29.4.15

::PERGINYA SOFI::

29.4.15

(FB/IG) 28.4.15...setelah lebih 4 bulan Sofi sakit, Sofi tak makan...akhirnya Sofi pergi juga tinggalkan Toti, mama, abah & kakak2...bahagialah di Syurga nak. mama ok..mama sendiri pun sebenarnya dah tak sanggup tengok Sofi derita sakit. hari2 mama layan Sofi sama mcm masa Sofi sihat dulu. Walaupun Sofi takmo makan, mama tetap pujuk suapkan juga. tak pernah jemu mama mandikan & masukkan dlm air dgn harapan Sofi terminum juga skit2 air tu..tapi sekarang Sofi dah tak rasa sakit. Sofi dah ada kat Syurga kiki emoticon kakak2..abah..semua nangis. Semua sayangkan Sofi. Semoga anak mama tenang di sana. we luv u so much...

PETANG smalam angah nanges2 call aku bagitau yg Sofi dah tak bergerak. Ingat lagi tak aku penah criter pasal anak bongsu aku tu sakit mata? aku ada criter kt entry NI. Penah gak angah call aku masa aku tgh mencuci dare, katanya Sofi tak gerak. Cuak giler aku time tu. Tp bila aku suh dia ketuk2 kulit & masukkan dlm air, dia gerak balik. Rupanya dia tido kot time tu. Tp kali ni lain. Aku dah suruh angah ketuk2 & angkat masuk air, dia tetap kejung & diam gitu. Makin melalak la angah kt rumah. huhu..

Punyelah berdebarnya aku time nk balik tu. Aku kutip along balik dari skolah dulu smalam. Dlm kete lagi si along dah melalak. Bila aku smp rumah tengok BB pon dah ada. Bengkak2 mata dah nangis. Aku smp tu terus mandikan dulu Sofi. Kiranya smalam tu adalah kali terakhir la aku mandikan dia :(  Masa aku tgh mandikan tu, Adek pulak balik. Memula tu dia ok je bercerita itu ini. Pastu dtg kat sinki tegur 'hai Sofi. Sofi mandi ye..' - dia ingat aku mandikan macam biasa si Sofi tu. Skali tu dia pelik tengok sume org pandang dia. Bila dia tengok along nanges, bb nanges, angah nanges..dia pandang balik Sofi dlm sinki..terus dia melalak. Takyah bagitau dah dia dah boleh agak. Melalak tahap menggigil badan tu. huhu..jenoh aku pujuk sebab takut dia demam. Aku ckp ngan anak2 aku, Sofi dah tak rasa sakit. Dia dah ada kt Syurga. Lps mandikan tu, sorang2 duk pelok dia. Abahnya balik pon trus cari Sofi. Nanges jugak..huhu

Kitaorg tunggu Adek & BB balik dari mengaji baru tanam dia kat tepi sungai, bawah rumah aku. Sebelum bungkus, masing2 bagi last kiss kat Sofi. Toti je yg buat perangai. Takmo dekat langsung kt Sofi. Agaknya dia tak sampai hati kot kan...membesar sesama, tinggallah Toti je sorang dlm bilik air tu..rasanya aku takkan lepaskan Toti. Sebab bila difikir2 balik, dari dia lahir pon mmg dah kat dalam akuarium. Makan pon diberi, tak cari sendiri. Mcm Toti skang ni mmg manje giler ngan aku. Dia kenal sgt2 dah mama dia ni. Kalau dari bilik air tu dia nampak aku kat sinki, mmg dia akan keluar. Sama la kalau aku masuk nk kencing, dia tinjau dulu tengok sape. Kalau aku, dia kluar. Kalau nk mintak makan..dia akan masuk dlm bekas air dia. smp nk berdiri bila tgk aku pegang makanan. Bila lepaskan dia merayap dlm rumah pon, dia tau nk balik balik tempat dia kt dapur tu. Cerdik & Manje. Tak tergamak aku nk lepaskan..bukannye aku kutip dia dari memana paya. Lain la gitu, mmg kene lepaskan ke tempat asal dia balik. Ni apa pun harapkan mama dia. Mandikan, garukkan kulit, suap makan, bagi makan..kalau lepaskan mesti dia mati sbb tak dpt nk sesuaikan diri.. biar jelah dia hidup kt rumah..


Sofi & Toti ni AJ yg hadiahkan masa bestday aku 4 tahun sudah...11.11.11

 Toti


Sofi..alolooo tomei tetiknya anak mama ni. slow, lembut je dia. tu yg bagi nama Sofi. yg Toti tu lasak skit. lajuuuu je. beso lak tu. gomok. haha..


masa kekecik dulu duk dlm akuarium..siap ada swimming pool kt hujung sana tu..nampak?


 dah besar skit, selalu kami bawa dowang men kt luar. kalau kami gi mandi kt sungai pon kami usung skali, bagi dowang duduk kt celah2 rumput tepi sungai tu. Kalau tak ke mana2, lepaskan je dlm rumah..


 Sofi masa budak..suka tol dia memanjat2. pastu carik celah2 baju nk tido. hehe..kiut giler


 masa tu pon Toti dah gomok. besar berganda dari Sofi


ni gambar Sofi 2 minggu lepas. camni la dia dlm bilik air tu. tido aje. ada jugak la dia bukak2 mata skit. pastu katup balik. Aku mandikan dia, suap dia..(tp tak penah mkn pon sejak sakit tu), siram dia ngan air..aku layan mcm Toti jugak. Tp dah ajal dia kan..biarlah dia pergi. kesian tengok dia camni..

si gomok Toti ni takyah criter la..manje..tp cerdik ;)


 11.11.11 - 28.4.15
anak Syurga mama :)

 last temukan Toti & Sofi. tp Toti macam takmo dekat dgn Sofi. Tak sampai hati agaknya dia kan.. :(


 last mama mandikan dia.. 

angah yg mula2 perasan Sofi mati. melalak dia call aku..smp ke malam tak brenti lagi nanges. diribanya aje si Sofi tu..


boleh pulak kebetulan smalam kawan adek bagi dia pemadam bentuk kekura. tu dia kata, boleh gantikan Sofi. siap suh aku tulis huruf S kat pemadam tu..


Sofi mmg suka bila mama belai2 dia gini..belai2 atas kepala..kat dagu..garu kulit dia. sampai berjoget2 ;)


sayang Sofi..

si bongsu + si bongsu


 abah pon nanges...


along dari dlm kete dah melalak..


BB ni seboleh2 dia tak kasi kami nk tanam Sofi. dia suruh letakkan aje kat dlm bilik air tu. ish..


'jangan la tanam dia...jangan la tanam dia ma..jangan la..' - sampai tertido nanges  :(


tp akhirnya tanam jugak..ramai2 turun tengok abah tanam Sofi.


semoga anak mama tenang & hepi kat sana.
we luv u so much Sofi..




5 comments:

as ♥ Leenda said...

huwaaaaaa kak aiiii...
jenuh nak cover air mate kak opis ni kak...ya allah..sedih nya..huhu

shahrizawati abd rahman said...

ALLAH... berlinang air mata aku beb!!

Z@i Z@mR33 said...

1st time singgah blog sis...memula baca tu mcm Allah..baby ke tp last2 br tu apa...

kesayangan smua mmg kita akan bsedih bl dia dh xda...wuuuu...

Eye_nee said...

ko memang kan...masuk habuk mata aku kat opis petang2 ni.....

Huaaaaaaaa....sofiii....selamat kembali kepada pencipta sekalian makhluk didunia ni Sofi...

cikji said...

Mata masuk habuk T_T

klik klik (^_^)