bayangkanlah...dari haritu lagi dia sakit mata. Memula sakit tu nak jugak la dia makan & minum. Ni tak silap aku dah sebulan lebih dia sakit. Mata dah tak boleh buka langsung. Tak jalan dah dengan ubat titis mata tu. Aku try siat bukakkan mata dia pon tak boleh. Suap makan pon takmo bukak mulut. Aku dapat rendam dia & jirus2 kan dengan air je..

Aku dah try google sana sini tengok pasal sakit kekura. Mmg kebanyakannye sakit sampai mati. Ada yg dah dibawak ke klinik pon tetap mati jugak. Yelah, kalau aku usung Sofi gi klinik pon takde makna sbb dia kene makan ubat. Camne nk makan kalau bukak molot pon dia takmo :( Ya Allah, sedihnya rasa hati aku ni. Sayangnye aku kt anak bongsu aku ni Tuhan je yg tahu sbb dia paling manja kalau nk dibandingkan dengan si gomok, toti tu. 

So, sekarang ni mmg aku menunggu je hari dia pergi. Kesian sgt tengok dia sakit gitu. Baiklah mati, dari hidop terseksa camtu. Dah sebulan lebih tak mkn apa. Badan pon dah pucat lesi. Beza sangat dgn kaler Toti. Aku ingat, lepas ni kalau Sofi dah takde..aku terpaksa lepaskan Toti kat tasik. Macam tak adil lak aku bela dia sekor gitu. Sayang tu memanglah sayang. Tp kita bukannye tau apa yg dowang rasa kan.. kadang tu rasa mcm serba salah. Kalau satu hari nnt aku lepaskan dia, ok ke dia kt tasik tu? sebab kan aku dah bela dia dari kecik lagi...sejak dia besar syiling 50sen lagi. Dah biasa manja dibagi makan, mandi apa sume..ish, ntah la camne nanti :(


tengok la mata dia langsung dah tak boleh bukak. aku paksa pun tak boleh..

pucat dah kulit anak aku ni :(

kau bagi bontot je kat mama??

ni jelah keje si Toti gomok ni. nampak aku, kluar mintak mkn..dah kenyang masuk bilik..tido! 
masa sofi sakit memula haritu dia temankan aje mana sofi duduk. siap letak tangan kat tengkuk sofi bagai. skang ni dia dah buat hal sendiri je. agaknya dia pun dah putus harap kot kan..alahai anak2 bongsu aku ni :(



7 comments:

lieyalatif said...

tgh bygkan akak bukak kan mate...suap kan mkn...woaaa akakberani pegang...lieya ni penakot....

kak lieya pun dulu ade bela kura2 nie...dah besar tapak tgn terus lepas kat tasik.... bagi can membiak...

Miz Eija said...

tak pernah bela kura2... jadi xdpt nak bg pndgn... sy penakut sikit hehehe

A.I said...

Lieya,
hehe...mmg dowang manja. kene selalu garu2kan belakang cengkerang tu & usap2 kepala dia. mmg dowang cukup suka kene belai gitu smp berjoget2! hahaha..tp tuler, dah sakit pulak skang ni dia :(

Mis Eija,
akak dah 4 tahun bela dowang. ni pon akak baru ckp ngan abg nak letak toti kt tasik kalau sofi mati nnt, anak2 sume dah melalak :P

mamabeauty said...

memang kita bila sayang pets tu cam anak sendiri kans.. feel you..

semoga cepat sihat ya..

deaf-angel said...

Ni la antara dugaan ada pets.
Takpe nanti sapa tahu akhirat nanti ko jumpa balik si Sofi ni...
Dia tu jam macam ninja turtle gitu.. haha.
Sorry buat lawak bodoh.

Ibu n Abah said...

Bila kita bela haiwan peliharaan dan dah sayang padanya mmg payah buat kita dan anak2 kita lebih2 lagi.. Apabila haiwan kesayangan kita tersebut sakit atau mati.
Walau perit.. Hidup kita diteruskan...
Ambil haiwan baru dan sayangi ia semula..
Akak sejak kecik rasai perasaan begini sampai sekarang dah buat2 tak rapat dah dgn haiwan tersebut. Tp sedihnya tetap terasa.

A.I said...

mamabeauty,
tuler pasal. sampai ke harini pun dia tetap gitu :(

deaf-angle,
ninja turtle pon bolehhhh. haha

akak,
betol kak. ai ni hari2 mengadap dia yg tengah sakit mcm ai yg terasa sakit dia. tp elok gak camni sbb ai boleh standby dah apa2 yg akan jadi. dgn anak2 pon ai dah bgtau. so, semua kene standby...huhu...

klik klik (^_^)