30.4.15

::LANS KOPERAL QIQIN::

30.4.15

Along ni mmg dari dulu pon minat sungguh dgn aktiviti koko dia. Tang tu mmg dia aktif la. Dari tahun sudah2 pon dia akan masuk pertandingan berkawad. Gigih la setiap hari lps sekolah berlatih dengan team KRS dia. Sampai lengit hangit semua cukup. haha..baru2 ni dia ada masuk pertandingan kawad peringkat daerah. Dialah jadi komandernya. Dlm berpuluh2 team yg join, dowang dpt tempat ke 4. Ok la tu kan..Lps tu masuk lak hutan. Takde la jauh mana pon dari rumah. Kt Templer tu je. 3 hari dlm hutan, kluar tu dah takde rupa orang. Time aku gi kutip dia ngan kengkawan..mak oiiiiii! tak bernapas mak ko nak. rupanya dlm masa 3 hari tu, sekali je dowang dpt mandi. choiiii. pitam! Memasing hangus aku tengok. Dengan si along tumbuh jerawat bertonggok2 atas hidung. Tu le kau long...fefeeling sgt nk pakai losyen la..krim la kononnye. Hampeh la. Nama pon camping. Mana la sempat. Dah le itu kiranya kursus kenaikan pangkat. Tapi dia lulus, dpt jadi Lans Koperal. Komander pon dia jugak. Tak padan ngan halusnya..sore mcm petir! ko tu ikut sape la long..aihhh (krik....krik...) ;P

Semalam pon dia ada pertandingan kawad peringkat skolah. Tp dia tak jadi komander. Dia latihkan aje. Kali ni dia nk berkawad skali. Dan akhirnya....yeayyyyyyyy! Dapat jadi juara. Bukan takat juara kawad perempuan je, tp KRS lelaki pon dpt, juara platon & juara keseluruhan. Bukan men hepi dowang semua. Along sampai tak cukup2 nafas nak cerita kt kami camne org bersorak time dowang show kawad tu & meriahnya masa memasing amik hadiah. Nanges2 ko. Yelah kan..hari2 berlatih. Jenuh jugak la dia tiap kali habis tu berjalan kaki gi tempat aku dialisis. Nak tompang balik sekali. Kalau tak, ditunggunya aku kat jambatan jalan besar tu. Hari2. Lps ni rehat la long. Tumpu kat belajar pulak yek ;)

Apa2 pon, tahniah utk along & pasukan KRS Sek Men Rawang. Uols mmg the best!!!


masa ni baru kluar dari hutan..dpt naik pangkat.
hye Lans Koperal Ainnur Ashiqin ^_^
beso nnt jadi polis tau. jgn jadi askar lak..haha

 gigih dia usung benda ni bawak gi dialysis center masa aku tgh mencuci dare ptg smalam.
piala yg beso2 sume tinggal kt skolah. dpt tunjuk gambar je kt mama. 
mama tompang hepi.. ^_^


29.4.15

::PERGINYA SOFI::

29.4.15

(FB/IG) 28.4.15...setelah lebih 4 bulan Sofi sakit, Sofi tak makan...akhirnya Sofi pergi juga tinggalkan Toti, mama, abah & kakak2...bahagialah di Syurga nak. mama ok..mama sendiri pun sebenarnya dah tak sanggup tengok Sofi derita sakit. hari2 mama layan Sofi sama mcm masa Sofi sihat dulu. Walaupun Sofi takmo makan, mama tetap pujuk suapkan juga. tak pernah jemu mama mandikan & masukkan dlm air dgn harapan Sofi terminum juga skit2 air tu..tapi sekarang Sofi dah tak rasa sakit. Sofi dah ada kat Syurga kiki emoticon kakak2..abah..semua nangis. Semua sayangkan Sofi. Semoga anak mama tenang di sana. we luv u so much...

PETANG smalam angah nanges2 call aku bagitau yg Sofi dah tak bergerak. Ingat lagi tak aku penah criter pasal anak bongsu aku tu sakit mata? aku ada criter kt entry NI. Penah gak angah call aku masa aku tgh mencuci dare, katanya Sofi tak gerak. Cuak giler aku time tu. Tp bila aku suh dia ketuk2 kulit & masukkan dlm air, dia gerak balik. Rupanya dia tido kot time tu. Tp kali ni lain. Aku dah suruh angah ketuk2 & angkat masuk air, dia tetap kejung & diam gitu. Makin melalak la angah kt rumah. huhu..

