13.7.13

::BAND oh BAND::

13.7.13

SMALAM gi skolah Along ada perjumpaan dgn cikgu. Nak amik result PBS & nak tau prestasi belajar dia.  Tp dpt tau point utk BM & BI je. Aku rasa mcm tak brape nk praktikal sgt cara pemarkahan sekolah sekarang. Sbb sekarang guna kaedah 'band'. Semuanya ikut budi bicara cikgu memasing. Smalam ada abg budak tanye kat cikgu band ni apa & mcmana cara kiranya. Tau tak apa jawab cikgu tu? 'saya sendiri tak faham & tak tau'. OMD!! oh mak datok bukan ke benda ni dah 2 tahun? bukan aku nak kondem cikgu tu, tp agak2 la jawap tu. bikin brother tu makin bengang je sbb dia ingatkan boleh dpt penjelasan dari cikgu tu. huhuhu...yg aku lak saje tanya skang ni dah takde exam ke, boleh dia tanya kat along pulak ada ke tidak exam. hahahaha...lain mcm cikgu kau ni long oii.. ;)

Band ni kira dari 1-6. kalau kau dpt 6 tu mmg the best la. Mcm along smalam BM band 2 & BI band 3. Takpelah long, usaha lagi ye...  

tinggi mcm hantu galah kau long!
mama kau yg bantut



11 comments:

cikguliza said...

kak...sememangnya saya sbg cikgu masih samar2..sb pbs ni dilaksanakan tergesa2.....kesian pd budak...objektif pbs nmpak cantik..perlaksanaannya xmasuk akal...ckigu2 mmg byk bantah...kdg2 penin nk kategori pelajar ikut band berdasarkan instrumen yg diberi...mcm2 masalah bleh timbul..last2 cikgu2 jgak nak menjawab utk ibubapa....

A.I said...

Cikgu Liza,
ooooo..akak ingatkan cikgu tu je sorang yg tak tau camne nk explain. mmg mcm tak brape nak praktikal sgt kan? kalau buat pemarkahan mcm dedulu tu senang. Direct dah tau prestasi bebudak camne. huhu...ok, mekaseh ye cikgu liza :)

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Sama la mcm sy..pn x tau psl band..pihak sekolah x prna xplain..exam ada tp mrkh x tau..prestasi anak x tau..masa ambik repot..kata ok..top ten..tulisan buruk..aikkkk...mcm masa ambik repot g tadika plk..(ckp sy dgn asben)..ada 1 mak budak yg very 3x ambik berat psl anak nya n byk tau psl band ni jgk (mak bdk tu lecturer)..satu yg sy tau la dr mak bdk..band ni x mnjamin utk dpt range yg tinggi wlu pn dpt 100 marks dlm exam..bdk d nilai dr segi personaliti..cth nya x bradab dgn cikgu x wish ucapan slmt pagi or slm..markah band efek..dn x aktif sukan..x jwtn dlm sekola pn efek mrkh band..dan wlu pn mrkh x cntik dlm exam if keriteria yg td cukup dn memuaskan bdk bole dpt the higher band level..lets say kta x aktif aktiviti srkola sbagai parrnts pn efek jgk dgn band...jadik bg sy kn band ni adalah ikut budi bicara penilaian cikgu dr segi akademik sukan dan perangai bdk..tp its un fair la kan..kta x tau sejauh mn anak kta pnya level prestasi...dn ianya hnya bole d semak thru sistem online...(sori if sy salah ckp..takut cikgu2 mrh plk..yg ini apa yg sy dgr d tmpt sy)...AI pjg lebar plk sy be ckp kannnnn

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Pbs ni byk negatif sides dari positif. Tapi da msk tahun ketiga ni patut cikgu kena tahu apa pbs dan cara perlaksanaannya. Jgn salahkan sekolah kata x tahu. Kitorang kat skola da sampai naik jemu dgn instrumen sume. Da faham sgt pbs ni. Cuma tak patut dijalankan utk skola malaysia. Hehe. Ni cikgu skola rendah nya komen sbb jabatan slalu dtg pantau. Agaknya cikgu yg x tahu pape tu nk ckp cikgu apa ye. Jd ckgu skrg tjwb besar. Bukan dth blk skola tunggu gaji je kan? ;). Bagus sis buat entry ni. Harap ckgu2 yg sewaktu dgnnya rasa malu. Kena kaji lagi pasal pbs ni. :)

Abil Fikri Ahmad said...

Few days lepas I g sekolah anak buah I dapatkan result exam coz my sis g umrah..Apa yg cikgu dia org ckp pun I tak faham,,Bila I tanya soalan, dia tanya balik"Ni en Abil fikri tu ke?"..aduhhh,,langsung I balik jea..

