30.6.14

::1st DAY BERPOSE::

30.6.14



Bermulalah idop aku bangun seawal kul 4 pagi masak utk bersahur (mcm le kau sorang je yg bangun awal pompuan oii) haha. tp mcm biasalah, nasi dah siap masak malam sebelum tu. Tinggal nk gorengkan je. Sahur pertama tu aku masak nasik goreng cili kering + ayam goreng. Pagi tadi bebudak mintak nasik goreng putih pulak. Aku letakkan crab stick + goreng naget. Adek, aku kene suapkan jugak sbb nk pujuk bagi dia mkn nasi tu habis. Kalau tak, memain je makannye. Smalam kami anak2 biah sume berlonggok berbuka puasa kt umah AJ. Abg Long je yg tak dpt join. Tp InsyaAllah, minggu ni kami serang umah dia pulak. heh heh...

angah siap2 tepek ni kat peti ais.
takut terlupa puasa kononnye :P

penoh freezer aku. time2 gini gigihlah aku asing2kan ayam, daging, udang sume. senang ikut 1 bekas, sekali masak. gitu...
aku mmg masak utk berbuka & sahur. ala, simple2 mcm biasa je udah. kalau tengah kebulor, sumbat apa pun boleh kannn? kalau gi param pun aku beli kuih2 jelah kot nnt.  siap dah plan awal2 tu, kalaulah 1 hari nnt aku tak sihat ke apa, beli je nasik ayam / nasik tomato utk berbuka. senang. kalau nk beli lauk siap mmg tak berbaloi la. baik aku masak sendiri.

mmg tradisi kami anak2 datin biah + dato' din berlonggok berbuka ikut turn.
mlm tadi kami berbuka potluck kt umah AJ. aku masakkan lauk bebudak je, sup ayam.

memacam ada..ada ayam masak lemak cili api campor petai + pucuk ubi (iena), kerabu sotong + udang (naemah), siakap 3 rasa (ct), sambal ikan bilis kentang + kuih seri muka + pengat keledek terkedek-kedek (biah) semua pun sedap2! the best ever! ^_____^

aku punye pinggan.
dpt sumbat nasi skit je, pastu ratah2 laok.
yang penting, air 4 gelas besar + 2 cawan teh o!
mak is haus nyah hey. hehe...

adek + BB yg kental berpuasa. jenoh aku tegur, jgn galak sgt masa main, kang tak tarat.
skali amik kau...adek kata pandang botol penyembur air dlm bilik pun nampak sedap :P

peace yo! - iena

si kembar ayoi + aj dgn mak terchenta

ammar si baby baekkkkk sgt2
senangnye jaga kau nak oiii... ^_^



27.6.14

::AUTA si BB::

27.6.14

Kowang tengok la anak Ben10 aku si BB ni..patut le mlm tadi aku tengok pelik mangkuk megi dia ada sebatang je chopstik. rupanyer benda tu bukannya chopstik tp batang tu straw!!!

garfu + straw
kau agak2 camne dia nak makan?

tu diaaaaa...bukan hirup ye, tp sedut kuah!!
kau mampu???

ade je auta si BB ni tau..
noti tp cerdik. hehe..result exam haritu sume A.
Adek pun sama gak ^______^
gudgirl..


26.6.14

::UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI::

26.6.14

Wahhhhhhhh..tajuk ala2 kata kiasan dah ni. heh heh..

Idak le ukur sendiri pun. Isnin malam haritu aku usung bebudak sume gi Lembah Beringin. Tempah baju raye. Huk alohhh, aku nk criter pon segan. Siyes wei, aku ni tak biasa langsung nk beli2 kain ke apa. Siap berpeloh2 tangan nk masuk pilih kain kat nagoya. Melampau kan? tp tu le aku. Tak reti langsung. Baju anak2 aku pun kalau suh org buatkan bukan lah org len. Aku campak je kain kt si ema sebelah umah tu atau pun campak kt mak jahitkan. Last aku beli kain masa AJ nk kawen dulu. Adalah 3 tahun dah kot. Tu pon belikan kain kosong je. Jenoh nk pilih. tak reti aku. ntah nape..biasa aku beli siap je. Borong kt Hari Hari udah. Rezeki bebudak tahun ni, ema (jiran sebelah yg jaga anak2 aku) buatkan dowang baju kurung. Boleh la pakai raye ke 2 nnt. Selamat bajet mak kau nak!