Punyelah berdebarnya aku time nk balik tu. Aku kutip along balik dari skolah dulu smalam. Dlm kete lagi si along dah melalak. Bila aku smp rumah tengok BB pon dah ada. Bengkak2 mata dah nangis. Aku smp tu terus mandikan dulu Sofi. Kiranya smalam tu adalah kali terakhir la aku mandikan dia :(  Masa aku tgh mandikan tu, Adek pulak balik. Memula tu dia ok je bercerita itu ini. Pastu dtg kat sinki tegur 'hai Sofi. Sofi mandi ye..' - dia ingat aku mandikan macam biasa si Sofi tu. Skali tu dia pelik tengok sume org pandang dia. Bila dia tengok along nanges, bb nanges, angah nanges..dia pandang balik Sofi dlm sinki..terus dia melalak. Takyah bagitau dah dia dah boleh agak. Melalak tahap menggigil badan tu. huhu..jenoh aku pujuk sebab takut dia demam. Aku ckp ngan anak2 aku, Sofi dah tak rasa sakit. Dia dah ada kt Syurga. Lps mandikan tu, sorang2 duk pelok dia. Abahnya balik pon trus cari Sofi. Nanges jugak..huhu

Kitaorg tunggu Adek & BB balik dari mengaji baru tanam dia kat tepi sungai, bawah rumah aku. Sebelum bungkus, masing2 bagi last kiss kat Sofi. Toti je yg buat perangai. Takmo dekat langsung kt Sofi. Agaknya dia tak sampai hati kot kan...membesar sesama, tinggallah Toti je sorang dlm bilik air tu..rasanya aku takkan lepaskan Toti. Sebab bila difikir2 balik, dari dia lahir pon mmg dah kat dalam akuarium. Makan pon diberi, tak cari sendiri. Mcm Toti skang ni mmg manje giler ngan aku. Dia kenal sgt2 dah mama dia ni. Kalau dari bilik air tu dia nampak aku kat sinki, mmg dia akan keluar. Sama la kalau aku masuk nk kencing, dia tinjau dulu tengok sape. Kalau aku, dia kluar. Kalau nk mintak makan..dia akan masuk dlm bekas air dia. smp nk berdiri bila tgk aku pegang makanan. Bila lepaskan dia merayap dlm rumah pon, dia tau nk balik balik tempat dia kt dapur tu. Cerdik & Manje. Tak tergamak aku nk lepaskan..bukannye aku kutip dia dari memana paya. Lain la gitu, mmg kene lepaskan ke tempat asal dia balik. Ni apa pun harapkan mama dia. Mandikan, garukkan kulit, suap makan, bagi makan..kalau lepaskan mesti dia mati sbb tak dpt nk sesuaikan diri.. biar jelah dia hidup kt rumah..


Sofi & Toti ni AJ yg hadiahkan masa bestday aku 4 tahun sudah...11.11.11

 Toti


Sofi..alolooo tomei tetiknya anak mama ni. slow, lembut je dia. tu yg bagi nama Sofi. yg Toti tu lasak skit. lajuuuu je. beso lak tu. gomok. haha..


masa kekecik dulu duk dlm akuarium..siap ada swimming pool kt hujung sana tu..nampak?


 dah besar skit, selalu kami bawa dowang men kt luar. kalau kami gi mandi kt sungai pon kami usung skali, bagi dowang duduk kt celah2 rumput tepi sungai tu. Kalau tak ke mana2, lepaskan je dlm rumah..


