29.3.13

::CINTA SETENGAH MATI::

29.3.13



..setiap hari ku bayangkan 
setengah mati ku korbankan 
apa pun akan ku lakukan 
demi kamu 

setiap hari ku harapkan 
setengah mati ku korbankan 
apa pun akan ku berikan 
demi kamu 

seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu 
sekali pun ku takut kan kehilanganmu..




27.3.13

::BLOG ANGAH (microtia girl)::

27.3.13

AKU dah longgokkan entry2 psl Angah dalam 1 blog baru khas utk dia. Senang la kalau org nak review criter pasal dia atau pengalaman pesakit microtia. Lagi2 pengalaman utk dapatkan alat pendengaran BAHA & telinga palsu VISTAFIX. Takdelah nnt bercampur2 dgn personal blog aku yg ala-ala sewel ni.

Segan aku haritu masa gi HUKM Prof kata kawan2 dia pun baca blog ni. Ada parents patient yg senasib dgn Angah pun baca gak. Mak oiiii...sib bek la kowang x pitam masa jumpa aku haritu kan? Hahahaha....segan mak tau ;P

Ok2.. nak tengok blog Angah tu boleh klik kat 




26.3.13

::BABY BARU KAMI::

26.3.13 

BUKAN aku yg beranak. Celah mana lak nak aku sumbatkan baby kt pewot aku ni. huhuhu..sedey mak! tompang manja2 dgn baby org lain jelah gamaknye...Ahad haritu kami adik bradik ngan Datin Biah gi lawat anak baru Abg Long kt Nilai. Qaleesha namanya ^_____^ . Dah 5 org anak Abg Long, 2 lelaki & 3 pompuan. 


alololo....tetiknya dia. tp suara dia, mak oiii...tak padan dengan badan ;)
(mcm menurun mak sedara dia yg ni je. uhuk uhuk)

ni baby flexible. kau hulur botol dia sedut, hulur tetek pun dia sedut.
mkn pun tak padan dengan badan. kuat tul menyusu.

my hakak ipar ^_____^




25.3.13

::MELAWAT MENANTU::

25.3.13 

SABTU ptg haritu kami anak branak & Idham (geng AJK si kaman) ke Hospital Selayang lawat Rashid. Bebudak skang takleh naik ke atas. Makanya, melepak le anak2 aku kt lobi bawah tu. Alahai..sayunya hati tengok Rashid. Kuat tul semangat dia. Rupanya masa memula di hantar ke hospital, tulang kaki dia 2 terjojol keluar dari kulit. Berkereot kaki dia. Terpaksa ditarik masa kt emergency. Menjerit2 lah dia tanggung sakit. huhuhu...tak dpt nk bayangkan :(

Tp Alhamdullilah, dek semangat dia yg kuat..dia dah semakin beransur pulih..Tp masa aku gi tu, dia demam..

tulang kaki yg patah 3, dah dimasukkan besi..

nak senyum tak boleh, muka ketat :)
kat dahi tu berjahit. Jahit pulak doc kata tak dpt nk cantik2 sgt sbb koyak teruk.
Tp syukur sesangat sbb belah dlm tak terjejas. dah beberapa kali scan nk confirmkan..nasib baik sungguh.

tersiat kulit anak menantu aku :( 
masa memula kene tu dia mengadu 'panas'. agaknya masa kt bawah kete tu panas kot kene ekzos..


Idham sampaikan sumbangan dari penduduk flet kt mak Rashid...

semoga rashid cepat2 sembuh ye nak...



22.3.13

::MALANG SI BUDAK BAIK::

22.3.13

Kat tingkat rumah aku ni (penthouse tkt 10), selang 3 pintu ada 1 family india muslim. Aku suka sakat & kacau2 anak org tu. Anak dia 2-2 lelaki. Sorang kecik lagi, sorang lg dah darjah 4, Rashid. Dia ni rajin sgt bantu ibu dia buat keje rumah. Kalau aku nmpk dia sidai kain, mesti aku sakat kata nk jadikan dia menantu aku. Baik budaknya.

Kelmarin, masa aku baru balik keje terserempak dia nk turun lif. Biasanya bila aku tegur dia, dia mesti akan jawab. Tp haritu bila aku tanye dia ke mana...dia senyum je. Aku mcm pelik gak. Apesal lak dia ni.. Rupanya.... huhuhu.  Lps dia turun tu..dia naik balik amik basikal, mak dia mintak dia ke kedai.

Time tu aku dah ada kt rumah la. Masa Along balik dari skolah kul 7 tu dia bgtau ada budak kene langgar. Berderau darah aku! isk..biar betoi? betoi, kata Along. Darah banyak. Nampak slipar dia tercampak kt tepi. Basikal pon dah herot berot. Kene langgar betol2 kat jalan masuk flet aku. Pastu BB lak kata dia terdengar org kata nama budak tu Rashid, duk sama tingkat dgn kita. Ya Allah!! mengigiil badan aku. Masa tu aku harap sgt apa yg BB dengar tu silap. Tp rupa-rupanya iye, mmg betol Rashid yg kene langgar :(

Darah kluar banyak sgt dari kepala & kaki dia. Dia terperosok bawah kete. Org kene alihkan kete tu dulu baru dapat kluarkan dia. Org tu terus bawa di ke hospital. Dia masuk bilik operation dlm 8 jam jugak.

Kebetulan opismate aku punye suami doktor tulang kt Hosp Selayang tu. Katanya kaki Rashid patah teruk. Patah 3 & urat semua lari. Mmg kemungkinan besar Rashid akan cacat seumur hidup. Keadaan kepala dia tak tau lagi camne. Tp mmg berjahit la. 

