31.7.13

::MONYET::

31.7.13 


Alahai monyet, apalah nasib kau. Takde dahan nak bergayut. Mengigil-gigil cuba usaha nak gayut kat tempat lain. Tp tak berjaya jugak. Akhirnya jatuh berdebuk kau kt tanah. Kesian sungguh kau monyet, luar dalam sakit.
malang sungguh nasib kau...

-mOnyEtCoMeL








30.7.13

::REJEKI MAKAN-MAKAN::

30.7.13


Jumaat haritu adik laki aku, Beddy datang berbuka pose kat umah aku. Aku gorengkan ikan, sayur & sup ayam. Beddy pulak bawak kambeng bako & itik golek. Terbaek uolls!!!


air tangan tuan tanah - kobis ati hayam + ikan bawal mas

sop hayam


kambeng bako


 itek golek pun ada. sedapppp. licin anak2 aku ratah..


dak kecik ni pun beddy bawak. tapi tak boleh mkn la. geget je...heh heh..


banglo luas bebenor mmg gini le gayanya....




Sabtu tu pulak kami adik bradik berbuka kat rumah Sam/CT. Buat stimbot potluck. Tengah malam lps tu pakat gi ngemas butik AJ sampai le ke subuh...

ayoi je takde, dia ada class..

menyempat je kowang kan? bukan time ni tengah baca doa ke? ;P


the makanans

kambeng panggang special all the way from nilai.
sedap melampau. makan sampai lobams ;)


gravy + mash potato pun ado..


ayam kicap pedas - signature dish si CT
terbaekkk!


bahan2 stimbot


lepas bebuka, sambil lepak2 kami berstimbot pulak.
meletop pewot!!



29.7.13

::BYE TIPAH, BYE ABU::

29.7.13

Mak dah lepaskan Abu ngan Tipah kat tasik. Dowang dah tak boleh nak dibela sbb memasing dah memberontak. Si Tipah kejenya asyiklah nak mengokak ekor si Abu. Sampai nak putus dibuatnya. Mak dah kene asingkan akuarium utk dowang. Haritu kami lepaskan dowang kt Tasik Kota Damansara. Nampak sgt dowang hepi duk kt situ. Si Abu memula tu lari ikut kaki mak :( tp bila dia nampak air, trus terjun. Yg si Tipah lak duk la termenung dulu kt tepi. Lelama tu baru dia masuk air. Siap intai2 kami dari dalam air. Bila aku dtg dekat, dowang nyorok dalam air. Pastu nampak kepala je..hehe..ok lah, mak pun tak sedih sangat masa lepaskan dowang tu sbb nampak dowang selesa kt situ. 


mak taburkan makanan terakhir utk dowang..

kiss terakhir dari mak :)

bubye tipah...(garang beno kau ni tau) 

terkedek2 masuk air

termenung sat..


cak! main intai2 lak dia. tak berani nak gi jauh lagi kot time ni..
semoga kowang lebih bahagia duk kt tasik tu ye tipah abu ^___^


Aku punye toti + sofi takkan aku buang kot. dowang tu manja melampau. tak kisah pun kalau aku usap2 kepala. takde dia masukkan pun kepala dlm cengkerang dia tu. pandai mintak makan, pandai mintak nak kluar main (lpskan dlm bilik air jelah). Pastu bila kami anak branak gi piknik kt sungai mmg kami angkut dowang sekali. main air sungai. duk dendiam berdua tu dlm lumut. Tak sampai hati la nak lepaskan. dowang cerdik. Tp tak tau la kalau lelama sok jadi macam tipah ngan abu ni kan. kalau jadi camni, mmg terpaksa la lepaskan kt memana. Haritu pun mak relax je, yg meraung tak sudah2..si adek. dia takut tipah abu lemas la, tak dapat makanan la..yg tak boleh blah, adek takut ada hantu kacau dowang kt tasik tu! muahahahaha...