 Sofi masa budak..suka tol dia memanjat2. pastu carik celah2 baju nk tido. hehe..kiut giler


 masa tu pon Toti dah gomok. besar berganda dari Sofi


ni gambar Sofi 2 minggu lepas. camni la dia dlm bilik air tu. tido aje. ada jugak la dia bukak2 mata skit. pastu katup balik. Aku mandikan dia, suap dia..(tp tak penah mkn pon sejak sakit tu), siram dia ngan air..aku layan mcm Toti jugak. Tp dah ajal dia kan..biarlah dia pergi. kesian tengok dia camni..

si gomok Toti ni takyah criter la..manje..tp cerdik ;)


 11.11.11 - 28.4.15
anak Syurga mama :)

 last temukan Toti & Sofi. tp Toti macam takmo dekat dgn Sofi. Tak sampai hati agaknya dia kan.. :(


 last mama mandikan dia.. 

angah yg mula2 perasan Sofi mati. melalak dia call aku..smp ke malam tak brenti lagi nanges. diribanya aje si Sofi tu..


boleh pulak kebetulan smalam kawan adek bagi dia pemadam bentuk kekura. tu dia kata, boleh gantikan Sofi. siap suh aku tulis huruf S kat pemadam tu..


Sofi mmg suka bila mama belai2 dia gini..belai2 atas kepala..kat dagu..garu kulit dia. sampai berjoget2 ;)


sayang Sofi..

si bongsu + si bongsu


 abah pon nanges...


along dari dlm kete dah melalak..


BB ni seboleh2 dia tak kasi kami nk tanam Sofi. dia suruh letakkan aje kat dlm bilik air tu. ish..


'jangan la tanam dia...jangan la tanam dia ma..jangan la..' - sampai tertido nanges  :(


tp akhirnya tanam jugak..ramai2 turun tengok abah tanam Sofi.


semoga anak mama tenang & hepi kat sana.
we luv u so much Sofi..




28.4.15

::SATE FEBERET::

28.4.15


Giler lama ko tak hapdet pompuan! choi sgt nih..kowang kalau nk tengok aku hapdet gegambar, gi jelah kt ig.AIZAH_ALIUDDIN. Situ kan senang. Amik gambo - letak caption lebih kurang - upload - siap dah. dasar pemalas ;P

Ni ha..aku nk kaborkan tempat aku mkn sate yg kene ngan tekak aku & rasanya ini sate yg tersedap kt rawang. siyes la..kompom lagi sedap dari sate kajang pak malau kajang melipat tu. rempah dia..daging dia..lemak dia..perghhhh..thorbaek la. Aku ni spesis yg kalau mkn sate, mmg tak kan makan yg ayam punye. ntah nape. aku lagi suka daging. kalau ada perut lagi best aku bedal. lelagi perut tembusu. huwaaaaa..sedapnya! Tp kat sini ada daging & ayam aje. So, utk aku mmg daging la. sambil mkn, sambil cocok nasik impit dia yg lembut tu..hoho

Tempat ni dekat je ngan rumah aku. Satey Kajang 1917 ni stall je. Kira mcm dia tompang niaga kat kedai tomyam. Walie Tomyam nama kedai tu. Meriah ngan bendera kelantan FC. Makanan kt situ boleh tahan sedap gak.  


ini lah stallnye...kemas & bersih je kan.. :)


tu diaaaaaaaaa....! (tertelan2 airlior)

along mkn nasik goreng pattaya


BB + Angah aku tak ingat lak dowang mkn apa. x sampai lg makanan time ni


ko ni Dek...mmg ratu telo la. nasik tu dah ada telo pon nk jugak telo mata. kalau kt umah tu pon sama bebudak ni semua. Masak la lauk apa pon. Tp telo mata tuler yg paling win skali. haha..

mak sapelah ni ha? sampai juling bijik mata.. 
aku mmg kebulor tahap gaban time ni. baru habis cuci dare. kebetulan siap awal haritu, trus la usung bebudak gi makan.


oh sate.. till we meet again! please wait for me..muahhh

21.4.15

::CULIK ABAH::

20.4.15

Sabtu haritu lps habis mekap, kami ke Subang. Jalankan operasi menculik Abah. Lama giler aku tak jmp ngan org tua ni. Dia dtg sini sorang je, duk kt umah adik kaman. Dapat culik tido kat rumah aku semalam pon jadik le. Bleh memanje kededek ngan dia. Dah itu jelah seketoi bapak yg aku ada skang ni.

