23.6.14

::HEI LOLA!!::

23.6.14


 

-____-'

alahai la anak :(

Rasanya semua org pun dah tau kes Firdaus, anak Syurga yang kebetulan dijumpai masa Jabatan Imegresen buat rush kt Nilai malam smalam. Org2 imegresen tu nk carik org lain, tp terjumpa pulak Firdaus ni. Tak terkata betapa sedihnya tengok derita dia. Sebaya dgn anak aku, si Along 15thn.

Lola si PBSL!!!

Bila semua org tunding jari salahkan mak dia, maknya bagi statement gini: 'MEREKA TIDAK TAHU KESEMPITAN HIDUP SAYA' (boleh klik SINI)

Hei Lola!! betapa bangsatnya kau bagi alasan2 macam tu. TAK LOGIK sangat2! sekali pandang anak kau tu pun org dah tau betapa sengsaranya dia kau dera fizikal & mental. Sesempit2 kau, takkan la selai baju pun kau tak boleh nk pakaikan utk dia? baju pun dah mereput & koyak rabak. Bilik firdaus tu penoh dgn tahi. Apa tu?? Kau kata tak tau prosedur JKM? Omegad. Kau hapdet FB reti pulak? takkan tak reti2 nk search website Jabatan Kebajikan Masyarakat? 

Apa jenis mak kau ni lola wei? kucing pun org bela elok2. Kau bela anak kau camne? kau malu ada anak OKU ye? kau tau tak pompuannn...kita yg ada anak istimewa ni beruntung? Istimewanya anak tu, sana istimewanya kita yg melahirkan & membesarkan diaorang. Pembawa rezeki anak2 Syurga ni tau...

huhu..takmo dah ckp lebih2. aku pepagi ni pun dah terlebih emo. sedih tak terkata. Yg pastinya, aku lega bila tengok gambar firdaus berbaring selesa atas tilam kt hospital. Dikhabarkan, perut dia pun dah mengembong dek kenyang dpt makan & minum yg cukup. Misi2 & doktor2 kt sana pun layan dia elok. Syukur sangat2 ^________^ Alhamdullilah...



Update edit
Pagi tadi aku ada baca 'KISAH BENAR' lola yang ditulis penulis blog lelaki tu.
Sori ye, buat masa skang ni aku masih tak boleh nk terima lagi alasan2 tu. Biar lah org kata aku berdosa mengata & memfitnah lola tu pun gasak la. Tu pendapat aku. Aku tetap masih fikir apa pun point2 yg org tu tulis langsung tak logik bagi aku. heylooo! kau keje overtime smp terpaksa biarkan anak kau sorang2 kt situ kan? Mana hasil dari overtime kau tu? kau kata tak dpt nk belikan walaupun sehelai baju utk anak kau yg cacat tu? ok fineee....$5 pun kau takde kan? abis tu..tak boleh ke nk berkongsi pakai baju dgn adik dia? Lola sakit ye? tp masih boleh bekerja kan? keje catering lagik...dh tentu2 kau dpt mkn yg sedap2. Ada masalah emosi ke? anak yg lagi sorang yg kau kata hyperaktif tu boleh lak kau jaga elok? nape kau tak humban jugak dia skali ngan anak kau firdaus tu? ok2...dah...kang menambahkan dosa aku lagi pulak. Aku terasa jugak sbb aku sendiri pun bukannye org senang. makan pakai anak2 pun cukup2 je, aku pun ada penyakit kronik. Anak cacat? aku pun ada sorang..tu si angah tu. Elok lak aku reti gi cari saluran mintak bantuan utk anak cacat aku tu. Kan aku ada kereta jugak mcm kau lola..boleh vrooom gi mana2 opis JKM. Aku sendiri pun takde enpon yg ada camera boleh nk selfie2 bagai post kt fb mcm kau. Jenuh aku kalau nk gedik2 gitu kene snap guna camera, pastu transfer guna cable masuk pc dulu....haihhh...takpelah, kita tengok jelah rentetan kes ni nnt camne. Apa masalah sebenar lola tu. Tp buat masa skang ni mmg aku tak boleh nk terima lagi.




