30.4.15

::LANS KOPERAL QIQIN::

30.4.15

Along ni mmg dari dulu pon minat sungguh dgn aktiviti koko dia. Tang tu mmg dia aktif la. Dari tahun sudah2 pon dia akan masuk pertandingan berkawad. Gigih la setiap hari lps sekolah berlatih dengan team KRS dia. Sampai lengit hangit semua cukup. haha..baru2 ni dia ada masuk pertandingan kawad peringkat daerah. Dialah jadi komandernya. Dlm berpuluh2 team yg join, dowang dpt tempat ke 4. Ok la tu kan..Lps tu masuk lak hutan. Takde la jauh mana pon dari rumah. Kt Templer tu je. 3 hari dlm hutan, kluar tu dah takde rupa orang. Time aku gi kutip dia ngan kengkawan..mak oiiiiii! tak bernapas mak ko nak. rupanya dlm masa 3 hari tu, sekali je dowang dpt mandi. choiiii. pitam! Memasing hangus aku tengok. Dengan si along tumbuh jerawat bertonggok2 atas hidung. Tu le kau long...fefeeling sgt nk pakai losyen la..krim la kononnye. Hampeh la. Nama pon camping. Mana la sempat. Dah le itu kiranya kursus kenaikan pangkat. Tapi dia lulus, dpt jadi Lans Koperal. Komander pon dia jugak. Tak padan ngan halusnya..sore mcm petir! ko tu ikut sape la long..aihhh (krik....krik...) ;P

Semalam pon dia ada pertandingan kawad peringkat skolah. Tp dia tak jadi komander. Dia latihkan aje. Kali ni dia nk berkawad skali. Dan akhirnya....yeayyyyyyyy! Dapat jadi juara. Bukan takat juara kawad perempuan je, tp KRS lelaki pon dpt, juara platon & juara keseluruhan. Bukan men hepi dowang semua. Along sampai tak cukup2 nafas nak cerita kt kami camne org bersorak time dowang show kawad tu & meriahnya masa memasing amik hadiah. Nanges2 ko. Yelah kan..hari2 berlatih. Jenuh jugak la dia tiap kali habis tu berjalan kaki gi tempat aku dialisis. Nak tompang balik sekali. Kalau tak, ditunggunya aku kat jambatan jalan besar tu. Hari2. Lps ni rehat la long. Tumpu kat belajar pulak yek ;)

Apa2 pon, tahniah utk along & pasukan KRS Sek Men Rawang. Uols mmg the best!!!


masa ni baru kluar dari hutan..dpt naik pangkat.
hye Lans Koperal Ainnur Ashiqin ^_^
beso nnt jadi polis tau. jgn jadi askar lak..haha

 gigih dia usung benda ni bawak gi dialysis center masa aku tgh mencuci dare ptg smalam.
piala yg beso2 sume tinggal kt skolah. dpt tunjuk gambar je kt mama. 
mama tompang hepi.. ^_^


3 comments:

farwizah said...

Bagusnya anak mama

deaf-angel said...

Tahniah Along.

KRS ni memang teruk training dorang tapi kalau dah minat ye tak? Heran aku dorang boleh hafal macam2 pattern.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

klik klik (^_^)