Tahun ni adik bradik aku sume beraya kat Melaka, makanya kene ikut tema. si AJ nak sume pakai kaler biru turqoise. Kebetulan lak aku berkenan tengok gambar2 dress bebudak yg kawan aku, Ngah (linda) update kt FB dia. Sume cantik2 & cute. Dah le dia je yg aku rasa sanggup amik tempahan last2 minit mcm aku ni. Tu pun jenoh la dia nk melayan aku cara nk beli kain. huhu...tobat kau dgn aku kan ngah?? haha..So, haritu berjaya la aku beli kain (bodo bodo je) 14meter. Ngah nnt buatkan bebudak tu baju jubah dress. Mekaseh ye ngah sbb kau sgt bertabah dgn aku. hak hak..

semua ikut giliran ukur badan.
sampai tang BB, si Ngah siap tulis nama kt kertas ukuran tu 'BEN10'
hahaha...sukalah dak bb ;P

 aloh, awat melengkung badan si angah ni? haha

mekaseh bebanyak ye Ngah, lebiu!
^_______^




24.6.14

::KAU SANGGUP?::

24.6.14

Memacam kes jadi skang ni. Hal lola tu, pagi tadi aku ada baca 'kisah benar' yg ditulis penulis blog, ada aku update edited entry pasal pendapat aku kt entry bawah ni..

Ni kes 2 minggu lepas tak silap aku. Kes yg sedih & menghayat hati. Bini meninggal kemalangan masa laki hantar dia ke tmpt kerja. Giler kagum aku kt laki dia. Siyes aku kompom punye, tak semua org berjiwa kental & dapat buat apa yg dia buat time tu..kuat sungguh iman & kasih sayang dia pada bininya...




dia sendiri yg kutip cebisan2 daging & organ2 bini dia tanpa sarong tangan!


gigih & teliti dia kutip smp kalau boleh, takmo ada cebisan yg tertinggal kt situ


dia langsung tak salahkan kereta sbb bagi dia semua ni takdir dari Allah, ujian buat dia..
-_________-'


copy from ONDSCENE : Sesiapapun berada dalam situasi begini, pasti ia akan menjadi igauan paling tragis dalam hidup. Hanya semangat yang kuat dan redha apa yang berlaku, yang mampu menahan diri dari melakukan tindakan di luar kawalan. Itulah yang berlaku pagi ini, yang meruntun perasaan sesiapa jua yang melihatnya, belum lagi jika mengalaminya. image Pasangan suami isteri ini dalam perjalanan dari rumah mereka di Batu 9 Cheras – Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isteri, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelin. image Setibanya di tempat kejadian, dengan keadaan laluan yang agak tidak terurus kerana pembinaan MRT, motosikal hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta mewah yang memasuki laluannya. Akibatnya, isteri yang membonceng, tercampak ke atas jalan. image Malang bagi Noorshah, sebuah lori sarat membawa muatan pasir yang mengekori dari belakang, terus menggilisnya. Mangsa yang parah hampir keseluruhan badan, maut di tempat kejadian. image Muhammad Hafiz yang terjatuh di bahagian tengah antara tayar lori, bagaimanapun terselamat. Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati. image Suami mana yang sangup membiarkan jasad isterinya dalam keadaan itu, lalu membuka baju dipakai dan menutupnya jasad isterinya. Orangramai kemudian memberikan sehelai baju kepada Muhammad Hafiz untuk dipakainya. image Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya. image Dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini. image Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary. Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin.




23.6.14

::HEI LOLA!!::

23.6.14


 

-____-'

alahai la anak :(

Rasanya semua org pun dah tau kes Firdaus, anak Syurga yang kebetulan dijumpai masa Jabatan Imegresen buat rush kt Nilai malam smalam. Org2 imegresen tu nk carik org lain, tp terjumpa pulak Firdaus ni. Tak terkata betapa sedihnya tengok derita dia. Sebaya dgn anak aku, si Along 15thn.