25.7.13

::LONGGOK::

25.7.13

Punyelah malas aku nak hapdet lauk berbuka..aku longgokkan je semua. Sampai dah tak ingat ntah lauk hari apa. Ada yg aku tak amik pun gambar. Terus bedal! hehehe..


rindu tak ngan cekodok lembek2 gini? dap ooo..
cekodok ni madam yg adunkan. aku tinggal goreng je.
mmg terbaek la sbb isi pisang banyak

sup tulang
rebus ntah brape jam smp lembut. yelah, kat umah aku tu manalah ada pressure cooker tu bagai.
aku masak ni pun guna bontot pengukus ;)

lemak cili api cencaru dgn sayur asin.
tahap kepedasan: melecet bontot!

ikan keli goreng...fresh!

daging goreng + sup cendawan

kari ayam
Adek bleh hirup kuah kari ni mcm hirup sup!
loya lak tekak aku tengok ;P

side dishes bak kata omputih

puding telur aku dah habis, dah diganti dgn tepung pelita.
tp mmg kiamat la kalau aku yg buat sendiri. harus la yg ni beli je kat param :P






24.7.13

::BUKA KAT TESCO::

24.7.13

SMALAM dah tak terdaya pulak aku nak masak balik keje tu. Badan pun tak brape nak sihat. Idea nak masak pun takde. Kelmarin aku masak daging goreng, beli daging mentah je dah RM17. Dpt le 2 kali mkn time berbuka & bersahur. Sayur lagik..yelah, tembolok besar & ramai. Mmg licin la. So, smalam bertukar angin. Kami anak branak mkn kt food court Tesco je..

air sirap selasih dapat free tesco sediakan, amik 5 cawan ^____^

aku dah siap2 bawak air dari rumah..kurma pun..


tuan tanah punye. memula tengok nasik menggunung mcm ni agak menakutkan.
ingatkan tak habis. tp last2 habis uolls! yelah, pagi tu aku tak bersahur pun. tak makan nasik sehari suntuk tau. huhu...

adek rindu nak mkn mee sizzling 


angah dengan nasik goreng patayanya...licin.


mkn eskem pulak..



23.7.13

::KEMBALILAH SAYANG::

23.7.13

(dah mcm tajuk novel lak entry aku ni)

Tapi mmg sentap sangat tau :(  dari Jumaat haritu Bebet tak balik2 ke rumah. Mmg sebelum tu dia asyik kluar je sbb ada kucing jantan menunggu. Gi datinglah agaknya tu. Tp tetiba sampai tak balik2 pulak. Lari ikut jantan ke apa kau ni bebet? ke...kau dah balik rumah tuan asal? 

Mama & kakak2 semua rinduuuuuu sangat2 kat bebet. BB hari2 nangis tau... 

dah nak seminggu bebet tak balik, tp mama tak buang lagi makanan.
mama letak lagi kt tempat makan bebet..

pasir bebet pun mama tak buang lagi.
mama dah belikan yg baru tau :(

rindunya mama nak cium romol2 dia..

manalah anje itam mama ni pegi...

balik la bebet...mama rindu...



22.7.13

::ADEK DAH 6 TAHUN::

22.7.13 


20.07.2007 ~ 20.07.2013 cukup Adek 6 thn :) Anak manja bongsu mama ni dah makin besar. Mintak hadiah beg skolah mcm remaja punye tu. Amboiii..konpius mak, ni umur baru masuk 6thn ke..16thn ni? puas la hati dia dpt beg tu sabtu haritu. Smp je kat rumah terus sumbat buku2 dia. Feeling remaja sgt kau Dek!

Mama doakan semoga Adek menjadi yg terbaik dunia & Akhirat. Mama yayang yeye..nande dedek dodok mama ^________^







lepas berbuka tu panggil si Echa & Siti..
ala kadar je..asalkan Adek hepi :)

 Adek feeling remaja gitew..
tak nak dah bawak beg kartun troli dia ;)


siap ada batch, cikgu kesayangan dia bagi :)




klik klik (^_^)