Cm lalink gak, I pun pening ngan few cikgu cikgu sekarang ni..!!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Hehe. Lagi satu sifat cikgu skrg yg xnak cuba kenal anak murid sendiri. Masuk ngaja kuar. Tu je. Sbb tu jd ckgu kena rasa ikhlas dan happy. Bukan nk gaji je ujung bulan semata. Anak murid da mcm ank sendiri kat skola. Kena kenal n jaga.. :)

Sory tau asek sibuk sbb kdg2 sakit je hati bila ramai ckgu memalukan kerjaya ckgu ni. Huhu :(

ieda said...

cikgu tu malas nak cerita dah kot...jawab ja tak tau...hehee

kawan2 akak yg keja cikgu pun merungut juga pasal band2 ni sebab sgt subjektif...payah nak letakkan markah utk budak2.
tengoklah sethn dua nanti..ada cara baru plk kot (makin pening la cikgu).

A.I said...

CT,
ha..aku rasa mmg betol yg kau ckp tu. pbs tu campur skali dgn tingkah laku pelajar. Tp ntah la. aku rasa senang lagi yg pemarkahan yg sebelum ni. senang kita nak nilai prestasi anak2 camne kan...huhu

Zira,
ha..tu dia komen dari sorang lagi cikgu. hehe..tuler, akak agak frust jugak la dgn jawapan cikgu tu. Mmg akak tau benda2 ni semua bukan dtgnya dari cikgu. dah kementerian yg sediakan & dia pun hanya jalankan tugas je. Tp cara dia jawab soalan tu buatkan kami parents ni semakin blur :P betol ckp zira tu, cikgu2 kene 'kenal' & treat student mcm anak sendiri jugak. mcm kat skolah along tu mmg byk kes displin pelajar smp jadi skolah anak angkat polis. tp kalau tengok cikgu2nya pun mcm tak brape nak usaha ubah semua tu. kelas pun tak terjaga. yg best tu masa akak jump cikgu along, dia sendiri TERcerita yg dia selalu masuk kelas lewat. lps tu duk komplen kata pelajar ramai yg takde dlm kelas. Yelah kan..fikir la sendiri. dah tau keadaan pelajar mcm tu, kene ada rasa tanggungjawab la skit. masuk lewat ke kelas, mmg bebudak lelaki lari kluar la..huhu...

Abg Abil,
wah wah wahhhh...merasalah lalink gi amik result PBS anak ye. ha, tau kan situasi tu mcmana? ingatkan dtg dari cikgu kelas along je. rupanya ramai yg serupa.. ish..
(retis yg dtg, mau tak meroyan cikgu tu. hahahaha)

Kak Ieda,
kan kak? kalau kementerian kekalkan cara pemarkahan yg mcm sebelum ni kan senang. Cikgu tak yag pening2 kepala, mak pak pun tak pening sama.. ;)


fan said...

Wow

Anonymous said...

saya tak setuju lagi2 sekolah rendah. budak2 ni mana la tau nak amik hati cikgu ke apa. lagi plak markah ikut budi bicara cikgu. saya memang tak suka.

masa sekolah dulu saya pengawas. masa tu takde jadual waktu anjal. setiap minggu jadual sama. hari saya bertugas masa lps rehat mmg akan ada subjek cikgu yg sama tiap minggu. boleh cikgu tu kata saya dgn 2 lagi kwn sengaja masuk lmbt kls dia. bila kena marah tu tiap kali tugas kitorg rushing plak nak masuk kelas. kena marah pulak dgn cikgu penolong kanan kata kitorg tak buat keje. bila dia round kata kitrg dh takde. habis camne, ckp sapa saya nak ikut. cikgu kelas @ penolong kanan. mmg kitorg be3 asyik kena sembur dgn 2 ckgu ni. ikut ckgu kls, kn mrh dgn pen kanan. ikut ckp pen kanan, kn mrh dgn guru kls.

bila masuk skolah menengah pun ada kes. saya mmg selalu score math. mmg cnfm 90++ markah. sekali ada ckgu math baru masuk, dia sgt biased dgn bdk cantik/ensem. yg comot2 ni dia tak pandang pun. padahal bdk2 yg selalu score ni byk org susah. comot la sikit. masa tu saya terus dpt C ke D lupa dah. terus ckgu tu kena transfer ajar kelas corot. yela kelas saya yg top student semua drop giler2 markah. mmg tak puas hati sgt dgn ckgu tu. kita tanya pun bkn dia nak tunjuk sgt. sanggup pegi meja bdk cantik/ensem tanya paham ke idok. msti la dia kata paham je padahal bila ckgu suruh tls jwpn kt depan dia tiru kertas jwpn kita.

kalau masa saya dibuat PBS ni cnfm saya dpt band 1 je. benci cikgu pilih kasih. mentang2 dulu kite comot beg koyak2.

Anonymous said...

Takde la markah ikut budi bicara. Boleh download standard prestasi kat web lembaga peperiksaan. Ada descriptor yang bebudak ni nak lulus. Cam band 6, antara descriptornya budak dapat menyatakan maksud tersirat dalam petikan. Murid saya 2 orang je yang lepas. Kesian kat bebudak sebab kssr ni banyak aras tinggi.

Nanti tahun 4 lagi susah. Pendidikan jasmani (bab gimnastik asas) nak dapat tahap 4 (nanti tahun 4 band diganti dengan tahap) pun kena berdiri dengan tangan. Kepala bawah, kaki atas.

klik klik (^_^)