Lola si PBSL!!!

Bila semua org tunding jari salahkan mak dia, maknya bagi statement gini: 'MEREKA TIDAK TAHU KESEMPITAN HIDUP SAYA' (boleh klik SINI)

Hei Lola!! betapa bangsatnya kau bagi alasan2 macam tu. TAK LOGIK sangat2! sekali pandang anak kau tu pun org dah tau betapa sengsaranya dia kau dera fizikal & mental. Sesempit2 kau, takkan la selai baju pun kau tak boleh nk pakaikan utk dia? baju pun dah mereput & koyak rabak. Bilik firdaus tu penoh dgn tahi. Apa tu?? Kau kata tak tau prosedur JKM? Omegad. Kau hapdet FB reti pulak? takkan tak reti2 nk search website Jabatan Kebajikan Masyarakat? 

Apa jenis mak kau ni lola wei? kucing pun org bela elok2. Kau bela anak kau camne? kau malu ada anak OKU ye? kau tau tak pompuannn...kita yg ada anak istimewa ni beruntung? Istimewanya anak tu, sana istimewanya kita yg melahirkan & membesarkan diaorang. Pembawa rezeki anak2 Syurga ni tau...

huhu..takmo dah ckp lebih2. aku pepagi ni pun dah terlebih emo. sedih tak terkata. Yg pastinya, aku lega bila tengok gambar firdaus berbaring selesa atas tilam kt hospital. Dikhabarkan, perut dia pun dah mengembong dek kenyang dpt makan & minum yg cukup. Misi2 & doktor2 kt sana pun layan dia elok. Syukur sangat2 ^________^ Alhamdullilah...



Update edit
Pagi tadi aku ada baca 'KISAH BENAR' lola yang ditulis penulis blog lelaki tu.
Sori ye, buat masa skang ni aku masih tak boleh nk terima lagi alasan2 tu. Biar lah org kata aku berdosa mengata & memfitnah lola tu pun gasak la. Tu pendapat aku. Aku tetap masih fikir apa pun point2 yg org tu tulis langsung tak logik bagi aku. heylooo! kau keje overtime smp terpaksa biarkan anak kau sorang2 kt situ kan? Mana hasil dari overtime kau tu? kau kata tak dpt nk belikan walaupun sehelai baju utk anak kau yg cacat tu? ok fineee....$5 pun kau takde kan? abis tu..tak boleh ke nk berkongsi pakai baju dgn adik dia? Lola sakit ye? tp masih boleh bekerja kan? keje catering lagik...dh tentu2 kau dpt mkn yg sedap2. Ada masalah emosi ke? anak yg lagi sorang yg kau kata hyperaktif tu boleh lak kau jaga elok? nape kau tak humban jugak dia skali ngan anak kau firdaus tu? ok2...dah...kang menambahkan dosa aku lagi pulak. Aku terasa jugak sbb aku sendiri pun bukannye org senang. makan pakai anak2 pun cukup2 je, aku pun ada penyakit kronik. Anak cacat? aku pun ada sorang..tu si angah tu. Elok lak aku reti gi cari saluran mintak bantuan utk anak cacat aku tu. Kan aku ada kereta jugak mcm kau lola..boleh vrooom gi mana2 opis JKM. Aku sendiri pun takde enpon yg ada camera boleh nk selfie2 bagai post kt fb mcm kau. Jenuh aku kalau nk gedik2 gitu kene snap guna camera, pastu transfer guna cable masuk pc dulu....haihhh...takpelah, kita tengok jelah rentetan kes ni nnt camne. Apa masalah sebenar lola tu. Tp buat masa skang ni mmg aku tak boleh nk terima lagi.




20.6.14

::PROJEK SUWIT::

20.6.14

Masa hari mama haritu (kalau rajin nk flashback, klik SINI) anak2 aku ada tulis ucapan kt kad2 warna warni pastu letak dlm kotak bear yg kiut. Mmg masa memula dpt & baca tu trus terlintas nak tepek kt board. Boleh hari2 ulang baca ayat2 sweet dari bebudak tu. Kalau disimpan dalam kotak mmg tak jadi apa la nnt..makanya, haritu aku pun mulakan lah projek yg kiut ni ^______^

kad ayat2 suwit dari anak2 yg suwit..

tepek2 kt board..tepekkan skali sticker2 comel + ada ladybird jugak

tarraaaaaaaaaaaaaa!!!