Aku nk bertanya khabar pun tak dpt sbb pintu rumah dia sentiasa lock. Rasanya mmg mak pak dia duk berkampung kt hospital. 

Aku mmg merisau je ngan bebudak kt rumah tu. Time balik keje mmg tak boleh nk drive lelaju pun sbb time tu budak kluar skolah. Ramai yg kayuh basikal. Diaorg ni kan bebudak. Bila bersaing ngan kengkawan, dah tak ingat benda lain dah. Ingat nk seronok je. Jalan pun dah tak nampak kenderaan lain. Main redah je. Kita pulak yg asyik menekan brek. Aku pulak mmg tak lepaskan lagi anak2 aku gi kedai. Kalau nk beli jajan, beli je kat kedai yg ada kat blok rumah aku tu.

Tp yelah kan. Kalau benda nk jadi, akan jadi jugak walaupun kita dah berhati2.

Semoga Rashid kuat semangat & cepat2 sihat semula.... -_______-'



21.3.13

::KENIKMATAN TAHAP KLIMAKS::

21.3.13

Hover kau! ...nikmat sedemikian rupa. muahahahaha.

Kami kat opis ni adalah 2-3 kerat aje. Kalau kau kentut ke, sendawa ke..mmg berkongsi bau la. Sama gak kalau mkn apa2. Berkongsi2 kaedahnya. Skang ni tekak aku dah mcm kene racun. Tetiap minggu mesti nk kene bedal kek ceklat geng mak hayam aku, HERDA (Mama Herda Delights) yg duk kt Penang nu. Tp kowang jgn heran lak sbb geng2 kami yg lain kt sni dah ada yg jadi dealer. Heybat kau skang Her. Sungguh aku kagum ngan kau. Aku tau susah senang, pahit manis usaha kau camne. Sampai berjaya cam sekarang. huhu...kagum mak!

Kowang yg kat area KL / Gombak yg nak rasa kenikmatan kek ni, bleh contact ngan si ILA (fevercakes.blogspot.com) & SYAFA (Syafa Handmadecraft FB). Wahhhhh...baek punye pomot. heh heh. Tp sius tau, mmg aku tak tipu. Kek ceklat ni mmg sedap giler babun. Ceklat dia mmg leleh la wa ckp lu. Tak caye, lu try test  ^______^




 sampai terpejam2 mata si Amir. heh heh


 tu dia.....kusyuk sungguh la haihhh



 tangkap leleh....(menetek-netek air liyur teman)

ini, hakak kowang yg punye ye.. heh heh heh
mkn sambil layan drama. kau mampu??


heybat kau pompuannnn....!


19.3.13

::DISEBALIK TABIR WAWA KAWEN::

19.3.13 

Kemain siap ada disebalik tabir bagai. ha, kau ado? Wawa ni adik ipar kpd adik aku, Iena. Kenduri ni kat Bkt Beruntung. Dia amik pakej ngan AJ. Makanya, berkampung le kami anak branak kat sana. Tompang tido kt umah Iena je sbb dia duk kt area sana gak...



nikah ni si AJ yg mekapkan. pastu dia 'handover' wawa kat aku smp mlm. dia ngan abg kaman nk setting pelamin..
(Iena, wawa, aku nan jelitasawan & CT)


mak + iena tgh prepare jamuan lps nikah (kt masjid). iena masak kari hayam mkn ngan roti jala. MELETOP kesedapan uolls!


yg kepink ni Dillah, anak Iena :)


 
kusyuk sungguh pompuan baju itam tu..


amboiiii...tok kadi bukan main muda lagi kacak bergaya. heh heh..


Faizal (laki iena) yg nikahkan adik dia sendiri :)


halal dahhhhhh ^______^






fawza (anak iena) + aiman (anak CT)
dowang ni ngalahkan belangkas. rasa mcm nk aku kawenkan aje dowang berdua ni..hehe


sanding day :)






awok2 yg gedix :P






nak jugekkkkkkk ;P




org kuat gak ni...iena + CT


kami bersama2 mandor terheybat di donia.
Datin Biah.


pengantin lapok!


aummmmmmm!!

anak-anak daras. (yg kat belakang tu pun dara gak kewwww)


big bos dah keletihan... 

aku pon dah tersandar kt kusi. biar photoG selesaikan tugas dia. hohoho..


kemas! kemas!


Cik CT pemeriah majlis...hihi

balik ke rumah iena memasing berimpit2 mcm seludup pendatang asing. haha..
masam la bau kowang! isk


heybat tak hakak uolls?
kaki berlunjur time org mengangkut barang masuk ke butik.
heh heh heh...




~ Updated blog mekap. Bleh klik kat SINI




18.3.13

::KETIDAKSIHATAN + KEGIGIHAN::

18.3.13

Minggu lps aku berMC dari Rabu smp le Jumaat. Badan tak sihat uolls. Nasib baiklah dengan kecekalan & azam yg kuat (giler poyo pompuan ni) job wedding minggu ni sume berjalan dgn lancar. hehe..nnt2 aku update ye. Tengah membizi settlekan keje kat opis ni ^_____^






14.3.13

::ROCK OO!::

14.3.13

Ahad haritu berangkut aku anak baranak skali ngan anak si Ema, Echa gi tengok wayang kat Festival City. Mall ni betul2 seberang jalan opis aku. Saje nk tunjuk kt anak2, tempat biasa aku lepak2 time lunch. Tp idak le hari2 aku ke sana :P


klakar giler citer ni..! putus urat kentut aku gelak.
an..an..ha..an


berderet anak2 kau pompuan! haha

aku dah order kete ni sebijik. senang speed gi keje. kau mampu?

mak + anak yg sungguh gedik


apa pesen la pulak ni...ikut jelah ;)

makan papa roti..

ketua rombongan 
^_____^




klik klik (^_^)