22.3.13

::MALANG SI BUDAK BAIK::

22.3.13

Kat tingkat rumah aku ni (penthouse tkt 10), selang 3 pintu ada 1 family india muslim. Aku suka sakat & kacau2 anak org tu. Anak dia 2-2 lelaki. Sorang kecik lagi, sorang lg dah darjah 4, Rashid. Dia ni rajin sgt bantu ibu dia buat keje rumah. Kalau aku nmpk dia sidai kain, mesti aku sakat kata nk jadikan dia menantu aku. Baik budaknya.

Kelmarin, masa aku baru balik keje terserempak dia nk turun lif. Biasanya bila aku tegur dia, dia mesti akan jawab. Tp haritu bila aku tanye dia ke mana...dia senyum je. Aku mcm pelik gak. Apesal lak dia ni.. Rupanya.... huhuhu.  Lps dia turun tu..dia naik balik amik basikal, mak dia mintak dia ke kedai.

Time tu aku dah ada kt rumah la. Masa Along balik dari skolah kul 7 tu dia bgtau ada budak kene langgar. Berderau darah aku! isk..biar betoi? betoi, kata Along. Darah banyak. Nampak slipar dia tercampak kt tepi. Basikal pon dah herot berot. Kene langgar betol2 kat jalan masuk flet aku. Pastu BB lak kata dia terdengar org kata nama budak tu Rashid, duk sama tingkat dgn kita. Ya Allah!! mengigiil badan aku. Masa tu aku harap sgt apa yg BB dengar tu silap. Tp rupa-rupanya iye, mmg betol Rashid yg kene langgar :(

Darah kluar banyak sgt dari kepala & kaki dia. Dia terperosok bawah kete. Org kene alihkan kete tu dulu baru dapat kluarkan dia. Org tu terus bawa di ke hospital. Dia masuk bilik operation dlm 8 jam jugak.

Kebetulan opismate aku punye suami doktor tulang kt Hosp Selayang tu. Katanya kaki Rashid patah teruk. Patah 3 & urat semua lari. Mmg kemungkinan besar Rashid akan cacat seumur hidup. Keadaan kepala dia tak tau lagi camne. Tp mmg berjahit la. 

Aku nk bertanya khabar pun tak dpt sbb pintu rumah dia sentiasa lock. Rasanya mmg mak pak dia duk berkampung kt hospital. 

Aku mmg merisau je ngan bebudak kt rumah tu. Time balik keje mmg tak boleh nk drive lelaju pun sbb time tu budak kluar skolah. Ramai yg kayuh basikal. Diaorg ni kan bebudak. Bila bersaing ngan kengkawan, dah tak ingat benda lain dah. Ingat nk seronok je. Jalan pun dah tak nampak kenderaan lain. Main redah je. Kita pulak yg asyik menekan brek. Aku pulak mmg tak lepaskan lagi anak2 aku gi kedai. Kalau nk beli jajan, beli je kat kedai yg ada kat blok rumah aku tu.

Tp yelah kan. Kalau benda nk jadi, akan jadi jugak walaupun kita dah berhati2.

Semoga Rashid kuat semangat & cepat2 sihat semula.... -_______-'



4 comments:

fazilzura said...

btul kak .. kdng2 diorg ni ado yg xreti bahasa pun .. area perumahan jgn la bwk kete lelaju..
kalau kucing kene langor pun kite sedey petah lg langgar org ..


semoga rashid tu selamat

Abil Fikri Ahmad said...

Allah Hu Akbar..Betul2 harap dia sembuh sepenuhnya..Lalink kalau jumpa keluarga dia nanti tolong sampaikan salam I yea..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Sian nya...sedih plk bc T__T
Kdg keta2 ni pn 1 hal. .dah tahu drive kaw prumhn..bdk2 main byk slow2 la driving tu...sbb tu x bg anak2 main luar rmh...wlu pn dpn rmh bkn laluan utama tp takut anak g jln utama x sedar...semuga rashid (sm plk dgn nama laki sy..huhu)...sembuh dn sihat hendak nya

kak ina kl said...

kesiannya..semuga rashid cepat sembuh..aduhai seriau gak bila bersaing dgn budak bawak basikal ni..tapi nak kata apa
benda dah terjadi..

klik klik (^_^)