14 comments:

Miss Moon said...

kak ai oooi ...moon tgk pun cam migrain kepala sedey hokeyyyyy

sampai ati dia wat cam tuh ...

sedeyyyyyyyy

mak stressssssssss

Eye_nee said...

Aku tgk bideo tu berulang ulang ulang kali tayang...sedih sgt rasa hati...tp Firdaus ni ingat satu org jer dlm hidup dia..ko dengar Ai dia panggil MAKKKK!!! masa pegawai perubatan tu nak bwk dia gi sepital...aku punya berjujuran air mata dgr dia teriak panggil mak dia tu..mcm nak aku gayang jer mak dia...benda2 melibatkan anak2 yg terdera dan OKU ni no EXCUSE yer...apa pun alsan ko mmg tak diterima dek akal lola oiii...

Anonymous said...

Senang je ban her mom from any access/gadget to internet. biar dia rasa and ada time nak fikir dan masa nak buat kerja

Anonymous said...

Senang je ban her mom from any access/gadget to internet. biar dia rasa and ada time nak fikir dan masa nak buat kerja

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Sedikit kisah ttg adik firdaus dab ibunya utk penilaian kita.

Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah 

~~~~~~~

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri,Siti Salwa
 diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban.. 

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda.. 

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, 

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook.... 

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola. 

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini. 

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu. 

~~~~~

Anonymous said...

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau 
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga. 

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik 

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh. 

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda 
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama "" Tak rugi pun kita, lagi untung ada ""

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam. 

Sekian,
Muhammad Kam

A.I said...

Cik Anon,
aku dah baca dari pagi td lagi penulisan 'kisah benar' tu. Sungguh, bagi aku langsung aku tak boleh nk terima jugak semua point2 tu. Tak logik ^ tak diterima akal. Katanya kerja overtime smp terpaksa tinggalkan anak gitu? ok, mana hasil dari overtime tu? daif sangat smp tak boleh nk belikan selai pun baju anak? kenapa tak dikongsi pakaikan baju tu dgn adiknya yg dikatan hiperaktif tu? lola ada masalah kesihatan? tp masih boleh bekerja lagi kan? ...so, nk dipendekkan criter, aku memang tak boleh nk terima langsung point yg penulis tu tulis. Full Stop!!

sari idris said...

Memang tak masuk akal.
Aku tak paham berjela-jela dan beriye iye nak tegakkan benang basah. Yang salah tetap salah. Ini kes pengabaian seorang manusia bukan binatang!Rakyat Mesia camnilaa cepat kesian. Tagih simpati sket ok..tutup kes. Kes ni patut diberi pengajaran supaya takde org lain lagi yang abaikan anak de camtu.Masalah puan Lola ni satu - de tak bercampur org!!!dah tak bercampur org, kalau susah sekali pon..Speak outlah!kalau tade duit nak beli baju hatta..kat FB berlambak group Preloved org nak derma baju.Ini anak pon tak register OKU cane bantuan nak tiba???pernah dgr bodoh sombong? ha nilaa dia.

sari idris said...

nak add..mmg tade fizikal deraan..tapi ni dah PENDERAAN MENTAL namanya.

A.I said...

bibu,
setuju sangat2!!!

lagi satu, memang la budak tu terpanggil2 MAK. dah mmg dlm dunia dia dlm beberapa tahun ni hanya MAK dia yg dia nampak. tu pun ntah brape minggu sekali agaknya. Waallahualam..

A.I said...

Moon, Kak Eye_nee & anon 1,
sedih la bila babitkan anak2 ni kan..? aku mmg tak tahan emosi..sedih sangat2 :(

monstorious wife said...

Kak Ai, sy pon rasa x logik sgt miskin sampai x boleh bg makan anak pakaikan baju elok sikit. Ni namanya mak dia mmg abaikan dia. Mak dia anggap dia xde kat rumah tu. Eh, org lain pon miskin, tp kita ni jd emak, bg makan anak dulu ada lebih baru kita makan. Bukan kita je makan kenyang2 anak x payah makan. Gerammm saya baca tau.

A.I said...

monstorious wife,
dah disahkan majikan dia, lola tu gaji bersihnya $1500++ kan? APAKAHHHHHH??? ish. masalah mental la lola ni tau!

azlina aliuddin said...

Betuii tu..KEJAMMMM!!

klik klik (^_^)