2.1.15

::TAHUN BARU, RUMAH BARU::

2.1.15 

Ek elehhh...GAH sgt tajuk ko pompuan. Rumah baru le sgt :P walhal rumah tu jugak. kalihkan barang je pon...yelah, rumah sekangkang kera je. Sume pun bersumbat kt situ. Tp syukur Alhamdullilah, rumah sendiri. Biarlah kecik pon kan... :)

Lega giler dah otak ngan mata tengok rumah aku skang. Kalau tak sebelum ni, bila masok je store aku jadi pompuan giler. Masuk je bilik bebudak aku jadi langsuir! Banyak sgt barang2 yg tak guna. Bertimbun2. Bukan apa, ni sume barang2 dari rumah aku kt selayang dulu. Aku ni bukan spesis yg beli perabot / barang2 baru tau. Mmg aku guna je selagi boleh. Tp kali ni aku sendiri yg dah tak larat mata nk pandang. Dah 14 tahun duk kt rumah ni, baru ni lah giler2 pulun mengemas.

Minggu lepas kami kemas store dulu. Aku dah tak boleh la nk mengangkat barang2 berat skang ni. Mmg kene guna kudrat si kaman ngan anak2. Aku angkat yg ringan2 & banyak mengarah je :P Amik kauuuu! barang dari store je dah selori! Ada yg aku buang, ada yg aku jual kt org yg beli brg terbuang & ada yg aku simpan atas loteng. Mujur la aku duk kt penthouse. Ada la ruang simpan barang kt atas rumah tu.. Takde dah aku serabut bila masuk store skang ni. Bebudak pon dah ada ruang utk simpan buku memasing..

 selesa dah bebudak kt umah tu..ada ruang buku sendiri. kalau tak, sepah buku memasing. ada yg dlm bilik, ada yg dlm store. kali ni semua kt dalam ni. nk buat homework kt dlm ni pun nnt boleh. tunggu mama pasang kipas dinding ye anak2..

 dapat sorang 1 row rak..tak yah sumbat2 dah buku..huhu

brg2 lain aku anjakkan ke hujung. peti ais lama yg aku sayang tu dah jual kt bangla. sebelum ni aku simpan. sayang giler kot. dah 16thn guna. dia bocor. pastu aku buat tmpt simpan plastik. dah takde dah dia :( huhu...tp lapang skit la store ni. ada la ruang utk anak2 aku..

coti tahun baru smalam punggah kemas bilik bebudak ni pulak. Tp biasanya along je yg tido dlm ni. yg lain pakat ramai2 bergelempangan tido kt depan. Ni dah lapang sume nk tido dlm kononye, tp tak boleh lagi sebab katil belah atas tu panas. Pon kene tunggu mama pasang kipas dinding. Kipas yg berdiri tu tak smp ke atas ;) sabar ye anak2..

lapang dah...

lemari baju BB + Angah ^_^ 
tak byk mana pon baju. asyik la berulang baju yg sama. gasak la kowang nak. asalkan selesa udah..

meja komputer yg dlm bilik along tu letak kt depan. ha..dah boleh tengok youtube ramai2 kt situ ;)
kalau kowang nk tau, meja makan ni dah wujud dari adik aku AJ & Ayoi kecik lagi tau. Kowang bayangkanlah dah berpuluh tahun meja tu. Kusi ijau tu pulak aku angkut dari opis. Daripada dibuang, baik aku kutip. haha..tikar getah ni pon aku kutip dari rumah lama iena. elok cantik lagi..

ruang tengok tv kononnye...
selesa skit dah rumah aku skang. mmg lega giler lah kepala hotak aku tengok. takde dah serabut tengok barang2 ntah apa2 berlonggok dlm store tu ^___^ lega mak nyah heyyy...


12 comments:

deaf-angel said...

You have make your flat a home.

But not necessary a person who live in a big bungalow or landed property can make theirs a home.

I am happy for you.

(2015 - speaking london)

Ibu n Abah said...

Akak mmg suka kalau ubah2
Tp skrg dah tak larat
Tgk jer laaa

A.I said...

deaf-angle,
huhu...Alhamdullilah. TQ friend.

(standby dictionary) ;P

Akak,
tuler kak. ai ni patotnye mengemas bagai nk rak sebelom ni lagi. tp nk buat camne kan..baru ni baru dpt nk ngemas. lepas ni maintainkan ajelah..

el said...

aku suka bilik belajar diorg tu..mcm tadika je hehe

mamabeauty said...

suka part jadi mandur tu hehe..

suh rehat jadi mengarah jer kans..

Kniedaz said...

lama dah tak main ubah-ubah ni..kat umah MIL ni macam2 khazanah ada..memang plan nak kemas ngan BIL tp entah bilanya..hehe...Selamat tahun baru sis! ^_^

Anis Ismail said...

Salam Ai...saya suka sangat tengok orang yang bijak gunakan kekurangan untuk cipta kelebihan.Kalau semuanya dibeli baru semua orang pun boleh buat kan?
Thumbs up for you sista!

Emy Omar said...

Lama x ubah suai umah mcm kak Ai buat ni..kemas dan sedap mata memandangkan kak

A.I said...

el,
mmg dah rupa mcm tadika dah el. hehe..maknye yg over ni ;)

mamabeauty,
haha...itu harus. tp mandor pun kengkadang puas hati kalau kalihkan sendiri barang2 tu. mcm tak kene je bila org len buat..

Kniedaz,
dah kemas nnt mesti lega giler. hepi new year ^_^

Anis,
Salam :) hehe...mekaseh..

Emy,
tuler, ubahsuai perabot sebelom ni dah biasa buat. tp tang mengemas giler2 gini mmg takde. kali ni mmg rasa lega sungguh tak nmpk dah barang2 yg dah tak boleh guna.. :)

Fyda Adim said...

salam singgah..dah lama tak singgah blog akak...salam tahun baru dan tahniah sebab dapar suasana baru di rumah...:D

A.I said...

Fyda Adim,
salam tahun baru fyda ^_^ Maceh...

Yani Wasana Putra Permana said...

kita dari perusahaan properti ingin mengajak teman2 blogger untuk melakukan paid review

untuk teman2 yang berminat melakukan paid review dan memiliki niche sbb:

rumah
desain rumah
berita
properti
arsitek
dekorasi
atau yang berhubungan dengan niche diatas.

kita akan menawarkan mulai dari rp. 250rbu-500rbu / blog post tergantung kualitas blognya dengan jumlah kata min. 400 kata.
dan mencantumkan minimal 2 link ke situs yang kita minta.

blog harus memiliki min. pr 1 dan berumur min. 1 tahun.

yang berminat silahkan PM ke inbox
soffian rahmat ( www.facebook.com/soffianrahmat1 )
atau kirim email developerrumahku@gmail.com

klik klik (^_^)