Malam tadi dah balik ke Subang dah dia. Minggu ni abah balik kelate..huhu..raya nnt la baru dpt jumpa. Tu pon kalau ada nyawa lagi..

sepesen anak branak ni. tp abah lagi macho..muahahaha
dah la makin melepak. abah mkn Qu Puteh ye????

mcm biasa, harus la ada gambo romantik kami gini. lama sungguh dah tak manje2 ngan abah. abah dah mcm perangai budak2 skit. hehe...kiut je layan dia. mek baru tak ikut skali. dia gi rumah anak dia kt gua musang sana.

bawak abah gi makan kt kepsi. feberet dia kalau dtg sini. ptg tu lepak2 je kt rumah, aku masakkan sup ayam utk dia, mlm lak kami gi rumah mak. nekmah ada berpantang kt sana. skali harung, jumpa si bedy (adik kaman) kt situ..pulangkan balik abah kt dia ;)


17.4.15

::KETENTUAN::

17.4.15

Petang smalam aku dikhabarkan berita sedih. Naemah keguguran. Sekejap je dipinjamkan baby 'Adam&Hawa' dalam rahim dia. Hampir 3 bulan. Tu pon setelah 4 tahun menunggu. Dah tentulah AJ & Naemah rasa kecewa sangat2. Masa ni la semangat & sokongan dari family dan kawan2 diperlukan. Tp macam yg aku ckp pada dowang berdua smalam..Perancangan Tuhan tu baik. Allah dah aturkan semuanya. Disetiap dugaan yg berlaku mesti ada hikmah. Kata doktor, baby tu tak sihat. Mungkin baby tu takmo menyusahkan org tua dia kelak. kan? InsyaAllah, ada lagi rezeki lepas ni. Aku doakan semua yg terbaik utk diaorg. 

Aku bawak balik janin tu smalam. InsyaAllah petang ni kaman akan tanam kt tepi sungai kt bawah rumah aku tu. Esok lusa, naemah akan duk berpantang kt rumah mak. Rehat2kan badan & sembuhkan balik apa yg patut.

Huii..tp nasib baik lah minggu lepas aku sempat buatkan ayam golek tertonggeng utk dia. Ngidam sangat2 nk ayam yg aku golekkan. Takmo yg lain. Suke tengok dia pulun ayam tu. Bersungguh! habis la 2 ekor utk dowang laki bini. Alhamdullilah, at least merasa gak baby, mama intan punye ayam kan. Kalau tangguh nk masak haritu, mau terkilan tak sudah..huhu..

Al~Fatihah utk Baby Adam&Hawa



16.4.15

::KELEGAAN::

16.3.15


Alhamdullilah..smalam gi HUKM bawak angah, Prof kata bekas luka yg dikerat haritu dah ok. Lps ni takde dah la ulang alik gi sana lagi. Byk hari dah Angah MC. Tu pun patutnya minggu lps pon ada appointment kt klinik bedah mulut. Tp tak pegi pon sebab jahitan kt bibir angah dah luruh sendiri. Jenoh tau nk ke sana pepagi tu. Makan masa 2 jam dari Rawang sebab nk tempuh jem kt jalan kuching. Azab. Pastu tghari berkejar lak nk balik Rawang, mencuci dare. Sbb appt angah ni setiap Rabu. Hari dialisis aku. Eh, bukannye aku nk berkira tau..ni nk cerita je..Kalau spital Angah tu kt selayang ok je. Ni boleh tahan gak jauhnya..huhu..

Lps ni Prof nk jumpa balik dlm 6 bulan lagi. Ngam2 je ngan timing nak buat telinga palsu baru Angah nnt. Bulan 10, lps Angah exam UPSR. Tp Prof ada pesan smalam, kalau ada apa2, text je dia / buat appt baru. Harap2 takde la. Boleh lps ni Angah tumpu kat belajar je dulu..

Baha (alat pendengaran) Angah pon InsyaAllah, minggu ni dapat dah gi hantar repair. Procedurenya, kalau kita hantar repair & bayar deposit..supplier tu akan bagi kt kita Baha yg loan punye. Kiranya mcm kita sewa alat yg lain sementara dowang repair kita punye. 

