3.10.11

::UPDATE ANGAH::


RABU lps aku laki bini bwk Angah g HUKM. Memula tu doc kasi kami tarikh appt jmp dgn dowang lagi 7/12 ni. Dia tak dpt nak kasi tarikh operation sbb duit x cukup lg. Kebajikan taja RM24 ribu utk alat pendengaran. Mmg boleh buat operation utk pasang 'skru' BAHA tu dulu. Tp mcm kesian lak ngan dia kene masuk OT byk kali. Utk pasang alat tu je kene 2 kali. Selang 3 bulan gitu. Aku ingat kalau dh cukup $ nnt boleh la sekali harung. Idak le dia sakit byk kali. So, apa2 jumpa ngan doc 7/12 tu nnt.

Tetiba Jumaat lps doc call aku. Katanya Prof (yg akan buat operation) tu dah tetapkan 8/12 utk proceed pembedahan. So skang ni terpaksa la ikut keputusan dowang. Aku dh explain kt Angah, kalau smp ujung bulan 11 tak cukup lagi duit, kita pasang skru BAHA tu dulu. Baha tu harga dia RM25 ribu. Aku support RM1,000 je. Skang ni tgh kumpulkan lagi RM14 ribu utk telinga palsu VISTAFIX. Payah nk mohon bantuan dari gomen sbb telinga palsu tu dlm ketegori kosmetik. Tp Angah tetap nk jugak telinga tu.

Org len x paham. Mmg le ada yg kata takpe kalau xde telinga tu sbb takde efek dari kesihatan Angah. Tp tu kan keinginan dia. Tambah lak dia budak cerdik, harus aku 'award'kan dia ngan apa yg dia nakkan sgt. Utk Baha tu mmg dia terpaksa guna tu sbb telinga dia mmg takde lobang langsung. Bila scan, doc dh sahkan yg telinga dia mmg tak lengkap. Takde terowong, takde apa2 pon dlm tu. Tu sbb kene guna alat pendengaran yg cantum kat tengkorak dia. Benda tu mmg mahal gilos. Tp sib bek la Kebajian HUKM tanggung utk dia. Rezeki Angah ^_____^

So, apa2 pon nnt 8/12 mmg Angah akan operation. Tp tak tau dpt buat skali ngan telinga atau pon tidak je. Harap2 sume ok lah..Insyaallah.

8 comments:

adarnadzmie said...

semoga dipermudahkan segalanya...

kakngah said...

bila dpt relisasikan impian anak.. nikmat tak terhingga. camne payah pun mesti kita nak tunaikan... dapat lak kes cam angah. pedulikan kata org nok.. org tak paham. org ckp mmg la senang sbb bkn diorg yg hadap. lg pun.. penting untuk bina self confident angah masa hdpn.

tetiba aku emo nok..
aku doakan yg terbaik utk ko sekeluarga.

kaklong said...

hanya doa yg mampu kaklong hulurkan,dari segi keuwangan,kaklong pun tak bekerja AI,makan pun cukup2 jer...!

CathJ said...

Dengar je operation aku jadi seramm... dah serik... kesian budak2 kalau kena lalui semua ni.. moga2 semua berjalan lancar... :)

take care..

ummi_khalish said...

semoga semuanya dipermudahkan..dan angah akan membesar sebagai anak yang menjadi kebanggaan ibubapanya...amin ya rabb

A.I said...

KAK NORMI,
AMIN.... =)

KAK NGAH,
KAN NGAH? KITA JD GEMBIRA BILA TGK ANAK GEMBIRA. MEKASEH TAU..

KAKLONG,
DOA TU DAH LEBIH DR CUKUP KAK. AI PON PAHAM. AI MMG X MINTA BANTUAN DARI ORG LUAR. ABG + ADIK BRADIK AI ADA YG BANTU. SKANG NI TGH TGG DARI BOS =)

CATHJ,
AKU DH XPLAIN KT DIA CAMNE OPERATION TU NNT. TP DIA NK JUGAK =)

UMMI,
AMIN...MEKASEH ATAS DOA TU =)

Anonymous said...

semoga semuanya dipermudahkan oleh Nya...

ratna said...

Saya doakan yg terbaik utk angah. Saya faham mengapa dia nak telinga palsu tu. Dia pun nak jd mcm org lain. Perasaan nak sempurna tu dah ada dlm diri angah. Be a good girl angah..

klik klik (^_^)