17.4.15

::KETENTUAN::

17.4.15

Petang smalam aku dikhabarkan berita sedih. Naemah keguguran. Sekejap je dipinjamkan baby 'Adam&Hawa' dalam rahim dia. Hampir 3 bulan. Tu pon setelah 4 tahun menunggu. Dah tentulah AJ & Naemah rasa kecewa sangat2. Masa ni la semangat & sokongan dari family dan kawan2 diperlukan. Tp macam yg aku ckp pada dowang berdua smalam..Perancangan Tuhan tu baik. Allah dah aturkan semuanya. Disetiap dugaan yg berlaku mesti ada hikmah. Kata doktor, baby tu tak sihat. Mungkin baby tu takmo menyusahkan org tua dia kelak. kan? InsyaAllah, ada lagi rezeki lepas ni. Aku doakan semua yg terbaik utk diaorg. 

Aku bawak balik janin tu smalam. InsyaAllah petang ni kaman akan tanam kt tepi sungai kt bawah rumah aku tu. Esok lusa, naemah akan duk berpantang kt rumah mak. Rehat2kan badan & sembuhkan balik apa yg patut.

Huii..tp nasib baik lah minggu lepas aku sempat buatkan ayam golek tertonggeng utk dia. Ngidam sangat2 nk ayam yg aku golekkan. Takmo yg lain. Suke tengok dia pulun ayam tu. Bersungguh! habis la 2 ekor utk dowang laki bini. Alhamdullilah, at least merasa gak baby, mama intan punye ayam kan. Kalau tangguh nk masak haritu, mau terkilan tak sudah..huhu..

Al~Fatihah utk Baby Adam&Hawa



7 comments:

nor nazliana said...

al fatihah..semoga adik ipq awk tabah menghadapinya..

Ibu n Abah said...

Semuga naemah dan aj tabah dgn dugaan ini.
Tpkan.. Selalunya lepas keguguran lg mudah nak mengandung. In syaa ALLAH.

Syafik Kamaluddin said...

semuanya ujian daripada ALLAH S.W.T.
saya doakan rezekinya terus berpanjangan . amin

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis,
Ai,
salam takziah yer
insyaAllah akan ada rezeki di masa hadapan AMIN

deaf-angel said...

Salam Takziah.
Allah lebih mengetahui dan mengasihi.

mamabeauty said...

insyaAllah ada rezeki lain menanti

Kniedaz said...

Salam takziah buat mereka, betul kata sis, semua ni ketentuanNya..insya Allah rezeki akan datang kita tak tau

klik klik (^_^)