Memacam kes jadi skang ni. Hal lola tu, pagi tadi aku ada baca 'kisah benar' yg ditulis penulis blog, ada aku update edited entry pasal pendapat aku kt entry bawah ni..
Ni kes 2 minggu lepas tak silap aku. Kes yg sedih & menghayat hati. Bini meninggal kemalangan masa laki hantar dia ke tmpt kerja. Giler kagum aku kt laki dia. Siyes aku kompom punye, tak semua org berjiwa kental & dapat buat apa yg dia buat time tu..kuat sungguh iman & kasih sayang dia pada bininya...
dia sendiri yg kutip cebisan2 daging & organ2 bini dia tanpa sarong tangan!
gigih & teliti dia kutip smp kalau boleh, takmo ada cebisan yg tertinggal kt situ
dia langsung tak salahkan kereta sbb bagi dia semua ni takdir dari Allah, ujian buat dia..
-_________-'
copy from ONDSCENE : Sesiapapun berada dalam situasi begini, pasti ia akan menjadi igauan paling tragis dalam hidup.
Hanya semangat yang kuat dan redha apa yang berlaku, yang mampu menahan diri dari melakukan tindakan di luar kawalan.
Itulah yang berlaku pagi ini, yang meruntun perasaan sesiapa jua yang melihatnya, belum lagi jika mengalaminya.
image
Pasangan suami isteri ini dalam perjalanan dari rumah mereka di Batu 9 Cheras – Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isteri, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelin.
image
Setibanya di tempat kejadian, dengan keadaan laluan yang agak tidak terurus kerana pembinaan MRT, motosikal hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta mewah yang memasuki laluannya.
Akibatnya, isteri yang membonceng, tercampak ke atas jalan.
image
Malang bagi Noorshah, sebuah lori sarat membawa muatan pasir yang mengekori dari belakang, terus menggilisnya.
Mangsa yang parah hampir keseluruhan badan, maut di tempat kejadian.
image
Muhammad Hafiz yang terjatuh di bahagian tengah antara tayar lori, bagaimanapun terselamat.
Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.
image
Suami mana yang sangup membiarkan jasad isterinya dalam keadaan itu, lalu membuka baju dipakai dan menutupnya jasad isterinya.
Orangramai kemudian memberikan sehelai baju kepada Muhammad Hafiz untuk dipakainya.
image
Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya.
image
Dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.
image
Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary.
Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin.
4 comments:
kes arwah tu mmg menyayat hati kak...kuat dan tabah sgt2 laki die.... sikit pun tak salahkah pemandu kereta tu sedangkan org lain mmg dah maki hamun kereta tu.... besar betul sifat sabar yg ada dlm diri die yg Allah kurniakan...masyaAllah...
lieya,
kan? hanya yg betol2 kuat iman je boleh jadi mcm suami arwah ni -____-
Hebat en suami tu..Alhamdulillah.
Abg Abil,
lalink pun heybat mcm en suami tu jugak kan? ^____^
Post a Comment