(lain macam lak rupa adek senyum gitu..hehe)
aku tepekkan kt ruang tamu. dah mcm tadika umah aku tu.
^_________^




19.6.14

::TEMBIKAI LANGSUIR::

19.6.14


NI aku nk tunjukkan cara2 manusia spesis jembalang keliwons mcm aku ni makan tembikai. Biasa orang makan potong buang kulit kan? tp aku tak. kadang2 je potong ala2 sopan gitu. Biasanya aku cedok je ;)

Cara2nya ialah:


pastikan yg kau ada buah tembikai :P
keratkan 2


sediakan piuk yg lebih kurang sama size ngan tembikai yg dibelah td + sudu, omputih panggil spoon.


tenggekkan tembikai kt dlm piuk 


cedok-cedok-cedok
bila kluar tang air bertakong tu yg tambah sedap hirup tu..
nak2 pulak sejuk2. huiii..dapnye


hampir habis dicedok...
 ^_____^


18.6.14

::OTOMEN RM2.80.::

18.6.14

Tajuk gitu pon bolehhhhhhhhh...(gasak kau la pompuan..)

nampak tak jerawat aku yg kat tengah2 kening tu? 
dah mcm otomen betina lak rasa.
time ni ok la sbb aku cover baek punye ngan bedak sejuk siam aku tu. kalau tak, nampak bernanah siap uols. berdenyut2 hokeyyyy...aku agak sangsi benornye ni. ni jerawat ke, bisul :P
sakitttttt!

shawl yg aku pakai ni rege 2 hengget 8posen je. aku beli kt Muaz jalan TAR haritu.
kau hado??


17.6.14

::AYAM TERTONGGENG::

17.6.14

Malam Sabtu haritu aku masak hayam bako tertonggeng. Lama dah rasanya tak bakar ayam. Mcm biasalah, kt umah tu mana cukup sekor je. Harus aku bako 2 ekor skali. Bagi puas bebudak tu meratah. Si Toti ngan Sofi pun dok bedal ayam je mlm tu...

seksi betol kau hayams! tertonggeng bontot. 
tak sempat pun aku nk rasa bontot tu, bebudak dah pakat rebut2 nk kokak :P
aku guna oven biasa kt dapor masak aku tu je. aku kene rebus setengah masak dulu ayams tu. perap masa ayam tengah panas2 lagi bagi meresap masuk dlm kulit. Pastu baru aku bako..

pulangkan pinggan si ema, tenggekkan skali ayam sebelah..

kokak la ayam tu bebudak wei..ratah smp muntah.

cep angah

aku campakkan serbuk kunyit, halia, bawang besar, kiub ayam + marjerin.
maka terjadilah nasik ala2 nasik hayams

colek ayam dgn sos mantop ni ^______^



16.6.14

::HARI ABAH::

16.6.14

SELAMAT HARI BAPAK utk semua Abah, Ayah, Babah, Daddy, Abi, Papa, Abuya, Babuji...semoga menjadi bapak yang terbaik untuk anak-anak kita semua.

Smalam pepagi bebudak bangun tido, memasing kerumun abahnya. Mcm masa hari mama haritu lah, dgn air liur basinya bertepek lagi. ha...merasa pulak kau bang! haha..

Mr Wonderpet + anak2 omelnye

memacam bau ada


bebudak ni kalau tulis wish mmg kretip bebenor..touching & lawak pun ada..

^______^

memasing teruja tengok abah koyak hadiah. tak seberapa pun hadiahnye..
tp sronok la bila gini kan..

tarrraaaaaa..
jadik ler tu. haha

apa2 pun angah mmg paling emosi la..hehe, hati cembeng anak abah ni :)
ni bukan nanges sedey tau, tp sbb dia hepi. hehe..

Kaman gi beli telor seploh bijik kt Speedmart, dpt hadiah ni.
kau hado?

Abah...u are my truly everlasting love, my everlasting hero. miss u so much. 
...Al~Fatihah...


klik klik (^_^)