Kat sini jugak aku nk ucapkan bebanyak terima kasih kt sorang reader & kawan2nya (sabrina - dapat kenal nama je. huhu) yg ada hulurkan sumbangan utk Angah. Terharu sangat2. Dapat la aku tambahkan utk kos repair alat Baha tu. Rezeki Angah ^_^  Semoga awak & kawan2 pon dimurahkan rezeki juga ye...Amin YRA..


saya pesakit microtia yg hepi ^_^


eh..nape mama lagi tinggi nih? 
sliper mama tinggi ;)

anak abah ;)


sebelum Prof kerat kulit yg dah tertutup skru bahagian atas..


selepas kerat buang..skang dah ok. cuma nk kene maintainkan la..hari2 kene cuci & tekan2 kulit tu ke bawah.


BAHA
Minggu ni dah boleh hantar alat ni ke supplier utk direpair. Lps ni Angah dah boleh guna balik ^_^

Terima kasih Allah...

13.4.15

::GENG RONGGENG::

13.4.15

Sabtu haritu ada kengkawan lama aku dtg umah. Ni bukan kawan biasa, tp dowang ni kawan luar biasa benornya. hahaha..lebih 20 tahun tak berjumpa oooo. Dowang ni le geng jejimba aku dulu. Kami sama skolah & sama batch tp masa kt skolah tak penah lak nk bertegur. Jadi rapat masa terjumpa time memasing dah keje. Pastu ntah camne terputus lak hubungan. Cuma dowang berdua ni je yg masih contact mengontek lagi. Jodoh sungguh la dpt jumpa balik kan Has...kan Piah ^____^ tak sangka wei..huhu

Mesti kowang tak rasa mcm tgh melawat org sakit kan? Mesti kowang konpius sbb molot aku sihat. Masih memetir sama mcm dulu kala. haha..Amik ko! sampai tak cukup2 time nk borak. Giler 20 thn punyer cerita nk habiskan separoh hari mmg tak la kan? InsyaAllah ada rezeki nnt kita jejimba ye. Boleh borak2 & flashback balik cerita2 lama smp melobam.

3 dare pungutan ;P
Ai Keliwon + Has Kudut + Piah BamBam

wei piah...menjadiklah position kita ni kannn..muahahahaha

Bapak2 duk jejauh ye..mak2 sibuk nak berflashback nih..
sib bek tak gegor penthouse dek kami mengilai haritu. kui kui kui..

tu dia Has..smp tak pandang kiri kanan. lapar ke ko? haha
Aku masak mee je ptg tu. Dowang siap bawak kepsi ngan kuih apom bagai.
Ok, lepas ni kita lepak2 kt kajang lak ye ;)

Sronok beronok ronok aku dpt jumpa balik dengan kowang. Lebiu both!


10.4.15

::REZEKI::

10.4.15

Alhamdullilah....terima kasih ^_^



8.4.15

::CUCI DARE::

8.4.15

WORDLESS WEDNESSDAY kononnyerrrr...

Cuci darah tu ape?


(efek kabus tu kene ada. walhal gambo blur. haha..)

baru 6 bulan aku cuci darah, dah rasa mcm kebosanan dgn rutin ni. boleh? kematu pungkoq ahkak nyah heyy ;P masih tak boleh nk bayangkan lagi kene cuci smp abis nyawa. huhu..ok2. apa apa pon, aku bersyukur sbb masih idop lagi. boleh buat aktiviti harian mcm biasa, masih boleh tengok anak membesar depan mata & masih boleh bagi kebahagiaan lagi kt anak2. ececehhh...emo sat.


Nak citer skit pasal dialisis ni. Tp aku criter sempoi2 gitu jelah tau. Sebab dah 3-4 org tanye cuci darah ni camne benornya. Ok, gini..(aku x reti nk xplain yg betol2 mcm doc tu, tp aku bgtau apa yg aku tau jelah ye)..

1. Cuci darah biasanya ada 3 sesi. Mcm aku, setiap Isnin, Rabu & Jumaat. Sesi ptg (3-7) Tp kalau ada hal yg tak dpt nk dielakkan, aku akan mintak dicuci hari lain. Kira mcm tuko shif ngan patient lain. gitu..oh ye, cuci darah ni bukannye ada dlm tempoh had masa mcm cuci dalam 6 bulan dah cukup. Tp sampai selagi ko bernyawa ye..ha..ada faham? huhu

2. 1 sesi makan masa 4 jam. Tp kene ada kt center tu awal la skit. Pastu bila mesin dah stop, ko bukannye boleh balik trus. Kene relax dulu sebab kepala ting tong lps buat & kene pastikan tempat cocok tu tak bleeding. 

