31.12.12
Rasa mcm tak percaya yg Mak Lang kami dah pergi meninggalkan anak2nya & kami pagi semalam. Arwah seorang yg 'riuh'. Arwah jugak la yg banyak menjayakan majlis cukur jambul anak2 aku semua. Tiap kali lahir cucu / cucu saudara baru dia lah yg akan bertungkus lumus buat majlis kenduri. Kalau kowang tengok, mengalahkan majlis kahwin tau. Meriah. Dia murah hati...arwah suka 'bagi org mkn'.
Arwah mmg ada penyakit. Tak silap aku sebelum ni dia ada hepatitis C. Skang ni cancer hati pulak. Tp idak le sakit terletak. Dia tetap meriah mcm selalu. Cuma start dari Khamis haritu dia tetiba dah tak larat. Baring je. tak makan & tak minum kata anak2nya...Badan arwah pun mula bertukar kuning dari hari Khamis tu.. Bila dpt khabar berita yg dia tak sihat, kami semua (datin biah & anak2) gi le melawat dia. Terkejut aku tengok dia nampak teruk sgt. Dah tak berapa nak sedar. Elok kami dtg tu, ada saudara kami yg suggest bawa ke hospital. Berangkut le ambulan bawak arwah ni ke hospital. Tp mlm tu anak2 bawa omaknya balik ke rumah semula. Mungkin doktor pon dah kata takde harapan kot.
Pagi smalam masa aku on the way gi mekap kat Kundang, aku dpt khabar berita yg Mak Lang dah meninggal. Kesian gak kat laki aku sbb dia tak berkesempatan nk tengok Arwah. Dia kerja sabtu ahad tu...huhuhu..
Mudah-mudahan Arwah tenang di sana & rohnya dirahmati Allah S.W.T, amin...
Mmg kehilangan arwah amat2 kami rasai -_________-'