3. Ok, yg ni pon ramai yg konpius. Cuci darah bukan guna darah org lain ye. Tp guna darah sendiri. Masuk dlm mesin tu. Tu sebab jarum beso gajah tu ada 2 tmpt yg di cocok. 1 utk darah kluar, 1 lagi utk darah masuk. Mcm aku, bawah darah kluar..atas darah masuk. Kalau guna darah org len, jenoh la uols..tu baru ye aku jadi keliwon :P

gini ha..

jarum beso gajah, 2 cocok sekali sesi. serammm!

4. Tiap kali sampai kt center, benda pertama kene buat adalah timbang. Penimbang kami bukan mcm biasa yg berdiri tu. Tp bentuk kerusi. Contohnya la kan, harini aku dtg timbang sebelum cuci berat aku 47kg. Dowang kat sana dah sesiap set ikut brape berat last hari sebelum masa dah siap cuci tu. So, mcm aku..dowang akan tarik air dari dlm badan ni 1kg. Lps siap cuci darah, kene timbang lagi tengok. Biasanya akan jadi 46kg. Alhamdullilah la skang ni aku dah maintain 46kg tu. Sebelum ni 43kg je. eeeeee...tak larat rasa tau. 

5. Kat mesin dialisis tu ada 1 alat nama dia dialyzer. Minatang tu kiranya mcm buah pinggang pelsu. Kerja dia mengantikan kerja2 yg patut buah pinggang buat. Tp mcm aku, kan b.pinggang dah tak boleh nk fungsi. Dah keras & mengecut. So, benda tu la yg tolong gantikan. Mcm kowang, buah pinggang tu berfungsi 24jam. Tp kami, 3 kali seminggu. Tu pon 4 jam sekali je. Gitu...

ini le buah pinggang pelsu aku...siap ada nama ahkak lagi hokeyyy

5. Aku skang ni, lps habis cuci..akan dicocok ubat tambah darah. Recormon nama dia. tp punyelah aku kedekut dgn lengan aku yg dah asyik kene tobek je, jadi aku suh misi tu cocok je ubat tu kt line darah aku. heh heh.. ha..obat tu le yg aku kene bayo skang ni. aku kene 2 cocok setiap minggu.

6. Macam aku, time cuci tulah selera hantu raya aku dtg. KEBULUR! ntah nape. Walaupon sebelum buat tu dh mkn nasik, tetap akan jadi lapar. So, mmg aku ada bawak bekal. Roti ke, ceklat ke, bisekut ke..makan secara lahap. hehe..Aku makan nasik masa shif hari Jumaat je. Sbb Jumaat aku start tengahari. Hari lain, waktu ptg dlm kul 3pm gitu. Tu pon biasanya, lepas habis cuci aku rasa lapar jugak. huh.

7. Memang tiap kali lps cuci aku jadi lemah & pening2. Lelagi kalau kene tarik air lebih dari 2kg. Lagi teruk rupa aku. Kalah la mona fendi :P Tp skang aku jarang kene tarik banyak2 gitu. biasa 1kg la. Ada tu penah jugak 1/2kg je. So, balik tu larat la nak masak ke apa. Apa pon, smp skang ni lps cuci mmg aku jadi mamai2 pening & cepat mengantuk. Sampai umah, mandi..makan..kemas skit2 dulu, tengok2kan anak2 pastu tido! tu dia...biasa hari cuci, mmg kaman la yg masakkan. Tp kami time hari biasa masak biasa je. tak sudah2 telor...drummet...telor...drummet.. nak masak beria, tunggu weekend. Sib bek la pak budak & bebudak kt umah tu tak berkira hal makan. Kalau x larat & tak sempat apa pon, kami mkn je kt luor. abis criter.

ni le tmpt aku cuci dare. bersih & selesa. misi2 pon sume baik2 belaka ^_^


ok, tu jelah kot yg nk aku xplain kt kowang yg mana2 tak paham cuci darah tu camne. Tp yg aku criter ni giler punye sempoi la. Kalau kowang nk tau yg betol2 punye, silalah gugel sendiri. hehe..k, bai. lebiu all..













klik klik (^_^)